Bab 28: Ramadhan Bersama Ummi

Romance Completed 32302

"Ye, Bah..Assalamu'alaikum" Zhafri kelihatan termenung selepas bercakap dengan Tuan Haji Zuhdi. Arianna yang sedar dengan perubahan suaminya menghampiri Zhafri dengan secawan hot chocolate. Berasap lagi minuman kegemaran Zhafri itu.

"Something bothering You, Abang?" Arianna bertanya lembut seraya duduk di sebelah Zhafri. Naaila waktu macam ni memang dah selamat tidur. Anak Zhafri seorang tu, memang dijaga rapi. Tidur tak boleh lebih pukul 9 malam.

Zhafri yang tersenyum memandang Arianna di sebelahnya tersenyum nipis. Ditatap wajah cantik isterinya yang kini sudah semakin tembam pipinya. Bulat. Perut pun dah comel sangat. Dia sungguh teruja melalui pengalaman isteri mengandung kali ini kerana ini adalah pengalamannya yang pertama. Arianna yang cantik mengenakan maternity dress warna soft pink itu kelihatan bertambah comel dengan rambut diikat gaya bun.

"Abanggg.." Zhafri tersedar apabila terasa lengannya ditepuk. "..orang tanya tadi sempat lagi berangan." Arianna tertawa kecil melihat wajah Zhafri yang baru tersedar daripada lamunannya. Lucu.

"Sayang cantik sangat. Lagi cantik daripada sebelum ni." Arianna kerut kening kemudian buat gaya merajuk.. "..jangan cakap sebab Anne pregnant? Nampak cantik sebab tu?" Arianna bertanya curiga.

"Yes, You look prettier when You're pregnant, Sayang." Zhafri senyum menggoda seraya mengenyitkan mata.

Arianna yang sedikit terperanjat terus menepuk kuat lengan Zhafri..geram. Sempat lagi nak mengusik. "Abanggg! Jangan cakap Anne kena pregnant every year?" terbuntang mata Arianna. Zhafri di sebelah dah terkekek ketawa apabila ketam batu Arianna mula berkerja. Bahagia dengan seadanya dengan cara mereka. Inilah kehidupan Zhafri dan Arianna sekarang, lebih menghargai masa yang ada bersama.

Setelah beberapa ketika reda ketam batu Arianna, Zhafri memeluk bahu Arianna sambil mencium perut boyot Arianna yang kini sudah berusia tujuh bulan. Nafas dihela kemudiannya. Arianna tahu ada sesuatu dalam fikiran Zhafri.

"So, back to my question earlier. Is something bothering You, Abang?" Arianna meraih tangan Zhafri, disulamkan jari mereka dan digosok perlahan belakang tangan Zhafri.

Zhafri mengeluh sedikit..menghela nafas berat.. "Ummi.." sepatah sahaja jawapannya. Arianna mengangguk. Sudah sembilan bulan berlalu, ummi masih begitu. Yang merisaukan, kesihatan ummi merosot..Abahlah yang banyak uruskan ummi..KakLong dan KakNgah bergilir tinggal di rumah ummi, namun bagi wanita berkerjaya seperti mereka, segalanya terhad. Cuti pun tak boleh lama. Zahra pula masih dipulaukan. Pernah Zahra balik, ummi yang tiba-tiba datang kekuatan luar biasa, menghalau Zahra keluar rumah dah menutup pintu. Meraunglah Zahra diluar rumah, jenuh pula Wajdi memujuk..sejak daripada itu, Zahra memilih untuk bersabar dan memohon pada Allah semoga dibukakan hati ummi.

"Kenapa dengan Ummi, Abang?" Arianna bertanya tenang. Dia yakin, pasti ada sesuatu yang sukar diputuskan segera, sebab itulah Zhafri seperti orang bermasalah.

"Abah kata Ummi nak tinggal dengan Abang..sebab Ramadhan kan tak lama dah, Abah akan busy dengan aktiviti masjid.." keluhan dilepaskan.

Arianna disebelah menarik sikit tangan Zhafri memohon perhantian kerana pandangan Zhafri dibuang jauh ke depan, yang dipandang hanya skrin tv gelap. Itulah Zhafri, kalau ada sesuatu yang mengganggu, dia sukar untuk memandang wajah Arianna.

"Ummi will stay here, Abang..Naaila akan happy sangat..dia dah rindu sangat Opah dia, so do I. I missed Ummi so much." Arianna bersuara yakin. Jujur, dia tak berfikir langsung kerana dia ikhlas untuk berbakti kepada syurga suaminya.

"Abang hire helper okay? Abang taknak susahkan Anne. Dengan Naaila lagi..dengan baby lagi..Anne akan penat sangat nanti," Zhafri memohon persetujuan Arianna.

"No, Abang. Anne boleh jaga Ummi. Naaila okay la, she is a big girl now.." Arianna meyakinkan Zhafri.

"Let me think first..Abang risaulah Sayang." Arianna menggeleng.

"Trust me, Abang call Abah then kita balik ambil Ummi? Hmm?" Bersinar mata Arianna. Seperti ada satu sinar kebahagian yang menanti.

Setelah dipujuk berkali-kali, diyakinkan bersungguh-sungguh akhirnya Zhafri setuju juga. Dia juga berharap ini adalah satu permulaan untuk memperbaiki hubungan umminya dengan Arianna.

---

Ramadhan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran. Tugasan Arianna tidak mudah, seawal pagi diuruskan Naaila untuk ke sekolah apabila Zhafri di hospital. Selepas itu dia menguruskan ummi pula, dipapah, dimandikan, disuapkan makan. Ummi masih begitu, tidak langsung bercakap. Ummi seperti patung sahaja apabila dengan Arianna dan Naaila. Hanya dengan Zhafri, ummi akan bercakap. Begitu juga apabila Zahra dan Wajdi datang melawat, ummi lebih rela 'tidur'.

"Ummi, hari ini Anne masakkan sup ayam kampung untuk Ummi. Anne suap Ummi ya, lepas makan ni, Ummi makan ubat dan lepas tu Ummi boleh rehat." Arianna senang menabur bakti kepada ibu mertuanya. Walaupun mamanya meluahkan rasa risau dengan keadaan kandungannya yang sudah mencecah tujuh bulan, namun Arianna berjaya juga meyakinkan mamanya.

Walaupun perbualannya dengan ummi hanya satu hala, namun Arianna tidak pernah jemu dan lelah. Sekurangnya ummi sudah tidak berkasar..ummi menerima segala layanannya dengan baik. Disentuh tak dihalang, disuap makan mulut dibuka..itu sudah memadai.

"Ummi makan ya, Ummi kena cepat sihat..Ramai yang.." belum sempat habis celoteh Arianna yang ligat tangannya menyuap ummi makan, terus dipintas ummi yang buat pertama kali bersuara setelah hampir dua minggu ini.."..kenapa? Kau dah tak larat nak jaga Aku?" Arianna hanya tersenyum memandang ummi. Dia sedikit pun tidak terasa hati.

"Anne nak Ummi sihat, macam dulu..semua orang harap yang sama. Anne suka jaga Ummi, langsung Anne tak rasa terbeban..Anne harap Ummi selesa dan Anne minta maaf atas kekurangan Anne." Tenang Arianna bersuara dan senyuman manis yang terukir dibibirnya langsung tak pudar.

Puan Hajjah Safiah hanya merenung Arianna. Arianna seperti biasa masih meneruskan suapan kepada umminya dengan celotehnya tanpa henti. Selepas selesai menguruskan ummi, Arianna akan menunggu kepulangan Naaila daripada sekolah. Untung sahaja ada jirannya yang menumpangkan Naaila semenjak Arianna menjaga ummi.

"Ummi rehat dulu ya, kalau ada apa-apa Ummi panggil Anne ya," ujar Arianna setelah selesai membersihkan Ummi. Senyuman tanpa jemu terukir dibibirnya. Tak sedikit pun terlihat riak penat.

"Kau tak penat?" Arianna yang sedang melangkah ingin keluar daripada bilik yang menempatkan ummi segera berpaling apabila terdengar suara ummi bertanya keadaannya. Dia bahagia walaupun nada ummi beku.

"Anne okay, Ummi. Anne bahagia ada Ummi kat sini." Arianna tersenyum senang. Hari ini perubahan Ummi agak memberangsangkan apabila Ummi sudi bercakap dengannya walaupun dengan nada dingin.

Seketika berlaga pandangan, air mata Puan Hajjah Safiah mengalir di pipi. Arianna segera meletakkan dulang berisi bekas makanan di meja sisi dan duduk di birai katil.

"Ummi ada tak selesa kat mana-mana ke? Ummi sakit?" Arianna bertanya risau. Disentuh kaki Ummi..riak risau jelas di wajahnya. "Anne call Abang ya Ummi? Minta Abang balik.." Arianna bergegas mahu bangun untuk mengambil telefonnya namun sentuhan tangan ummi menghentikan niatnya..Ummi dipandang..terpana seketika apabila renungan ummi yang penuh kasih kini kembali menyapa wajah Arianna..air mata Arianna juga berlumba-lumba membasahkan wajah gebunya.

"Ummi minta ampun pada Arianna, pada Naaila..Ummi kejam..Ummi kufur nikmat..Ummi lupa Dia yang berkuasa..Ya Allahhh.." Ummi terus menangis sambil berulang kali memohon kemaafan daripada Arianna. Ummi bangun, tubuh Arianna didakap erat. Arianna terpana seketika apabila ummi dapat duduk dengan sendirinya. Kemudian, dia juga membalas pelukan ummi yang dia rindu.

"Anne dah lama maafkan Ummi, sekarang Ummi tak ada salah apa-apa dengan Anne lagi..Anne yakin, Naaila pun sama..kami cuma rindukan Ummi yang dulu sahaja..Terima kasih, Ummi..Terima kasih ya Allah.." Arianna menangis hiba. Sungguh dia bersyukur, Allah dah jawab doanya selama ini.

"Ummi dah taknak siksa diri Ummi, Ummi sayang keluarga Ummi..Arianna tolong Ummi call Zahra dan Wajdi ya." Permintaan ummi buat Arianna bertambah syukur. Sungguh janji Allah itu benar kepada insan yang sabar, akhirnya segala permintaannya satu-satu Allah makbulkan.

Malam itu, rumah Zhafri dan Arianna dipenuhi kebahagiaan. Mama dan Babah juga gembira dan tak sabar mahu bertemu besan mereka. Seminggu yang lepas ada mama dan babah melawat ummi, namun ummi memilih untuk 'tidur' sama seperti ketika kedatangan Zahra dan Wajdi.

"Ummi, Yaya rindu nak makan semua masakan Ummi..Yaya nak.." Zahra yang baru lepas makan juadah berbuka merengek sambil memeluk lengan Ummi. Belum habis permintaannya, ummi dah memintas sambil tersenyum. "Berapa bulan dah Di?" Zahra yang pada mulanya terpinga-pinga akhirnya tersenyum. Ummi memang kenal anaknya.

"Four months, Ummi..Yaya nak saing Anne..nak bagi baby pun BFF." Wajdi tersenyum menjawab soalan Ummi. Bahagia. Dia bersyukur akhirnya Ummi dapat memaafkan dan menerima mereka suami isteri kembali.

Puan Hajjah Safiah mengangguk. Dia sendiri semakin sihat sejak dijaga Arianna. Arianna sungguh-sungguh menjaganya. Dia sangat beryukur kerana mempunyai menantu sebaik dan seikhlas Arianna. Walaupun dilayan dengan buruk, Arianna tetap bersabar dan akhirnya dia malu sendiri kerana 'menghukum' Arianna dan Naaila tanpa sebab.

"Zhaf, minggu depan Ummi nak balik la, dah puas Ummi susahkan Arianna." Permintaan ummi buat Arianna gusar. Ummi dipandang sayu kemudian dia bersuara, "Ummi teman la Anne dengan Naaila lagi, nanti raya kita balik sama. Boleh kan?" Ummi tertawa senang..manjanya Arianna dah kembali sama seperti ketika kali pertama menjadi menantu kesayangannya dahulu.

"Ummi pun rindu Abah.." serentak semua tertawa bahagia.

"Tapi Ummi betul ke okay? Nanti Abah sibuk urusan di masjid macam mana?" risaunya Arianna, disoal siasat ummi. Lalu pecah lagi tawa seisi rumah.

"Ummi dah okay, Arianna. Dah boleh duduk sendiri..setakat nak ke tandas kalau Abah tak ada, tak mengapa Ummi boleh guna tongkat kan..terima kasih pada Arianna yang jaga Ummi dengan baik, Ummi harap dapatlah Ummi masak juadah raya nanti untuk anak menantu dan cucu Ummi semua." Akhirnya semua akur dengan keputusan Ummi. Abah juga gembira dengan perubahan positif Ummi.

"Zhaf, esok Ummi nak mula puasa, boleh kan?" ummi bertanya lembut. Zhafri kemudiannya mengangguk. "Ikut daripada progress Ummi, esok Ummi boleh cuba berpuasa, tapi jangan paksa diri. Ubat Ummi ambil waktu sahur. Zhaf akan pantau Ummi extra lah bermula esok. Ummi mengangguk. Syukur dia dikelilingi anak menantu yang sayangkannya namun dia sendiri yang bazirkan masa hampir setahun kerana terlalu mengikut perasaan. Naaila sejak daripada tadi duduk di riba opahnya sahaja, melepaskan rindu 'diabaikan' selama ini.

Malam itu mereka solat tarawikh berjemaah di rumah Zhafri kerana masing-masing mahu menghargai masa bersama ummi. Berkat bulan Ramadhan yang mulia, akhirnya hati ummi Allah buka untuk menerima segala takdir yang sudah tertulis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience