Bab 8: Ipar Puaka

Romance Completed 32302

Kehidupan berjalan seperti biasa. Arianna masih meneruskan perniagaan Three Sisters UK bersama dengan Mimi dan Sofie, bezanya dia menguruskan hal di Malaysia, yang sebelum ini diuruskan freelancer yang mereka upah mengikut tempahan yang ada. Nak berkerja? Dia sendiri sudah selesa begini. Lagi pun, sekarang dia dalam proses untuk membuka sebuah butik berkonsepkan vendor. Nafkah Naaila juga sepenuhnya ditanggung Zhafri, jadi dia sangat bersyukur tentang itu.

Zhafri. Satu nama yang tak pernah jemu memujuknya. Sabar dengan karenahnya yang kadang-kala dia rasakan sangat menguji Zhafri. Tapi seperti biasa, Zhafri masih bertahan. Dia sendiri tak pasti sampai bila Zhafri kalis dengan layanan keras dan dinginnya.

Dia sendiri selalu ditegur oleh keluarganya tentang layanan yang keterlaluan kepada Zhafri, namun dia masih keraskan hati kerana dia sendiri takut jika berlembut, dia akan terluka lagi.

Di suatu petang ketika dia sedang bersantai di kolam ikan, satu panggilan telefon daripada Zhafri diterima.

"Assalamualaikum, yes Zhafri," seperti biasa, panggilan dijawab dengan nada mendatar. Zhafri sudah biasa. Mujur sahaja mahu dijawab.

"Wa'alaikumussalam, Anna," masih memanggil Anna..Degil. Dan Arianna sendiri sudah malas ambil pusing lalu dia biarkan sahaja Zhafri dengan panggilan ganti namanya asalkan dia selesa walaupun Arianna merasakan Zhafri syok sendiri.

"Minggu depan Abang bercadang nak buat Aqiqah Naaila. Kalau Anna setuju, kita balik rumah Ummi dengan Abah ya, bermalam kat sana. Nanti Abang bagitahu Babah dengan Mama," suara Zhafri disebelah sana kedengaran seperti memujuk di ayat yang terakhir. Arianna diam sejenak. Menghadam permintaan Zhafri. Dah nak buat kenduri, buat je lah. Sibuk nak ajak balik sana buat apa.

"Ikut Awaklah. Tapi kalau nak ajak Saya bermalam sana, my answer is no. Big NO. Dan, tak perlu tanya Babah dan Mama sebab Saya sendiri dah bagi keputusan," tutur Arianna yang memang kalau dengan Zhafri mudah sangat naik kepala angin. Arianna lima tahun lepas dengan yang sekarang sangat berbeza. Pengalaman hidup menjadikan dia seorang wanita yang keras, mungkin.

"Kalau macam tu Abang bawak Naaila dengan Abang la, atau Anna nak stay hotel ke? Abang boleh bookingkan sekali untuk famili belah sana," Zhafri masih ingin berunding dan kalau dah namanya Arianna, memang langsung dia tak bagi muka pada Zhafri.

"Saya rasa saya tak perlu datang sana, doa daripada jauh je lah. Dan untuk jemput famili Saya, sure You can but jangan nak ada modus operandi nak paksa Saya join kenduri Awak okay? Assalamu'alaikum," terus talian dimatikan tanpa menunggu jawapan salam daripada pihak Zhafri.

Tengku Fakhri yang memerhati dan mendengar perbualan itu hanya menggelengkan kepala sebelum Arianna dihampiri, dan dia duduk di sebelah Arianna.

"Elok sangatlah tu perangai Ibu Naaila layan Ayah Naaila dah macam musuh. Abang tak faham kenapa Anne macam ni. Mama dan Babah tak pernah ajar kita kurang ajar tau Anne. Sorry to say, Abang nampak perangai kurang ajar Anne pada Zhaf dah melampau. Anne patut berubah sebelum semuanya terlambat. Zhaf tu sabar sangat dengan Anne, jangan sampai dia dah putus asa nanti Anne yang melopong sendiri," sinis teguran Tengku Fakhri menyebabkan Arianna rasa sakit hati.

"Part mana Abang tak faham ni? Anne dan Zhafri tu, hubungan kami hanyalah ibu dan ayah Naaila sahaja. Tak akan lebih daripada itu," Arianna terus bangun selepas menghamburkan kata-kata itu. Sebelum dia bertambah marah dan jadi kurang ajar dengan Tengku Fakhri, dia memilih untuk beredar. Entah apa yang Zhafri tu buat sampai semua orang dah lupakan pengkhianatannya dalam perkahwinan mereka lima tahun lepas.

"Ego," walaupun perlahan, sempat Arianna tangkap perlian daripada Tengku Fakhri dan dia kemudiannya terus masuk ke dalam rumah..Berselisih bahu dengan Afif Furhan pun dia buat tak endah sahaja.

"Kenapa dengan Kakak tu, Abang? Muka gaya nak telan orang dah," Afif Furhan segera mendapatkan Tengku Fakhri dan tawa kecil Tengku Fakhri membuatkan Afif Furhan faham sendiri.

"Tak habis-habis kan Kakak ni. Abang Zhaf pun satu, masih nak layan kepala angin Kakak tu. Kalau Baby, cari je mama baru untuk Naaila tu. Biar Kakak tu membujang sampai tua," sambung Afif Furhan tanpa berlapik.

Pap!

"Baby, apa ambil tahu hal orang dewasa ni?," tegur Tengku Fakhri serentak dengan tamparan perlahan di lengan Afif Furhan dan kemudiannya mereka tertawa mengekek bersama. Keluarga mereka sudah masak dengan perangai serupa naga Arianna tu bila berkaitan dengan Zhafri, yang dulunya manja persis kucing bila nama Zhafri disebut. Beza, sungguh berbeza.

---

Taiping, Perak 2020

Akhirnya Arianna kembali ke sini, ke rumah bekas mertuanya. Kalau ikutkan hati, dia memang nak mengelak, tapi memikirkan Naaila, dia akhirnya turunkan ego. Mengalah. Dan dia di sini hari ini. Sejak daripada tadi, jelingan daripada Zahra bekas adik iparnya tidak diendahkannya. Bukan dia tak tahu, Zahra sejak dulu suka sangat cari pasal dengan dia. Entah apa yang tak kena. Padahal mereka kawan baik semasa sekolah rendah, sebelum keluarga Zhafri berpindah dari Manjung ke Taiping.

Apabila dah masuk sekolah menengah, setiap kali jumpa, Zahra hanya akan berborak dengan Tengku Fakhri sahaja, Arianna macam tak wujud di matanya. Bila Arianna dan Zhafri berkahwin, dia nampak gembira. Pelik betul perubahan emosi Zahra. Ni dia pula tak berhenti menjeling. Entah apa sahaja yang dia tak puas hati. Arianna malas mahu melayan drama tak berbayar. Cukuplah dia rasa lambat sangat waktu bergerak bila seharian di sini. Naaila pula bukan main gembira bermain dengan sepupu-sepupu lainnya, sedangkan masa dia nak ikut keluarganya ke homestay tadi, merengek-rengek nak ibu stay katanya. Sekarang ibunya dah macam halimunan aje dibuat Naaila. Sabar jelah dengan fi'il anak Zhafri ni.

"Kau sombong kan, baru lima tahun tinggal kat London dah tak kenal Aku ke?," tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kena sembur dengan Zahra. Dahlah salam tak ada. Spesis Tengku Fakhri ni main redah aje.

"Assalamu'alaikum, Yaya. Eh maaflah Aku sibuk sikit check orders yang partner Aku hantar. Aku pun takde buat apa tu buat kerja sikit daripada buang masa," balasan kata Arianna buat Zahra bertambah sakit hati.

"Tak payah tunjuk baik lah Anne. Dan tak payah tunjuk bagus konon bisnes Kau maju sangat," tiba-tiba Arianna diserang tanpa dia tahu asbab kebencian Zahra.

"Kau kenapa, Yaya? Aku buat salah apa dengan Kau?," Arianna tahan rasa hatinya, dia mahu tahu sebab Zahra membencinya tiba-tiba.

"Kau tak payah buat bodoh la, Anne. Kau suka kan Abang Zhaf tu tergila-gilakan Kau. Bukan main Kau kan? Aku pun tak tahu apalah yang Ummi dengan Abah tengok elok kat Kau ni. Bagus lagi Kak Yana. Dahlah cantik, berkerjaya, tak sombong macam Kau yang entah apa-apa ni," Zahra senyum mengejek apabila perasan perubahan air muka Arianna bila nama Doktor Liyana disebut. Padan muka kau Arianna. Memang aku nak tengok kau sakit hati.

"Aku rasa, kita berdua tak ada urusan pun, tak ada kena mengena. Dan Aku datang sini sebab kenduri anak Aku yang bapaknya jemput Aku ke sini," Arianna terus bangun dan berlalu keluar rumah, mencari kelibat Tengku Fakhri. Dia tak betah lagi duduk di rumah yang ada ahlinya membenci dirinya yang dia pun tak pasti atas dasar apa. Kalau sebab perpisahan dia dengan Zhafri, itu sebab Zhafri sendiri yang mengkhianati ikatan suci yang dibina atas restu keluarga itu. Arianna merasakan dia pula yang jahat dalam situasi mereka sekarang. Dalam kekalutan dia berjalan sambil mencari kelibat Tengki Fakhri, Arianna tersadung paip getah yang sedang ditarik orang salah seorang ahli keluarga Zhafri yang ketika itu sedang mencuci kawah yang digunakan untuk memasak pagi tadi di tepi rumah. Tidak semena-mena tubuhnya melayang dan sepantas kilat terasa tangan kekar memeluknya erat, dia bersyukur kerana terselamat daripada jatuh tersembam menyembah bumi, namun dalam masa yang sama, dia mengutuk diri sendiri kerana cuai.

Jantungnya berdegup kencang, begitu juga dengan jantung orang yang memeluknya. Pelukan erat itu seakan tidak mahu dilepaskan, dan dia juga tidak mampu mengalihkan rambutnya yang menutup wajahnya untuk melihat siapakah penyelamatnya. Masa seakan terhenti sehingga kedengaran sorakan daripada ahli keluarga yang lain. Terus Arianna meloloskan diri dan menolak dada penyelamatnya menjauh. Zhafri. Tiba-tiba Arianna menjadi sangat marah. Muka yang tadinya pucat tak berdarah, kini merah padam.

Dia merasakan Zhafri sengaja mengambil kesempatan ke atasnya. Di saat matanya tajam mencerlung memandang Zhafri, muncul Tengku Fakhri daripada belakangnya menyapa. Tanpa di pinta, Zahra yang entah daripada mana menjadi penyelamat keadaan.

"Ya Allah, Anne! Kau okay ke tak ni? Ada sakit kat mana-mana tak? Macam mana boleh tersadung? Kau jalan pandang siapa?," Arianna jelik dengan lakonan Zahra. Tadi bukan main lagi, sekarang sebaik-baik manusia pula dia punya nak tunjuk caring. Zhafri hanya diam tanpa sebarang suara dan riak wajah. Mungkin menyalahkan diri sendiri kerana mengikut perasaan, seperti mengambil kesempatan dalam kecelakaan yang hampir menimpa Arianna.

"Why? Anne jatuh ke?," soal Tengku Fakhri risau.

"Ye, Abang Ri, hampir jatuh tadi, mujur ada Abang Zhaf sempat sambut dia," lembut tutur Zahra menyebabkan perut Arianna sebu. Tadi bukan main lagi mengata aku, lidah tajam macam pedang tapi sekarang lembut macam agar-agar lagaknya. Akhirnya Arianna faham permainan Zahra. Nak menggatal dengan abang aku rupanya.

"Zhaf, Kau okay tak ni? Melayang ke mana Kau?," soalan Tengku Fakhri menerbangkan segala rasa tidak enak di hati Zhafri. Adakah ketelanjurannya bertindak yang nampak seperti mengambil kesempatan menambahkan kebencian Arianna kepadanya? Matanya merenung Arianna yang tiba-tiba senyum.

"Thanks, Abang Zhaf, you saved me! Abang, jom hantar Anne balik, ada banyak kerja yang Anne perlu siapkan sebelum launching butik Anne nanti. Naaila boleh stay sini, bermalam dengan ayahnya. Boleh kan, Abang Zhaf?," senyuman manis Arianna dihadiahkan kepada Zhafri sambil tangannya memeluk lengan Tengku Fakhri. Zhafri dan Tengku Fakhri sama-sama tergamam, dan saling berpandangan sesama sendiri. Zhafri sangkakan Arianna akan mengamuk teruk, namun sebaliknya yang berlaku, senyuman manis Arianna yang dah lima tahun hilang kini dihadiahkan kepadanya. Zahra di sebelahnya sudah buat muka menyampah tengok Arianna yang tergedik buat-buat manja.

'You want to play games, let's play, Zahra,' gumam Arianna sendirian sambil melangkah menuju keluar pagar dan kemudian berpaling. Satu pandangan menggoda dihadiahkan kepada Zhafri, "Abang Zhaf please take a good care of our baby tau, thank you so much. And please send my regards to Ummi and Abah..Anne nak terus gerak ni, taknak ganggu Ummi dengan Abah layan tetamu kat dalam. Assalamu'alaikum," suaranya sengaja dilunakkan untuk menambahkan api kebencian di hati Zahra. Dan Zhafri yang bagaikan terpukau, hanya mampu menghantar Arianna pulang dengan pandangan yang masih dirasakan bagai mimpi. Kena sampuk ke Arianna ni, singa betina dah berubah jadi kucing comel tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience