Bab 30: Apakah Sebenarnya?

Romance Completed 32302

Takdir menentukan raya pertama Arianna dan Zhafri sebagai suami isteri, dalam suasana yang sederhana..dan sayu. Arianna berpantang di Manjung, di hari raya ini, dia masih memakai tudung bawal sedondon dengan Zahra walaupun berkain batik dengan 'juadah raya' lauk ikan tenggiri bakar dan sawi tumis air, dessert pula buah oren sunkist. Zhafri pun ikut sama makan hidangan Arianna, sebab dia dah janji 'You jump I jump' katanya.

"Anne, Kau buat Aku sedih la pakai juga tudung tu.." Zahra mencebik bibir. Rasa bersalah.

"Maafkan Aku Yaya, baby Aku Allah lagi sayang, tak dapat nak berOOTD baby bumb dengan Kau," Arianna tersenyum nipis sambil tangannya menggenggam tangan si adik ipar.

"Anne..Kau ni, jangan macam ni. Allah uji Kau sebab Dia sayang Kau sangat..Aku..Aku.." Arianna menarik Zahra ke dalam pelukannya lalu berbisik "Aku tahu, Aku kena redha..namun kehilangan tu terlalu sakit..Kau doakan Aku ya Yaya." Zahra yang sudah basah wajahnya hanya mampu mengangguk. Nak bersuara pun dah tak mampu.

Mata-mata lain yang menjadi saksi hanya mampu menyeka air hangat yang mengalir di pipi masing-masing. Hiba sungguh suasana hari ini.

Hari ini, 1 Syawal, semua berkumpul di rumah Puan Suraya dan Encik Yusri, menemani Arianna. Arianna nampak tenang, namun itu sungguh merisaukan hati kedua ibu bapanya, kerana riak bersahaja seperti itu yang dia tunjukkan sebelum menghilangkan diri tujuh tahun lepas.

Apabila semua ahli keluarga mertuanya sudah pulang ke Taiping, Abangnya datang menghampiri.

"It's okay to cry princess.." ujar Tengku Fakhri..wajahnya yang risau tak dapat nak disorok lagi.

"I'm fine, Abang..Anne ada ramai yang sayang Anne," ujar Arianna dengan senyum segarisnya.

"Abang tahu, but Your acts now reminded us Anne.." Tengku Fakhri dah tak mampu nak sorokkan kerisauannya lagi.

Arianna tergelak kecil. "Dulu Anne muda, Abang. Masa tu fikir diri sendiri sahaja. Sekarang Anne masih ada Naaila. Baby Mateen dah bahagia bermain di taman syurga, kenapa Anne nak risau, kan? Dia ada penjaga yang lebih baik daripada Anne. Rindu memanglah, dia dengan Anne lapan bulan, but I have to accept His plan for us, Abang..Trust me, I will be fine. I'm sure," Tengku Fakhri mengangguk..Dah namanya Arianna, kepala batu tu masih ada. Arianna senyum, kerana itu sahaja yang mampu mengubat hatinya. Tipulah dia tak sedih langsung, tapi dia kena redha. Kena yakin Allah uji sebab Allah sayang.

"Sayang, Abang bawa Naaila balik ya. Sayang boleh rest betul-betul kat sini. Abang akan manage Naaila stay transit kat sekolah dia, kalau Abang night shift atau on call, Abang minta Kak Nura babysit dia. Boleh, kan?" Zhafri memohon persetujuan Arianna tentang cadangan untuk persekolahan Naaila. Kerana mengikut perancangan awal, Arianna akan berpantang di rumah mereka dengan bantuan confinement lady. Jadinya tentang sekolah Naaila sepatutnya tidak menjadi isu. Memandangkan Arianna berpantang tanpa bayi, mama dan ummi risau lalu dibawa pulang ke Manjung. Risau Arianna akan mengalami post-partum depression.

"Abang okay ke nak handle dia? Atau kita tumpangkan dia sementara di sini?" Arianna memberi cadangan.

"Abang kalau boleh taknak susahkan Mama dengan Babah dan.. Abang pasti akan sunyi.." Zhafri yang sedang menyapu minyak urut di betis Arianna bersuara perlahan. Arianna tersenyum. Ting! Ada satu idea nakal Arianna.

"Kalau Anne rindu Abang?" Arianna mahu menguji. Disimpul senyumnya apabila melihat wajah Zhafri yang seakan terkejut.

"I fly as soon as I can," jawab Zhafri yakin.

"Mana datang flight kat Manjung ni?" terus terkekek ketawa Arianna. Abang dia ni selamba sahaja main potong stim. Zhafri dah jeling.

"Sana lah Kau. Kacau aje Aku nak dating dengan Sayang Aku ni." Terus Tengku Fakhri menghamburkan tawa. "Eleh, dia ingat dia je ada Sayang.. Baby, Baby..jom dating," lalu Tengku Fakhri terus berlari sambil menjelirkan lidah apabila Zhafri mencampakkan bantal kecil.

Arianna dah ketawa sampai berair mata. Ngilu rasa perutnya. Dipegang erat. Dan tiba-tiba air matanya semakin laju. Dia ingat dia cukup kuat, namun dia tewas juga akhirnya.

Zhafri yang sedar dengan perubahan Arianna, terus sahaja menarik isterinya ke dalam pelukannya..diusap belakang badan Arianna yang tersedu sedan. Air matanya juga menitis.

"Anne minta maaf, Abang. Anne tak hati-hati. Anne punca Mateen tinggalkan kita.." Arianna bersuara dalam tangisan yang hiba..Dia masih menyalahkan diri sendiri.

"It was an accident, Sayang..Asbab sahaja, dan Allah memang dah takdirkan dia bersama kita untuk sementara. I know, Ibu is strong enough sebab tu Allah uji. Sayang ada Abang kat sini. Bukan salah sesiapa." Satu-satu ayat disusun, memujuk hati isterinya..Begitulah apabila mereka berdua. Arianna tidak menunjukkan kesedihannya kepada orang lain.Tetapi pada dia..Arianna lepaskan segalanya. Dia bersyukur kerana Arianna percayakannya untuk berkongsi saat terburuk dalam hidup bersama.

Tengku Fakhri dan Puan Suraya di muka pintu yang menyaksikan kesedihan Arianna turut terkesan.

"I'm glad, Ma..she found her Prince Charming cum Guardian Angel. Abang dah boleh lega sangat lepaskan Anne pada Zhaf." Tengku Fakhri bersuara sambil memeluk bahu mamanya yang sedang menangis hiba. "Yes, Abang..Babah pun cakap benda yang sama pada Mama..Betullah kita berkeras nak diorang get back." Puan Suraya senyum walaupun tengah menangis. Dia bersyukur, satu-satunya anak perempuan yang dia ada, kini dah bahagia bersama jodohnya. Dia dah boleh menutup mata dengan tenang.

---

Seminggu berlalu, Arianna tinggal di Manjung, setiap hari pasti Zhafri akan menghubungi Arianna, paling kurang tiga kali untuk bertanya khabar.

"Anne okay lah, Abang..Rasa dah sihat sikit. Boleh dah balik sana. Tapi Mama tak bagi lagi, Ummi pun tak bagi." Arianna seakan merajuk nada suara mengadu kepada Zhafri.

"Sayang kenalah dengar cakap Mama, cakap Ummi. Mungkin Mama nak teruskan rawatan sampai habis pantang?" Zhafri bersuara lembut, memujuk. Dalam keadaan Arianna, interaksi dengannya haruslah sangat berhati-hati. Jika tersalah cakap sikit, walaupun tak salah, kalau dia terasa, jenuh nak memujuk. Arianna jadi terlalu sensitif.

"Anne dah okay, Abang. Susu pun dah kering. Pagi semalam ada bidan kampung datang, dia letakkan kelopak bunga melur. Petangnya terus kering, tak bengkak dah." Arianna bersuara perlahan..Zhafri tahu Arianna sedih, susunya banyak, kerana semasa mengandung Arianna begitu menjaga pemakanannya untuk menghasilkan susu yang cukup untuk Mateen, anaknya namun perancangan Allah itu tiada siapa yang dapat menghalang. Rahsia Ilahi.

"Alhamdulillah, risau Abang sebab Sayang demam bengkak susu hari tu. Syukur dah reda bab susu. Sekarang Sayang fokuskan untuk sihat sepenuhnya ya. Naaila jangan risau, she is doing well. Dia kata ada teacher baru yang baik sangat dengan dia. Hari-hari disebutnya apa ntah namanya. Nanti Sayang tanya dia." Zhafri memanjatkan rasa syukur mendengar suara Arianna yang semakin sihat..Tak sabar nak balik tengok tuan punya badan..Rindu.

"Patutlah tak merengek cari Ibu, rupanya ada teacher rajin melayan. Anne seganlah nak call Kak Nura nak cakap dengan Naaila, tunggu Abang balik nantilah, video call ya." Arianna tersenyum, teringat celoteh Naaila. Rindu pada Naaila yang pada hakikatnya lagi rapat dengan Zhafri. Padahal tinggal dengan Arianna tanpa Zhafri empat tahun, boleh pula bila kenal siapa ayah kandungnya dia seakan lupa siapa ibunya.

"Okay, Sayang..Dah ambil Naaila nanti, Abang video call ya..Miss You, Ibu. Love You..Muah!" Arianna tertawa senang, Zhafri kalau diingat balik dulu, lelaki pemalu dan serius, sekarang dah banyak perubahan, manja pun ada. Syukur, jodoh yang Allah tetapkan dan rasa cinta yang Allah kurniakan dalam hati mereka, Ujian yang Allah hadiahkan, melengkapi mereka.

Senyuman yang masih belum lekang dibibirnya mati apabila menerima satu pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenali.

'Hidup lagi Kau kan.'

Mukanya pucat tak berdarah..Tiba-tiba dia rasa sesak nafas..dan sayup- sayup terdengar suara Afif Furhan.."Kakakkk..kakakkk.. Mamaaa.." ..dan pandangannya gelap..Kelam..Hitam pekat.

Apabila dia sedar, dia bersendirian di bilik wad itu..tiba-tiba terdengar bunyi derapan tapak kasut berjalan ke arah biliknya..pintu dikuak, dan muncul seraut wajah yang tidak dikenali..dia sendiri tidak mengenali. Nak kata doktor, mana jubah putihnya..kawan?

"Aku takkan biarkan Kau hidup senang bila Aku hancur..hahaha!!!"

Arianna kemudiannya diserang panik lagi..terasa peluk dingin di dahinya dan sesak nafas seolah dihempap batu berat di dadanya. Dilihat makhluk itu hanya memandangnya. Jika tadi dia ketawa, kini wajahnya bertukar bengis..riak wajak yang penuh dendam dan benci. Arianna kaget, dia ingin melarikan diri, ingin menyelamatkan diri kerana dia tak pasti apakah sebenarnya musuhnya ini. Di saat 'musuh' itu ingin menyentuhnya, seluruh tubuhnya terasa seakan lumpuh..dia menjerit..menjerit dengan kuat dan seketika terasa tubuhnya dipeluk kejap.

"Ya Allah Anne! Kenapa ni? Anne ada sakit kat mana-mana?" wajah mama, babah dan Afif Furhan kelihatan risau di sekelilingnya. Di membesarkan bola mata..melihat sekeliling..ternyata dia masih di rumah dan yang tadi..hanya mimpi. AllahuAkbar! Dia meraup wajahnya.

"Anne okay, Mama. Anne rasa mungkn penat sangat ni..tak cukup tidur." Senyuman nipis dihadiahkan kepada mama, babah dan baby kerana dia tidak mahu mereka risaukannya.

"Ma, Anne nak tidur peluk Mama boleh?" Arianna risau mimpi buruknya kembali. Untung sahaja permintaanmya dilayan Puan Suraya.

Puan Suraya yang risaukan Arianna langsung tidak meninggalkan Arianna bersendirian. Bimbang kejadian serangan panik Arianna berulang lagi. Walaupun Arianna hanya 'tidur' sebentar, dia tidak mahu perkara yang lama berulang kembali. Dia tahu Arianna tengah ada sesuatu yang disorok kerana tidak mahu dia risau, tetapi dia tidak mahu memaksa. Biarlah Zhafri sahaja yang uruskannya. Begitulah Arianna. Semoga Zhafri sentiasa menjadi pelindung seorang Arianna, anak perempuan yang ditatang-tatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience