Bab 39: Rela Dipaksa

Romance Completed 32302

Pagi ini Zhafri menerima satu mesej daripada Arianna. Hanya sekadar mesej memohon kemaafan dan mendoakan dia lapang dada serta dipermudahkan urusan. Satu mesej seperti itu juga telah membuatkan hatinya yang hampir sahaja mati, kembali hidup.

Hari ini seperti hari yang baru dalam hidupnya. Wajahnya berseri-seri. Dia hampir lupa untuk senyum dalam dua bulan ini..Hari ini, buat pertama kalinya dia senyum. Senyuman bahagia kerana Arianna sudah mahu bercakap dengannya. Jiwanya yang galau sudah kembali reda.

"Morning doctor, You look happy," tegur jururawat yang memakai tag nama Chempaka di kaunter pendaftaran klinik pakar.

"Morning, Kak Chem..Alhamdulillah." Zhafri senyum lagi. Terbang habis masalahnya. Syukur seadanya dia hari ini. Biarlah senyumannya ini kekal. Jika tidak memikirkan keluarganya di kampung dalam bahaya, mahu sahaja dia pulang terus memeluk Arianna dan Naaila.

Setelah selesai rutin paginya, dia duduk sebentar k kopi kegemarannya daripada kafe hospital sementara menunggu untuk lawatan pesakit. Aromanya sungguh menenangkan seorang coffee lover seperti Zhafri.

Jam di dinding menunjukkan pukul 7:40 pagi ketika telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Tan Sri Kamal?" Gumamnya perlahan.

Tidak menunggu lebih lama, dia segera menjawab panggilan tersebut. Ada rasa tidak enak yang hadir, namun dia segera mengusir rasa itu.

"Assalamu'alaikum, Uncle." Dia menyapa setelah butang hijau tanda menjawab panggilan disentuh.

"Wa'alaikumussalam, Zhaf. I want to meet You, We should have a discussion." Tanpa basa basi, terus sahaja Tan Sri Kamal menyatakan hasratnya menghubungi Zhafri. Straight to the point gitu.

"Sure, Uncle. Zhaf juga taknak benda ni drag lama." Tenang nada Zhafri. Dia sudah bersedia dengan semua kemungkinan yang akan berlaku. Dia redha..Seperti pesan Arianna pagi tadi..'Apa yang berlaku sudah ditakdirkan. Kita orang terpilih yang dihadiahkan ujian seperti ini. Sentiasalah berpegang pada tali Allah semoga hati akan selalu tenang. Ikhlaskan hati, semoga kita akan bahagia walaupun tidak dapat bersama.' Seperti recorded voice bait-bait kata-kata hikmah daripada Arianna untuknya. Walaupun dia tidak rela dipaksa pada awalnya, namun sekarang dia lebih positif. Dia percaya kepada janji Allah. Besar ganjarannya untuk mereka yang bersabar dengan ujian daripadaNya. Betul kata Arianna, walaupun mereka tidak dapat bersama lagi, semoga mereka temui kebahagiaan untuk diri mereka sendiri, dan kebahagiaan itu adalah cinta kepada Allah. Cinta yang akan kekal hingga ke akhirnya.

"Uncle akan send location, kita jumpa kat sana pukul 8 malam nanti?" Suara Tan Sri Kamal menarik semula dia ke dunia realiti. Hilang sudah suara merdu Arianna yang memujuknya tadi. Tidak mengapa, dia yakin dengan janji Allah yang dia pasti tak mungkin akan mengecewakannya.

"Baik, Uncle. See You there." Setelah dia menjawab salam Tan Sri Kamal tanda menamatkan panggilan, satu helaan nafas dilepaskan. Dirinya dibawa bersandar di dada kerusi. Seketika kemudian, satu mesej masuk dengan butiran tempat yang bakal dia temui Tan Sri Kamal malam ini. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Dia redha..bukan mahu mengalah, namun kerana dia sendiri sudah penat dengan permainan dendam Syuhada.

Jam menunjukkan 8:00 pagi, butiran pesakit pertama juga sudah diterima. Dia segera menyarung kot putihnya dan bersedia menerima pesakit pada hari itu.

---

"Syu, Papa ada benda nak bincang dengan Zhaf lepas dinner ni. Jadinya eloklah Syu stay di bilik sahaja." Hari ini dia nampak Syuhada tersenyum ceria..Lain pula penampilannya, bertudung litup sopan. Padahal yang ada hanyalah Tan Sri Kamal dan dia sahaja. Dia pun pelik dengan Syuhada, dalam rumah sendiri bukan main sopan, bila kat tempat crowded bukan main tak cukup kain, terdedah sana sini.

"Okay, Pa.." Syuhada menunduk seakan malu. Lagilah Zhafri pelik, sejak bila Syuhada reti malu begini? Suaranya juga lembut yang Zhafri sendiri hampir tak dengar. Macam berbisik dalam kelambu sahaja gayanya.

Dan makan malam mereka berlangsung dalam suasana yang sepi, hanya bunyi sudu garfu dan pinggan yang berlaga sesama sendiri sahaja kedengaran. Kekok..itu yang Zhafri rasakan sekarang. Wajah Tan Sri Kamal kekal serius, wajah Syuhada pula hanya ditundukkan sepanjang masa.

Usai makan malam, Tan Sri Kamal mengajak Zhafri masuk ke pejabatnya di dalam rumah agam itu. Dekorasi yang tampak elegant itu cukup mengujakan pandangan mata Zhafri. Serba serbi lengkap tak nampak langsung bilik berkerja di rumah. Memang terasa suasana berkerja di pejabat ketika melangkah ke bilik itu siap nak masuk kena thumb print lagi.

"Duduk, Zhaf. Ini tempat paling selamat untuk kita discuss sebab bilik ni tak boleh dicerobohi dan kalis bunyi." Tenang Tan Sri Kamal bersuara seraya melabuhkan punggungnya di sofa empuk dalam bilik seakan pejabat itu. Zhafri juga ikut duduk berhadapan Tan Sri Kamal, dan masih menghadamkan kata-kata Tan Sri Kamal tadi. Kenapa perlukan perbincangan sulit sebegini jika sekadar mahu menetapkan tarikh pernikahannya dengan Syuhada sahaja.

"Uncle, why our discussion should be this confidential? Don't you think Syuhada should join us?" Zhafri tidak mahu berlama lagi, dia mahu semuanya selesai dengan cepat. Dia sudah tidak sabar mahu bertemu anak dan isterinya. Ya, dia sudah bersedia untuk mengahwini Syuhada. Dia sudah redha. Andai dengan mengahwini Syuhada, Arianna dan Naaila dapat hidup seperti biasa, dia rela berkorban.

"Sebab benda ini takkan melibatkan dia. Uncle takkan hancurkan hidup anak orang lain sebab nak puaskan kehendak anak sendiri." Masih kekal bersahaja nada Tan Sri Kamal. Apa yang sebenarnya berlaku? Bukankah mengikut kata Wajdi, Tan Sri Kamal hanya mementingkan anaknya sendiri dan juga status serta pangkatnya?

"Ini bukan sesuatu yang Zhaf jangkakan.." Tan Sri Kamal senyum segaris melihat kepolosan Zhafri. Benarlah, Zhafri lelaki yang baik, yang tak mungkin akan dihancurkan hidupnya demi dendam Syuhada. Dendam pada sifat Syuhada sendiri yang dia lepaskan kepada orang lain.

Melihat senyuman Tan Sri Kamal, lagilah bertambah pelik. Main tarik tali ke apa ni? Hati Zhafri hanya tenang, tiada rasa tidak enak, walaupun situasa agak janggal.

"Uncle minta maaf, Zhaf. Uncle dah jumpa Wajdi sebelum Uncle berangkat ke Jepun dua bulan lepas, dan Uncle sendiri yang minta Di jangan maklumkan tentang keputusan Uncle ni pada Zhaf. Secara jujurnya, selain diperhatikan orang-oranf upahan Syuhada, Zhaf juga dijaga orang-orang Uncle. Uncle tak mahu kerana kejahatan anak Uncle orang lain menjadi mangsa." Zhafri semakin keliru. Adakah Tan Sri Kamal sedang mengaku bahawa dia bukanlah sekufu Syuhada, anaknya sekarang?

"Maksud Uncle..kita..Syuhada.." Zhafri hilang kata-kata. Otaknya masih memproses maklumat. Dia sendiri tak faham kenapa dia jadi lembap malam ini. Mungkin juga kerana mindanya dah set malam ni nak tentukan tarikh nikah yang dia harus rela kerana dipaksa, namun kiri lain pula jadinya.

"Yes, We are in the same boat and I'm very sure You know she is sick. Mentally. Emotinally." Tan Sri Kamal memang seorang yang tabah. Dia seperti tidak terkesan dengan kenyataan yang dia sendiri tuturkan. Zhafri sendiri, walaupun seorang doktor yang sudah terbiasa dengan kenyataan menyakitkan seperti ini, jika melibatkan ahli keluarga terdekat, orang yang dia sayangi, pasti akan memberi kesan juga padanya sedikit sebanyak.

Melihatkan Zhafri yang hanya diam, mungkin masih menghadam kata-katanya, Tan Sri Kamal menyambung. "Uncle juga dipantau orang-orang suruhannya. Sebab tu plan ini perlu dilakukan dalam bilik ini. It was my fault my daughter turns into who she is today, but I know, better late than never to fix everything and make sure everything is back to the place where it should be."

Zhafri mengangguk faham.

After this, Zhaf boleh lodge a police report, bukti semua Wajdi dah kumpul. Once Syuhada didakwa, Uncle akan hire lawyer untuk minta pelepasan dan sahkan dia sakit, dan Uncle akan bawa dia jauh daripada sini untuk pulihkan semuanya..Trust me dan hiduplah dengan bahagia selepas ini."

Zhafri terpempan..Kalau dah tahu sakit, elok teruskan rawatan kenapa perlu didakwa dahulu..

Melihatkan Zhafri seperti mempunyai soalan dan Tan Sri Kamal yakin dengan apa yang difikirkan Zhafri, segera mnyambung..

"Uncle dapat baca apa yang Zhaf fikirkan, dan yes memang kena dakwa dahulu barulah lumpuh semua aktiviti jahatnya. Uncle sayang anak Uncle lebih daripada segalanya dan jangan risau, my wealth and status came after that..Semua tu dah tak penting lagi."

Zhafri segera meraih menyalami tangan Tan Sri Kamal, dia sungguh menghormati lelaki itu walaupun dia pernah kecewa dengan keputusan lelaki itu..Apabila difikirkan semula, patutlah Tan Sri Kamal sebelum ini sebelahkan Syuhada, tengok pada penampilan Syuhada di rumahnya hari in, barulah dia faham sepenuhnya..Ye lah, siapa nak percaya orang kata anaknya jahat sedangkan di depan matanya dialah sebaik-baik umat manusia.

Setelah selesai perbincangan mereka, Zhafri pamit menuju ke rumahnya. Dia harus menghubungi Wajdi dan Inspektor Hariz. Dia juga sudah dimaklumkan bahawa ada mata-mata yang memerhatikannya, jadi dia yakin dengan keputusannya dan dia percaya pada Tan Sri Kamal. Syukur, berkat kesabarannya akhirnya semuanya bakal berakhir dengan baik. Semoga tiada lagi awan mendung memayungi kisah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience