Bab 1: Cinta Pandang Pertama

Romance Completed 32302

Hari terakhir peperiksaan di kolej adalah hari yang ditunggu Arianna. Tamatnya peperiksaan akhirnya, maka tamat jugalah 'campus life' nya. Alhamdulillah untuk 4 tahun berhempas pulas mendukung buku. 'Lepas ni boleh dukung anak lah pulak.' gumamnya sendirian dan serta merta senyum terbit di bibirnya membayangkan seraut wajah yang tenang itu. Zhafri. Sebut nama pun dah berbunga, belum jumpa orangnya lagi. Sungguh dia jatuh cinta pandang pertama kepada bakal imamnya itu ketika keluarga Zhafri datang merisik dirinya semasa cuti semester yang lepas. Itulah kali pertama dan terakhir bertemu mata dan mereka berdua setuju dijodohkan selepas Arianna tamat belajar. Semuanya dipermudahkan apabila tiada sebarang bantahan daripada kedua belah pihak. Arianna yakin, Zhafri dapat memimpinnya menuju syurga Allah. Oh! Indahnya perasaan jatuh cinta.

"Anne! Tersenyum daripada tadi dah kenapa? Abang call tak jawab," sergahan daripada Tengku Fakhri menerbangkan segala angan tentang Zhafri. Sabar je lah.

"Abang ni tak reti nak bagi salam ke? Mujur tak gugur jantung Anne tau," marah Arianna disertakan pakej muka cemberut dan jelingan maut buat Tengku Fakhri meledakkan tawa.

Terus bahu Arianna dirangkul memujuk gadis kesayangannya. Ya, dia sayangkan Arianna. Satu perasaan yang lebih kepada tanggungjawab abang kepada adik. Mereka berlainan ayah dan ibu, tapi kasih sayang mereka utuh, dihubungkan atas ikatan adik beradik tiri. Tengku Fakhri, sikap melindunginya membuatkan Arianna selesa dan terasa selamat bersamanya.

---

Sesampainya mereka di rumah keluarga, Arianna terus berlari mencari mama dan babahnya. Dipeluknya dua orang yang sangat dirindui itu dan seperti biasa, Tengku Fakhri akan sibuk menyertai aksi itu. Itulah kehidupan keluarga mereka, takdir yang diduga di awalnya, bahagia di akhirnya.

"Habis Baby ni, semua dah lupa ke bila Princess Arianna balik?," satu suara di muka pintu buat semua serentak berpaling dan terus tertawa bersama. Seorang kanak-kanak lelaki yang baru pulang daripada sekolah tengah jauh hati bila terasa diabaikan.

"Alolo Baby manja Abang ni, mana boleh Abang lupa dia?," tawa empat orang ahli rumah itu kembali meletus. Tengku Fakhri menarik Afif Furhan, adik bongsu mereka yang baru berusia 8 tahun itu. Iya, adiknya dan Arianna, anak kandung babah dan mama mereka. Suasana kembali hangat dengan kasih sayang keluarga bahagia itu.

"Chopp! mama, babah tadi Abang kata ada surprise untuk Anne. Apa tu?", soal Arianna tiba-tiba apabila teringatkan perbualannya dengan Tengku Fakhri dalam perjalanan pulang tadi. Tak habis-habis diusik adiknya yang seorang itu dengan 'rahsia' keluarga mereka. Apalah yang rahsia sangat tu, sampai Arianna akhirnya mengalah dan bersabar sahaja memilih untuk tahu sendiri daripada mama dan babahnya.

Puan Suraya dan Encik Yusri yang berbalas pandangan sambil mengulum senyum, membuatkan hati Arianna bagai nak pecah. Apalah surprise sangat ni? Tak baik tau semua muka macam nak 'prank' Anne je masing-masing.

Tengku Fakhri dah meledakkan tawanya tatkala melihat muka pucat kalau toreh tak tahulah keluar darah ke tak Arianna tu. Dan reaksi Arianna, tindakan refleks terus menumbuk lengan abangnya yang seorang itu. Aksi tumbuk-menumbuk, elak-mengelak dan gelak ketawa yang mengusik akhirnya terhenti apabila suara si Baby dah 'mengaum' lapar.

"Abang, Kakak, Mama, Babah, can we just having our lunch first? I'm starving." Okay, semuanya dah kembali serius sebab semua dah faham, bila Baby dan speaking english tu maknanya kenalah ikut permintaan dia. Dah lapar sangat dah tu. Kalau tak dilayan mahu dia kokak makan aje Arianna yang jadi perhatian keluarganya sekarang ni. Suka hati je tau ambik tempat dia. Menyedari matanya mencerlung memandang Arianna, Tengku Fakhri terus menarik Afif Furhan dan mereka semua mengikut menuju ruang makan keluarga untuk menjamu selera bersama.

---

Berselera sungguh Arianna makan hasil air tangan mamanya. Ya, ibu tiri yang menguruskan dan membesarkannya sejak dia berusia sehari sehingga umurnya kini sudah mencecah 22 tahun. Dia sendiri tidak sempat mengenali ibu kandungnya, yang hanya mampu ditatap gambar dan mendengar cerita daripada mamanya sahaja. Ibunya meninggal dunia ketika melahirkannya ke dunia ini. Sungguh Arianna rindukan ibu kandungnya, dan Arianna sangat berterima kasih kepada mamanya yang menyayanginya tanpa syarat, meski hanya berstatus anak tiri.

Usai makan tengahari bersama, babah dan mamanya meminta Arianna menunggu di ruang keluarga rumah mereka sebelum ke bilik kerana ada perkara penting yang akan dikhabarkan kepadanya. Tengku Fakhri dah mula senyum-senyum membuatkan hati Arianna kembali berdebar hebat. Bila melihat abangnya dan Baby menuju ke tingkat atas, Arianna terus bersuara, "Eh! Abang dengan Baby tak join ke nak surprise Anne?" Tengku Fakhri mengenyitkan mata sambil tertawa dan terus menuju ke tingkat atas di mana terletaknya bilik tidur semua ahli rumah itu.
Arianna bertambah geram dan berusaha menenangkan diri, entah apalah yang rahsia sangat tu.

---

"So, Anne setuju tak?", suara babahnya akhirnya menyentakkan Arianna. Mengelamun dia membayangkan seraut wajah tenang kanda idaman dinda itu. Fuh! Macam tak percaya, tapi benda elok buat apa nak tangguh kan? Akhirnya dia mengangguk setuju sambil berbalas senyuman kedua keramat hidupnya ini. Dua minggu, dalam masa dua minggu sahaja lagi dia akan dinikahkan dengan jodoh aturan keluarga. Zhafri, anak kawan baik arwah ibunya. Walaupun dia masih terkejut, namun dia terima dengan hati terbuka. Cinta pandang pertama, buat dia angau dengan Zhafri seorang.

"Auch!" tiba-tiba terasa dahi dijentik. "Abanggg!!!" entah bila wujudnya makhluk ini di sini, dia pun tak sedar dek kerana sibuk berangan tentang jejaka idaman hati Arianna gitu.

Puan Suraya dan Encik Yusri hanya mampu menggeleng melihat kelakuan anak bujang mereka yang kuat mengusik anak gadis mereka itu.

"Mana cincin? Meh Abang nak tengok cantik ke tak?" soal Tengku Fakhri setelah tangan Arianna diam tanda mengalah untuk membalas adegan jentik-menjentik itu. Arianna menayangkan cincin belah rotan di jari manisnya, sambil tangan diawang-awangkan di depan wajah Tengku Fakhri. Puan Suraya dan Encik Yusri hanya mampu tertawa senang sahaja dengan hubungan akrab kedua anak mereka itu.

"Jap! Anne ada benda tak puas hati dengan Abang. Kenapa tak bagitahu Anne yang Abang ni nak kerja kat overseas? Tak baik tau, nanti Anne rindu Abang, macamana? Nak jumpa jauh," Arianna tarik muka tanda merajuk.

Tengku Fakhri memegang kedua tangan Arianna, memujuk adiknya itu. Sentuhan sebegitu sikit sahaja sudah mampu sejukkan hati seorang Arianna. Sambil tersenyum, tenang Tengku Fakhri menyusun ayat memujuk hati adik kesayangannya. Adik yang tidak pernah dia tinggalkan semenjak 22 tahun yang lalu. "Dah sampai masanya tau Anne lepaskan Abang. Anne kan dah ada Prince Charming yang akan jaga Princess Arianna, jadinya Guardian Angel ni boleh pantau dari jauh je lah. Kan Mama, Babah?", Puan Suraya dan Encik Yusri tersenyum setuju. Sungguh Encik Yusri bersyukur punyai anak lelaki seperti Tengku Fakhri, yang menghormati dia, menyantuni dia seperti bapa kandung sendiri dan menyayangi anak perempuan tunggalnya tanpa syarat.

Wajah mencebik Arianna tadi bertukar kemerahan. Menahan malu bila si abang dengan selamba menyebut Prince Charming. Tahulah dah tak ada rahsia antara mereka, BFF sangat dua beradik ni, tapi sempat pulak dia 'kantoikan' kegedikan adiknya di depan kedua orang tua mereka. Bertabahlah Arianna.

---

"Ha, dah merah muka tu bila sebut Prince Charming dia. Betullah Babah, Abang dah cakap memang betul keputusan Abang kan. Kalau Abang tak terima tawaran kerja kat sana, mesti Anne lambat lagi kahwin, lagi lama la dia mendambakan Prince Charming dia, sebab dia sibuk nak menempel dengan Abang, Zhaf pon jadi takut nak masuk line. Mujur Abang ni berfikir ke depan," hilang muka bangga Tengku Fakhri selepas perutnya disiku Arianna. "Aduhhh! Babah, tengok anak dara sorang ni, risau pulak Abang, lari Zhaf tu nanti. Aduh! Aduh! Aduh! Okay Anne, okay. Abang surrender. Sorry, Princess," Akhirnya Tengku Fakhri mengangkat dua tangan keatas tanda mengalah. Encik Yusri dan Puan Suraya hanya mampu menggeleng sambil tersenyum terhibur dengan telatah dua anak mereka. Daripada kecil sampai dah dewasa riuh rumah dengan telatah dua orang ni, macam sepuluh anak gayanya namun, rumah yang bising ini, tak lama lagi akan sunyi kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience