Bab 34: Rahsia

Romance Completed 32302

Sudah hampir dua minggu Arianna ditemani confinement lady yang dikenali sebagai Isadura apabila Zhafri berkerja. Adalah juga teman Arianna, tidaklah dia tinggal bersendirian. Naaila pula sudah full day di sekolah, termasuk transit sehingga ke petang kerana Zhafri mahu Arianna fokus kepada penyembuhan fizikal dan emosinya. Hari ini, mama dan ummi akan datang serentak memandangkan lagi dua hari dia akan 'merdeka.'

"Anne, dah hampir dua minggu Kak Dura teman Anne, Kak Dura rasa macam ada sesuatu yang mengganggu fikiran Anne, kan? Anne boleh kongsikan dengan Kak Dura, sekurangnya Anne takde pendam sendiri. Bahaya, Dik." Lembut Isadura bertanya kerana dia mahu Arianna selesa dan menganggapkan kawan yang boleh berkongsi cerita. Pengalamannya dalam menjaga orang berpantang selama lima belas tahun, menyebabkan dia dapat meneka emosi ibu berpantang. Baginya, emosi ibu berpantang ni, haruslah dijaga dengan baik, kerana badan yang lemah dan keadaan diri yang tidak suci, membataskan ibu-ibu ini untuk bersolat dan membaca Al-Qur'an sekaligus ada 'benda-benda' yang mudah mempengaruhi. Tambahan pula kes seperti Arianna, emosinya pasti terlalu sakit. Bersalin secara paksaan anak yang sudah tidak bernyawa dan berpantang tanpa anak di sisi, menghadapi sakit bengkak susu lagi. Emosi yang terlalu koyak jika dapat dilihat dengan mata kasar, pasti luka itu terlalu dalam tanpa dapat dibaluti.

"Teruk sangat ke Kak Dura? Agaknya Zhaf perasan tak?" Arianna bertanya risau. Ya, dia risau jika Zhafri perasan dengan keadaan emosinya yang bercelaru.

"Kak Dura tak pasti dia perasan atau tak, tapi dia memang akan check keadaan Anne dengan Kak Dura setiap hari. Anne makan habis ke tak, Anne tidur nyenyak ke tak, Anne banyak termenung ke tak." Nada suaranya yang lembut, menyebabkan Arianna selesa untuk bercerita dengannya. Tangannya yang ligat membantu Arianna memakai bengkung selepas menyapu ubat barut kepada Arianna, langsung tak kekok walaupun sambil mendengar luahan perasaan Arianna.

Memang ada yang mengganggu fikirannya sejak dia terdengar perbualan Zhafri dan Wajdi melalui panggilan telefon malam selepas dia berjumpa dengan pegawai penyiasat tentang kes kemalangannya. Dia tertanya-tanya mengapakah Zhafri merahsiakan sesuatu yang dirasakan sangat penting daripadanya.

FLASHBACK

Arianna terjaga daripada tidur kerana tekaknya terasa haus. Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi. Zhafri pula tiada di tempat tidurnya. Arianna mengiring ke kiri, menurunkan kaki memijak lantai dan bangun perlahan-lahan. Apabila sudah berdiri stabil, kaki di bawa melangkah ke dapur. Usai minum air, dia meninjau di bilik Naaila disangkakan Zhafri menemani Naaila namun ternyata sangkaannya meleset. Lalu dia meneruskan perjalanan, dan ternampak ada cahaya di sebalik pintu bilik kerja Zhafri. Ketika ingin menegur Zhafri, dia terdengar perbualan Zhafri di telefon..dengan Wajdi. Langkahnya terus mati..

"Abang dah check CCTV, memang ada seorang lelaki yang sabotaj kereta Arianna pagi sebelum kejadian tu.."

"Ya, pagi selepas Abang pergi kerja."

"Cuma, Abang tak nampak jelas..Lelaki tu pakai mask dan hoodie..Dia macam dah tahu tempat CCTV boleh capture."

"Tapi betul ke Di, Uncle Kamal cakap anak dia tak terlibat? Abang bukan apa, sebab Arianna pun ada dapat mesej ugutan tu."

'Anak Uncle Kamal?' Arianna berfikir sendiri..Siapa anak Uncle Kamal yang Zhafri maksudkan..Dan apa kaitan dengan kemalangan yang menimpanya..dan juga ugutan yang cuma sekali itu..

"Sayang. Ada tak selesa kat mana-mana ke?" Lamunan Arianna tersentak apabila Zhafri tiba-tiba berada di depannya. Zhafri beriak risau sambil memegang lengan Arianna.

"Abang.." tegur Arianna seraya memeluk lengan Zhafri. "Anne haus tadi..tu pergi minum, air kat bilik takde..lepas tu ternampak lampu bilik kerja Abang ni, tu yang baru je nak intai dah kantoi.." Arianna tertawa kecil.

Kelihatan Zhafri menghela nafasnya. Kemudian dibawa Arianna menuju ke bilik mereka. Perjalanan mereka menuju ke bilik hanya di temani sepi.

"Eh, Abang dah siap kerja?" Soal Arianna sebaik sahaja Zhafri membaringkan dia dan menarik selimut hingga ke paras dadanya.

"Haah, takde apa sangat, Abang cuma baca buku sikit je tadi." Arianna sekadar mengangguk. Dia tak pasti kenapa Zhafri mahu merahsiakan tentang apa yang Zhafri tengah siasat. Kalau ikutkan, Zhafri boleh sahaja memberitahunya..Namun nampak macam pada Zhafri, dia tidak perlu tahu dan risau.

"Sayang tidur ya, good night." Zhafri tunduk mengucup ubun-ubunnya seperti kebiasaan. Arianna memejamkan mata kerana tidak mahu bertanya lebih lanjut yang mungkin akan merisaukan Zhafri. Pada pemikirannya, adalah sebab kenapa dirahsiakan apa yang sedang Zhafri dan Wajdi bincangkan tadi. Anak Uncle Kamal yang mereka maksudkan juga, dia sendiri tak pasti siapakah gerangannya.

END FLASHBACK

"Anne, termenung pula dia." Sentuhan lembut Isadura di bahu Arianna menyedarkannya. Pasti agak lama lamunannya. Stokin juga sudah siap disarungkan dan sekarang Isadura sedang menyikat rambutnya. Ya, Isadura buat semuanya. Arianna dilayan seperti permaisuri bak kata Zhafri yang bersyukur dapat mengupah orang seteliti Isadura.

"Akak..Anne cuma..sebenarnya Anne risau..tentang accident dulu..macam ada yang plan." Lambat-lambat Arianna bersuara, akhirnya berjaya juga Arianna luahkan apa yang terbuku di hatinya.

Tangan Isadura yang menyikat rambut Arianna dibawa ke bahu dan diurut perlahan..Dia dapat merasakan ketegangan bahu Arianna mungkin disebabkan tekanan yang dihadapi.

"Dan Anne rasa Zhaf rahsiakan sesuatu daripada Anne..Anne tak sedap hatilah, Kak Dura." Mendung wajah Arianna jelas di mata Isadura.

Isadura mengambil tempat di sebelah Arianna setelah diri Arianna disiapkan. Tangan Arianna diambil lalu digosok perlahan kekura jari Arianna menyalurkan semangat. Keadaan Arianna sekarang nampak seperti terbang semangatnya entah ke mana.

"Anne fokus pada penyembuhan Anne sahaja. Biarlah Zhafri uruskan. Adalah sebab dia tak beritahu Anne. Yang penting, Anne kembali pulih." Lembut tutur Isadura memujuk. Arianna mengangguk perlahan.

"Anne rehat dulu, Kak Dura pergi masak untuk Anne ya. Menu hari ini sup ayam kampung dengan sayur lobak putih." Arianna mengangguk lalu baring merehatkan diri. Dia perlu kosongkan fikiran tentang apa yang sudah hampir dua minggu bermain di fikirannya. Dia perlu positif dan percaya pada Zhafri.

---

Hari ini sebelah petangnya, rumah Arianna dan Zhafri riuh dengan kehadiran kedua buah keluarga. Yang paling gembira tentulah Naaila. Seronok dia bermain dengan sepupu-sepupunya.

"Anne, siapa Teacher Dida Naaila tu? Bukan main dia bercerita. Tersedak orang tu." KakLong bertanya, dan semua yang berada di ruang tamu serentak memberi perhatian.

"Cikgu kelas dia, KakLong. Itulah, sayang betul Naaila pada Teacher Dida dia tu. Tak henti nama dia bermain di bibir Naaila." Arianna menjawab soalan KakLong, dan semua mengangguk.

"Eloklah macam tu kan Anne, sebelum ni kan dia tak suka sekolah sini, sebab dah serasi dengan sekolah lama." Mama juga meluahkan rasa syukurnya. Arianna mengangguk mengakui kata-kata mamanya. Naaila menunjukkan perubahan positif sejak kehadiran Teacher Dida. Itu yang diperkatakan oleh Principal sekolah Naaila ketika Zhafri mengambil kad laporan prestasi Naaila tempoh hari.

"Itulah, Mama..Alhamdulillah, lega Zhaf bila dia setiap hari excited sangat nak ke sekolah. Kalau tak, sebelum ni memang banyak alasan dia kan, Sayang?" Zhafri yang muncul daripada dapur sambil menatang dulang minuman, menyampuk perbualan ahli keluarganya yang lain..Setelah minuman diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu itu, dia mengambil tempat di sebelah Arianna lalu sisi kepala Arianna yang berbalut tudung sarung itu dikucup sekilas. Ahli keluarganya sudah biasa dengan kasih sayang yang ditonjolkan Zhafri tanpa segan itu, tumpang gembira dan bersyukur dengan kebahgiaan mereka berdua.

"Hari tu Syuhada datang jumpa Ummi," Puan Hajjah Safiah yang tiba-tiba bersuara menarik perhatian semua. Arianna memandang Zhafri di sebelahnya, yang sedang berbalas pandangan dengan Wajdi. Pandangan yang Arianna sendiri tak mengerti.

"Bila, Ummi?" Wajdi bertanya sambil tunak matanya memandang Puan Hajjah Safiah memohon jawapan.

"Dua minggu lepas, dia merayu Ummi terima dia balik, tapi Ummi tak mahu timbulkan masalah di kemudian hari dan Ummi tak mahu Tan Sri marah lagi, jadi Ummi tolak dia dan suruh dia balik.." Puan Hajjah Safiah yang meluahkan, menunduk lemah. Arianna tahu umminya sedih kerana Syuhada sudah dianggap seperti anak sendiri. Dia yang tidak kenal rapat dengan Syuhada juga jatuh kasihan apabila mendengar kisah Syuhada daripada Zahra. Anak VVIP yang sunyi dan kisah cinta yang tak berbalas. Arianna sedar apabila Zhafri meramas lembut tangannya.

"Bukan salah Ummi, dia ada keluarga dia sendiri, kita tak boleh nak terima dia bila papanya dah melarang." KakNgah di sebelah ummi bersuara seraya menggosok lengan ummi, memujuk ummi lembut. Ummi akhirnya mengangguk. Suasana agak kekok. Mama juga hanya diam tanpa sebarang komen. Arianna tahu semuanya tidak selesa. Syuhada juga seperti mangsa keadaan. Salah siapa? Arianna sendiri tidak pasti. Kerana dia sendiri tak layak untuk menghakimi.

---

Selepas keluarganya pulang, tiada lagi nama Syuhada disebut. Kini sudah tiga bulan berlalu dan Zahra juga sudah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ziyad Wafiy. Arianna yang kerap menghabiskan masanya menemani Zahra ketika Naaila bersekolah dan Zhafri berkerja, merasa masanya sedikit terisi dan kurang memikirkan tentang kehilangan anaknya, Mateen.

"Anne..Kau tahu tak hari tu Wajdi ada beritahu Aku, dia jumpa Syu." Arianna yang bermain dengan Wafiy memandang Zahra dengan riak tenang.

"So..ada apa yang merisaukan ke Yaya?" Zahra memandang Arianna pelik. "Muka Kau tu.." Arianna menyambung bicaranya. Zahra kelihatan risau. Itu yang Arianna nampak.

"Aku takut sebab apa yang dia pernah cakap kat aku dulu dan Wajdi cakap, Syu macam tak kenal pun Wajdi. Appearance dia pun lain sangat, tak macam Syuhada yang kita kenal, Anne." Zahra masih dengan wajah risaunya dan air mata sudah bergenang. Arianna menumpukan perhatian..Zahra menghela nafas berat kemudian menyambung bicaranya.."Tapi, Wajdi kan kenal dia sejak diaorang darjah 1, jadi dia cam Syu. Diaorang rapat, dah macam adik-beradik. Sebab tu Wajdi tak syak langsung Syu ada menaruh hati pada dia. Aku..Aku.." suara sebak Zahra mengundang Arianna memeluk bahu adik iparnya itu.

"Syhh..Bukan salah Kau..jodoh, pertemuan, ajal dan maut, Allah yang tetapkan, Yaya. We have no right to question Allah's plan. Kau tak boleh terus salahkan diri Kau atas apa yang dah jadi. Ujian untuk dia, dan untuk keluarga kita. It's Allah's beautiful gift. There is a silver lining in between. Always." Lembut pujukan Arianna sedikit menenangkan Zahra yang sudah mula menangis. Benar kata Arianna, ada hikmahnya. Hikmah ujian yang Allah berikan, merapatkan kembali hubungan kekeluargaan mereka.

---

Hari itu, Zhafri bertemu Wajdi dan pegawai penyiasat kes Arianna. Hampir enam bulan, akhirnya mereka menemui petunjuk. Ya, saspeknya adalah Syuhada, namun masih tidak boleh mengeluarkan waran tangkap kerana tiada bukti yang kukuh dapat 'melepasi' pengaruh Tan Sri Kamal. Wajdi sendiri kesal kerana Tan Sri Kamal yang dianggap idola selama ini, sanggup menutup mata tentang jenayah anaknya kerana risaukan kedudukannya akan tergugat. Siapa yang tak kenal, Tan Sri Kamal orang yang berpengaruh dalam bidang pendidikan. Betullah kata Syuhada, tak mungkin papanya akan mengheretnya ke muka pengadilan sekalipun dia ditangkap oleh papanya kerana kedudukan papanya lebih penting daripada mangsa jenayah Syuhada.

FLASHBACK

Hari ini Wajdi sudah nekad mahu bersemuka dengan Syuhada. Selepas panggilan telefon Zhafri awal pagi tadi dia rasa dia perlu buat sesuatu.

Setelah mencuba beberapa kali mengintip Syuhada, dia akhirnya dapat bersua muka dengan Syuhada..Kali ini, Syuhada berpenampilan seperti biasa, bertudung litup dan berbaju kurung cuma wajah polosnya yang dahulu sudah agak berubah dilitupi solekan di wajahnya. Dia nampak matang. Wajdi pada mulanya agak keliru, namun melihatkan pandangan mata Syuhada, dia kenal kawan rapatnya sejak kecil.

"Hi, Syu..You look different." Wajdi memulakan bicara. Air minuman diteguk sekali.

"Takkan Aku nak sama je bodoh macam dulu, Di. Well, people changed." Wajdi dapat merasakan kedinginan dalam nada Syuhada. Sudah hilang kelembutannya dalam berbicara. Ya, Syuhada sudah berubah.

"No, bukan tu maksud Aku. I mean, sebelum ni Aku pernah nampak Kau free hair, then sometimes Kau bertudung balik..Aku cuma pelik, kenapa sampai macam ni, Syu?" Wajdi kesal kerana Syuhada yang dikenali sepatutnya bukan begini.

"Tskk.." Syuhada tertawa kecil. "Kau siapa nak persoalkan Aku? Papa Aku pun tak peduli..Elok Kau jaga anak bini Kau jangan sampai jadi macam Zhafri. Kau lupa ke, Aku takkan biarkan Korang bahagia bila Aku derita?" Tajam mata Syuhada mencerlung memandang Wajdi. Dapat Wajdi rasakan api dendam Syuhada masih membara.

"Bertaubatlah, Syu..Aku tahu it was You and Your Dad promised me, if You found guilty, He is the one will sent You to police." Wajdi sudah hampir hilang sabar, mujur sahaja mereka di restoran dan Syuhada itu perempuan. Kalau lelaki, sudah lebam muka agaknya. Bongkak. Bangga dengan jenayah sendiri.

"Kau rasa kalau papa Aku tahu Aku dalangnya, dia takkan sorokkan Aku ke? Aku rasa dia lagi sayang kedudukan dia daripada rasa tanggungjawab dia tentang kesalahan yang Aku buat. I'm his daughter. I know my father well. By the way, don't waste my time. Kalau Kau ada bukti, hantar lah waran tangkap." Angkuh sungguh Syuhada bersuara seraya bangun meninggalkan Wajdi yang menahan marah sendiri.

Setelah beberapa ketika otaknya ligat berfikir, dia akhirnya menghubungi Zhafri.

"Assalamu'alaikum, Abang Zhaf. I told You, it was her." Zhafri di sebelah sana menghela nafas berat.

"Tapi, kita tak ada bukti yang kukuh." Wajdi menyambung bicaranya. "And it was my fault, Di tak record our conversation tadi and I have no proof at all. I'm sorry Abang Zhaf. But, I will get Uncle Kamal." Wajdi meraup wajahnya. Dia sangkakan Syuhada dan dia dapat duduk berbincang dengan baik, namun sebaliknya yang berlaku. Langsung dia tidak terfikir, Syuhada 'sekeras' ini. Syuhada memang sudah berubah, seperti bukan seseorang yang dia kenali sejak kecil.

Setelah Zhafri menjawab salam, Wajdi menamatkan panggilan telefon dan mula menghubungi Tan Sri Kamal.

"Hello, Uncle. Can We meet? I have something urgent to discuss." Wajdi memulakan bicara setelah panggilan disambung.

"If You want to talk about Syuhada, I have no time, Di. I'm sorry." Suara Tan Sri Kamal kedengaran dingin, tidak seperti biasa.

"But, Uncle..she just admitted about the accident." Wajdi masih mahu mencuba.

"I just got back my daughter and I won't let people ruin what I have now. So Di, we have no any deals. This is my final words. Assalamu'alaikum." Tan Sri Kamal mematikan panggilan telefon tanpa Wajdi sempat bersuara lagi. Dan sekali lagi, dia gagal. Kerana dia tidak menjangkakan layanan Tan Sri Kamal lalu tidak merakam perbualan mereka. Dia sudah kehilangan dua bukti besar. Dia akhirnya beristighfar memohon ketenangan hati dan kewarasan tindakan di saat ini.

END FLASHBACK

"Bukti yang tak kuat, memang kita tak dapat nak keluarkan waran tangkap." Jelas kekecewaan terpancar di wajah Wajdi dan Zhafri.

"Dah enam bulan, Tuan. Sampai bila kami nak tunggu." Wajdi seperti hilang sabar. Zhafri menepuk bahu Wajdi mahu menenangkan adik iparnya itu.

"Dah enam bulan kami intip, walaupun penampilan dia akan berubah-ubah, dia tidak berjumpa dengan sesiapa kecuali pulang ke rumah Tan Sri Kamal dan ke tadika tempat dia berkerja sahaja. Jadi, itu yang menyukarkan kami untuk menangkapkan kerana pelaku juga tidak kami ketahui, seperti orang yang sudah berpengalam. Sangat cekap." Terang Inspektor Hariz.

"Tadika? Tadika mana?" Zhafri tiba-tiba merasa tidak sedap hati apabila mengetahui kenyataan Syuhada berkerja di sebuah tadika.

Walaupun Inspektor Hariz merasa pelik dengan soalan Zhafri yang tiba-tiba, dia tetap juga menjawab sambil melirik ke arah Wajdi dan Zhafri bersilih ganti. "Tadika Little Kiddies." Wajah pucat tidak berdarah Zhafri menarik perhatian Wajdi dan Inspektor Hariz.

"Ya Allah! Naaila.." Zhafri yang sudah bangun berlari anak sambil mengeluarkan telefon pimtarnya daripada poket seluar jeans yang dipakainya pantas dikejar Wajdi dan Inspektor Hariz walaupun mereka tidak mengerti. Kelihatan Zhafri cuba membuat panggilan telefon. Wajdi akhirnya berjaya menahan Zhafri sebelum ditenangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience