Bab 29: Tragedi

Romance Completed 32302

"Anne, Kau raya first nanti rumah ummi ke mama?" Zahra yang teruja bercerita tentang persiapan raya bakal tiba bertanya kepada Arianna.

"Ikut plan raya rumah ummi dulu, Yaya..Sebab Kak Fa dan Abang Aku pon raya KL dulu, then raya ketiga baru balik rumah Mama. Kau?" Arianna yang berbaju maternity blouse biru lembut berbunga pink kecil dipadankan dengan maternity pant biru gelap sedang bersantai di sofa dalam bilik mereka menunggu waktu untuk menjemput Naaila sekolah. Sunyi dirasakan sejak ummi dah balik, mujur ada Zahra yang selalu nak melayan dia berborak apabila ada masa senggang.

"Aku biasalah ikut suami kan..tapi tak jauh mana la sebab balik kampung nenek Wajdi kan kat Batu Gajah. So bolehlah aku lari jap bergambar dengan Kau bukti ada baby bump." Arianna dah geleng kepala. Itu yang dia nak, ingat nak bermaafan, tapi nak bergambar rupanya.

"Kau kan Yaya..bergambar je tahu," Arianna tergelak kecil. Yaya memang tak pernah berubah suka sangat bergambar. Tak macam Anne yang malu masa kecil dulu.

"Mestilah Anne. BFF cum sisterhood goals kan. Pakai tudung sama tau Anne yang Aku beli tu, kita matchy matchy dengan KakLong, KakNgah and Ummi." Ceria betul suara Zahra disebelah sana. Arianna dah tergelak-gelak tak tahan lucu membayangkan Zahra yang semangat berceloteh nak berOOTD bagai. Itulah Yaya BFF Anne sejak kecil, dan macam kembar. Masa memisahkan mereka sementara kemudian dugaan datang mendekatkan mereka kembali, lebih erat. Sesungguhnya Arianna bersyukur, satu-satu perkara baik berlaku dalam hidupnya yang dia syukuri sangat. Terasa lengkap dengan kehidupannya kini

Arianna mengerling jam di tangannya, dah sampai masanya dia mahu menjemput Naaila. Zahra kalau dia tak stopkan mahu lama lagi bercakap. Kadang-kadang sampai tertidur Arianna. Tu belum datang rumah berborak. Jenuh si Wajdi tarik tangan ajak balik.

"Yaya, Naaila dah nak balik ni. Nanti kita borak lagi tau. Aku nak gerak pick up dia dah. Love You, Yaya!" setelah menerima jawapan balas daripada Zahra, Arianna segera bersiap melilitkan shawl berwarna soft pink. Bibir dioleskan sedikit lip balm lalu diambil tas tangannya menuju pintu keluar.

---

Perjalanan menuju sekolah Naaila berjalan lancar, sambil mendengar lagu kegemarannya yang berkumandang di corong radio nyanyian merdu penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza, Arianna seperti nampak dirinya dan Zhafri di dalam kisah lagu itu.

Takdir kita telah bersatu
Kerna keangkuhan kupinggir kasihmu
Kini baruku sedari
Abadinya cinta
Hingga akhir nafasku

Walau kau kusayangi
Ku turut kata kau yang terluka
Maafku tak sempurna
Kiranya dikau tak bahagia

Tuhan jiwa aku merawan
Perasaan saatku kehilangan
Oh! Biarlah aku
Pendam tangis di hati

Seandainya aku yang pergi dulu
Sampai mati kukan mencintai kamu
Kerna akulah bidadari syurgamu

Dia hampir kehilangan Zhafri. Doanya dalam hati semoga Allah panjangkan jodohnya dengan suaminya hingga ke syurga.

'pomm!' serentak dengan bunyi letupan, kereta yang dipandunya juga berpusing beberapa kali melintang jalan..Arianna hanya mampu mengucap di dalam hati..sambil melindungi perutnya. Sungguh semuanya berlaku tiba-tiba, terlalu pantas..dia nampak wajah Naaila, wajah Zhafri, wajah mama, babah, ummi, abah..Allah..Allah..Allah..itu sahaja yang disebut dan apabila terasa kesakitan merengat seluruh badan, kepalanya yang berpinar, terdengar satu suara yang wajahnya samar-samar dek pandangan berbalam.."someone call ambulance, please! Pregnant lady here..!!! ..dan terus dia tak sedar apa-apa lagi.

---

Zhafri yang baru selesai satu pembedahan elektif keluar sebentar mengambil angin di taman hospital. Baru sahaja mengeluarkan telefon untuk memeriksa keberadaan Arianna kerana tiada 'laporan' seperti biasa, satu suara menegurnya.

"Hi Dr Zhafri. We bump into each other again. What a small world." Zhafri yang agak terkejut memandang ke hadapannya.."Oh, congratulations for your coming baby or..should I say..condolences to you?" Seorang gadis berwajah pan asian dengan rambut blonde menegurnya, sekali pandang bukan macam orang Malaysia..sedang dia cuba memproses maklumat siapakah gerangan wanita berrambut blonde ini, mungkinkah pesakitnya..tiba-tiba telefon bimbitnya yang dipegang bergetar.."excuse me, miss.." lalu dia berpaling dan terus menjawab panggilan daripada nombor hospital tanpa menunggu jawapan manusia di belakangnya itu.."Dr Zhafri, where are You..Please come to Labor Room now, we have Your wife here..Puan Arianna.." Mendengar mesej yang diterima melalui panggilan telefon itu, dia terus melangkah laju tanpa menoleh lagi, dia terus lupa tentang gadis rambut blonde..yang dia ingat Arianna..kenapa Arianna di Labor Room dengan kandungan yang baru mahu mencecah lapan bulan? Dan jika Arianna merasakan sakit mahu bersalin, kenapa Arianna tidak menelefonnya? Hatinya yang libang-libu itu cepat-cepat diusir dengan istighfar..fikir yang baik-baik semoga Arianna dan baby baik-baik sahaja.

Sesampainya di Labor Room terus dia mendapatkan maklumat tentang keberadaan isterinya, namun mendengarkan suara Dr Diane yang menegurnya terus dia berpaling untuk bercakap dengan rakan sekerjanya itu.

"She is alright now..I bagi dia rest..But Your baby..I'm sorry..the impact was bad, and hit the baby bump..for sure.." suara Dr Diane seperti angin lalu yang menyapa..Zapp! Tangkai hatinya sedang direntap kenyataan.

"Masa medical team reached her, baby's heart beat is gone. I dah buat detailed scan still, no good news..we well proceed with induce for normal delivery after dia sedar. Now, You boleh teman dia dulu, give her Your full support, Zhaf. She needs You the most. My condolences to You and Your family." Dr Diane meminta diri dan Zhafri terpana seketika. Ayat itu..tiba-tiba dia teringatkan perempuan tadi..cepat-cepat dia mengusir pergi rasa yang tak enak..kepalanya digeleng. Mungkin hanya mainan perasaan. Setelah mengumpul segala kekuatan, dia menghubungi semua ahli keluarganya memaklumkan keadaan Arianna. Naaila.. Tiba-tiba dia teringatkan anaknya. 'AllahuAkbar..' dia meraup wajahnya, lalu telefon dikeluarkan kembali, terus dia menelefon sekolah Naaila. Principal sekolah memaklumkan Naaila sudah dijemput oleh jirannya seperti biasa, lalu dia menelefon jirannya untuk memaklumkan keadaan keluarganya.

"Assalamualaikum, Kak Nura..Zhafri ni. Naaila ada dengan Akak ya?," suara Zhafri yang berdebar cuba ditenangkan dengan istighfar di dalam hati.

"Alhamdulillah, Kak. Terima kasih sebab jemput Naaila sekali. Anne accident tadi, masa on the way nak jemput Naaila rasanya, saya masih tak pasti tapi sekarang Anne kat hospital. Akak tolong jagakan Naaila sebentar ya sementara Saya minta adik Saya ambil dia. Terima kasih, Kak." Zhafri segera menamatkan panggilan telefon kerana dia tahu, Arianna memerlukan dia sekarang.

Ketika kakinya melangkah ke dalam dalam wad pemerhatian itu, longgar habis sendinya melihat wayar dan jarum di tubuh Arianna. Wajah Arianna yang ketiduran di pandang sayu. Perut Arianna disentuh dan tiada lagi gerakan yang selalu mengujakan dia..Gugur jua air matanya, Allah hanya pinjamkan bayi mereka selama lapan bulan sahaja di dalam kandungan isterinya. Jika dia sendiri dah basah wajahnya, apa agaknya perasaan Arianna nanti.

"AllahuAkbar.." Dia meraup wajahnya. Menenangkan hati. Lalu dia keluar mengambil wujud, kemudian dibuka Al-Qur'an mengalunkan ayat-ayat suci kalimah Allah supaya tenang hatinya dan isterinya dengan ujian yang Allah hadiahkan hari ini.

"Abang.." suara serak Arianna menyapa telinganya.

"Sayang.. ada sakit kat mana-mana?" Zhafri menutup Al-Qur'an tafsir itu..suaranya risau..Arianna senyum..kemudian Zhafri buat muka pelik, Arianna boleh senyum bila dia separuh mati risau dan tengan melawan perasaan.

"Anne okay, Anne minta maaf sebab tak hati-hati..baby..baby..ba..by dah tak..de.." tersekat-sekat suara Arianna menahan tangis, namun wajahnya masih tersenyum. Dia naik di atas katil, dan dirangkul tubuh Arianna, muka Arianna disembamkan ke dadanya. Sebak yang dia rasakan, namun dia harus lebih kuat daripasa Arianna untuk memujuk isterinya itu.

"It's okay to cry, Sayang. Bukan salah Sayang, takdir Allah baby cuma dengan kita sementara. Syukur Abang dapat peluk Sayang lagi, anak kita, Allah lagi sayangkan dia..Anak syurga kita." Zhafri yang memeluk Arianna memujuk hati isterinya dan juga hatinya sendiri. Arianna kemudiannya menangis tersedu sedan di dada Zhafri. "I was afraid If I can't see You again.." Arianna meluahkan rasa takutnya.

"Syhhh I'm here, Sayang..Abang ada dekat sini. Abang teman Sayang. Ibu kena kuat kan.." Zhafri kemudiannya mengusap kepala dan belakang Arianna, berdoa semoga Allah titipkan kekuatan untuk isterinya menghadapi hari-hari yang sukar, bermula dengan induce, bersalinkan bayi yang sudah tidak bernyawa dan berpantang tanpa anak disisi. Semoga Allah mudahkan sefala urusan buat isterinya..itu doanya. Ubun-ubun Arianna dikucup penuh kasih dan dia juga menangis, tidak mampu menahan rasa hati yang sedih kehilangan.

Di pintu bilik wad pemerhatian itu, ada mata-mata yang sudah bengkak menangis. Sungguh mereka sedih dengan dugaan yang menimpa Arianna. Arianna memang tabah, masih mampu tersenyum dan menerima takdir Allah dengan tenang walaupun hatinya sedih..Besar dugaan buat seorang ibu bernama Arianna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience