Bab 40: Kasihnya Papa Menjadi Penyelamat

Romance Completed 32302

Sudah seminggu berlalu berita tentang Syuhada telah ditahan kerana dakwaan merancang kemalangan dan penculikan. Arianna tidak membaca atau menonton berita itu..Dia hanya mendengar daripada Afif Furhan yang penuh semangat bercerita kepadanya. Naaila juga sudah semakin melupakan Teacher Didanya. Seminggu kebelakangan ini, nama itu tidak lagi disebut. Arianna tidak sanggup melihat berita tentang orang yang pernah menyayangi anaknya, dia tahu tentang itu. Sayang Syuhada pada Naaila bukanlah palsu..Dan tentang pergolakan yang berlaku antara keluarganya dan keluarga Zhafri, yang disebabkan Syuhada, juga buat dia terkilan..Begini pengakhirannya.

Pintu biliknya diketuk ketika dia selesai membaca Al-Qur'an pagi itu. Peneman yang akan selalu menenangkannya. Tidak pernah gagal walau sekali.

"Assalamu'alaikum, Anne.." Itu suara mama yang memanggilnya.

"Wa'alaikumussalam, Ma.." Jawabnya tidak mahu mama menunggu lama. Segera disimpan hadiah pemberian suami tercinta itu. Benarlah kata Zhafri, hadiahnya akan lebih menenangkan Arianna sepanjang masa berbanding dirinya. Ternyata sudah terbukti.

Pintu biliknya di kuak, mama masih setia berdiri sambil tersenyum manis. Senyuman yang tak pernah gagal untuk meredakan segala galau di hati Arianna apabila dia dilanda masalah.

"Ye, Mama..masuklah.." Arianna menarik lengan mamanya.

"Ada orang nak jumpa Anne.." Puan Suraya bersuara lembut seraya membalas pegangan Arianna di lengannya.

Arianna angkat kening, mahu bertanya siapa dengan bahasa isyarat yang mamanya juga fahami.

"Someone You love..and missed so much I guess.." Mama melorekkan senyuman nakal. Ada-ada sahaja mama di pagi hari ini.

"He came with.." Puan Suraya mengecilkan matanya memandang Arianna yang ternanti-nanti ayat seterusnya. "..jomlah turun tengok! Gaya nak pinang anak Mama lagi sekali je!" Pecah tawa mama melihat mata Arianna yang dah membulat. Bukan main kuat mengusik.

Ya..Arianna rindukan Prince Charmingnya..Sudah lebih sebulan sejak mereka bercakap di telefon..Arianna sendiri tidak pasti mengapa Zhafri tidak menghubunginya. Dan dia sendiri, tidak mahu mengganggu Zhafri yang disangkakan dah ada kehidupan baru. Hari ini, jika Zhafri ingin bercerita dengannya, dia akan menumpukan sepenuh perhatian.

Kaki dibawa melangkah menuruni tangga setelah dia merapikan penampilannya. Dia mahu kelihatan cantik ketika bertemu suaminya.

Saat kakinya menjejak anak tangga terakhir, Zhafri meluru memeluknya. Erat. Dia juga membalas pelukan melepaskan rindu buat suami yang seperti bertahun lamanya tidak berhubung. Hilang sudah rasa malu pada ahli keluarga lain. Laju air mata tidak segan silu membasahi wajah mereka berdua. Apabila terasa ada tubuh kecil menyelinap di tengah antara dia dan Zhafri, terdengar suara tawa dalam tangisan ahli rumah yang lain. "Don't forget about Me." Bukan main cemburu anak dara Zhafri ni, tak bagi chance langsung. Kesyukuran dipanjatkan, di atas segala ujian yang mereka lalui akhirnya mereka dapat kembali bersama lagi.

---

"Abang taknak share dengan Anne sepanjang kita terpisah?" Usai makan malam hari itu, barulah dia berpeluang duduk berdua dengan Zhafri di tepi kolam ikan tempat kegemarannya sejak dahulu lagi. Kolam ikan yang cantik hasil sentuhan Encik Yusri, di waktu malam ada lampu yang dipasang. Namun, suasana lebih romantik apabila Zhafri menghidupkan unggun api tujuan menghalau nyamuk. Ala-ala berkhemah dalam hutan dah berunggun api bagai.

"Apa Sayang nak tahu?" seperti biasa, sejak Zhafri dah banyak cakap dengan dia sejak perkahwinan kali kedua mereka, soalan pasti akan berbalas soalan.

"Siapa tanya dulu?" Arianna mencebik. Dia pun tak mahu kalah.

Terus pecah tawa Zhafri. Tawa yang Arianna rindukan. Dia merenung wajah Zhafri. Dia rasa bahagia. Seketika dia bertanya kepada diri sendiri, sanggupkah dia kehilangan lelaki ini. Zhafri yang menyedari direnung mengawal pernafasannya yang tidak teratur akibat ketawa tidak ingat dunia tadi.

"Do you love me that much?" Arianna tersedar apabila digiat Zhafri. Laku Zhafri tersenyum nakal melihat wajah Arianna yang merona merah dan mula mengawal pandangannya.

"Dah terlambat, Sayang. You're caught!" Satu cubitan hinggap di pinggang Zhafri. Geram. Dahlah tak jawab soalan, bagi soalan pulak..Lepas tu perasan, buat mata terkedip-kedip. Ingat comel.

"Auch!" Ketam batu ni perisa hot and spicy ke? Pedih semacam." Zhafri masih lagi mengusik..Suka sangat dia menyakat Arianna.

"Abang..." Suara rengekan Arianna yang dah meleret menyebabkan Zhafri kembali serius. Kang tak pasal-pasal tidur bujang lagi.

"Okay okay..I'll tell You..Everything." Zhafri memandang wajah cantik Arianna sambil menggengam tangan Arianna. Dia tidak mahu ada rahsia lagi antara mereka.

FLASHBACK

Pagi itu dia datang bersarapan di rumah agam Tan Sri Kamal. Sarapan terakhir permintaan Tan Sri Kamal yang akan menyerahkan anak gadisnya kepada pihak berkuasa. Namun, Syuhada yang tidak syak langsung tentang plan papanya dengan Zhafri tersenyum bahagia mengenakan dress labuh separas betis dipadankan dengan jeans potongan 'slim fit' kelihatan santai. Tudung bawal bercorak pilihan warna senada baju melengkapkan gayanya pada pagi itu. Zhafri nampak ada sinar bahagia di mata Syuhada dan mendungnya perasaan seorang bapa yang cuba disembunyikan. Kata Tan Sri Kamal, kerana kasihnya pada Syuhada, dia harus menghentikan kegiatan jenayah Syuhada sebelum lebih jauh lagi Syuhada sesat dalam obsesi dan dendamnya.

"Morning Pa, Abang Zhaf!" Syuhada menegur ceria. Zhafri dan Tan Sri Kamal melayan Syuhada seperti inilah hari terakhir mereka akan makan bersama dan memang itu hakikatnya.

Tanpa Syuhada sedari, pihak polis sudah bersedia menunggu di luar rumah, menunggu 'kebenaran' Tan Sri Kamal. Orang-orang Syuhada juga semuanya sudah ditangkap sejak tengah malam tadi lagi, kerana Zhafri dan Wajdi segera bertindak mengikut arahan Tan Sri Kamal selepas perbincangan di bilik kerja Tan Sri Kamal malam tadi. Mujur sahaja Wajdi memang bertindak cekap, segala bukti awal-awal lagi diserahkan kepada Inspektor Hariz, yang sejak sebulan sudah mengintip kegiatan Syuhada. Walaupun agak lambat untuk Zhafri dimasukkan dalam plan Tan Sri Kamal, Wajdi dan pihak polis, sekurangnya dia dapat mendidik hatinya dengan sifat redha. Kini dia bersyukur kerana semuanya bakal berakhir.

Usai menjamu selera, Tan Sri Kamal memimpin tangan Syuhada menuju ke luar rumah.

"Syu, apa Papa buat ni, untuk kebaikan Syu. Papa taknak anak Papa terus hanyut. Kerana kasihnya Papa pada Syu, selagi Papa ada..Papa akan menjadi penyelamat untuk anak Papa. Dan hari ini, Papa serahkan Syu pada pihak berkuasa sebelum Papa ambil semula untuk kita jalani rawatan penyakit Syu." Selesai menuturkan luahan hati dan janjinya, Tan Sri Kamal memeluk Syuhada. Syuhada menangis, lemah..tiada rontaan..mungkin dia juga sudah pasrah dan tahu, andai melawan dia pasti tak akan menang bila memandang satu pasukan polis bersenjata yang sedang mengepungnya.

Saat Syuhada dibawa pergi, jatuh juga air mata Tan Sri Kamal.

"Maafkan segala kesalahan anak Uncle pada Zhaf dan Di sekeluarga." Zhafri dan Wajdi, serentak memeluk tubuh tua itu, yang kini harus kuat untuk anak tunggalnya. Setelah beberapa ketika menenangkan hati Tan Sri Kamal, mereka pamit untuk pulang kerana ada lagi urusan lain yang harus diuruskan.

END FLASHBACK

"Okay..and why take You too long? Five week baru ingat isteri? Ingatnya dah bahagia honeymoon dengan bini muda." Arianna buat muka merajuk. Zhafri dah tertawa lucu. Arianna kata Naaila suka buat muncung itik tapi tak tahu ikut siapa, hari ini Zhafri yakin muncung itik Naaila diwarisi daripada Arianna.

"Abang ada satu surprise. Tapi, Sayang memang tak sedar ya.." Zhafri mengecilkan matanya memandang Arianna.

"Apa lagi ni?" Arianna dah mula menjeling mengundang tawa Zhafri lagi dan lagi.

"Semua orang memang bagi kerjasama yang baik lah kiranya ni. Well, Syuhada dah lebih sebulan ditahan, tapi Sayang baru tahu seminggu kan.." Arianna yang tersedar terus rasa terpukul "Baby pun sama? Abang buat plan apa ni?" Lagilah kuat ketawa Zhafri. Memang awet muda habis dia bila melayan rajuk Arianna. Ketawa sahaja.

"Abang uruskan perpindahan atau lebih kepada penghijrahan kita ke sini. Abang dah resign dengan hospital dan Abang akan buka klinik kat sini. Kita stay kat rumah kita ya. Yang dah lama Abang beli untuk keluarga kita. Rumah kat KL Abang plan nak jual sebab Abang nak settle down kat sini je. Kampung yang kita membesar bersama."

Arianna yang tadinya muncung memanjang kini melopong pula. Tangan dibawa menutup mulutnya yang terbuka. Seperti tidak percaya.

"Dan, next week kita akan pergi trip honeymoon. Kita tak sempat lagi kan? Naaila dah setuju untuk tak ikut tau. Just two of us." Zhafri mengenyitkan mata. Serentak dengan itu satu tamparan cinta hinggap di bahu Zhafri. Geram dengan Zhafri yang semakin nakal dan banyak idea nak mengenakannya. Kalau dulu bukan main serius, malu aje..Sekarang terlalu banyak improvement sampai Arianna sendiri geram.

Nota: sudah sampai ke penghujungnya, akan ada satu lagi epilog sebelum saya tamatkan kisah antara Arianna dan Zhafri ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong.

Malam penuh kesyukuran itu, terasa panjang. Arianna bersyukur kerana berkat kesabaran dan hatinya yang redha, akhirnya mereka dapat kecapi bahagia bersama. Senyuman yang menghiasi wajah Zhafri mendamaikan hatinya. Benar kata mama, jodoh mereka juga kuat, sehebat apa pun halangan yang datang, bila dah tertulis jodoh mereka mereka bersama sejak di Luh Mahfuz, mereka masih bersama..berpaut sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience