Bab 31: Gadis Misteri

Romance Completed 32302

Abang Zhaf,

I saw Syuhada earlier tapi dia dah berubah.

Kita kena jumpa sebab Saya rasa ada kaitan dengan kes Anne.

Zapp!

Terus Zhafri teringatkan perempuan berambut blonde yang mengucapkan takziah sebelum dia dapat berita tentang kemalangan yang menimpa Arianna.

Telefon yang masih di dalam genggamannya selepas menerima mesej daripada Wajdi tadi berbunyi, lalu menyentakkan lamunannya.

"Encik Zhafri, Saya Inspektor Hariz pegawai penyiasat bagi kes isteri Encik, Puan Arianna. Pihak kami dah terima maklumat berkenaan kemalangan, di sini dinyatakan kereta tiba-tiba berpusing, sedangkan jalan dalam keadaan kering dan isteri Encik memandu mengikut had laju yang ditetapkan. Punca kemalangan disebabkan tayar yang pecah dan ada kesan torehan..Seperti kejadian dirancang. Jadi kami perlukan statement Encik dan Isteri Encik untuk dakwa pesalah yang terlibat jika ada..Boleh Encik datang ke balai untuk tujuan siasatan?"

Seperti mahu terhempas telefonnya. Dia hanya diam masih mencerna. Siapakah yang sebenarnya menjadi dalang. Adakah perempuan takziah rambut blonde dan Syuhada yang Wajdi jumpa orang yang sama dan menjadi dalang? Cepat-cepat dia beristighfar. Menggeleng-gelengkan kepala.

"..Saya akan buat Awak terima Saya dan bekas isteri dan anak awak akan hilang terus daripada pandangan mata Awak. Awak pegang kata-kata saya ni!"

Sebaris ugutan itu tiba-tiba segar dalam ingatannya. Liurnya ditelan..Kesat.

Syuhada. Mengingati seraut wajah lembut manis bertudung litup itu, cepat-cepat dia usir 'prasangka' itu. Tan Sri Kamal juga budiman orangnya, tak mungkin Syuhada yang menjadi dalangnya..Tak mungkin ummi silap menilai. Yang umminya puji, pasti terbaik. Tak mungkin Syuhada.

Sekali lagi lamunannya disentak dek telefon bimbitnya yang berbunyi.

Babah is calling..

Tanpa menunggu lama, terus dia menjawab panggilan itu. "Assalamu'alaikum, Babah."

"Wa'alaikumussalam, Zhaf..Sibuk ke?" Encik Yusri sebelah sana menjawab salamnya dan bertanya tentang keadaannya.

"Tak, Bah..Zhaf tengah free sekarang..Ada apa, Babah?" Zhafri tahu pasti ada sesuatu yang penting jika bapa mertuanya bertanya tentang keadaannya kerana keluarganya sedia maklum tentang kerjayanya.

"Abah nak tanya, Zhaf balik sini hari apa?" seperti sudah dijangka pasti ada sesuatu yang berlaku. Masakan tidak sampai babah menelefonnya bertanya tentang bila dia nak pulang. Sedangkan Arianna dah sedia maklum dia akan pulang esok selepas tamat sesi persekolahan Naaila.

"Ada apa-apa yang urgent ke, Bah? Kalau ikut plan awal, after Naaila balik sekolah esok, kami gerak." Zhafri cuba menenangkan diri sendiri, dia tidak mahu memikirkan kemungkinan yang buruk tentang Arianna.

"Kalau macam tu, alhamdulillah. Sebab Babah tengok Anne banyak termenung, lepas tu macam having bad dreams la Zhaf. Siang pun Mama dengan Baby bergilir teman dia tidur. You know Anne well kan, bila tanya je dia kata nak manja-manja dengan Mama dengan Baby before balik KL. Mesti ada yang tak kena tapi dia taknak cerita. Babah risau."
Mendengar luahan bapa mertuanya, lagi lah Zhafri risau. Terus tanpa berfikir, dia memutuskan untuk segera pulang ke Manjung.

"Babah, Zhaf ambil Naaila, terus gerak la ye..Zhaf rasa tak sedap hati pula." Zhafri memaklumkan tentang rancangannya lalu disokong oleh Encik Yusri. Setelah menamatkan panggilan telefon, Zhafri memaklumkan kepada pihak pengurusan hospital untuk mengambil cuti kecemasan, lalu bergegas ke sekolah Naaila, pulang bersiap dan terus bertolak ke Manjung.

---

"Ayah, why we are rushing?" Soal Naaila setelah mereka memulakan perjalanan ke Manjung..kerana sejak dari sekolah tadi, Zhafri hanya fokus bersiap untuk pulang ke kampung. Sekarang baru dia nampak ayahnya bertenang.

"Because Ayah miss Ibu. Do You miss Ibu?" Zhafri menjawab soalan Naaila. Kalau dia beritahu perihal kerisauannya, Naaila yang berusia enam tahun tak mungkin faham.

"Of course I miss Ibu. But, Teacher Dida said esok nak bagi Naaila doll sebab tadi Naaila dapat jawab all her questions." Naaila menunduk. Kecewa mungkin sebab tak dapat anak patung yang dijanjikan cikgunya.

"I will call Your teacher and ask her to bring the doll next week. Boleh?" Zhafri memandang cermin pandang belakang untuk melihat Naaila yang duduk dalam kerusi keselamatan kanak-kanak di bahagian belakang kereta, mengangkat wajahnya yang ceria dengan matanya yang bersinar. Naaila kelihatan mengangguk penuh semangat.

"Thank You, Ayah. I love You so much!" Begitu mudah Naaila dipujuk. Dan..juga mudah merajuk!

"You're welcome, my princess. I love You too..And now You should take a nap, we have a quite long journey." Naaila kelihatan menguap, pasti dia letih selepas sesi persekolahan.

"Okay, Ayah. Drive safe okay!" sempat lagi dia berpesan sebelum matanya ditutup. Tidak lama kemudian Zhafri terdengar dengkuran halus anak manjanya. Dia senyum sendiri. Kehadiran Naaila memang membahagiakannya. Anugerah terindah dalam hidupnya. Penawar duka. Peneman jiwa.

Zhafri yang memakai earphone mendail nombor telefon adik iparnya.

Setelah beberapa deringan, panggilannya dijawab.

"Assalamu'alaikum, Abang Zhaf." Suara Wajdi di sebelah sana menyapanya.

"Wa'alaikumussalam, Di. Abang ada benda nak cakap dengan Kau, tapi dah tak sempat jumpa sebab Abang nak balik Manjung ni, ada emergency..Anne perlukan Abang." Zhafri menerangkan dengan satu ayat ringkas.

"Abang bila balik KL semula? Di nak jumpa dengan Uncle Kamal, ada something Di nak tanya dia. Abang hati-hati. Jaga family Abang elok-elok sebab Di dapat rasa ada kaitan dengan Syuhada." Zhafri sudah mengagak cuma dia tidak dapat membayangkan sejauh mana tindakan Syuhada.

"Abang stay sana one week macam tu, depends pada keadaan Arianna. Kalau dia okay Abang nak bawak balik KL sebab Abang kena settekan pasal accident hari tu. Tadi ada inspektor call Abang katanya seperti dirancang. Abang rasa tak sedap hati." Zhafri masih berkira-kira untuk memaklumkan tentang gadis misteri yang dia jumpa. Dia masih belum yakin kerana tiada bukti wanita berambut blonde itu Syuhada. Akhirnya dia memilih untuk berdiam diri dahulu tentang perempuan yang dijumpai sebelum menerima berita kemalangan yang menimpa Arianna sekaligus mereka ditakdirkan kehilangan anak di dalam kandungan isteri tercinta.

Pinnn!!!

Dia tersentak dan terdengar suara kerisauan Wajdi. Mujur dia tidak panik. Apalah laju sangat kereta mewah yang memintas keretanya tadi.

"Abang Zhaf okay ke tak ni?"

"Abang okay. Entah mana la nak pergi kereta tu. Gaya nak terbang dia punya laju." Zhafri tertawa sedikit dalam nadanya menghilangkan debar.

Terdengar Wajdi menghelakan nafas lega.

"Okaylah, Abang..drive safe tau. Nanti kita borak lagi."

"Okay Di, tak jauh dah ni. Thank You, Di. Kau jaga adik Abang elok-elok juga. Kalau betul apa yang Kau syak, Zahra pun dalam bahaya. Moga Allah lindung keluarga kita daripada hasad dengki dan dendam manusia." Zhafri mengakhiri perbualan dengan menjawab salam Wajdi di sebelah sana.

Kemudian dia terus fokus pada pemanduannya. Naaila kelihatan lena sambil memeluk patungnya. Dah ada kesayangan, masih nak yang Teacher Dida janjikan. Zhafri tersenyum sendiri mengenangkan telatah anak sulungnya yang semakin pandai menunjukkan emosi. Dah besar anak Ayah.

---

"Ummi tak rindu Syu ke, Ummi? Kenapa tak peluk Syu macam selalu?" sayu suara Syuhada menyapa Puan Hajjah Safiah yang diam sejak tadi. Tak berkedip dia memandang Syuhada. Sayu sungguh hatinya. Masih segar lagi dalam ingatannya betapa Tan Sri Kamal kecewa dengan janjinya yang tak termeterai.

"Emm Ummi.. er..Makcik bukan taknak terima kedatangan Syuhada, tapi Tan Sri dah haramkan Syuhada ada kaitan dengan keluarga Makcik.." setelah berusaha mengumpul kekuatan, akhirnya Puan Hajjah Safiah bersuara jua.

"Kenapa Makcik? Bukan Ummi? Ummi dah buang Syu ke?" tiba-tiba Syuhada bersimpuh memeluk kakinya yang sedang duduk di sofa ruang tamu rumah mereka sambil menangis hiba..Habis basah wajahnya. Puan Hajjah Safiah kaget tidak tahu harus bereaksi bagaimana. Dia risau amaran Tan Sri Kamal, dalam masa yang sama dia kasihankan Syuhada.

"Bukan macam tu Syuhada, Makcik cuma tak mahu keruhkan keadaan. Makcik masih anggap Syuhada sebagai kawan Zahra." Puan Hajjah Safiah menyusun ayat memujuk Syuhada kerana dia sendiri tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku.

Seketika, Syuhada menyapu air matanya. Habis basah selendang yang dipakainya dengan air mata. Kecewa kerana dia masih tidak diterima..Dia diberi harapan, kemudian dihancurkan..dan sekarang? Dia dah dibuang.. Malang sungguh nasibnya..hilang semuanya serentak. Kawan baik sejak kecil, kawan berkongsi suka duka yang dah seperti adik beradik, kasih sayang Ummi, tunang.. dan papa! Kasih sayang papa juga seperti semakin memudar..papa dah tak pedulikannya seperti dahulu..mama? Lagilah..langsung tidak mengaku dia sebagai anak.

Dia bangun, bergerak keluar rumah. Sampai di muka pintu, dia berpaling..

"Terima kasih, Ummi..atas segalanya. Halalkan makan minum Syu..terima kasih pernah anggap Syu macam anak Ummi.. Syu minta ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan Syu pada Ummi selama ini.. Demi Allah, Syu.. Syu.. Syu sayang Ummi.." suaranya tenggelam dalam sedu sedan yang kembali menggila..pedih rasa hatinya menanggung satu kehilangan yang dia rasakan selama ini, kasih suci seorang ibu. Kini..dia sebatang kara. Kerana papa tak lebih seperti hanya dia yang menumpang nama yang dia bawa kerana dia ditakdirkan menjadi anak Tan Sri Kamal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience