Bab 7: Detik Pertemuan

Romance Completed 32302

"Everyone deserve a second chance, right? I'm begging you, please give me one, Anna," ayat pertama yang keluar daripada bibir Zhafri setelah hampir 10 minit masing-masing diam melayan perasaan. Kekok. Janggal. Marah. Dendam. Benci. Rindu. Sayang. Sayang? Masihkah ada sayang di hati Arianna untuk Zhafri? Tidak. Dia tak mahu lembut hati, dia harus percaya diri. Dia bukan perempuan perampas, perosak rumah tangga orang lain. Zhafri tak jujur dengannya. Zhafri menerimanya hanya sebab rasa taat kepada ibu bapanya. Tiada rasa cinta di hati Zhafri untuknya. Kenapa susah sangat dia nak benci lelaki ini?

"Arianna. Call me by that name. Second chance? Yes..I guess so but not you. I don't need a husband, just Naaila maybe she needs a father. Saya akan bertolak ansur tentang hak Awak dan dia," tutur balas Arianna sambil berlalu pergi buat Zhafri tersedar api kemarahan masih menyala dalam hati Arianna. Bencikah dia? Zhafri nekad, akan meraih kembali cinta Arianna, permaisuri yang bertakhta di hatinya sejak lima tahun lepas.

"Oh, ya!," Arianna berpaling dan Zhafri kembali tersedar dan menumpukan perhatian untuk butir bicara Arianna selanjutnya. Sungguh berbeza Arianna kini. Tegas tu memang nampak sangat. "..between us, we just parents to Naaila. Not more than that," Arianna terus berlalu tanpa menunggu kata balas daripada Zhafri yang terpaku statik disitu. Terpana, masih menghadam seorang Arianna yang baru.

---

"Ayah?," Zhafri bagaikan baru tersedar apabila terasa ada tangan kecil yang mencapai dan mencium tangannya, terus dia melutut dan tubuh kecil itu dirangkul erat.

"Naaila, anak Ayah. Finally, you are home. Ayah minta maaf sebab Ayah baru jumpa Naaila hari ini. Ayah minta maaf sebab lepaskan ibu dan tinggalkan Naaila, Ayah salah, Ayah berdosa." Zhafri terus merintih memohon kemaafan daripada anak kecil yang berusia empat tahun itu, yang pastinya belum faham apa itu erti perpisahan. Naaila turut menangis, bukan kerana terkesan dengan kata maaf ayahnya, cuma dia tak boleh tengok orang menangis, hatinya rapuh bak kaca, pasti akan ikut menangis. Mungkin kenan ibunya yang hari-hari menangis ketika mengandungkannya. Entahlah..Mimi kata kenan, tu jadi budak kecil hati kaca. Sofie pula kata mengarut, dah budak kecil memang nak tunjukkan apa-apa perasaan nangis je, apa yang peliknya. Dah jadi perdebatan yang tak pernah berkesudahan dua orang tu.

---

"Anne okay?," Tengku Fakhri mengambil tempat di sebelah Arianna, berhadapan kolam ikan dia laman belakang rumah keluarga mereka. Tempat kesukaan Arianna. Tengok ikan-ikan yang melompat, tengok pokok teratai, indahnya pemandangan mata.

"Okay maksud Abang?," Arianna pura-pura tak tahu. Dan sebenarnya dia lupa ke apa, Tengku Fakhri tu macam kembar dia, membesar bersama. Tengok lepak seorang diri diam-diam pun dah tahu.

"Well, you've met Zhaf..," belum sempat Tengku Fakhri mengutarakan persoalan yang bermain di fikirannya, terus dipintas Arianna.

"Please..Drop the subject Abang. He is a father to my daughter, not more than that. Takde apa yang tak okay. Puas hati?," matanya masih dilemparkan ke kolam ikan. Arianna kalau nak sorok rasa hati, dia takkan berani berlawan mata dan dia mungkin dah lupa sebab Mr Guardian Angel yang dia 'pecat' lima tahun lepas tengok kerutan kening dia sahaja dah tahu apa yang terbuku di hatinya.

"As your wish. Cuma Abang nak pesan, jangan menyesal sebab kedekut sangat peluang kedua tu," terus Tengku Fakhri meninggalkan Arianna termangu sendirian. Kedekut apanya kalau dah tak ada pun peluang kedua yang diperkatakan tu nak dibagi. Memang tak ada dah peluang kedua untuk kisah Arianna dan Zhafri. Semuanya dah berakhir lima tahun yang lepas.

---

FLASHBACK

Kuala Lumpur 2015

Telefonnya berdering ketika dia sedang mengemas rumah pagi itu.

Mama.

Ya, Puan Suraya menghubungi Arianna. 'Apa agaknya Abang dah mengadu ni sampai pagi begini Mama dah call,' detik hati Arianna, namun dia tetap menjawab panggilan daripada mamanya.

"Assalamu'alaikum, Ma," ujar Arianna setelah butang hijau menandakan menerima panggilan disentuh.

"Wa'alaikumussalam, Anne. Anne sihat? Tengah buat apa tu?," Puan Suraya bertanya khabar di sebelah sana.

"Sihat, Ma. Mama Babah semua kat sana okay? Rindu Anne tak?," Arianna cuba bergurau kemudian terdengar tawa kecil Puan Suraya.

"Mestilah Mama rindu, tapi nak buat macam mana, Princess Mama dah jadi milik orang," Arianna sama-sama ketawa menyahut usikan mamanya.

"Alaa Mama, nanti Abang Zhaf cuti Anne balik ya, Ma. Anne pun sama, manalah boleh lama-lama menahan rindu," entah kenapa terasa sayu di hatinya saat menuturkan kata rindu kepada mamanya. Ya, dia dah mula rindu sangat pada mamanya tambahan bila sering ditinggalkan sendiri oleh Zhafri seminggu ini.

"Zhafri kerja sibuk kan Anne, call pun terubat dah sikit rindu Mama ni. Eh, Anne. Mama nak tanya ni haaa Abang dah sampai ke? Mama bukan taknak call dia, risau tengah memandu ke apa," Arianna rasa teruja bila Puan Suraya memberitahu akan kedatangan Tengku Fakhri untuk melawatnya.

"Ya Allah, Ma. Anne tak tahu pula Abang datang sini," suara keterujaan Arianna tak dapat dibendung lagi.

"Bertuah punya anak bujang, adalah tu nak surprise Anne. Dan sorry Anne, Mama dah buat spoil. Nanti buat-buatlah terperanjat ye," Puan Suraya mengusik Arianna sambil tertawa kecil.

"Sempat lagi Mama tau. Ade je nak mengusik Anne. Okay, Ma. Anne nak call Abang..Nak kena ni, nak surprise kita pula," tawa senang Puan Suraya di sebelah sana masih bersisa sebelum akhirnya mereka menamatkan perbualan telefon.

Setelah penggilan ditamatkan, Arianna tidak jadi menghubungi Tengku Fakhri, sebaliknya cuba menghubungi Zhafri untuk memaklumkan kedatangan abangnya. Namun, selepas beberapa kali mencuba, masih tidak dapat dihubungi menyebabkan Arianna terus bercadang untuk ke hospital sahaja, tempat Zhafri berkerja.

---

Setelah membayar tambang teksi dan mengucapkan terima kasih, Arianna terus berjalan ke pintu masuk hospital tempat Zhafri berkerja, dan ketika melalui kafe hospital, dia ternampak dua sosok tubuh yang amat dikenalinya. Arianna yang pada mulanya ingin menyertai dua orang kesayangannya itu, tidak jadi meneruskan niatnya apabila melihat reaksi tegang kedua lelaki itu. Bincang apa agaknya, serius sangat wajah masing-masing. Ketika melalui meja tempat mereka duduk, kehadiran Arianna masih tidak disedari. Arianna yang memasang telinga, tersentak apabila terdengar tutur bicara Zhafri, membuat pengakuan pada Tengku Fakhri.

"I'm a married man, before aku nikah dengan Arianna. Parents aku juga tak tahu kewujudan menantu rahsia mereka."

Zapp! Arianna pegang dadanya. Sakit. Bagaikan terhenti detak jantungnya. Dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mengundur diri. Keputusan yang langsung tiada timbang tara. Bulat. Tepat. Nekad. Lalu satu pesanan ringkas dihantar kepada Tengku Fakhri kerana dia fikir, Zhafri sendiri sudah tidak mahukannya. Patutlah dia diabaikan dan panggilannya hari ini langsung tidak dijawab. Pedih. Luka di hati yang terpaling dalam. Sakit..cinta sucinya yang diserahkan kepada suaminya dikhianati. Apa Zhafri fikir nikah kahwin tu satu permainan yang bila dia rasa sudah bosan, dia tamatkan. Begitukah nilai cinta wanita kepada Zhafri?

Arianna terus berlalu pergi setelah sebuah senyuman diukir kepada dua orang lelaki yang kelihatan terkejut dengan kehadirannya. Hanya Tengku Fakhri sahaja yang mengejarnya, Zhafri langsung tidak memujuknya. Dibiarkan dia berlalu pergi tanpa usaha untuk menahannya.

Tiga hari dia 'ditinggalkan' Zhafri dan akhirnya apabila satu mesej dihantar memaklumkan dia ingin berpisah secara baik, akhirnya Zhafri muncul di muka pintu rumah mereka.

Kata maaf daripada Zhafri hanya seperti angin lalu yang menyapa wajahnya dan kisah mereka berakhir di situ.

END FLASHBACK

---

"Ibu! Ayah cakap nak ajak ibu pergi rumah Atok dan Opah," permintaan apakah ini? Apa Zhafri tak faham ke apa yang dia dah jelaskan sebelum ini? Rasa marahnya dah naik kepala. Rasa macam nak naik hantu. Rasa nak menjerit depan muka Zhafri. Tapi, tak mungkin dia nak tunjukkan perkara tak baik begitu pada anaknya yang langsung tidak mengerti apa-apa.

"Naaila pergilah, Ibu penatlah hari ini, Ibu boleh jumpa Atok dengan Opah lain kali. Kita kan balik kampung lama," pujukan Arianna nampaknya membuahkan hasil apabila tiada ayat balas daripada Naaila. Mungkin Naaila sendiri teruja dia punya keluarga baru dan ramai yang sayangkannya.

"Okay, Ibu. Have a good rest okay. Naaila promise tak jadi naughty girl," awal-awal dia dah buat janji sebelum Arianna berpesan dan terus tangan Arianna diraih dan dikucup, kemudian tubuh Arianna dipeluk dan akhirnya pipi ibunya menjadi mangsa dicium berkali-kali. Apa yang orang buat pada dia, itulah yang dibalas. Naaila, permata hati Arianna yang bijak.

Zhafri tersenyum senang memandang pemandangan indah di depan matanya dan apabila pandangannya berlaga dengan jelingan dingin Arianna, serta-merta senyuman di bibirnya mati. Muka beku dah setaraf hati dah Arianna ni. Kena jemur tengah panas agaknya baru nak cair sikit.

Walaupun layanan Arianna dingin terhadapnya, namun dia bersyukur kerana Arianna tidak menafikan haknya terhadap anak mereka, Naaila. Untuk masa sekarang, itu sudah memadai untuk Zhafri. Nampaknya, misi memikat hati Arianna perlukan bantuan daripada Naaila ni bila percubaan bekas mertuanya dan Tengku Fakhri masih menunjukkan jalan buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience