Bab 33: Teacher Dida

Romance Completed 32302

"Ibu, kalau Ibu dah sihat jomlah balik KL. Naaila rindu Teacher Dida." Naaila yang sedang bermain anak patung di sebelah katilnya merengek manja.

"Ibu kat sini..tapi Naaila rindu orang lain." Arianna pura-pura merajuk. Naaila angkat wajahnya. Naaila love Ibu but I miss Teacer Dida..She promised me to buy a new doll." Nada suara Naaila sedih. Betullah kata Zhafri, kuat betul penangan Teacher Dida dia tu.

"Ayah also promised You to buy a new doll kan? Stay with Ibu la, Sayang. Please.." Arianna buat muka sedih. Naaila anak yang baik, akan selalu pandai memujuk. Dia bangun lalu memeluk dan mencium Arianna.

"Ibu don't cry. Naaila stay here." Dipujuk Arianna sambil digosokkan belakang Arianna. Hampir meletus tawa Arianna namun melihat kesungguhan Naaila memujuk, dia teruskan 'lakonan.'

"Thank You, Princess." Pelukan Naaila dibalas. "But, best sangat ke Teacher Dida?" Arianna cuba merisik guru baru yang menjadi kesayangan anaknya.

"Of course, Ibu. She knows everything about Me. I love to eat spaghetti, she cooks spaghetti. I love pink and hello kitty, she always gives me pink and hello kitty stickers." Mata Naaila bersinar-sinar. Arianna mengangguk seraya tersenyum. Dia mengusap rambut anaknya lalu mencium. Wangi bau syampu kanak-kanak.

"That's why this little girl tak rindu Ibu sangat. Ada yang melayan." Dicubit geram pipi anaknya. Lalu mengekeklah ketawa dua beranak apabila Naaila juga membuat serangan balas.

---

Suasana di meja makan rumah agam Tan Sri Kamal sepi. Bunyi sudu dan pinggan sahaja yang berlaga sesama sendiri. Tan Sri Kamal memandang Syuhada yang menikmati makanannya, kemudian berdehem lalu bersuara.

"Ehem." Syuhada masih ralit dengan makanan di pinggannya.

"Syu.." Syuhada yang manis berbaju kurung kain kapas berwarna krim bunga coklat itu panggung muka memandang papanya.

"Yes, Pa.." nada suaranya yang biasa..Pandangan matanya juga biasa. Tiada lagi api kemarahan namun tiada juga ditonjolkan pandangan kasih sayang seperti selalu.

"Thanks for being such a good daughter for Me." Kemudian, Tan Sri Kamal meneruskan suapannya. Dia tidak tahu harus bereaksi bagaimana. Dia takut mahu bertanya atau lebih kepada menuduh tentang apa yang bermain di fikirannya. Melihat perubahan Syuhada sejak dua minggu ini, dia sudah sangat bersyukur, tidak mungkin dia mahu meminta lebih.

"Pa, Syu nak balik kondo semula, boleh? Lagi pun lebih dekat dengan tadika yang Syu mengajar sekarang." Permohonan Syuhada dibiar sepi beberapa ketika. Selepas kejadian Syuhada melepaskan amarah kepada Tan Sri Kamal, dia mengurung diri selama seminggu. Namun, pada suatu pagi dia keluar daripada bilik dengan penampilan dirinya yang lama. Berpakaian sopan dan bertudung. Sesuatu yang Tan Sri Kamal harapkan.

Syuhada masih menantikan jawapan papanya. Dia berharap. Dia hanya memandang papanya yang masih menikmati teh o panas yang masih berasap itu.

"Okay, but promise Me, You stay there during Your working days only." Akhirnya Tan Sri Kamal memberi kebenaran. Dia tidak mahu mengongkong Syuhada lagi. Cukuplah dengan perubahan yang ditunjukkan. Itu pun satu rahmat yang besar dalam hidupnya.

"Thanks, Papa! I love You!" Tan Sri Kamal kaget apabila Syuhada terus bangun dan berlari memeluk serta mencium pipinya. Sesuatu yang sudah lama tidak berlaku. Kamudian Syuhada kembali duduk dan menyambung makan. Wajahnya ceria. Sesuatu yang sudah lama juga tidak dilihat Tan Sri Kamal.

---

"Teacher!! I miss You so much!" Naaila berlari memeluk Teacher Dida. Bukan main ceria lagi Naaila dapat bertemu dengan Teacher Dida yang dirindui setelah dua minggu dia bercuti di kampung.

"I miss You too, Sayang..So, how was Your holiday? Best?" Teacher Dida bertanya Naaila sambil memimpin tangan anak kecil itu. Naaila yang berbaju sukan hari ini kelihatan ceria.

"Best ada Tok Mama, Tok Babah, Ashu, Ibu, Ayah but Naaila tak jumpa Daddy and Mommy." Teacher Dida tersenyum mendengar celoteh Naaila. Semua ahli keluarganya Teacher Dida dah kenal.

Principal Tadika My Kiddies, Puan Julia juga senang hati melihat Teacher Dida yang mesra dengan pelajar. Baru lagi berkerja di sini, nampak pelajar-pelajar memang sukakan Teacher Dida yang pandai menarik minat kanak-kanak.

"Amboi, sukanya dia peluk Teacher Dida, Teacher Julie dia dah lupa ya." Puan Julia yang melihat keletah manja Naaila menegur Naaila.

"Hai, Teacher Julie, I miss You too." Naaila yang sememangnya pandai mengambil hati yang mudah membuatkan orang jatuh sayang, terus sahaja memeluk Puan Julia.

"Such a sweet talker kan this kid, Teacher Dida." Puan Julia tersenyum memandang teacher Dida seraya membalas pelukan Naaila.

Teacher Dida hanya senyum. Terhibur dengan keletah Naaila. Sungguh dia mula jatuh sayang pada Naaila. Naaila yang pada mulanya banyak buat hal sendiri mengikut kata guru-guru lain, mula banyak berkongsi cerita sejak kehadiran Teacher Dida. Kuat betul aura Teacher Dida.

---

"Mengikut siasatan dan laporan daripada pihak insurans, memang menyatakan ada sedikit torehan di tayar belakang di sebelah pemandu kereta Puan Arianna yang di mana akan menyebabkan berlakunya letupan tayar apabila berlaku tekanan. Ini kerana kita sedia maklum cuaca pada hari tersebut kering dan panas. Kalau ada bukti cctv di kawasan parking rumah Encik dan Puan, boleh serahkan kepada kita. Ini dah dikira kes jenayah."

Kata-kata pegawai penyiasat sebentar tadi sedikit menyentakkan Zhafri..Mengapakah dugaan ini berat untuk ditanggung? Arianna yang masih dalam pantang hanya termenung keluar tingkap. Mereka sama-sama banyak diam sejak kenyataan tentang kemalangan itu dirancang semakin jelas.

"Sayang, Abang tahu You're not okay. Sayang nak balik Manjung? Atau nak Mama teman kat sini?" Zhafri yang risaukan keadaan Arianna memulakan bicara. Sebelah tangannya menggenggam tangan Arianna di peha.

"Anne okay, Abang. Anne dah sihat. I will be okay, just Us stay together." Arianna berpaling memandang Zhafri dan tersenyum. Zhafri angguk kepala..Dia tahu Arianna tidak mahu dia risau, dan dia juga tidak mahu bertanya lebih lanjut kerana dia tahu, Arianna tidak suka dipaksa.

"Okay then, Kita pick up Naaila dulu then We'll go for lunch?" Zhafri cuba menceriakan suasana. Dia mahu Arianna tenang. Dalam masa yang sama dia juga mahu fikir yang baik-baik sahaja.

"I'm still in confinement la Abang..Forgot already?" Arianna cebik bibirnya. Matanya merenung Zhafri.

"Alaa..Sayang. Sorry..Sayang pakai cantik macam ni, tak macam dalam pantang la.." Zhafri mula merangka ayat kembali memujuk. Dia sudah terlajak kata. Kalau terlajak perahu tak apa..

Arianna yang manis berblouse merah jambu dipadankan dengan skirt labuh berwarna putih dan dilengkapkan dengan selendang putih berbunga merah jambu itu hanya tertawa lucu. Dah kantoi pandai suaminya nak cover.

"Kalau Abang nak lunch kat luar dengan Naaila, Anne okay je." Zhafri memandang Arianna dan membalas senyuman isterinya.

"No, Abang dah janji kita susah senang sama-sama. So, Abang 'eat clean' lagi lah hari ni." Ujar Zhafri seraya mengenyitkan matanya kepada Arianna. Sempat lagi dia nak 'tackle' Arianna, mujur sahaja kereta tengah berhenti kerana lampu isyarat merah.

Tangan Zhafri yang memgang tangannya diambil dan dicium. Kemudian diletakkan semula di atas pehanya. Kekura jari Zhafri digosok lembut dan dia tersenyum.

"Abang, terima kasih sebab sayang Anne. Terima kasih sebab terima baik buruk Anne. Dan terima kasih atas semuanya. I couldn't ask more." Matanya tepat memandang mata Zhafri. Dia bahagia walaupun pelbagai ujian menimpa. Zhafri membalas genggaman tangan Arianna..Lalu laju-laju dia mencium pipi isterinya sebelum lampu merah bertukar hijau.

"I love You more, Sayang." Zhafri mengambil tangan Arianna lalu dikucup kasih. Dia juga sangat bersyukur, mereka masih mampu merasa bahagia bersama di saat ujian yang menimpa.

Setelah beberapa minit mereka sampai di sekolah Naaila. Kelihatan Naaila berjalan keluar sambil dipimpin oleh seorang guru wanita. Arianna yang memandang daripada dalam kereta seperti hilang darah dalam badannya. Kecut perut. Zhafri yang perasan perubahan wajah Arianna segera bertanya. "Are You okay Sayang? Kenapa muka macam tu? Ada rasa sakit kt mana-mana?" Risau wajah Zhafri sambil menilik Arianna.

"Okay..Anne okay. Just..She looks like her. You know what I mean." Zhafri kerut kening. Ketika itu Naaila dan guru wanita itu menghampiri kereta mereka.

"Assalamualaikum, Encik..Puan. Saya Teacher Dida, guru kelas baru Naaila." Teacher Dida memperkenalkan diri sambil tersenyum. Iya, wajahnya persis dia, tapi bukan dia. Arianna menyedapkan hati sendiri. Kalau 'dia', mana mungkin Naaila tidak mengenali dan Zhafri juga nampak seperti biasa.

" Ayah..Ibu! See my new doll!" Ujar Naalia ceria. Teacher Dida menggosok kepala Naaila lalu tunduk mencium ubun-ubun Naaila. Arianna nampak Naaila gembira dan Teacher Dida menyayangi anaknya. Patutlah Naaila tak henti berzikir nama Teacher Dida, penyayang orangnya.

"Susah-susah je Teacher, hadiahkan anak patung ni." Zhafri sekadar berbasa-basi. Arianna yang menjadi pemerhati nampak ada sinar dalam mata Teacher Dida apabila Zhafri menegurnya. Tiba-tiba, ada rasa lain yang menjentik tangkai hati Arianna. Cepat-cepat diusir rasa yang tak enak. Dia tidak perlukan toksik sebegitu mengganggu kebahagiaannya.

"I promised her, Encik. Okaylah, got to go. Bye Naaila, see You tomorrow ya." Teacher Dida pamit. Kelihatan dia menegur beberapa ibu bapa lain. Kemudian mendukung pelajar yang sedang menangis, mungkin ibu bapanya belum sampai. Dapat dilihat sifat penyayang Teacher Dida tidak memilih siapa. Diusap belakang kanak-kanak itu. Arianna hanya merenung daripada jauh.

"Okay, let's go. Baca do'a dulu, Sayang." Suara Zhafri menyedarkan Arianna. Lama juga dia mengelamun sendiri rupanya. Naaila yang sedang memeluk patungnya mula membaca do'a naik kenderaan.

"Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun."

"Maksudnya: Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya."

Lancar mulut kecil itu membaca do'a menaiki kenderaan pakej maksudnya sekali. Sejuk perut Arianna mengandung. Arianna dan Zhafri kemudiannya serentak mengaminkan do'a yang dibaca Naaila sebelum kereta mula bergerak meninggalkan kawasan sekolah Naaila.

"What do You want to have for Your lunch, Princess?" Zhafri bersuara memecahkan kesunyian di dalam kereta setelah beberapa minit berlalu. Arianna masih kekal melayan perasaan namun tangan Zhafri tidak dilepaskan. Naaila di belakang pula ralit dengan anak patung barunya daripada koleksi metoo. Bukan main seronok dia memeluk, mencium.

"I want to eat spaghetti with grilled salmon! We eat what Ibu eats but, I don't want plain rice like Ibu."

"How sweet my baby.." Arianna senyum. Terharu. Zhafri juga koyak senyum. Bukan main 'sweet talker' seorang Naaila, tidak pernah gagal mengambil hati kedua orang tuanya.

Kereta Honda CRV yang berwarna Modern Steel Metallic itu akhirnya tiba di kawasan perumahan mereka. Setelah membuka pagar elektrik menggunakan alat kawalan jauh, Zhafri memarkirkan keretanya di bawah garaj.

"Okay, we're home. Let's get in, I will cook for my Queen and my Princess." Ujar Zhafri ceria. Kemudian, dia membuka pintu rumah, dan membantu Naaila keluar daripada kereta dan juga dipimpin Arianna ke dalam rumah, terus di bawa ke bilik dan diuruskan Arianna untuk memastikan Arianna selesa.

"Sayang baring dulu, tadi lama sangat duduk. Abang masak sekejap je, I'll get You once lunch ready, okay?" Dia tunduk mengucup kasih ubun-ubun Arianna setelah ditukarkan baju Arianna.

"Thank You, Abang. But Anne boleh kot manage myself sendiri. Abang banyak benda lain lagi nak buat." Arianna mencebik apabila meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana Zhafri berdegil mahu menukarkan bajunya. Dilayan dia seperti baru pulang daripada hospital selepas bersalin tempoh hari. Dia sendiri sudah merasa segar setelah sebulan menjalani tempoh berpantang.

Zhafri hanya ketawa kecil. "I want my Queen sembuh sepenuhnya. Biarlah Abang berbakti kepada kesayangan Abang ni." Ujarnya sambil mengusap rambut Arianna lalu dia keluar membiarkan Arianna berehat dan dia segera ke dapur menyediakan makan tengah hari mereka. Spaghetti aglio olio with grilled salmon untuk Naaila dan nasi putih, grilled salmon dan sayur sawi tumis air untuk Arianna dan semestinya menu untuk dia juga. Appetizer seperti biasa masih buah oren sunkist. Sunnah makan buah sebelum menikmati hidangan lain, itulah yang Zhafri praktikkan dalam keluarganya. Manfaat yang diperolehi dengan memakan buah ketika perut kosong adalah nutrisi dalam buah dapat diserap semaksimum mungkin dan menstabilkan gula dalam darah, pencernaan yang lebih baik dan yang penting kita dapat menikmati makanan dengan lebih elok kerana sudah terasa 'sedikit kenyang.'

"Wahhh, sedapnya bau!" Naaila berlari ke arah meja makan ketika Zhafri sedang menanggalkan apronnya.

Arianna yang berjalan di belakang Naaila hanya tersenyum.

"Sayang, dah lapar sangat ya.." Zhafri segera memimpin Arianna ke meja makan.

"No lah, tapi Anne tak nak susahkan Abang berulang-alik nak 'jemput' Anne." Arianna ketawa lucu melihat wajah risau Zhafri. Kadang-kadang dia rasa bersalah, suaminya nampak letih tapi selalu bersemangat menjaganya ibarat bayi kecil. Sepenuh perhatian. Dia tidak lupa memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa diatas kurniaan pelengkap hidupnya kini.

Melihat dua orang kesayangannya kini, dia seperti terlupa tentang kerisauan yang dia rasakan sejak tadi. Biarlah dia menikmati kebahagiaan ini, walaupun sementara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience