Bab 27: Sebuah Kemaafan

Romance Completed 32302

Hampir enam bulan berlalu, tiada perubahan yang positif pada Puan Hajjah Safiah..Dia terlalu kecewa dengan apa yang telah berlaku..Wajdi dan Zahra juga telah menjadi mangsa dipulaukan seperti Arianna. Syuhada pula terus hilang tanpa jejak selepas kejadian amukan yang menjadi saksi terputusnya ikatan persahabat antara mereka bertiga.

"Honey, kenapa termenung je?" Wajdi yang baru pulang daripada berjogging pada pagi hari minggu itu menegur Zahra yang dilihat termenung jauh di balkoni rumah mereka..sudah tiga bulan semenjak mereka tinggal bersama, begitulah keadaan Zahra apabila bersendirian.

"Eh, Bie dah balik..tak perasan pulak Honey," Zahra tersenyum segaris menegur Wajdi.

"Entah mana dia pergi, Bie bagi salam pun tak de yang jawab..sampai mana dah ni?" usik Wajdi seraya mencuit hidung Zahra.

"Eiii, dah wash hands ke usik-usik hidung orang ni? Pergi mandi la Bie, berpeluh.." Zahra mengelak daripada disentuh Wajdi.

"Amboi amboi amboi..kedekut ye dia..tunggu jap.." maka bergemalah tawa dalam rumah mereka yang sedang main kejar-kejar. Tak cukup nafas Zahra berlari mengelak daripada menjadi mangsa peluk Wajdi yang berpeluh itu. Melekit!

"Enough Bie, enough..Mati I nanti main lari-lari..You pergi mandi dulu, nanti kita breakfast sama. Honey tunggu Bie okay," ujar Zahra sambil menolak badan Wajdi menuju bilik mandi.

"Okay sayang Bie, muah!" terbeliak mata Zahra dengan reaksi spontan Wajdi yang mencium pipinya lalu berlari ke bilik mandi.

"Bieee, You're sweating..Euww.." Zahra mendesis geram dengan perangai Wajdi sambil mengesat kesan peluh Wajdi yang melekat di pipinya dengan belakang tangan..kemudian, menyedari Wajdi sudah berada dalam bilik mandi, dia mengeluh sendiri. Itulah yang berlaku apabila dia kembali bersendirian. Perasaan bersalah menghantuinya..

Masih melekat dalam ingatannya tentang apa yang Syuhada katakan berkenaan Wajdi. Langsung dia tak jangka dia sebenarnya 'perampas' lelaki pujaan kawan baik sendiri.

FLASHBACK

"Kenapa Kau diam hah? Dah pekak ke? Atau Kau nak Aku ulang? Aku kata pulangkan balik Wajdi pada Aku dan Kau boleh pergi mampus!" Zahra yang masih cuba menghadam kata-kata Syuhada memandang Wajdi meminta penjelasan. Wajdi juga terpana..masing-masing terkejut seperti masa terhenti antara mereka dan kemudian mereka tersentak apabila mendengar ketawa Syuhada. "..hahaha.." Makin keliru Zahra..tadinya menangis sedih, lepas tu marah penuh dengan makian dan sekarang tertawa pula.

"Syu, kita kan BFF dan macam adik beradik daripada kecil kan..kenapa Zahra kena pulangkan Aku dekat Kau? She is my wife.." Wajdi meminta penjelasan kerana dia sendiri keliru dengan sikap Syuhada sekarang. Dah hilang warasnya bila tudungnya sendiri dah terbang entah ke mana. Teruk sangat kekecewaan Syuhada sehingga dia sudah tidak menjaga auratnya yang selama ini Wajdi sendiri tidak pernah melihat sejak dia bertudung walaupun mereka rapat seperti adik beradik.

"Kau mesti tak sedar kan Di?? I'm in love with You.. since kita sekolah menengah. Sebab tu..aku..aku mintak bantuan Papa.. untuk kita sama-sama belajar satu uni, satu fakulti.." Syuhada mengongoi sedih..matanya seakan merayu perhatian Wajdi..sekelip mata dia menolak Zahra, mujur sahaja Wajdi pantas menarik Zahra ke dalam pelukannya..Syuhada yang memukul-mukul tubuh Zahra ditahan oleh Wajdi. Dipeluk erat tubuh isteri kesayangannya menghalang daripada disakiti Syuhada yang sudah seperti orang hilang kewarasannya. Zahra hanya diam membatukan diri, suaranya juga langsung tidak kedengaran..Bisu sahaja dan seperti patung, tiada reaksi perasaan. Terkejut sangat dia tentang kenyataan Syuhada tadi.

"..dan tiba-tiba datang perempuan perampas ni konon bagi harapan abang dia untuk Aku, tambah dengan mak dia yang sama konon sayang Aku. Diorang ambik kesempatan sebab Aku rindu Mama..Aku rasa disayangi..yang membuatkan Aku lupa persaaan pada Kau yang dah lama wujud." Mendengar pengakuan Syuhada, barulah esakan Zahra mula kedengaran..sungguh dia tak pernah tahu.

"Bukan salah Zahra, Syu. I'm the one who took the first step. Aku yang confess dekat dia..Kau lupa ke, Aku minta pendapat Kau, Syu? Kau sendiri yang support Aku.." Wajdi mula mengingati Syuhada supaya kesalahan tidak terletak sepenuhnya di bahu Zahra.

"Tu sebab plan diaaa!!!" Syuhada menjerit nyaring sambil menunjal kepala Zahra. "Sebab dia memang daripada awal nak rampas Kau daripada Aku! Sebab tu dia nak sangat bagi abang dia kat Akuuu.." Wajdi yang semakin risau dengan emosi Syuhada yang sekejap nangis, sekejap ketawa dengan berjalan tak tentu arah dan rambutnya ditarik-tarik seperti orang tak siuman, terus memanggil bantuan..Akhirnya muncul Tan Sri Kamal dan dua orang pembantunya memegang Syuhada yang menjerit-jerit menghamburkan amarah kepada Zahra..Zahra pula hanya menangis tanpa mampu membela diri..dia terlalu terkejut ditampar kenyataan dia sebenarnya orang ketiga yang bertukar perampas..itu kata-kata Syuhada yang melekat di mindanya.

Setelah Syuhada dibawa masuk ke kamarnya, Tan Sri Kamal menasihati Wajdi dan Zahra..

"Di tak salah..mungkin Di tak sedar Syu ada simpan perasaan pada Di. It was my fault too..sebab Uncle punca dia terasa diabaikan dan mula mencari kasih sayang di luar..Maafkan Syuhada, ya Zahra.. I will take care of my daughter.. You both take care too. Thank You for Your visit and care that You've shown to her." Tan Sri Kamal sangat profesional. Itulah yang Wajdi kagumi. Dia tidak pernah nampak lemah terbawa dengan emosi.

END FLASHBACK

---

"Honey dah sampai mana ni? Daripada tadi Bie panggil..ingat dah tertidur tunggu Bie lama mandi, rupanya dia hanyut dalam mimpi sambil buka mata," usikan Wajdi pakej menarik hidung isterinya mendapat balasan jelingan tajam Zahra.

"Amboi, garangnyaaa..my baby dangerous when hungry ya?" Wajdi terus menarik tubuh Zahra ke dalam pelukannya, dipeluk kejap kemudian terus di bawa ke meja makan.

"I just miss my old days.. Honey nak jumpa Anne," walaupun perlahan, Wajdi dapat mendengar dengan jelas..dan dia sangat bersyukur akhirnya isterinya sedar juga tentang kesalahannya dan membuang ego yang disimpan.

"Sure, you can. But let's eat first..hmm?" Zahra akhinrnya mengangguk dan dia dah nekad akan bertemu Arianna untuk menjernihkan kembali hubungan antara dua keluarga.

---

Zhafri dan Arianna menyambut baik kedatangan Wajdi dan Zahra. Lama Arianna dan Zahra berpelukan seolah membunuh terus rasa dendam dalam hati masih-masing.

"Anne, Aku minta maaf sebab benci Kau tanpa sebab. Aku yang cemburu dengan Kau daripada kecil. Kau selalu ke depan tinggalkan Aku di belakang," Zahra yang mula meluahkan rasanya selepas makan tengahari itu membuang pandang ke taman di tepi rumah Arianna.

"Yaya..Aku dah lama maafkan Kau. Aku pun salah sebab Aku selalu rasa Aku je betul. Aku..tak pernah ambil kisah selama ni. Aku pun banyak celanya.." Arianna menggosok lengan Zahra perlahan. Memujuk. Zahra mahu duduk berborak dengan dia begini pun dah besar nikmatnya. Rindu sangat dengan keakraban mereka sejak daripada kecil yang dibunuh oleh perasaan iri hati bertukar dendam kesumat.

"Thanks Anne..Aku..Aku..salah. Sebab nak singkirkan Kau, Aku gunakan Syu..Syu mangsa Anne..sebab dia rindukan kasih sayang Mama dia, aku gunakan dia untuk tarik perhatian Ummi..lepas tu.." tersekat-sekat suara Zahra dalam sedu sedannya.

Arianna hanya mengangguk. Sejujurnya dia juga kasihankan Syuhada dan Zahra..juga Ummi. Dia sendiri juga salah kerana menjadi punca iri dan dengki hati manusia.

"..Aku tak pernah tahu Syu ada simpan perasaan pada Wajdi..Aku buta sebab Aku cuma fokus untuk singkirkan Kau, Aku bagi harapan pada dia tentang Abang Zhaf..Aku gunakan Ummi untuk pujuk Abang Zhaf..Aku jahat kan Anne.." Esakan halus Zahra menyentuh hati Arianna. Dia sendiri tak menyangka begitu dalam dendam yang disimpan Zahra sehingga menyebabkan banyak pihak menjadi mangsa keadaan semata-mata untuk melunaskan dendamnya.

Arianna menghela nafas perlahan, menenangkan diri sendiri.

"Dah tertulis jodoh Kau dengan Wajdi..Syu sendiri tak pernah luahkan perasaan dia pada Wajdi..dan Wajdi sendiri dah cakap kan, dia anggap Syu macam adik dia..macam Abang Ri anggap Kau.." Zahra mencebik lalu ditepuk kuat lengan Arianna, tindakan refleks katanya. Berkerut muka Arianna menahan perit di kulit lengan.

"Kau saja nak kenakan Aku kan Anne.." muncung bibir Zahra geram dengan sikap mengusik Arianna..boleh pula diselit bab kisah dia pernah simpan perasaan dalam diam pada Tengku Fakhri dulu. Bertuah betul kakak ipar ni. Kalau dengar dek suaminya siaplah Arianna ni.

Arianna tergelak kecil..lega dengan tindak balas Zahra.."Alhamdulillah, my Yaya is back! Aku sayang Kau Yaya, demi Allah." ucap Arianna lalu memeluk Zahra. Erat pelukan Arianna dibalas Zahra. Seakan satu beban berat diangkat daripada bahunya selepas menerima kemaafan Arianna..cuma kemaafan Ummi dan Syuhada..dia perlu berusaha untuk mendapatkannya sebelum terlambat.

"I miss Ummi.." Zahra meluahkan rasa rindunya.."Me too, Yaya." Arianna juga begitu..

"Kita sama-sama berusaha pulihkan keadaan ya, Yaya.." Arianna yang melepaskan pelukan mencari mata Zahra memandang Zahra meminta penjelasan kerana pandangan pelik Zahra tiba-tiba padanya.

"Kau ada rahsia kan Anne.." tiba-tiba Zahra kembali menarik muka.. ah sudah! pening lagilah Arianna nak pujuk. Tadi dah okay, baru ajak bergabung usaha pujuk ummi dah berubah wajah.

"Why Yaya..rahsia apa? Alaa..kita kan dah okay tadi. Kenapa tiba-tiba Kau pelik je pandang aku. Arianna dah berubah wajahnya..keliru apabila Zahra mengulum senyum.

"Kau selalu tau tinggal Aku kat belakang..Aku selalu kalah dengan Kau.." Zahra mencebik dan lagilah keliru Arianna..tadi nak senyum tapi ditahan, tiba-tiba muka sedih pula..complicated juga adik ipar ni..mujur ada seorang je.

"Apa pula Aku tinggal Kau, Yaya..mana ada rahsia.." Arianna yang tidak faham meminta penjelasan tentang kata-kata Arianna.

"I can feel the baby bump laaa..." Zahra akhirnya menyilangkan tangan di dada pura-pura merajuk..

Arianna yang dah dapat tangkap 'tuduhan' Zahra tadi terus pecah tawanya..

"Yaya! Ingat apalah tadi..four months already." Arianna tersenyum sampai mengusap perutnya. Bahagia. Zahra teruja menjerit melompat-lompat.

"Congratulations, kakak ipar!" bertalu-talu dicium pipi Arianna.

"Ehem..simpan sikit kiss tu for me, Honey..and Bie dah menuntut daripada Abang Zhaf dah tadi nak saing untuk bagi baby Anne BFF dengan baby Yaya," tiba-tiba terbeliak mata Zahra mendengar suara yang muncul di belakang mereka..

"Bie! Luckily Naaila is not around tau.." merah muka Zahra menahan malu diusik suaminya di depan abang dan kakak iparnya. Pecah ketawa Zhafri, Arianna dan Wajdi serentak.

"Good luck," perlahan Arianna berbisik nakal sebelum dia melepaskan pelukan Zahra lalu menuju ke arah Zhafri. Lagilah membuntang mata Zahra.

Zhafri mendepakan tangannya menyambut Arianna..dia bersyukur kerana akhirnya hubungan Zahra dan Arianna kembali jernih. Arianna dipeluk sayang lalu dikucup ubun-ubun isterinya penuh kasih..Syukur berkat kesabaran dan doa mereka semoga Allah bukakan hati orang-orang yang disayangi menerima mereka akhirnya Allah makbulkan. Cuma ummi..masih lagi begitu..dan dia tidak akan berhenti berusaha semoga ummi juga akan menerima mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience