Bab 5: Anugerah Terindah : Naaila Zhafri

Romance Completed 32302

Lima tahun berlalu.

"Happy Birthday, Princess!," serentak Mimi dan Sofie bersorak apabila Arianna membuka pintu bilik, dan Naaila berjalan keluar daripada biliknya sambil muka tersenyum ceria, kembang pipinya. Muka Naaila saling tak tumpah seperti ayahnya, yang menyebabkan semakin sukar untuk Arianna melupakan cinta pertamanya.

Naaila yang ceria ketawa bersama Mimi dan Sofie dipandang senang. Inilah BFF yang dia ada. Mereka berdua, sanggup terus tinggal di sini selepas tamat belajar kerana ingin menemaninya. Semenjak mereka berdua tahu kisah hidupnya, mereka berdualah yang sangat mengambil berat tentang kebajikan Arianna dan Naaila. Sungguh Arianna bersyukur dipertemukan dengan insan tulus berhati mulia seperti mereka berdua. Daripada dia mengalami alahan yang teruk, keluar masuk hospital, bersalin, berpantang, menjaga Naaila, memberi sokongan semuanya mereka berdua. Sesaat pun tidak ditinggalkan Arianna. Nampaknya dia dah ada Guardian Angels lain selain daripada Tengku Fakhri.

Rindu. Itu sahaja yang mampu diungkapkan. Ya, dia terlalu rindukan keluarganya. Namun, hatinya masih belum terubat. Dia belum bersedia untuk pulang. Dia takut Zhafri menuntut kembali haknya. Banyak yang dia fikirkan.

Dia sendiri sudah bahagia di sini bersama sahabat yang sanggup menemaninya setelah tamat belajar. Masih menjalankan servis 'personal shopper' dan perniagaan itu kini dah semakin berkembang, dan mereka sudah mempunyai ramai dropship yang membantu bahagian promosi. Arianna juga, salah seorang pemilik kedai atas talian Three Sisters UK.

---

Setiap hari, tanpa lelah, pasti akan ada emel kiriman ahli keluarganya, yang dia sendiri hanya baca, tidak pernah sekali pun dibalas. Cukuplah dia tahu cerita tentang perkembangan mereka yang dia tinggalkan, itu sudah memadai.

Namun, hari ini, satu emel yang diterima benar-benar mengganggu fikirannya.

Dear Princess,

I know she is mine. She is ours. Thank you for not giving up on Naaila Zhafri. I will come to you both when you accept my forgiveness.

My Baby Princess,

Ayah akan tunggu Ibu bawa Naaila bertemu Ayah satu hari nanti, semoga Allah makbulkan doa Ayah dan Allah beri kesempatan untuk Ayah peluk anak Ayah. Happy Birthday, Naaila Zhafri! Today you are four. I'm sorry for my missing all these years, I'll beg for your Ibu's forgiveness and bring you back home whatever it takes.

I love you, BOTH.

Your Prince Charming or MAYBE Your King,
Zhafri

Pendek namun seperti ugutan yang sangat menakutkan. Bagaimanakah dia tahu?

"Anne, kenapa pucat ni?," Mimi yang menyedari Arianna diam tiba-tiba dengan muka yang kalau ditoreh pun pasti tak berdarah itu terus menegur. Risau kalau Arianna kembali murung seperti tahun pertama dia di sini. Tak mungkin dia mahu berjumpa lagi dengan Arianna yang putus harapan dengan hidupnya. Bukannya mudah untuk seorang Arianna banyak berbicara meluahkan rasa hati, kembali tersenyum, dan juga ketawa apabila geli hati. Dia dan Sofie menyaksikan betapa berusahanya Arianna untuk menjadi Arianna yang sekarang.

"Dia tahu kewujudan Naaila," perlahan namun cukup didengari dua sahabatnya. Mereka sama-sama melopong.

"Sejak bila???," serentak soalan itu keluar daripada mulut dua sahabatnya dan Arianna hanya menunjukkan kiriman emel tersebut kerana dia sendiri tiada jawapan.

---

"Anne, it's okay. Kau kena kuat. Aku dengan Mimi akan selalu ada dengan kau. Aku rasa better Kau contact family Kau tanya, dah kalau Zhafri dapat tahu, takkan family Kau nak dibelakangkan," cadangan daripada Sofie membuatkan Arianna berfikir. Lembut tangan Sofie yang menyentuhnya memberi semangat, seperti tangan Tengku Fakhri yang memujuknya. Allah Maha Baik, kurniakan seorang Arianna insan-insan mulia ini. Betullah Sofie dengan Mimi ni dah joined club Guardian Angels Tengku Fakhri. Arianna terasa disayangi, itu sangat memadai.

"Aku fikir dulu, tapi Aku memang rindu sangat family Aku," tutur Arianna perlahan. Rindu kian bertandang.

---

Malaysia 2020

"Aku dah jumpa Anna dan anak Aku," Tengku Fakhri kelihatan terkejut. Zhafri kelihatan tenang sahaja.

"Aku rasa dia akan contact Kau, sebab Aku ada mentioned tentang Naaila dalam emel Aku tadi. Hari ini Birthday anak Aku yang ke empat. Aku hilang empat tahun dengan dia dan yang lagi perit Aku tak tahu kewujudan dia sehinggalah semalam," panjang lebar penerangan Zhafri. Kedengaran begitu kesal dengan apa yang berlaku. Zhafri selepas kehilangan Arianna juga, seperti mereka. Rasa bersalah dia pada Arianna dan ketiga keluarga termasuk keluarga Doktor Liyana lebih tinggi berbanding egonya seorang lelaki.

Zhafri dan Doktor Liyana juga sudah berpisah secara baik dan Doktor Liyana sendiri sudah ada keluarga baru. Mereka berkahwin tanpa restu dan terlalu muda. Terlalu mengikut perasaan sendiri sehingga mengabaikan orang tua. Kini, semuanya telah selesai dan Doktor Liyana sendiri yang menjumpai Arianna melalui servis 'personal shopper' yang dia gunakan. Kebetulan atau sememangnya sudah suratan takdirnya begini.

"Yana yang bagi info dekat Aku, semalam dia call Aku. Anna dengan Naaila ada kat UK. Dia buat bisnes 'personal shopper'," Zhafri terus memberi info kepada Tengku Fakhri yang masih melopong. Sungguh dia rindukan adiknya. Pasti ini satu berita gembira. Rahmat daripada Allah. Naaila. Satu nama yang dia rasa sangat teruja untuk dia jumpa, peluk, cium. Dia sebagai bapa saudara dah macam ni, apa agaknya perasaan Zhafri. Namun, lelaki itu kelihatan sangat tenang.

"Aku rasa nak terbang pergi UK esok. Tahniah Bro, Kau dah jadi bapak rupanya," dalam terkejut, dia tetap tak boleh sorokkan keterujaannya. Zhafri hanya tersenyum kelat. Dia rasa berdosa kerana di awalnya dia terlalu mengikut egonya, sampai dia tidak berterus terang tentang status dia dengan Doktor Liyana, yang pada ketika itu sudah menemui jalan buntu. Kerana itu dia sangat sedih untuk melepaskan talak kepada Arianna. Kerana dia sangat keliru. Dia ingat, bila dia berterus terang tentang kewujudan Doktor Liyana, Arianna akan bersaing demi cinta tetapi sebaliknya. Terus mengalah tanpa meminta sebarang penjelasan. Kerana egonya, dia akhirnya menyesal sendiri. Sungguh dia ikhlas menerima Arianna sebagai isterinya dan Doktor Liyana sendiri sedia maklum. Mereka cuma menunda perpisahan, kerana hubungan mereka sendiri sudah bermasalah sejak menjalani housemanship lagi, sekembalinya mereka ke Malaysia. Itulah punca dia menangis bersungguh-sungguh di hari perpisahan mereka, namun pada Arianna seperti langsung tidak memberikan kesan. Sungguh egonya tercabar. Oleh kerana itu, dia terlewat untuk memenangi kembali hati Princessnya yang dicintai sepenuh hati. Dia sedar, namun terlambag. Sangat lambat. Zhafri meraup wajahnya.

Suasana tiba-tiba kekok apabila terdengar esakan kecil daripada Zhafri. Tengku Fakhri sendiri telah banyak kali melihat air mata penyesalan lelaki itu sejak lima tahun lepas. Ya, dia terus membatalkan hasrat berkerja di Dubai selepas kehilangan jejak Arianna. Dia tidak sanggup meninggalkan kedua orang tuanya bersedih sendiri. Dan sejak lima tahun inilah Zhafri seperti menjadi pengganti Arianna. Sering melawat kedua orang tua mereka, demi sebuah kemaafaan.

---

London 2020

Assalamualaikum, Abang.

Anne nak cakap dengan Abang. Kalau Abang ada masa, Skype Anne @annaaila.

Rindu,
Arianna

Butang send ditekan dan Arianna memejamkan matanya. Hatinya sungguh berdebar. Apakah penerimaan keluarganya tentang berita dia ada seorang anak perempuan yang kini sudah mencecah empat tahun? Apakah mereka merinduinya, atau marah padanya kerana melarikan diri?

Ting!

Notifikasi emel diterima.

Finally, Princess. Alhamdulillah. Oh lupa, Wa'alaikumussalam. Abang free anytime Anne. Sekarang pun boleh Abang Skype Anne. Mama Babah dengan Baby pasti akan sangat gembira bila tahu our Princess dah kembali. Thank you, Adik Abang!

Rindu sangat,
Abang Guardian Angel Princess Anne yang dipecat lima tahun.

Arianna tergelak kecil dalam mata yang berkaca. Orang tengah nak feeling sedih sempat lagi dia buat lawak. Sabar jelah..Ingat dah berubah tapi sama je perangai lima tahun lepas. Macam pause pula masa tak bergerak.Tak berkembang rupanya perangai Tengku Fakhri ni. Statik gitu je.

Beberapa minit berlalu Skype Anne bernyala tanda ada panggilan video yang masuk. Biar betul?

Anne terima panggilan dan terus matanya basah. Bukan sahaja Abangnya tapi seluruh keluarganya ada di sebelah sana. Hanya air mata yang menjadi isyarat perbualan mereka. Sungguh dia rindu.

"Anne akan balik minggu depan," dia nampak babahnya di sebelah sana sujud syukur, Baby juga dah bujang, dah lama sangat Arianna tak tengok.

"Ibu, why are you crying?," suara serak basah Naaila yang baru terjaga daripada tidur menyentakkan Anne. Di sebelah sana, semuanya seperti terpana apabila Anne memperkenalkan Naaila buat pertama kalinya. Puan Suraya tak berhenti menangis. Terlalu rindukan anak perempuannya yang hilang selama lima tahun ini dan tak sangka dia sudah mempunyai cucu.

"Naaila, meet your family in Malaysia. Tok Babah, Tok Mama..

"Daddy. Naaila call me Daddy okay?," Tengku Fakhri mencelah menyebabkan Arianna tersentak.

"Really? Yeayy, Naaila ada Daddy. Tapi Ibu cakap Naaila should call Ayah?," Tengku Fakhri terdiam. Dia tahu hati Arianna masih milik Zhafri.

"Hai, Naaila I am your Ashu okay? Jangan lupa," Afif Furhan bersuara lalu semuanya tertawa bahagia. Keluarga mereka hampir lengkap. Tak sabar rasanya nak peluk cucu sendiri yang baru diketahui kewujudannya.

"Hai, Ashu Baby!" Naaila ceria menyambut salam perkenalan Afif Furhan. "Eh, Kakak Princess, saja kan ajar anak dia panggil Baby juga," Afif Furhan buat muka protes, geram dengan Kakaknya sempat lagi nak attach nama Baby pada anak buah sendiri. Baru nak feeling macho dah jadi comel semula.

Perbualan malam itu berakhir selepas Arianna berjanji akan sahkan tarikh penerbangannya bersama Naaila ke Malaysia.

Akhirnya, keluarga itu kembali ceria, menantikan kehadiran princesses dalam keluarga Encik Yusri dan Puan Suraya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience