Bab 11: ZhafriXLiyana

Romance Completed 32302

Medical School, Universitas Indonesia 2009

Selepas kuliah, Zhafri terus ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Pelajar perubatan sepertinya memang perlukan fokus yang tinggi, kerana kerjayanya kelak akan melibatkan nyawa manusia. Dia juga harapan keluarga. Ummi dan Abahnya sudah berhabis banyak kerana ingin menghantarnya belajar ke negara seberang dan dia sendiri sudah bertekad akan membalas jasa kedua orang tuanya dengan membawa pulang segulung ijazah perubatan yang melayakkan dia memegang title doktor. Zhafri tidak punya ramai kawan kerana sikapnya sendiri agak pendiam, menyebabkan dia selalu sendiri atau lebih dikenali sebagai lone-ranger. Makan, belajar semuanya sendiri. Dia tidak mahu lalai lalu mengabaikan pelajarannya. Itu yang paling dia jaga, kerana melibatkan harapan kedua keramat hidupnya.

Dalam kelas Zhafri, ada seorang anak Dato' yang sangat pendiam. Tidak seperti anak-anak gadis golongan elit yang lain, yang mempunyai kumpulan mereka tersendiri tetapi tidak pada Liyana. Zhafri sendiri tidak pasti, adakah Liyana rindukan keluarganya kerana wajahnya yang sering muram, atau pun Liyana memang sejenis anak orang kaya yang lone-ranger sepertinya.

Ketika menuruni tangga untuk pulang ke bilik sewanya dari makmal, Zhafri terdengar suara perempuan menangis. Tangisan yang sungguh pilu, akhirnya menarik Zhafri untuk mendekati.

"Hey, sister. Are you sick? Do you need help?," Zhafri bertanya, mengambil berat tentang rakan sekuliahnya yang dia tidak pasti siapakah gerangannya dan apakah masalahnya.

Ketika Liyana mendongakkan wajahnya yang basah, Zhafri terkedu. Dia tidak sangka perempuan yang ditegur adalah 'Miss Beku' gelaran percuma yang diberikan oleh rakan sekelasnya.

"Zhafri, Saya rasa nak mati. Saya takut," Liyana kembali menangis dan esakannya lebih kuat selepas habis ayatnya yang terakhir.

"Liyana, apa pun masalah Awak, ingatlah Allah. Allah hadiahkan ujian kerana Dia tahu Awak mampu hadapinya..Takde masalah yang tak boleh diselesaikan. Jangan putus harapan dengan Allah," nasihat Zhafri seperti biasa, ala-ala ustaz sudah pastinya. Itu sebabnya di sekolah dulu, dia digelar 'Imam' oleh kawan-kawannya.

"Boleh Awak kahwin dengan Saya, selamatkan maruah Saya?," permintaan tiba-tiba Liyana seperti satu panahan petir yang menerangi bumi dengan tiba-tiba..Zhafri kaget. Adakah Liyana ingin mengujinya? Baru tegur dengan tazkirah ringkas dah ajak kahwin. Belum lagi keluar dalil dan hadis nabi. Ah! sudah.

"Apa maksud Awak selamatkan maruah Awak, Liyana?," Zhafri yang masih terkejut, memberanikan diri untuk 'mengorek' lebih dalam masalah yang dihadapi Liyana, atas rasa tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam.

---

Pantai Hospital, Kuala Lumpur 2021

"Kami kahwin sebab Zhaf selamatkan maruah I yang pada ketika itu pregnant dan kekasih I hilangkan diri tanpa dikesan. I takut dibuang universiti kerana mengandung tanpa berkahwin, dan juga I takut dengan family I. Masa kami kahwin, kami terlalu muda dan I sedia maklum, dia ada janji yang perlu dia tunaikan iaitu berkahwin dengan You, Arianna. Jadi, perkahwinan kami menjadi rahsia yang kami simpan rapi daripada keluarga Zhaf," Arianna sedikit terkejut dengan kenyataan daripada Doktor Liyana.."Dia jaga I, kami seperti adik beradik sebenarnya. Takdir Allah, kandungan I tak bertahan lama..I lost my baby..," Doktor Liyana kelihatan menghela nafas berat, mungkin masih terkesan dengan apa yang menimpanya.

Kemudian, dia menyambung bicara setelah melihat Arianna di sebelahnya hanya menjadi pendengar setia tanpa reaksi, "After that, I ajak dia berpisah because we don't love each other, what marriage for kan. Tapi Zhaf, lelaki yang baik, dia nak jaga I. Dan dia kata akan lepaskan I bila I dah pandai jaga diri sendiri. I bersyukur Allah kirimkan pelindung seperti dia dan I tahu dia sebenarnya risau I ulang balik kesilapan I. Jadi, we live together selama 4 tahun kami kat sana," Doktor Liyana memegang tangan Arianna lembut seraya menyambung, "We are bestfriends, Arianna. Dia bagitahu I, dia akan nikah dengan You dan We decided akan berpisah sebelum tu. Tipulah kalau I kata I takde perasaan kat dia langsung selama 4 tahun kami bersama tu, tapi I sedar batas yang perlu dijaga dan dia memang berpegang pada janji dia dengan keluarga dia, jadi I takkan paksa..Dia..anak yang taat.." Doktor Liyana sedikit menunduk, mungkin sebak dengan apa yang diperkatakan. Arianna seperti biasa, masih cuba menghadam. Kenapa Zhafri terlalu berpegang pada janji untuk menikahinya? Zhafri tahu mereka bakal dijodohkan sejak dia masih belajar, dan ketika Arianna masih sekolah. Kenapa Zhafri tak tolak sahaja cadangan jodoh aturan keluarga ketika dia sudah ada Doktor Liyana?

"Things happened, bila balik sini, kami busy dengan housemanship, kami menangguhkan perpisahan sahaja dan I'm really sorry sebab I tak bagi kerjasama semasa proses perpisahan kami yang sepatutnya berlaku sebelum pernikahan You dan Dia. Masalah berlaku bila kami tak daftarkan pernikahan kami di sini, jadi tiada rekod. Urusan perceraian juga tidak boleh diteruskan atas sebab tiada rekod. Salah I sebab I selalu tangguhkan, dan akhirnya I dah buat silap yang sangat besar dengan meruntuhkan masjid You," suara Doktor Liyana sedikit bergetar manakala Arianna masih beku tanpa reaksi. Dia sendiri keliru, Zhafri yang dia panggil pengkhianat digelarkan pelindung yang oleh Doktor Liyana. Yang berhati mulia menyelamatkan maruah dan yang budiman menjadi pelindung sorang wanita. Zhafri, lelaki idamannya suatu ketika dahulu. Kenapakah di saat hatinya tidak mahu tahu lagi tentang kebaikan Zhafri, kecuali seorang bapa yang bertanggungjawab sahaja, tiba-tiba dia dengar semua cerita tentang mulianya hati seorang Zhafri? Apakah kenyataan ini?

Arianna kemudiannya menarik nafas dan melepaskan dengan tenang. Dia tidak mahu hanyut dengan cerita Doktor Liyana..Dia perlukan masa untuk menerima segalanya yang pada dia berlaku secara tiba-tiba.

"I don't know why you're telling me tentang semua ni, I and Zhafri, hubungan kami.." belum sempat Arianna habiskan ayatnya, Doktor Liyana sudah memintas "..hanya atas dasar ibu bapa kepada Naaila. Yes, Arianna..semua orang tahu itu. I'm doing him a favor, macam mana dia dah selamatkan maruah I dulu, dan dia jaga I jadi I nak balas budi dia, satukan dia balik dengan keluarga dia," Arianna mendesis seraya Doktor Liyana menghabiskan ayatnya. Kenapa semua orang sungguh berusaha, untuk Zhafri dan dia kembali bersama?

"And one more thing, Arianna. You jangan salah faham..I tahu semua ni from my husband yang sekarang dah jadi BFF Zhafri juga. I have my own family. Kalau itu yang You takutkan, I and Zhafri, we're not meant to be together. Sebab tu, bila I dealt with Three Sisters UK, I nampak Naaila dan You dalam live you all kat IG, then I siasat sikit. Thank God, Allah dengar doa I untuk pulangkan balik kebahagiaan Zhafri. Dia sangat happy masa dia cerita tentang Naaila pada kami, jadi I harap You dapat nilai dengan mata hati," Doktor Liyana menepuk lembut tangan Arianna seraya tersenyum lega. Ya, dia lega kerana 'beban rasa bersalah' yang dia tanggung selama enam tahun ini sudah dilepaskan. Semoga Arianna dapat membuka kembali pintu hatinya untuk Zhafri, itu harapannya.

Arianna yang hilang kata-kata cuma tersenyum kelat. Dia tidak tahu harus bereaksi yang bagaimana..Terburu-burukah dia membuat keputusan menghukum orang yang tidak bersalah? Berdosakah dia 'membenci' seseorang yang baik seperti Zhafri kerana salah anggap? Derhakakah dia sebagai anak yang melukakan hati orang tuanya selama ini kerana dendamnya pada Zhafri? Pentingkan dirikah dia sampai sanggup menyebabkan abangnya meninggalkan kerjaya impian? Dan Naaila..ya, dia menafikan hak Naaila selama empat tahun hidup tanpa ayah kandung. Kalau tak kerana satu emel yang Arianna rasakan 'ugutan' daripada Zhafri..Ah! Kenapakah? Arianna akhirnya menunduk kerana pandangannya berbalam. Dia terasa dirinya sangat teruk..Dia penyebab kedukaan semua ini. Bukan Zhafri, Bukan Doktor Liyana..Tetapi dia, kerana sifatnya yang dulu, yang selalu mengikut takdir sahaja tanpa usaha, menyebabkan dia terkurung dalam emosi sendiri selama enam tahun.

"I'm sorry, Doktor. Semua ni tiba-tiba berlaku, I need my time..," tanpa menunggu balasan kata daripada Doktor Liyana, Arianna terus berlalu, dan akhirnya terserempak dengan Tengku Fakhri lalu dia melepaskan tangisan di bahu abangnya itu. Tengku Fakhri yang terpinga-pinga, berasa risau melihat Arianna menangis begini, adakah sebab Naaila?

"Hey, Anne. What happened? Naaila okay ke? Kenapa Anne kat sini?," soalan Tengku Fakhri dibiarkan sepi, dia masih melayan perasaannya. Tengku Fakhri akhirnya mengalah dan memberi ruang untuk Arianna bertenang.

"Doktor Liyana..ex wife Zhafri..I've met her..," suara Arianna masih tersekat-sekat kerana esakan yang masih berlagu.

"Okay, you calm down first..I'm here for you," Tengku Fakhri mengusap kepala dan belakang badan Arianna, memujuk Arianna. Apa agaknya yang dah berlaku, sampai teruk begini keadaan Arianna.

Setelah hampir setengah jam, akhirnya Arianna kelihatan sedikit tenang.

"She told me everything..Anne bawa diri sebab Anne rasa Zhafri tak sayang Anne, terpaksa kahwin dengan Anne sebab janji dia pada parents dia, dan akhirnya dia menyesal sebab tu dia abaikan Anne untuk Anne benci dia, tinggalkan dia tapi Abang.." Arianna pegang dada sendiri, "..Anne yang teruk, Anne buta dan Anne jadi punca semua ini berlaku. Anne berdosa pada Mama, Abah, Abang, Zhafri, Naaila dan semua orang..Anne puncanya..Anne terlalu mengikut perasaan, Anne tak sabar untuk dengar penjelasan Zhafri..apa patut Anne buat sekarang, Abang?" esakan Arianna kembali kuat, sungguh hatinya terlalu pedih menerima kenyataan kebencian yang dia tebarkan punca daripada diri sendiri.

"Abang tak pernah salahkan Anna langsung..," satu suara yang menyebabkan Arianna kembali menghamburkan tangisan penyesalannya.

Dia suatu sudut, Doktor Liyana tersenyum lega di samping suaminya Doktor Shahril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience