Bab 13: Missing Ayah

Romance Completed 32302

"Anne, You nampak macam tak cukup tidur je? Dah berapa kali menguap. You jangan, berjangkit tau. I kena drive ni," Taufiq menegur Arianna yang kelihatan seperti berjaga malam, tak cukup tidur dah gaya ada baby.

"Naaila tu meragam lah, sejak Ayah dia takde sini dah dekat sebulan ni, hari-hari I macam dah hilang sabar tau," Arianna meluahkan rasa tak puas hatinya.

"Laahhh sejak bila You tak boleh handle ragam Naaila?," Taufiq tertawa kecil, lucu dengan rungutan Arianna yang dirasakan tidak sepatutnya sebegitu. Seperti kebiasaan, mereka hanya berbual santai jika di dalam kereta, tidak terlalu membincangkan soal kerja.

"You tak tahu, dulu senang je I jaga dia, 4 tahun Zhafri tak tahu kewujudan dia, lepas tu balik sini dia dah terbiasa dimanjakan, naik lemak bukan mainlah. Boleh dia mengamuk semalam taknak balik daripada sekolah sebab bukan Ayahnya yang jemput. KL - Manjung dia ingat sebelah aje kot," suara Arianna seakan geram dengan sikap Naaila.

"Dia nak perhatian You je dan dia rindukan Ayah dia sebenarnya, You inform je lah Abang Zhaf minta dia balik. Bukan hari tu You cakap dia akan selalu balik ke?," Taufiq cuba menduga hati Arianna..Dia dapat rasakan Arianna sebenarnya tak mampu hidup tanpa Zhafri, cuma Arianna sendiri masih belum memaafkan apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Arianna masih berdendam. Dia sendiri, hampir sahaja jatuh cinta kepada Arianna, mujur sahaja nasihat daripada keluarga Arianna sendiri, meminta dia untuk menyekat rasa hatinya.

"Malaslah I, nanti dia kata I yang lebih-lebih," suara Arianna yang tadi bukan main geram sekarang dah mengendur..Seperti ada rasa yang terpendam yang pasti Taufiq sendiri tak tahu..

Jeda

..dan kemudian Arianna menyambung, "dahlah Abang, Mama dengan Babah I langsung taknak tolong I. Diorang siap warned I awal-awal, apa-apa kaitan I dengan Zhafri diorang dah tak nak masuk campur. Diorang tak faham, I takut sebenarnya," ada getar dalam suara Arianna. Taufiq hanya mampu terdiam..Kang salah bagi nasihat lain pula jadinya. Dia sendiri kekasih pun tak ada, nak bagi nasihat soal cinta, apatah lagi kisah rumit macam Arianna ni, yang sebenarnya dirumitkan oleh Arianna sendiri. Complicated betul perempuan yang bernama Arianna ni bak kata Abang Ri.

"Trylah You, kesian Naaila. Turunkan sikit ego You. Just one text, ada nama Naaila dalam tu, I'm sure Abang Zhaf takkan abaikan melainkan dia ada someone dekat sana yang lagi penting," Taufiq sengaja menduga Arianna, ternyata air muka Arianna sedikit berubah dan cepat-cepat dikawal.

"Eh, dah nak sampai..You kalau dengar masalah personal I tak habis tau, let's work!," Arianna membuat gaya 'figthing' seperti yang selalu ada dalam drama korea.

Taufiq hanya tersenyum nipis, "Fikirkan apa I cakap Anne, tak rugi pun ego You kalau diturunkan sikit, lagi elok kalau buang terus," Taufiq masih mencuba ingin menasihati Arianna kerana dia tahu dalam hati Arianna hanya ada Zhafri.

"You ni dah geng dengan family I ke apa ni? So, I takde geng lah," Arianna mencebik seakan merajuk.

"I ada je Anne, nak dengar bebelan You," Taufiq berseloroh kerana dia tidak mahu melampaui batas, dia risau Arianna tidak selesa dia terlalu mengambil tahu hal peribadi majikannya itu. "Eh, jomlah dah sampai ni. You nak I belikan coffee tak? Teruk sangat dah mata panda You tu," tawar Taufiq seraya mengunci kereta.

"Boleh juga, thanks Fiq. I masuk dulu. Jadual You free sampai I balik, hari ini I just stay butik je," ujar Arianna seraya melangkah ke butiknya.

---

Ting!

Bunyi notifikasi tanda ada mesej daripada aplikasi WhatsApp. Arianna mengerling, nama Zhafri dan kemudianya dia terus membuka mesej tersebut.

Abang jemput Naaila hari ini, nak bawak dia balik Taiping. Abang dah call Mama, minta siapkan baju Naaila. Lusa jemput datang Taiping, majlis pertunangan Yaya.

'Oh, nak bertunang dah. Eloklah tak menggatal dengan Abang aku dah,' Arianna mengomel sendirian dan kemudian membalas 'OK' kepada Zhafri..Seperti biasa, jurang yang diciptakan namun ingin dibalas perhatian. Pelik tapi itulah Arianna.

Seketika kemudian, dia kembali mengambil telefon pintarnya kemudian menghubungi Puan Suraya. Beberapa deringan, panggilan bersambut.

"Assalamu'alaikum, Ma. Mama dah siapkan baju Naaila? Berapa hari Naaila kat Taiping? Lusa Mama pergi stay sana ke atau balik hari je?," Arianna terus bertanya straight to the point. Dia juga ingin ikut serta, kerana Zahra pernah menjadi kawan baiknya cuma mungkin jarak yang memisahkan membuatkan mereka semakin jauh.

"Wa'alaikumussalam, Anne. Kenapa Anne tak tanya Zhaf terus je? hehe," kedengaran suara Puan Suraya seakan tertawa mengejek. Tak baik tau Mama!

"Alaa, Mama ni. Macam tak tahu, Anne tak biasalah nak cakap lebih-lebih dengan dia," suara Arianna seakan merajuk.

"Zhaf cakap dia cuti sampai Ahad je, majlis Zahra tu pagi, jadi Naaila nanti balik dengan kita sebab lepas majlis dia terus gerak ke KL," Puan Suraya malas mahu memanjangkan cerita, dia sendiri hanya berserah andai takdir jodoh Arianna dan Zhafri, mereka pasti bersama.

"Okay, Ma. Thanks! I love You," Arianna menamatkan panggila telefon setelah menerima balasan 'I love You too daripada Puan Suraya. Kemudian, tanpa sedar dia tersenyum sendiri.

---

"Ayahhh!!!," Naaila berlari lalu masuk ke dalam pelukan Zhafri.

"I miss You so much! I want to stay with You, Ibu selalu marah-marah," Naaila mengadu dengan bibir yang tercebik-cebik. Baru sahaja sampai terus penuh kaunter aduan! Zhafri lantas memeluk dan mendukung anaknya yang dirindui itu. Hampir sebulan tak bertemu, rindunya begitu mendalam. Kan lagi berbunga hatinya kalau ibu Naaila juga seperti Naaila. 'In your dreams!' terngiang di telinga suara jeritan Arianna ketika dia menyatakan Arianna pasti akan merinduinya sebelum dia berpindah ke Kuala Lumpur, hampir sebulan yang lepas. Mengenangkan kejadian itu, dia terus beristighfar.

"Alolo Sayang Ayah, I miss You too. Naaila naughty ye? Sebab tu Ibu marah kan? Kalau Naaila good girl Ibu pasti takkan marah. Kalau Naaila stay dengan Ayah, nanti Ibu rindu dan nangis, macam mana?," Zhafri memujuk Naaila dan dalam masa yang sama, menduga hati anak kecil itu.

"Then We should stay together, kan? Ayah, Ibu and Naaila. Naaila promise akan jadi good girl," anak kecil yang masih mentah untuk memahami urusan orang dewasa ini membuat tanda 'promise' dengan muka yang bercahaya. Tersentuh betul hati Zhafri. 'One day, You will understand why Ayah and Ibu cannot stay together.' hanya kata hatinya sahaja yang mampu bersuara. Zhafri memeluk Naaila erat dan terus memandu menuju ke rumah bekas mertuanya untuk mengambil pakaian Naaila dan akan meneruskan perjalanan ke kampungnya, Taiping.

---

Perjalanan ke Taiping mengambil masa sekitar satu jam perjalanan. Naaila yang keletihan pulang daripada sekolah hanya tidur sepanjang jalan..Nasiblah Zhafri, driving alone. Betul-betul alone dah ni. Dahlah home alone juga. Bertabahlah. Zhafri dan alone berpisah tiada.

"Naaila, kita dah sampai rumah Opah dengan Atok ni. Jom," lembut Zhafri mengejut anaknya ketika keretanya sudah terparkir elok di halaman rumah yang sudah dipenuhi beberapa kereta adik beradiknya yang lain. Maklumlah, majlis pertunangan si bongsu dalam keluarga mereka. Alhamdulillah akhirnya bertemu jodoh juga si Zahra. Maknanya, selepas ini, dialah yang masih solo antara adik beradiknya.

"Hai, baby girl Acu! Do you miss Me?," Zahra yang menerpa apabila terdengar bunyi enjin kereta dimatikan di halaman rumah, segera memeluk erat tubuh kecil Naaila, anak buah yang dirinduinya.

Naaila yang masih mamai, hanya diam dan membalas pelukan Zahra sambil melentok di bahu Zahra. "Dia mamai lagi la tu, Yaya. Tolong bawa dia baring kat bilik Abang la," pinta Zhafri seraya menyambut tangan Zahra yang dihulur untuk menyalaminya, dan kemudian dia pamit mencari ahli keluarga yang lain di ruangan keluarga rumah mereka dan seketika, Zhafri terpaku melihat seorang wanita yang tidak dikenalinya.

"Ha Zhaf, dah sampai pun. Meh la ni, ada ni ha Syuhada bawa kek, sedap," KakLong, ramah menegur dengan mulut yang penuh kek. Tak senonoh sungguh nampaknya dengan pipi kembung begitu.

"Ye, Zhaf. Sinilah duduk dulu," tegur KakNgah pula sambil menatang dulang air nescafe. Baunya semerbak harum.

"Assalamu'alaikum, semua!," Zhafri menegur. Di ruangan keluarga ini ada Abah, Ummi, KakLong dan KakNgah sekeluarga serta Syuhada..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience