Bab 2: Lelaki Idaman Arianna

Romance Completed 32302

Majlis Akad Nikah Zhafri dan Arianna berjalan lancar, keesokannya pula adalah majlis persandingan mereka. Semuanya diatur oleh kedua orang tua mereka, dan hanya mengambil masa dua minggu sahaja kerana semuanya perlu diselesaikan sebelum Tengku Fakhri berangkat ke Dubai. Ya, lepas ni Mr Guardian Angel Arianna dah jauh, yang tinggal hanya Prince Charming Arianna sahaja. Kalau Arianna merajuk, agaknya Prince Charming yang cool tu pandai ke pujuk eh? Nampaknya Arianna kena beritahu pada Mr Guardian Angel supaya ajar Prince Charming skill memujuk. Arianna tersenyum sendiri, membayangkan sepanjang hari ini abangnya sebagai orang kuat majlis di rumah mereka nampaknya sangat sibuk, bukan main lagi mengalahkan babahnya pula melayan tetamu. 'Mesti nanti Anne rindu Abang sangat,' gumam Arianna sendiri dan tiba-tiba dia berasa sebak dan berkaca-kaca matanya. Oh rapuhnya hati seorang Arianna, atau lebih tepat lagi manja teruk!

Tok! Tok! "Assalamualaikum, Anna. Boleh Abang Masuk?," soal Zhafri di sebalik pintu membuatkan darah Arianna menyerbu ke muka. Abang? Anna? Zhafri akan berkongsi bilik dengannya mulai hari ini. Memikirkan perkara itu sahaja dah buat Arianna rasa rama-rama berterbangan di dalam perutnya.

"Anna?," lamunannya terhenti bila sekali lagi namanya diseru.

Arianna bangun dan membuka pintu bilik mereka. "Wa'alaikumussalam, Awak err Abang tak perlu minta izin Saya nak masuk bilik kita," Arianna menunduk malu saat menuturkan ayat tersebut pada suaminya. Ya, dia malu. Sikap over protective Tengku Fakhri menyebabkan Arianna tiada kawan rapat lelaki, apatah lagi bercinta. Tengku Fakhri sangat menjaga adiknya itu. Arianna tidak pernah rasa dikongkong, namun dia bersyukur punya Abang yang mengawalnya menyebabkan dia menjadi siapa dia sekarang. Dia cuma menyerahkan hatinya, jiwa dan raganya pada lelaki yang halal untuknya sahaja.

Zhafri menyentuh tangan Arianna dan menarik Arianna ke dalam bilik. Dia dudukkan Arianna di birai katil dan pintu bilik mereka dikunci. Arianna rasa berdebar hebat. Alamak! Apa yang Zhafri nak buat ni? Takkan secepat ini nak kena lunaskan nafkah batin?

Zhafri tersenyum memandang Arianna, seperti memahami apa rasanya perasaan isteri yang baru dinikahi itu.

"Anna boleh solat? Kalau boleh, Anna pergi mandi dulu, lepas tu kita solat sama-sama. Anna dah jadi tanggungjawab Abang, untuk Abang pimpin mencari arah mana syurga. InshaaAllah kita sama-sama ya berusaha," lembut tutur kata seorang suami yang menyebabkan Arianna jatuh cinta berkali-kali.

Arianna yang malu sendiri memikirkan perkara yang jauh ke depan hanya mampu mengangguk sambil mengutuk diri sendiri. 'Aduh, malunya Anne, Mama!,' gumamnya sendiri sambil bangun menuju wardrobe untuk mengambil tuala dan baju tukar, lalu menuju ke bilik air.

---

Usai berdoa, Zhafri memalingkan badan dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Arianna mencium tangan suaminya buat kali kedua dan spontan Zhafri mengucup dahi Arianna. Lama. 'Abang akan berusaha untuk cintakan Anna, sebagai mana Anna cintakan Abang. Maafkan Abang jika Abang tak sempurna,' Zhafri bermonolog sendiri, berperang dengan perasaan sendiri kerana dia tahu, Arianna tidak pernah bersalah, cuma hatinya sahaja yang masih ragu-ragu untuk berlaku jujur, kerana menjaga hati banyak pihak itu keutamaannya dan tentang perasaannya biarlah menjadi rahsia hatinya sendiri.

Suasana agak janggal antara mereka, namun ketukan di pintu bilik mereka menjadi penyelamat. Fuh! lega hati Arianna. "Princess, ajak your Prince Charming turun makan. Mama panggil. Cepat tau, Baby lapar ni," spontan Zhafri tergelak. Arianna jatuh cinta lagi. Oh indahnya ciptaan Allah!

"Baby? Princess? Prince Charming? So cute you both," dengan tawa yang masih bersisa. "Okay, Baby. Sekejap lagi Prince Charming turun dengan Princess," jawapan Zhafri buat muka Arianna dah macam udang kena bakar. Merah terus.

"You're blushing, Princess," Zhafri galak mengusik apabila menyedari pipi Arianna yang merona merah. 'Kurang asam punya Baby! Takkanlah Prince Charming ni geng Baby dengan Abang juga? Habis siapa nak back up Arianna kalau kena usik? Sabar jelah,' Arianna mengomel sendiri sambil menjeling Zhafri yang membuatkan tawa Zhafri kembali meledak. Sisi baru Zhafri yang Arianna tak pernah nampak. Selalu nampak cool, tenang aje. Tak sangka kuat mengusik dan kuat juga gelakkan orang. Bertabahlah seorang Arianna melayan seorang lagi spesis 'buli' perempuan cantik macam dia.

---

Makan malam keluarga mereka penuh dengan gelak tawa. "So, Zhaf. Jadi ke nak honeymoon ke Lombok? Bila pergi?", Soalan Tengku Fakhri tiba-tiba yang menyebabkan Arianna tersedak. Terus ketawa Tengku Fakhri meletus. "Kau tengok, Zhaf. Aku baru cakap fasal honeymoon dia dah tersedak. Tu pun bukan main, cakap kat aku, tahun depan nak dukung anak, dah puas dia dukung buku katanya," Zhafri ikut ketawa sambil menggosok belakang Arianna. 'Tak guna punya abang, masa ni juga dia nak kenakan aku,' gumam Arianna sendirian. Puan Suraya hanya mampu menegur anak bujangnya dengan dengan memukul lembut lengan Tengku Fakhri. Afif Furhan pula dan Encik Yusri hanya tersenyum-senyum melihat gelagat Arianna.

"Dahlah tu, Abang. Tak baik usik Anne macam tu. Malam ni Anne tidur awal tau, esok pengantin mata sembab pula," spontan tawa Tengku Fakhri kembali meledak. "Mama pun bagi nasihat macam nak suruh Anne tidur awal sebab esok dia nak sekolah je, Ma. Anne dah ada suami, Ma. Hahaha," ayat disambung Tengku Fakhri buat Puan Suraya mengutuk diri sendiri. Kasihan pula pada Arianna yang tak habis-habis di giat abangnya.

---

"Anna kalau nak tidur takpe. Abang faham," tutur kata Zhafri bagai memberi isyarat kepada Arianna untuk bersedia menerima status isteri sepenuhnya. 'Oh, Mama! Apa patut Anne jawab ni? Semuanya terlalu cepat,' nafas dihela kemudian dengan yakin dia menuturkan kata penuh hemah sebagai seorang isteri yang redha. "Selepas Abang terima Akad Saya petang tadi, Saya dah bersedia untuk menjadi isteri Abang sepenuhnya. Jadi, jawapan Saya ya pada Abang." Maka bermulalah episod kisah cinta antara Princess Arianna dan Prince Charmingnya. Sungguh Zhafri suami idaman Arianna selama ini, yang akhirnya Allah makbulkan doanya dijodohkan dengan lelaki ini.

---

Keesokkan harinya, majlis gilang gemilang yang meraikan mereka, dihadiri oleh kaum kerabat dan sahabat handai kedua mempelai berjalan dengan lancar. Arianna sudah tidak berasa segan dengan Zhafri. Mungkin kerana sifat Zhafri yang mudah bergaul menyebabkan Arianna tidak lagi kekok. Tengku Fakhri tersenyum lega melihat adik yang ditatang bagai minyak yang penuh selama ini, akhirnya jatuh cinta dan dimiliki lelaki sebaik Zhafri. Ya, dia kenal Zhafri sejak sekolah menengah. Dia tahu Zhafri seorang lelaki baik yang boleh menjaga dan memimpin Arianna, sebab itulah dia antara penyokong kuat apabila ibu bapa Zhafri datang merisik Arianna lima bulan yang lalu.

"Abang lega, Babah. Akhirnya Anne dah ada kehidupan sendiri. Bolehlah Abang pon cari suri hati pula ye," Tengku Fakhri bersuara setelah menyedari bahunya disentuh bapa tirinya. Ya, bapa yang membesarkannya, yang menjaganya, yang menyayanginya, yang memberi pelajaran kepadanya. Sungguh besar jasa lelaki itu yang membela nasib mamanya setelah kehilangan papanya dalam kecelakaan jalan raya ketika dia berusia tiga bulan dalam kandungan mamanya. Sebagaimana dalam doanya tidak pernah dia lupakan nama bapa kandungnya, begitu juga nama lelaki yang digelar babah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience