Bab 38: Kerana Kasih Aku Korbankan

Romance Completed 32302

Hari ini adalah hari yang membahagiakan buat Syuhada. Setelah enam minggu dia menunggu, akhirnya hari ini tiba juga. Dia yang mengenakan baju kemeja polos berwarna merah hati dipadankan dengan seluar panjang berwarna putih nampak sopan apabila dilengkapkan dengan selendang bercorak bunga-bunga sama tema warna pakaiannya. Hari ini, Tan Sri Kamal akan tiba di KLIA setelah hampir dua bulan menghadiri seminar dan mengambil peluang bercuti di Jepun. Berbunga ceria hatinya seindah sang suria di pagi hari. Setelah hampir 30 minit menunggu di balai ketibaan, akhirnya kelibat Tan Sri Kamal yang menolak troli bagasi kelihatan.

"Papa...!!" Syuhada melambai lalu meluru memeluk papanya. "I miss You, Pa!" Lalu satu ciuman hinggap di pipi papanya.

"My clingy baby.." Tan Sri Kamal yang juga rindukan anak gadisnya, membalas pelukan Syuhada dan melabuhkan satu kucupan kasih di dahi anak gadisnya. Dia tergelak lucu melihat keletah manja Syuhada yang sudah lama hilang, dan kini anak gadisnya yang polos dan manja benar-benar sudah kembali. Dia bersyukur kepada Allah di atas rahmat ini.

"Let's go, Pa. Syu masak untuk Papa tau. Makanan yang Papa pasti sangat rindu. Pulut kuning dengan rendang daging hijau." Ujar Syuhada dengan mata yang bersinar. Tan Sri Kamal nampak sinar kebahagiaan di matanya.

"Wow..my amazing little girl dah mula tunjuk skill? Mak Munah jadi pengawas ke masa Syu masak? Tak tunggang terbalik ke dapur rumah?" Tan Sri Kamal mahu mengusik. Hari ini dia mahu buang semua sifat tegasnya pada Syuhada. Dia mahu melayan anak gadisnya yang manja ini. Dia rindu.

"Papa.." rengekan Syuhada pakej muka cemberut mulut mencebik memandang Tan Sri Kamal meledakkan lagi tawa orang tua itu.

"Okay..okay. Let's go home. Papa penat plus tak sabar nak makan masakan anak dara Papa ni. Jet lag juga dah tua-tua ni, Syu." Setelah bagasi Tan Sri Kamal dimasukkan ke dalam bonet kereta, pemandu Tan Sri Kamal terus memandu menuju ke rumah agam lelaki itu. Perjalanan mereka ditemani perbualan yang rancak. Syuhada nampak bahagia dan ceria, sudah lama hilang seri wajah itu. Tan Sri Kamal pasti ada sesuatu yang menyebabkan hidup anaknya ini sebahagia ini.

Pemandu merangkap PA Tan Sri Kamal hanya memerhatikan melalui cermin pandang belakang. Dia tahu Tan Sri Kamal menyorokkan perasaan sebenar ketika melayan Syuhada. Dia berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Berat dugaan Tan Sri Kamal yang dikenali sejak hampir tiga puluh tahun lalu. Syuhada itu juga seperti anaknya yang dia saksikan jatuh bangun, kekecewaan, kegembiraan, kemusnahan dan kekejaman atau lebih tepat lagi kegilaan gadis itu.

"Syu tak kerja hari ini?" Soalan Tan Sri Kamal menyebabkan Hisyam memberi fokus dengan perbualan anak beranak itu. Dia mahu mendengar apakah lagi kepalsuan yang akan Syuhada ciptakan kepada papanya. Wajah Tan Sri Kamal juga bersahaja, beriak seperti mengambil berat tentang aktiviti anaknya.

"Syu dah resigned, Pa. Syu nak fokus pada Papa je." Jawapan bersahaja Syuhada dibalas anggukan Tan Sri Kamal.

"Yeke ni? Atau anak Papa dah ada calon menantu nak kenalkan dekat Papa?" Wajah merona merah Syuhada membuatkan Hisyam rasa menyampah. Walaupun dia sayangkan Syuhada seperti anaknya, namun dia langsung tidak setuju dengan tindakan Syuhada. Dan dia sendiri tidak mampu menghalang berlebihan kerana, dia sendiri juga diperhatikan oleh orang-orang suruhan Syuhada. Syuhada memang berbeza personalitinya semenjak dia kembali daripada mencari ibu kandungnya dahulu, ada masa menjadi puteri yang baik hati dan ada masanya menjadi ahli sihir yang jahat. Dia tahu Syuhada sakit, namun apa yang dia dan Tan Sri Kamal buat sekarang, biarlah diibaratkan menarik benang di dalam tepung.

"I'll tell You later, Pa." Syuhada senyum dan kemudian melarikan wajahnya memandang ke luar tingkap..Dan Tan Sri Kamal pula memberi reaksi anggukan dan memejamkan mata. Mungkin mahu merehatkan badannya.

Setelah hampir satu jam perjalanan, mereka tiba di perkarangan rumah agam lelaki itu. Syuhada segera masuk ke rumah tanpa menunggu Tan Sri Kamal.

"Syam, Kau rasa dia syak ke Aku tahu apa yang dia buat belakang Aku?" Kelihatan riak risau diwajah lelaki yang dia kagumi itu.

"Mungkin juga, Tan Sri. Sebab lepas Tan Sri sentuh soal kahwin dia terus diam. Dan tengoklah terus sahaja masuk tanpa tunggu Tan Sri." Tan Sri Kamal mengangguk. Dia yakin dengan keputusannya, semuanya untuk kebahagiaan anak gadisnya juga.

Syuhada yang memandang ke bawah melihat perbualan papanya dengan Hisyam sudah tidak senang hati. Dia mundar mandir berjalan di dalam biliknya sambil menarik-narik rambutnya. Dia takut tembelangnya pecah. Kerana sepanjang ketiadaan papanya, dia memang bebas dengan identiti yang satu lagi. Semua pekerja di rumah agam milik papanya sudah tahu, namun tiada yang berani menegurnya kerana dia dijaga oleh orang-orangnya yang bila-bila masa sahaja boleh lenyapkan mereka daripada muka bumi ini. Kini, dia harus menjadi anak yang menurut kata papanya kerana dia mahu papanya setuju untuk Zhafri menikahinya.

---

"The taste is really good. Betul ke Syu yang masak ni, Mak Munah?" Pertanyaan Tan Sri Kamal disusuli ledakan tawa lelaki itu apabila muncung Syuhada kelihatan. Mak Munah seperti biasa hanya mengangguk dan tersenyum nipis. Dia takut berlebihan kerana emosi Syuhada bila-bila masa sahaja boleh berubah.

"See Papa..tak percaya lagi." Syuhada senyum senang sambil membuatkan tanda good kepada Mak Munah. Muka Syuhada bangga kerana papanya puas hati dengan masakannya.

"Now I know..Syu ada benda nak bodek Papa, right?" Mata Tan Sri Kamal tidak lepas merenung Syuhada..Anak gadisnya yang semakin hancur kerana kesilapannya.

"Papa.." Syuhada teragak-agak mahu bersuara. Ya, dia masih takut dengan papanya walaupun dia yakin Zhafri tidak akan menolak dan papanya juga akan setuju apabila Zhafri bersetuju.

"Ask him to see me tomorrow night." Tan Sri Kamal menepuk lembut kekura jari Syuhada seraya menyelesaikan makanannya.

"Papa naik dulu, Syu. I'm really tired." Tan Sri Kamal bangkit lalu menuju ke tangga untuk ke biliknya.

"Papa..." Tan Sri Kamal menoleh. "Thanks." Syuhada senyum. Dia nampak bahagia. Tan Sri Kamal mengangguk dan kemudiannya menoleh berpaling untuk teruskan niatnya. Air matanya bergenang..'Ya Allah! Jika ini yang terbaik yang Kau takdirkan untuk jalan hidupku, Aku berserah kepadaMu ya Allah. Aku redha.' Detik hatinya. Sakit dirasakan, namun untuk merosakkan semuanya, dia tidak mampu lagi..Dia sanggup berkorban kerana kasih pada anaknya dan dia tidak mahu terus berdosa menzalimi orang lain dengan pengaruh yang dia ada.

FLASHBACK

"Uncle, please. Takkan Uncle nak tutup mata lagi? Sampai Syuhada jadi pembunuh ke Uncle?" Wajdi di depannya jelas kecewa dengan sikap tidak acuhnya. Namun ayat terakhir Wajdi seakan mengembalikan kewarasan akal fikiran kepadanya.

"Di, tolong Uncle. I have to make it right this time. Anak Uncle lagi penting daripada harta dan pangkat Uncle di dunia ni." Lirih suaranya seakan merayu kepada Wajdi. Menyesal. Ya, dia menyesal kerana tidak mempercayai Wajdi sebelum ini. Disangkakan perubahan Syuhada akan kekal, namun ada rancangan kotor untuk mengaburu matanya. Dan dia juga bukanlah bodoh, yang akan membutakan matanya melihat jenayah anaknya.

"Uncle..Ya Allah, Uncle..Thank You! Di akan call Abang Zhaf untuk teruskan lodge police report," Wajdi bersyukur akhirnya Tan Sri Kamal membuka matanya. Dia segera mengeluarkan telefon pintarnya untuk menghubungi Zhafri.

"Di..bukan sekarang." Wajdi tersentak. Dia sudah hilang sabar dengan sikap main tarik tali Tan Sri Kamal.

"Kalau bukan sekarang bila lagi, Uncle?" Wajdi meraup kasar wajahnya. Rambutnya juga dikusutkan sekusut fikirannya.

"Syuhada curi senjata Uncle." Wajdi melopong. Dia sendiri tidak menyangka senekad ini Syuhada obses untuk memiliki Zhafri.

"Uncle..then what should we do?" Kendur nada Wajdi, tidak setegang tadi. Dia sendiri kecut perut.

"Uncle dah pasang orang, sebenarnya sejak dia berpindah semula ke kondo. Dan Uncle tahu semua aktivitinya..Dia sakit..Jiwa dia tak sihat, Di. Dan kalau Di nak tahu, Uncle juga diperhatikan orangnya. Cuma pejabat Uncle ni orangnya tak boleh lepas, sebab tu Uncle minta Di datang sini. Dan Di jangan risau, spy Uncle juga ada jaga keluarga Di.

"Uncle.." Wajdi mati kata. Sudah seperti kisah tragis kes mereka. Bersimpang siur berkait melarat jadinya. Tidak disangka sebesar ini dugaan setiap orang yang rapat dengannya.

"Just give me six weeks, I will fix everything again. Di cuma kumpul bukti sahaja. Please trust me, Uncle sayang anak Uncle, yang tak mungkin Uncle akan biarkan dia jadi penjenayah." Wajdi mengangguk faham. Dan saat ini, wajah tua di depannya dipandang penuh hormat. Ya, walaupun dia pernah hilang hormat akan lelaki berkaliber depannya sebelum ini, hari ini dan saat ini, dia percaya pada dirinya, lelaki ini lelaki terhormat yang pernah dia kenali.

Setelah Wajdi pulang, dia menghubungi PAnya, Hisyam.

"Syam, Aku nak fly ke Jepun untuk seminar dua minggu dan akan stay sana untuk sediakan tempat lepas kes Syuhada selesai nanti. Kau uruskan ya." Kesat liur dirasakan, walaupun perit inilah hakikat yang harus dia terima, harga kehancuran anaknya yang harus dibayar.

END FLASHBACK

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience