Bab 24: Kebenaran

Romance Completed 32302

"Wa'alaikumussalam..Yaya, Wajdi..Syu pun ada?.." KakLong dan KakNgah dah berpandangan sesama sendiri. Arianna yang tadi seakan terhenti detak jantungnya kembali mengumpul semangat..Apa pula perempuan tidak diundang ni datang sini?

"KakLong, KakNgah..Kebetulan Syu teman Ummi kan, Wajdi ajak datang wedding cousin dia, Kak Syarfa. Sebab masa reception Wajdi hari tu Syu berkenan dengan everything masa wedding hari tu, so Wajdi nak tunjuk tuan empunya wedding mesti lagi hebat. Tu yang Syu datang, tak sangka ada KakLong, KakNgah dan.. Anne.." lambat-lambat Syuhada menjawab sambil memandang kepada Anne. Zahra pula dah buat-buat tak tahu je, sibuk mengendong Baby Zayn yang diambil daripada KakNgah.

"This is my parents' house and Kak Syarfa is my sister in law. What a small world kan?" Arianna mengerling kepada Zahra yang langsung tidak memperdulikan kewujudannya di situ. Syuhada pula dah merah mukanya. Masa datang tadi dah hilang ingatan ke? Melihatkan Wajdi seperti yang tidak tahu apa-apa, Arianna sudikan diri juga menerangkan kepada Wajdi. KakLong dan KakNgah masih krik krik..

"Seriously Abang Ri ada adik lawa macam ni..? and you both don't look alike.." Wajdi kelihatan terperanjat mungkin kerana wajah Arianna dan Tengku Fakhri langsung tidak seiras. Zahra pula dah terjegil matanya dengar Arianna dipuji. Bertambah menyampahlah dia dengan musuhnya itu.

"Hey, come eat first. I need to check on my daughter. Please have a seat. KakLong, KakNgah..I'll get Zhaf here okay," Arianna segera pamit apabila menyedari jelingan penuh benci Zahra, tidak mahu lagi menambahkan bara di hati Zahra. Boleh pula suami dia teruja pakej memuji Arianna. Cari nahas namanya.

"I don't have appetite.." rajuk Zahra buat Wajdi tertanya-tanya. Namun, dia meneruskan juga menjamu selera akibat kelaparan. Masa majlis kahwin sendiri makan pun tak rasa sedap sebab berdebar jadi raja sehari..hari ini memang dia makan bersungguh-sungguh. Syuhada juga hanya diam, tanpa bicara. KakLong dan KakNgah pula dah bergerak pulang.

Usai makan, Zahra kelihatan mahu cepat-cepat pulang. Muka cemberutnya usah dicakap la. Namun, melihatkan Wajdi yang sudah bergerak menegur pengatin, dia sabarkan diri juga.

"Aku geram betul dengan Wajdi, boleh dia puji perempuan tu depan mata aku? Kau dengar kan, Syu?" Zahra melampiaskan amarahnya setelah Wajdi dilihat berborak seketika dengan kedua pengantin yang mengenakan busana songket berwarna dusty purple itu. Cantik.

"Mungkin Wajdi just saying la, Yaya. Aku tak rasa benda tu serius. Just relax okay, nanti dia menang bila kita marah-marah. Kena play smart, Yaya.." Syuhada sekadar menasihati Zahra untuk bertenang, risau plan jahatnya bersama Zahra akan dihidu Wajdi.

Daripada jauh, dilihat Wajdi menunjukkan ke arah mereka lalu dia bersama kedua mempelai menuju ke tempat di mana Zahra dan Syuhada berada, menyebabkan Syuhada menepuk peha Zahra mengisyaratkan untuk teruskan lakonan dengan memaniskan muka.

"Meet my wife Zahra, KakFa, Abang Ri and yang ni Syuhada, my wife's BFF merangkap my BFF too. Dulu kat UPSI kami kawan bertiga," Wajdi memperkenalkan Zahra dan Syuhada kepada Tengku Fakhri dan Syarfa.

Salam Syarfa yang dihulur, disambut baik oleh Zahra dan Syuhada, namun pandangan mata Syarfa berserta genggamannya menyebabkan Zahra dan Syuhada seakan terputus lagi niatnya. Boleh tahan protective kakak ipar Arianna ni seorang, dah joined club Guardian Angels Tengku Fakhri agaknya.

"Abang Ri, tak tahu pula You have a beautiful sister tapi tak nampak macam adik beradik pon.." Wajdi yang kembali bertanya tentang Arianna membuatkan telinga Zahra berdesing. Syarfa yang perasan perubahan muka Zahra tersenyum sinis.

"Who? Anne? Oh, we don't share same blood, but we share parents," berkerut sedikit dahi Wajdi mungkin membayangkan. Sama mak bapa tapi bukan darah daging..Pelik.

Tengku Fakhri tertawa bersahaja sambil menepuk bahu Wajdi.."Apa lah Kau nak concern sangat, Di. Yaya tak bagitahu ke, Anne kakak ipar dia?" serentak dengan itu, merah padam muka Zahra dan Syuhada. Wajdi memandang mereka memohon penjelasan. Setahu dia, abang Zahra hanya seorang, Zhafri dan Syuhada itu pula tunangan Zhafri. Kemudian, bila Tengku Fakhri menyatakan Arianna kakak ipar Zahra, Wajdi merasakan ada sesuatu yang tak kena. Apakah sebenarnya yang berlaku, dan ummi juga yang menyokong mereka menghadiri majlis perkahwinan ini. Adakah Arianna menantu rahsia ummi?

"Ask Zahra, I'm sure she will explain from A to Z..It's not complicated but sometimes people don't want to have faith so we cannot do anything.." tajam renungan gabungan Tengku Fakhri dan Syarfa kepada Zahra dan Syuhada.

Syarfa pula, ingin sahaja memandikan air sirap kepada perempuan yang tak tahu malu, seperti mahu merosakkan majlis orang sahaja lagaknya, dengan penuh sindiran terus bertanya kepada Syuhada.."so, You and Zhaf dah decided Your wedding date ke? If so, inform Wajdi and I'll check my schedule.." kata-kata Syarfa seakan pisau yang sikit-sikit menghiris hatinya itu, ingin sahaja mahu dibalas lepas namun, tekaknya yang tiba-tiba kesat berpasir hanya mampu menjawab ok dan menunduk. Malu..Sakit hati..bertambah dendam.

"Bie, let's go. Nanti lambat pula Syu sampai rumah parents dia.." Zahra yang sudah panas punggung segera mahu meminta diri.

"Ala You, I tak habis lagi nak borak tau, bukan senang nak dapat lepak dengan Abang Ri and KakFa ni. Syu, You go first lah kalau takut lambat..Once You dah confirmed Your wedding date terus inform Aku. KakFa ni selalu full house Kau tau.." Wajdi seakan berbangga dengan kakak sepupunya. Bertambah menyampahlah Zahra, yang suaminya banggakan 'perampas' bekas prince charmingnya suatu ketika dulu.

"Okay then, Syu balik dulu ya.." Syuhada segera pamit tanpa memeluk Zahra seperti selalu. Dia juga terasa ingin terbakar sahaja duduk di situ walaupun hanya berhadapan dengan orang-orang yang berpihak kepada Arianna.

---

"Honey, kenapa You diam je daripada tadi? I thought You were the one yang excited nak pergi kenduri Kak Syarfa tadi. But, I have several questions juga dekat You about adik Abang Ri.." hampir 30 minit Wajdi memandu, Zahra di sebelahnya seperti sudah terkeluar merayau sahaja rohnya. Tangan Zahra diusap perlahan, sekaligus menyentakkan Zahra.

"You're day dreaming?" Wajdi bertanya lucu..tak sangka cakap seorang diri.

"What did You say before? Sorry have something in my mind.." Zahra memandang kepada Wajdi, mencari cara untuk tidak berbincang tentang kenduri tadi.

"Arianna..I never knew she is Abang Zhaf's wife and.." belum habis soalan Wajdi, Zahra dah memintas.."Dah la You, it's not our concern okay..tak penting pun kita nak ambil tahu.." Zahra kembali memandang di luar tingkap kereta, tidak mahu meneruskan perbincangan tentang perempuan yang dia paling benci.

"Honey, I'm Your husband, family You pun anggap I orang luar macam adik Abang Ri ke? If she is Abang Zhaf's wife, we are biras kan.." Wajdi masih mencuba..dia pasti ada sesuatu yang tak kena.

Zahra merengus kasar.."Fine! Ummi tak terima dia dengan anak dia, sebab tu You tak pernah kenal dia..Syu tu sahaja menantu pilihan Ummi. Puas hati?!" suara Zahra meninggi, membara api kemarahan, jelas dapat Wajdi lihat dalam matanya..

"Zahra, we're not done yet, I still don't understand.. but, this is not the right time to discuss. I'm sorry.." perlahan suara Wajdi terasa dengan sikap kurang ajar isterinya, namun dia perlu bersabar..Dia yakin ada sesuatu yang terjadi kerana Zahra yang dia kenali tidak pernah memarahinya sebab orang lain.

Zahra sebal, dia terus menyilangkan kedua belah tangannya di dada, kepala dipalingkan melihat luar jendela dan mata dipejamkan. Sakit hati, sakit otak. Dah datang satu masalah pula bila teacher turns to investigator. Fuh!

---

Sesampai mereka di rumah keluarga Zahra, terus sahaja Zahra meluru masuk ke bilik. Kebetulan Tuan Haji Zuhdi yang melihat, menegur Wajdi.

"Kenapa dengan Yaya tu, Wajdi?" seperti biasa, soalannya akan terus ke matlamat mahukan jawapan, tanpa ada liku-liku berbasa-basi dahulu. Straight to the point orang putih kata.

"Penat kot, Bah..jalan jauh.." Wajdi yang masih ragu-ragu dengan keluarga Zahra tidak terus memberikan jawapan yang tepat. Dia duduk di hadapan Tuan Haji Zuhdi di ruang keluarga itu.

"Ke mana kamu tadi?" masih satu baris soalan sahaja.

"Kenduri kat Manjung, Abah. Sepupu Di..tadi kat majlis ada terserempak dengan KakLong dengan KakNgah juga, tapi masa kami sampai diaorang dah nak balik.." Wajdi memerhatikan riak wajah Tuan Haji Zuhdi yang tidak sedikit pun berubah. Seketika, Tuah Haji Zuhdi menutup buku yang tengah dibacanya. Kemudian dia lihat, bapa mertuanya mengangguk seakan memahami situasi yang berlaku..dan bertambah kelirulah menantu bongsu Tuan Haji itu.

"Zahra jumpa Arianna?" Suara bapa mertuanya menerpa ke telinganya. Tiba-tiba dia ternampak sinar kebenaran bakal terbongkar..

"Ha'ah..Bah.." lambat-lambat Wajdi menjawab, masih mahu membaca firasat Tuan Haji Zuhdi.

"Sebab tu lah dia marah..Abah pun tak faham apa masalah dia dengan Ummi kamu. Arianna tu menantu Abah juga, kamu tak pernah jumpa dia sebab Ummi dan Zahra tak terima dia dan anak dia, Naaila. Zhafri, dia yang tidak mahu terus menderhaka macam Ummi kamu kata, masih mengikut telunjuk Ummi kamu.." Nah terungkai sudah kebenaran status Zhafri dan Arianna. Dia tak pernah menyangka ada sesuatu rahsia besar ini dalam keluarga yang dia nampak sempurna. Arianna juga, tidak nampak yang tak elok di matanya. Makin banyak pula persoalan yang bermain difikirannya. Keluhan Tuan Haji Zuhdi menyentakkan lamunannya..

"Syuhada tu Abah..tunang Abang Zhaf..dia tahu?" teragak-agak Wajdi bertanya..risau mengeruhkan keadaan. Melihat anggukan Tuan Haji Zuhdi, bertambah terkejut bukan kepalanglah Wajdi.

"Dia yang nak teruskan..Ummi kamu pinang tanpa tanya Zhafri, Zhafri dah jumpa Syuhada bincang untuk putuskan pertunangan mereka tapi Syuhada tak mahu.." Wajdi hanya mampu menggelengkan kepala, langsung tidak sangka Syuhada perempuan yang lembut itu sebegini perangainya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience