Bab 3: Rupanya Aku Orang Ketiga

Romance Completed 32302

Setelah seminggu bercuti dan selesai majlis kedua belah pihak, Zhafri membawa Arianna pulang ke rumahnya. Dan bermulalah kehidupan Arianna sebagai isteri seorang doktor yang sibuk dengan on call. Sepanjang seminggu ini, malam-malam Arianna hanya ditemani bantal peluk. Nak buat macam mana, dah kahwin dengan doktor, kenalah faham kerjayanya bagaimana.

Rindu bertandang pada abangnya seorang. Dah jauh sikit macam ni pun rindu bukan main, nanti dah jauh beribu batu agaknya apalah perasaan Arianna ya. Kalau Zhafri selalu sibuk di hospital, boleh mati kebosanan Arianna tinggal sendirian. Nak kerja, satu panggilan temuduga pun belum lagi diterima. Itulah, dulu selalu berkepit dengan abang je, BFF pun takde nak bergosip. Keluhan demi keluhan, tak hilang juga bosannya, akhirnya Arianna buat keputusan untuk menghubungi abangnya.

Beberapa deringan, panggilan bersambut. "Hello Princess Abang," ceria suara di sana menjadi penyebab Arianna tersenyum senang.

"Assalamualaikum, Mr Guardian Angel. Amboi amboi amboi, memang Abang ni jenis yang LUPA bagi salam ke apa?," sengaja ditekankan perkataan lupa tujuan mengusik Tengku Fakhri. Mendengar ledakan tawa disebelah sana, Arianna juga ikut sama tertawa. Entah apa yang lucunya, mood turut berubah 360' bila bersama Tengku Fakhri. Iya, mereka umpama kembar. Tapi, sebelum Arianna berkahwinlah. Ni baru seminggu, dah rindu abangnya, nanti entah bagaimana. Nak telefon pun mahal, nak jumpa lagilah tinggi kosnya. Entah berapa tahun sekali agaknya dapat bertemu.

"Ya, Wa'alaikumussalam Ustazah Anna. Tahulah dah kahwin dengan Ustaz Doktor Zhafri, sekali kita dia tarbiahkan," sengaja Tengku Fakhri mengusik Arianna.

"Ah! Takde takde. Jangan nak mengada panggil Anne, Anna ye. Anna tu Abang Zhafri kita je boleh panggil kita tau," Tengku Fakhri di sebelah sana dah buat muka loya. Bukan main menggedik adiknya seorang sejak dah bersuami. Hari tu bukan main sopan, malu lagi bila sebut nama Zhafri.

"Ye lah, Princess Arianna. Ha, nak apa ni call Abang malam-malam? Zhaf on call lagi ke?," Tengku Fakhri seperti dapat meneka yang adiknya sekarang kebosanan tahap dewa.

"Ye, Abang. Hari-hari dahlah balik lambat tau, keluar bukan main awal lagi. Agaknya dia kena ganti kot cuti lama kan. Takpe, nanti Anne biasalah. Cuma, nanti mesti Anne sedih, bertambah sunyi kan. Nak call Mama nanti tahulah Mama mesti risau kan Anne selalu tinggal sendiri kat rumah," Arianna meluahkan rasa di hatinya. Sudah seminggu Zhafri kembali berkerja, dan seminggu jugalah mereka hanya bertemu sekejap cuma. Ada masanya Zhafri hanya pulang mengganti baju, makan pun Arianna makan sendirian.

Tengku Fakhri di sebelah sana mulai rasa sesuatu yang tak normal. Takkanlah sebab cuti seminggu, kerja direct seminggu. Zhafri kerjanya setiap hari jumpa pesakit berlainan, bukannya perlu ada kerja bertangguh. Apakah sisi lain seorang Zhafri yang dia tak tahu? Tiba-tiba dia sangat risaukan Arianna.

---

"Zhaf, aku ada kat KL ni nak jumpa kau, tapi jangan bagitahu Anne aku datang sini," serius suara Tengku Fakhri melalui panggilan telefon tadi, buat Zhafri meraup wajahnya. Sungguh dia keliru dan rasa berdosa. Dia tidak sepatutnya menerima cadangan ibu bapanya untuk menjodohkan dia dengan Arianna, yang sekarang ini dia seperti lelaki pengecut yang memainkan perasaan perempuan polos berhati suci seperti Arianna. Dia sengaja mengelak daripada Arianna dengan memberi alasan kerjayanya sangat sibuk dan perempuan yang positif seperti Arianna tidak pernah mencurigainya. 'Maafkan Abang, Anna,' dia menggumam sendiri, sungguh dia rasa bersalah. Ya, dia ada satu rahsia, yang tak dapat disimpan lagi, tapi dia sendiri tak sanggup melukakan hati seorang Arianna.

Petang itu, dia bersemuka empat mata dengan Tengku Fakhri. Dia tahu, Tengku Fakhri dapat menghidu 'penipuannya' terhadap Arianna. Mana mungkin Guardian Angel Arianna akan biarkan dia hidup tenang bila hati adiknya dipermainkan. Ya, dia perlu berterus-terang dan semuanya akan selesai dengan cepat jika Arianna memberi kerjasama.

"Aku minta maaf, memang ada sesuatu nak bagitahu Anna, tapi aku tak sanggup nak lukakan perasaan dia. Aku dah lama simpan rahsia ni, tapi aku terpaksa mengaku juga sebab lambat laun Anna pasti akan tahu. Aku buntu, Ri," Zhafri meraup mukanya. Nampak sangat kusutnya seorang Zhafri sekarang. Hilang sifat coolnya yang Tengku Fakhri kenal sejak bertahun dulu.

"Kau ada perempuan lain?," tenang Tengku Fakhri menyoal. Dia tahu, Zhafri lelaki yang baik dan anak yang taat. Mungkin Zhafri menerima aturan jodoh dengan Arianna kerana dia tidak sanggup menghampakan hasrat kedua orang tuanya.

"I'm a married man, before aku nikah dengan Arianna," perlahan suara Zhafri mengaku namun satu tamparan yang hebat dirasakan Tengku Fakhri. Kalau dia dah rasa begini, apa agaknya perasaan Arianna nanti? Bagaimana penerimaan orang tua mereka?

"Parents aku juga tak tahu kewujudan menantu rahsia mereka," sekali lagi satu tamparan hebat dirasakannya. Tengku Fakhri hanya diam, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Tapi dia tahu, seorang Arianna pasti akan mengalah kerana tulusnya seorang Arianna, pasti dia tidak mahu menjadi punca keretakan hubungan orang lain.

'I heard everything.' satu mesej melalui aplikasi WhatsApp diterima Tengku Fakhri menyebabkan dia spontan berpaling ke pintu masuk, dan Zhafri juga ikut berpaling. Arianna tersenyum tenang namun dua lelaki itu tahu ada hati yang menangis.

---

"Anna, Abang tahu maaf Abang dah tak laku sekarang," kata-kata Zhafri seperti angin lalu yang menyapa telinganya.

"Awak ambil Saya cara baik, dan Awak pulangkanlah Saya dengan cara baik. Tak mungkin Saya dapat bersaing dengan dia yang dah lebih lima tahun bertakhta di hati Awak, sedangkan Saya, baru dua minggu jadi isteri Awak," hati Arianna berkecai. Hancurnya sekeping hati yang cintanya dikhianati. Tergamak seorang lelaki seperti Zhafri mengambil mudah soal nikah kahwin. Bagaimanakah penerimaan orang tuanya nanti? Sungguh sakitnya dada Arianna menanggung rasa sampai airmata pun tak sudi mengalir. Tak sangka dia, menjadi orang ketiga dalam perkahwinan pertama Zhafri dengan Doktor Liyana. Mereka berkahwin tersangat muda, ketika sama-sama belajar di negara seberang. Zhafri mengambil keputusan merahsiakan pernikahan mereka kerana ibu bapanya daripada awal lagi sudah memaklumkan tentang hasrat mereka bermenantukan Arianna. Dan Doktor Liyana juga, menerima dengan hati yang redha. Namun, tidak pada Arianna kerana dia tahu seorang Zhafri takkan mampu berlaku adil kerana cintanya hanya pada cinta pertamanya. Lalu, dia mengambil keputusan untuk mengundur diri, dan memulakan hidup baru.

---

Suasana hiba dalam mahkamah itu, sedikit sebanyak memberi kesan kepada Arianna. Ketika hakim meminta mereka bersalaman untuk kali terakhir sebagai suami isteri, terus tubuhnya dipeluk erat dan Zhafri menangis teresak-esak di bahunya. Arianna hanya diam tanpa membalas pelukan Zhafri kerana dia sendiri sedang melawan perasaan. Suasana bertambah hiba apabila Zhafri melutut dan memohon kemaafan daripada Arianna. Arianna hanya mematungkan diri, kerana dia perlu mengeraskan hati. Dia tak mahu Zhafri berdosa kerana berlaku tidak adil dalam berpoligami. Akhirnya, setelah talak dilafazkan di depan hakim, Arianna terus keluar tanpa berpaling kepada Zhafri lagi. Sungguh, cinta pertamanya sudah mati dalam kisah mereka.

---

Arianna seperti biasa, perpisahannya dengan Zhafri seperti langsung tidak memberi kesan kepada hidupnya sehingga keluarganya sendiri berasa risau. Bukan mereka tak pernah tonton filem Mohabbatein, Megha bersikap seperti biasa namun memendam perasaan akhirnya membunuh diri apabila hubungan cintanya dengan Raj Aryan ditentang oleh bapanya. Na'uzubillah.

"Mama, Babah. Anne nak ikut Abang boleh? Anne nak jalan-jalan sekejap sebelum Anne cari kerja nanti," permintaan Arianna mengejutkan ahli keluarganya ketika makan malam keluarga mereka, sehari sebelum Tengku Fakhri berangkat ke Dubai.

"Ok, Princess. Anything for you. Esok Babah book tiket flight Anne ya. So, after this go pack your stuffs," tanpa ada sebarang bantahan ahli keluarga lain, Encik Yusri terus memberi persetujuan.

Arianna tersenyum ceria sambil terus bangun mencuci tangan. Kemudian, dia terus memeluk dan mencium pipi kedua orang tuanya. "Thank you, Babah, Mama. Anne sayang Babah dengan Mama sangat," ucap Arianna sambil terus melangkah ke bilik.

Tangisan dihamburkan setibanya di dalam bilik. Dia tahu, ibu bapanya risaukan dia, jadi dia perlu menjadi kebal dihadapan mereka.

'It's ok to cry, Princess. Your Guardian Angel will always be by your side,' pesanan WhatsApp daripada Tengku Fakhri dibiar sepi. Dia sendiri tidak mahu abangnya terlalu menjaganya. Cukuplah selama 22 tahun. Dia mahu abangnya mempunyai teman hidup juga. Alasannya sahaja untuk mengikut abangnya, tetapi dia sendiri sudah ada plan sendiri. Dia tahu, dia perlu ubati luka di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience