Bab 32: Petunjuk

Romance Completed 32302

"Why, Syu? Because You insisted, that's why I sent You there. But look at You now? Apa dah jadi? Kenapa berubah sampai macam ni Syu? Papa didik Syu selama ni dengan didikan agama, supaya Syu tahu mana baik mana buruk." Kesal nada Tan Sri Kamal melihat perubahan Syuhada yang dah seperti orang barat. Walaupun bekas isterinya sememangnya berketurunan mat salleh, dia tidak menyangka anak yang dia didik dengan didikan agama yang baik, seakan terpengaruh dengan budaya barat selepas setahun.

"Why, Papa? Why? She doesn't welcome Me..at all!" Syuhada menghamburkan tangisnya. Dia kecewa..Sudahlah ibu kandung sendiri tak mengaku anak, bila dia kembali kepada papa yang selama ini membesarkannya, papanya pula seperti menyalahkannya

Seminggu dia pulang ke rumah agam papanya selepas setahun hidup bersendirian di negara kelahiran mamanya, dia bersendirian..Hanya ada pembantu rumah, tukang kebun, pemandu dan pengawal sahaja. Itu pun mereka masing-masing buat hal sendiri. Dia sangkakan selepas setahun tidak bertemu, papanya akan menyambut kepulangannya, namun dia hampa.

"Sebab itu, sejak daripada awal Papa taknak Syu cari Mama.." Tan Sri Kamal bersuara setelah esakan Syuhada sedikit reda. "Dia berdendam dengan keluarga Papa yang menentang hubungan kami pada awalnya. Salah Papa juga sebab tak berusaha mempertahankan Mama sehingga hatinya mati untuk Papa dan Papa langsung tak menyangka Syu juga menjadi mangsa." Masih segar dalam ingatan Tan Sri Kamal ketika Jennifer atau nama Islamnya Nurul Jannah memilih untuk mengalah dalam hubungan mereka setelah 10 tahun bersama.

Nurul Jannah, mama kandung Syuhada ialah isteri yang dia nikahi ketika mereka sama-sama belajar di Charles Darwin University, Australia.

Wanita yang sanggup berkorban meninggalkan keluarganya kerana cinta, dia sia-siakan kerana tidak mahu dilucutkan nama dalam wasiat keluarganya. Apabila ibu dan bapanya mendera emosi Nurul Jannah, dia tidak pernah masuk campur. Seperti lelaki pengecut. Akhirnya, wanita itu memilih untuk mengalah, meninggalkannya dan juga anak kecil yang berusia 6 tahun.

"Mama..I mean Madam Jennifer..dia kata..dia tak ada anak..walaupun Syu kenal wajah dia..Syu tak pernah lupa..tapi..dia kata Syu bukan anak dia..dia tak pernah ada anak yang bernama Syuhada binti Kamal." Suara Syuhada menyentakkan lamunannya. Walaupun dia menyesal berjuta kali, memohon kemaafan..merayu Nurul Jannah untuk kembali, semuanya tidak mungkin jernih kembali. Dan Syuhada sendiri sudah tahu kebenarannya.

Dia ingin memujuk Syuhada namun egonya lebih tinggi.

"Esok Papa tak mahu tengok rambut Syu macam ni lagi." Dia bangun lalu terus mendaki tangga menuju ke biliknya. Dia kecewa dengan anaknya yang sepatutnya tahu membezakan mana baik dan buruk, namun seolah-olah mengambil mudah tentang hukum yang Allah tetapkan.

Walaupun dapat dia dengar dengan jelas tangisan hiba Syuhada, dia teruskan sahaja langkahnya..Dia perlu ajar Syuhada. Sudahlah hilangkan diri, jenuh dia mengupah penyiasat persendirian untuk bawa Syuhada pulang.

Sangkanya selepas mengetahui kebenaran mamanya tidak mengaku dia sebagai anak, dia akan pulang. Namun, lain jadinya apabila dia memilih untuk bebas di negara kanggaru itu. Yang paling dia kecewa, surat perletakan jawatan sebagai guru berjawatan tetap juga telah Syuhada hantar. Pada mulanya, dia menguruskan cuti tanpa gaji Syuhada untuk tempoh setahun, supaya Syuhada kembali bersemangat selepas bercuti atas apa yang telah berlaku dalam hidupnya selama ini, namun lain pula pilihan anak tunggalnya itu.

"I hate You, Papa! I hate Youuu!!!" jeritan Syuhada tidak diendahkan..Dia masuk ke dalam bilik, mengunci pintu dan menangis mengenangkan kisah silamnya.

FLASHBACK

"Aku hantar Kau pergi belajar, bukan pergi cari bini!" Tengkingan Tan Sri Khalid mengejutkan seisi rumah, yang tadi suasananya sepi selepas Kamal memperkenalkan isterinya Nurul Jannah dan bayi mereka Syuhada.

"Aku memang tak boleh nak terima apa yang Kau dah buat. Aku akan keluarkan Kau daripada senarai penerima wasiat." Jelas dia sungguh kecewa dengan perbuatan anak sulongnya. Lain harapannya, lain pula yang dihadapkan padanya.

Kamal hanya mampu melutut memohon ampun dan maaf. Nurul Jannah hanya menunduk sambil memeluk bayi mereka. Untung sahaja Syuhada masih pulas tidur, walaupun agak tersentak mendengar tengkingan datuknya sebentar tadi. Nurul Jannah sendiri tidak faham butir bicara bapa mertuanya dalam bahasa ibunda suaminya, namun dia tahu ketegangan yang berlaku. Melihat wajah suram ibu mertuanya, melihat wajah merah padam bapa mertuanya dan melihat wajah yang basah dengan air mata kekesalan suaminya, dia tahu bukan sesuatu yang baik sedang berlaku.

"Abi, Mal nikah ikut hukum, Abi. Mal tak buat perkara yang memalukan Abi dan Ummi." Kamal masih mahu menerangkan tentang keadaan sebenar.

"Kau pun tahu tak ada keturunan kita yang kahwin campur. Aku tak mahu ada masalah akan datang. Aku boleh terima Kau dan anak Kau tapi bukan isteri Kau. Kau fikirlah mana yang Kau nak pilih. Dia atau Kami." Jatuh bahu Kamal. Pilihan apa yang abi bagi. Jika meninggalkan Nurul Jannah mampu membahagiakan abi dan umminya yang dikecewakan, patutkan dia juga berkorban perasaan? Dan Nurul Jannah, adakah dia akan kembali kepada kehidupannya yang lalu?

"Ummi.." baru sahaja dia mahu bergerak ke arah Puan Sri Hana, ummi terus sahaja bangun.

"Baliklah Mal, jaga keluarga Mal. Ummi tak boleh bantah cakap Abi..Ummi minta maaf." Lalu meninggalkan dia dan keluarganya termangu di ruang tamu rumah mewah itu.

Setelah beberapa ketika, dia mula bangun dan melangkah keluar daripada rumah mewah itu. Dan Nurul Jannah hanya mengikut sahaja suaminya. Mereka hidup dalam keadaan yang serba sederhana, namun ada sahaja dugaan kesusahan yang dicetuskan Tan Sri Khalid, yang akhirnya menyebabkan Kamal kembali kepada keluarganya dan menjadi suami yang pengecut apabila isterinya didera emosi, dipaksa berpisah dengan suami dan anak kandung sendiri. Syuhada diambil keluarganya dan tidak dipulangkan. Dia sendiri kadangkala bermalam di rumah keluarganya. Nurul Jannah diabaikan. Dia langsung tidak melindungi isterinya, yang akhirnya mengalah dan terus pulang ke pangkuan keluarganya.

Apabila anaknya jatuh sakit merindui isterinya, segalanya telah terlambat. Dia menerima permohonan perceraian daripada Nurul Jannah, dan dia hanya bersetuju kerana dia tidak mampu kehilangan legasi keluarganya. Ya, dia mementingkan diri sendiri. Dia akhirnya kehilangan seorang isteri dan seorang ibu untuk anaknya.

END FLASHBACK

Tan Sri Kamal meraup wajahnya. Walaupun berjuta sesalan, dia tidak mungkin mampu mengembalikan Nurul Jannah. Sudah lebih 20 tahun, api dendam bekas isterinya tidak pernah padam. Dan kini, anaknya menjadi mangsa. Keluarganya hancur kerana dia yang dahulunya terlalu pengecut.

---

Sepanjang dua hari Zhafri di sisi Arianna, barulah tidurnya nyenyak. Dia juga nampak seperti kembali bersemangat. Wajahnya ceria, tidak seperti beberapa hari sebelum Zhafri pulang.

Setelah selesai memandikan Arianna, memakaikan barut dan bengkung, menyapu minyak panas dan memakaikan stokin, Zhafri dudukkan Arianna di atas katil lalu dia menyikat rambut isterinya. Disebabkan rambut Arianna belum kering sepenuhnya, Zhafri hanya membiarkannya lepas bebas untuk sementara. Arianna yang berkain batik dan berbaju tshirt lengan panjang berwarna pink, kemudiannya berbaring merehatkan badan. Zhafri masih setia menemani Arianna, mujur sahaja Arianna tidak perlu 'berebut' dengan Naaila kerana ramai yang melayannya di sini.

"Sayang, hari Abang balik sini hari tu, ada pegawai penyiasat telefon Abang, kalau Sayang ready untuk bagi keterangan, kita boleh jumpa dia." Zhafri menyusun ayat dengan berhati-hati, risau jika Arianna masih terkejut.

Arianna senyum seraya mengangguk perlahan, kemudian bersuara. "Abang rasa ada yang nak kenakan Anne ke?" Wajah Zhafri berubah riak, Arianna masih tenang. Kemudian dia mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka lock dengan thumbprint sebelum menyerahkan kepada Zhafri.

"Ada satu message daripada nombor yang Anne tak save tu. Abang cuba baca." Berkerut dahi Zhafri. Wajahnya jelas kelihatan risau. Dia menggosok lengan Arianna. "Kita kena beritahu pada pegawai penyiasat tu, Sayang. Ini dikira ugutan ni. Abang tak sedap hati." Zhafri masih berkira-kira mahu menceritakan tentang apa yang diberitahu oleh Wajdi, namun dia risau Arianna akan susah hati.

"Abang ada rahsiakan apa-apa daripada Anne ke?" Zhafri tersentak..Kemudian Arianna tertawa perlahan.

"You're caught. Day dreaming." Arianna menepuk lengan Zhafri..Tawanya masih bersisa.

"Abang cuma risau..Wajdi ada.." belum sempat Zhafri menghabiskan ayatnya, Arianna sudah memotong.."Syuhada, is it?" Zhafri agak terperanjat..Kenapa Arianna boleh memikirkan nama itu.

Melihatkan reaksi Zhafri, Arianna mengangguk. "I know, it was her. Anne ada rasa, dia ada dendam. Kita kena selesaikan. Dia mungkin sakit, Abang." Zhafri pandang tunak wajah Arianna. Riak wajahnya masih tenang.

"Sayang okay ke ni?" Zhafri yang kerisauan melihat ketenangan Arianna bertanya. Mahukan kepastian.

"Anne okay, bila Abang ada." Zhafri mengangguk.

"Abang akan selalu ada. I will always protect You and Our kids." Zhafri tunduk mencium ubun-ubun Arianna.

"Sayang tidurlah dulu, nanti Abang kejutkan waktu makan ya." Zhafri mahu Arianna mendapatkan rehat yang cukup. Dia kemudiannya berbaring di sebelah isterinya yang sudah memejamkan mata lalu menepuk perlahan lengan Arianna seperti mendodoikan anak kecil tidur.

Isteri yang dinikahi kali kedua ini, rupanya sungguh manja. Apabila mengenangkan kembali sikap dingin Arianna suatu ketika dahulu, dia tidak sanggup lagi mahu membayangkan. Sungguh dia tidak menyesal mempertahankan perasaannya mahukan Arianna kembali dan mungkin dia menjadi pencetus segala masalah ini, dia yakin pasti ada jalan penyelesaian. Dia akan berusaha memperbetulkan segalanya. Dia tidak sanggup lagi kehilangan isterinya yang dia cintai sepenuh hatinya.

---

Suasana di dalam ruangan pejabat Tan Sri Kamal agak suram, sesuram wajahnya. Dia risaukan keadaan anak tunggalkan yang seolah-olah mempunyai dua identiti. Dia juga merasakan seperti mempunyai dua orang anak. Ketukan di pintu bilik pejabatnya memecahkan kesepian yang dirasakan.

"Coming.."

Pintu dikuak daripada luar, lalu terjengul wajah Wajdi, yang dia nantikan.

"Assalamu'alaikum, Uncle. I'm sorry, heavy traffic at this hour." Wajdi menegurnya lalu terus meraih dan mencium tangannya penuh hormat seperti kebiasaan apabila mereka bertemu.

"It's okay, Di..and I'm sorry troubled You to come see me this hour." Tan Sri Kamal bangun daripada kerusinya lalu mengajak Wajdi berbual di sofa yang tersedia di dalam pejabatnya yang luas..Lebih santai dan selesa.

"Di okay, Uncle..I want to see You juga sebab.." ayat Wajdi mati apabila ada bunyi ketukan di pintu.

Setelah kebenaran diberikan oleh Tan Sri Kamal, masuk pembantu pejabatnya menatang dulang berisi minuman serta sedikit kudapan.

Setelah Tan Sri Kamal dan Wajdi serentak mengucapkan terima kasih, wanita berbaju kurung biru bunga-bunga pink yang kecil-kecil itu terus beredar meninggalkan mereka berdua.

Tan Sri Kamal mengisyaratkan Wajdi untuk minum.

"About Syuhada, right?" Tan Sri Kamal bersuara lalu Wajdi mengangguk perlahan.

"She is here, right?" Wajdi tidak mahu berteka teki lagi.

Tan Sri Kamal mengangguk tenang.

"She is different now, Di. And Uncle kecewa sangat bila dia buat keputusan tanpa berbincang apa-apa dengan Uncle."Jelas riak kecewa terpampang di wajah tuanya. Lelaki yang masih segak bergaya walaupun usianya melewati angka 50.

"It was my fault." Wajdi menunduk. Dia telah mendengar daripada rakan sekerjanya Syuhada menghantar surat perletakan jawatan dalam tempoh 24 jam.

"Bukan sebab Di..tapi Syu jadi macam tu sebab Uncle. Dia kurang kasih sayang, Uncle abaikan dia..Uncle bagi kemewahan tapi Uncle 'tinggalkan' dia. Dia sunyi, dia membesar sendiri dan dia simpan dendam pada Uncle. Dia nak sangat cari mama dia, I sent her there tapi bila mama dia tak terima dia, dia makin lost. Finally, my man found her. She's lost. Dah jauh terpesong." Tan Sri Kamal meraup wajahnya. Ada getar dalam nadanya.

Wajdi agak terkejut dan betullah wanita yang dia nampak persis Syuhada itu, sememangnya Syuhada.

"Di cuma risau jika dia terlibat dalam merancang kemalangan isteri Abang Zhaf, Uncle." Hati-hati Wajdi menuturkan kata bimbang Tan Sri Kamal akan terguris.

"Uncle sendiri akan serahkan dia kepada pihak polis jika dia terlibat. Dia akan bertanggungjawab di atas perbuatannya, Di. Don't worry. Please take care of Your family." Janji Tan Sri Kamal sedikit sebanyak melegakan hati Wajdi. Itulah lelaki idolanya. Yang dia kenal sedari kecil, memang tidak akan mencampuri urusan peribadi dengan kerja..Seorang yang profesional, juga berpengaruh. Dia banyak terhutang budi kepada lelaki ini. Cuma, dia sedih memikirkan nasib Syuhada, andai betul Syuhada adalah dalang di sebalik semua yang menimpa Arianna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience