Bab 22: New Hope

Romance Completed 32302

"Welcome home, Princesses!," teruja suara Zhafri menyambut kepulangan dua buah hatinya. Dia yang lengkap berapron berwarna pink kepunyaan Arianna, baru sahaja menutup api sayur campur yang dimasak sedang menyediakan meja untuk makan tengah hari mereka bersama.

Naaila yang baru pulang daripada sekolah terus meluru memeluk ayahnya.

"Come baby girl, you're sweating. Let's shower first," ajakan Arianna menyebabkan Naaila menarik muncung panjang.

"No la Ibu, I want to stay with Ayah for a while," permintaan Naaila tidak dilayan Arianna seraya mengambil Arianna daripada dukungan Zhafri dan diturunkan ke bawah.

"You can stay with Ayah after You dah wangi okay?," pujuk Arianna sambil mengheret tangan Naaila ke bilik mandi.

"I want to take shower with Ayah.." kata-kata Naaila hanya sekadar mengumam kecil dan mampu didengari Arianna.

"Your Ayah is busy preparing our lunch, Sayang..so don't complain much before I get mad. Hmm?," Arianna memang sejenis tegas disebabkan perangai Naaila dah semakin naik lemaknya bila selalu sangat dimanjakan Zhafri. Zhafri yang ingin membantu hanya dijeling Arianna. Bukan boeh dibiarkan, lama-lama Arianna yang penat sendiri nak melayan tantrum Naaila bila Zhafri sibuk berkerja di hospital. Reaksi Zhafri hanyalah tertawa kecil, riuh rumahnya dengan kehadiran dua orang permata hatinya itu.

Walaupun dah tiga bulan mereka tinggal di Kuala Lumpur, dan kerjaya Arianna hanya sebagai suri hati sepenuhnya Zhafri dan 'PA' Naaila, dia masih lagi memantau perjalanan bisnes di Manjung yang sudah bertukar hak milik. Sekarang, dia hanya sebagai mentor sahaja, untuk sementara waktu sehingga Taufiq berjaya menguruskan sendiri sepenuhnya. Zhafri meminta dia menumpukan sepenuhnya kepada rumahtangga dan dia sendiri senang hati dengan keputusan yang dibuat.

Usai mandi, Naaila yang berdress polkadot pink dan hitam separas peha dipadankan seluar legging separas bawah lutut berwarna hitam, lengkap dengan klip rambut rama-rama terus meluru memeluk Zhafri yang sedang menunggu di meja makan.

Arianna yang membuntuti Naaila hanya mampu menggelengkan kepala. Naaila kalau ada Ayahnya, level mengada dia boleh naikkan darah Arianna. Zhafri yang memandang housematesnya yang selalu 'bercakaran' itu hanya tertawa senang. Kadang-kadang Arianna memang geram dengan Naaila yang selalu nak 'berebut' Zhafri dengannya. Dulu selalu requested nak living together, tapi sekarang bila Ayahnya ada sebolehnya dia nak je 'singkirkan' Arianna.

Arianna ingat lagi, di hari pertama mereka sampai ke rumah Zhafri, Naaila ditunjukkan biliknya yang telah dihias cantik, bertemakan hello kitty berwarna pink seperti yang selalu dia idamkan. Apabila dia tahu kena separate tidur sendirian, dia mula tantrum, menyebabkan akhirnya Zhafri mengalah menemaninya tidur. Jenuh juga nak melayan Naaila yang tiba-tiba mengaku sukakan bilik Ayahnya yang menjadi tempat tidurnya selama ini, setiap kali mereka ke rumah Zhafri.

Cuma buat Arianna, selepas berpisah kali pertama dulu, ketika melangkah semula ke rumah itu, itulah kali pertama dia melangkah bilik tidur yang ditinggalkan, tiada langsung yang berubah kecuali frame tulisan 'You will forever be my always' menghiasi dinding di atas kepala katil, yang sungguh mengusik jiwanya. Nilai sentimental yang diwujudkan Zhafri di dalam bilik tidur itu, menambahkan lagi keyakinannya untuk bersama-sama Zhafri melayari bahtera perkahwinan mereka.

Arianna sangat bersyukur, pengalamannya di rumah ini sangat berbeza daripada enam tahun lepas. Kehidupannya kini lengkap dengan cinta suami, anugerah terindah seorang Naaila dan kasih sayang keluarga, kecuali ummi. Ya, ummi menentang..walaupun setiap hari dia cuba menelefon ummi, masih lagi tidak dilayan..Nombornya disekat, apabila menelefon nombor rumah atau nombor abah, hanya yang kedengaran amukan ummi. Namun, dia tidak akan berputus asa kerana dia tahu, hati seorang anak yang taat suatu ketika dulu sebelum memilih untuk memimpin tangannya, kini sedang menangis..Dia nampak ada sendu dalam mata Zhafri, dia sedar apabila malam-malam Zhafri menangis memohon pada Allah di solat malamnya semoga hati ummi redha dan lembut untuk menerima mereka kembali. Dia tahu semua itu, namun dia 'butakan matanya' di hadapan Zhafri kerana dia sendiri tidak mahu Zhafri risau. Mereka, sama-sama mengubati hati masing-masing yang mendambakan restu dan redha ummi.

"Sayang, sikit je makan? Abang masak tak sedap?," teguran Zhafri mematikan lamunan Arianna. Dia memandang nasi dalam pinggannya. Ada ayam blackpepper, sayur campur dan sedikit sambal belacan. Zhafri kalau masak memang complete set. Berbeza sungguh dengan Arianna, dia lagi suka buat one meal sahaja sampai jenuhlah Zhafri 'sekolahkan' dia, kena makan ikut piramid makanan, tak boleh makan sesuka hati sahaja untuk sihat. Untuk seorang yang picky eater macam Arianna, Zhafri sangat risau Naaila menurut perangainya. Thanks to Mimi and Sofie, yang daripada kecil, menu Naaila diuruskan mereka, dan bila tinggal di Manjung, mama dan babah yang banyak manage sampai Naaila langsung tak geng dengan Arianna bab makan.

Sekarang dia yang menjaga sepenuh masa, kerap kali juga ditegur Zhafri, diet anaknya itu kena cukup sumber nutrisi. Itulah bezanya Zhafri yang everything should be planned and well-organized dan Arianna yang jenis asal boleh. Marriage is about complete each other kan bak kata Zhafri, sebab tu dia tak kisah Arianna begitu dan yang penting boleh ditegur dan mahu improve diri.

"You are day dreaming, Sayang..senyum-senyum je. Why? Anything that bothers You?" Zhafri yang mengusap tangan kiri Arianna sudah tergelak kecil melihat Arianna terkejut.

"Ish Abang ni, kan tengah makan ni. Apa day dreaming pula?," Arianna menjuihkan bibirnya. Geram apabila Zhafri mentertawakannya yang malu ditangkap berangan atau lebih tepat mengimbau kenangan.

"Eh Naaila already done?," dia yang tiba-tiba tersedar tempat duduk sebelah Zhafri dah kosong, kelihatan terpinga-pinga.

"See..I told You already, Sayang. Something bothering You or what?," Zhafri masih menunggu jawapan dengan kening yang terangkat.

"Nothing la, Abang. Anne cuma bersyukur ada Abang, ada Naaila and everyone yang doakan kita..," ada getaran di suaranya, namun dia tak berani untuk berterus terang lebih lanjut, apa yang dia fikirkan kerana dia dah berjanji kepada Zhafri untuk jalani hidup mereka bahagia seperti sekarang. Dia..tak mahu Zhafri susah hati.

"I think You missed Manjung already. Let's go back this weekend. I have few days off after on call. We'll spend sometime dengan babah and mama, plus kenduri Ri dengan Fa pun dah tak lama kan.

"Really, Abang? Thank You so much!," Arianna rasa nak melompat, namun mengenangkan tak mahu dilabel manja dengan babah dan mama lagi, dia hanya tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya, yang jarang sangat akan berlaku. Zhafri membalas senyumannya, yang dia sendiri rindui. Senyuman yang dulu pernah mati kerana dia, dan kini mekar kembali, kerana dia juga. Semoga kebahagiaan ini kekal buat mereka, itu doanya.

"Abang pun day dreaming.." Zhafri tersedar apabila Arianna menepuk lembut tangannya.

Dia yang tertangkap hanya melepaskan tawa bersahaja.

"Okay, Sayang. I'm sorry. Just cair dengan Your beatiful smiling face just now," Arianna yang merona merah wajahnya terbuka luas matanya melihat kenakalan senyum Zhafri sambil mengenyitkan matanya.

"Abang ni..I just saying Your cooking is far away better than me. Anne suka sangat," puji Arianna ikhlas.

"Most welcome, Sayang. Faster, finish Your food, We'll go outing after this," Zhafri yang sudah mengemaskan pinggan mangkuk dia dan Naaila berlalu ke sinki.

"I,ll do the clean up, Abang. You already cooked for us," Arianna sempat berpesan ketika Zhafri hampir sampai di sinki.

"It's okay, Sayang..You finish Your food first, I can manage here. Don't worry, Love," itulah Zhafri. Manalah dia tak cair bila kasih sayang yang diberikan padanya melimpah ruah. 'Oh, mama! Anne jatuh cinta lagi. Entah yang ke berapa juta kali pun tak tahu dengan Doktor Zhafri ni!' tiba-tiba mengada hati kecil Arianna menjerit.

---

Ketika Arianna dalam satu butik pakaian muslimah, dia terserempak dengan Zahra dan Syuhada, tanpa di sangka.

"Oh small world. Out of no where, kat sini Kau kan?," jelingan Zahra malas dia ambil pusing. Dia yang sedang melihat koleksi tudung, tiba-tiba disindir pedas. Mata diintai ke luar butik, dilihat Zhafri sedang melayan Naaila. Lalu dia pun membalas 'teguran' adik iparnya, Zahra.

"Eh, hai Yaya, Syu. Berdua je ke?," senyuman sehabis manis dihadiahkan..Dia dah janji pada diri, tiada apa lagi yang perlu dia fight, Zhafri kini suaminya.

"Hai, Anne..Apa khabar," Syuhada masih sama, lembut tutur bicaranya dan cantik dengan blouse labuh dipadankan dengan seluar jeans slim fit dan tudung bawal warna senada. Tetap anggun.

"Sihat, Syu?," muka Zahra dah merah padam kerana sindirannya tidak dilayan dan Syuhada juga seakan menegur Arianna dengan baik, terus sahaja menarik Syuhada keluar daripada butik itu.

Arianna hanya membiarkan. Dia sendiri tidak faham, apakah dendam yang terlalu dalam kepadanya menyebabkan Zahra begitu membencinya? Dendam yang dia sendiri tidak sedar sejak bila bersarang dalam hati Zahra sehingga bila Zahra nampak dia, terus sahaja meluap-luap bencinya.

Selesai memilih beberapa helai selendang, Arianna akhirnya keluar menemui Zhafri dan Naaila yang sedang menikmati aiskrim..bukan main anak Zhafri muka ceria dapat makan aiskrim bila ayahnya melayan.

"Hi, Ibu! We've met Acu tadi," Naaila memaklumkan bertemu Zahra sebaik sahaja Arianna melabuhkan punggung di hadapannya, di meja bulat kiosk aiskrim Baskin Robins itu.

"Huh? Really? Why Acu is here?," matanya melirik sesekali kepada Zhafri yang sedang menyuap Naaila.

"Ask Ayah, tadi Acu datang hug Naaila. I missed her Ibu. Acu nangis," adu Naaila dengan mulut dah tercebik, mungkin terkesan dengan keadaan Zahra yang menangis. Sejujurnya, dia bersyukur hanya dia yang tidak diterima, Naaila masih menjadi kesayangan Zahra.

---

Setelah memastikan Naaila tidur, Zhafri kembali ke bilik mereka..Arianna yang sedang mencuba selendang yang dibeli siang tadi, ditarik Zhafri duduk di birai katil.

"Sayang, You look so good. Alhamdulillah for Your new transformation," Zhafri memanjatkan kesyukuran.

"Thank You, Abang. Anne nak kejar redha Allah, so Anne kena follow apa yang Allah suka dan tinggalkan apa yang Allah larang," Arianna menunduk, seperti ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya. Hatinya terasa berat, masih mengharapkan restu syurga suaminya.

"Hei, why Sayang? Abang salah cakap ke?," Zhafri yang sedar perubahan Arianna, sedikit terkesan. Risau kalau dia lukakan hati Arianna.

"No lah Abang. I'm fine. Sekejap, Anne simpan semua shawl ni dulu, then we go to sleep," Arianna tersenyum manis untuk merungkaikan resah hati Zhafri, yang risaukannya.

Setelah menyelesakan tubuh masing-masing di atas katil, Zhafri bersuara. "I've met Yaya earlier. Dia nangis sebab dia cakap Ummi missed me. Tiga bulan ni, Ummi selalu sedih..sebab Abang.." ada getar dalam suara Zhafri.

"The You should visit Ummi, Abang. I'm fine with that, kalau Ummi tak boleh accept Anne lagi, Anne akan selalu sabar dan doa moga Allah buka semula hati Ummi untuk terima Anne." Arianna menggosok lengan Zhafri yang melingkari pinggangnya seraya menuturkan kata-kata dengan yakin kerana dia mahu meyakinkan Zhafri untuk tidak 'tinggalkan' ummi kerananya.

Zhafri hanya terdiam..terdengar nafasnya dihela, kemudian menyambung.."I'll make this weekend after sending off to Your parents. I promise it won't take too long. I'm sorry sebab Abang taknak tambahkan luka di hati Sayang, so I'll go alone.." berhati-hati Zhafri menyusun ayat tidak mahu Ariana terasa.

Arianna sekadar menganggukkan kepala, ada persoalan bermain di mindanya. Tadi dia bertemu Zahra dengan Syuhada, namun nama Syuhada tidak disebut langsung. Tidak mahu meneruskan persoalan yang mungkin akan menyebabkan dia berfikir lebih jauh lagi, Arianna terus bertanya Zhafri.

"Abang, tadi Zahra seorang ke?," Arianna menyoal sambil mendongak memandang Zhafri yang memejamkan mata. Sejak berkahwin kembali, posisi tidur mereka menjadikan mereka bantal peluk antara satu sama lain, sebab tu Naaila tak boleh join..nanti dia conquer Zhafri je.

"Ha'ah, katanya Wajdi ke tandas tadi. Abang pun tak sempat jumpa. Dia turun KL sebab nak topap barang hantaran lagi, majlis dia next month je.." suara Zhafri perlahan, mungkin sudah mengantuk atau memikirkan dirinya yang 'dibuang' keluarga.

"Tak lama dah, I'm happy for her. Let's sleep Abang, good night," sebuah ciuman di pipi Zhafri dihadiahkan sepertia biasa, dan dia juga menerima kucupan di ubun-ubunnya. Seperti biasa. 'Alhamdulillah, for this happiness. Thank You, Allah,' bisik hati Arianna sebelum doa tidur dibaca dan akhirnya dia terlelap sendirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience