Bab 20:- LANGKAH PERTAMA

Romance Series 82127

Seminggu berlalu dengan begitu pantas. Dian tersenyum memandang penampilannya di hadapan cermin sebelum mula menapak laju turun menuju ke arah dapur untuk bersarapan. Fasa untuk dirinya berduka telah tamat, apa yang pasti sekarang semangat baru, azam baru, orang baru. Eh orang baru untuk apa?. Dian mula tertawa seorang diri membuatkan Daniel Faliq yang sedang makan memandangnya pelik.
"Hye terlebih ok pulak dia pagi ni. Apa yang kelakar sangat tu". muka Daniel Faliq dipandangnya sekilas.
"Rahsia". Tawanya semakin menjadi-jadi saat terpandangkan riak wajah Daniel Faliq setelah mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya.
"Gembira sangat ya dia pagi ni. Cepat makan karang lambat pulak pergi kerja". Roti bakar yang telah siap terhidang dicapai lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Along tunggu Di dekat luar. Perlahan-lahan kunyah tu karang tercekik pulak". Dian hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

"Morning sayang. Jom kita breakfast"..Adam Haiqal sempat menghadiahkan senyuman kepada Adriana Marissa sebelum mula menyambung kerjanya kembali. Air muka Adriana berubah cemberut tatkala ajakannya tidak dibalas lalu dia mula menapak menghampiri meja Adam Haiqal. Tanpa sepatah kata wajah itu direnungnya lama tanda tidak berpuas hati
"Why you tengok i macam tu. Sorry i tak boleh teman you pagi ni. Jam sembilan i ada meeting".
" Sekarang baru jam lapan so ada sejam lagikan?. Jomlah".
"Ada document penting perlu i semak . Dinner nanti i teman you ok".
"Promise?". Adam Haiqal meghadiahkan senyuman buat Adriana bersama anggukkan dikepala.
"Ya promise".


"Sorry beb I'm late. Jalan jem tadi". Adriana hanya memandag wajah itu sekilas sebelum mula merenung telefon bimbit miliknya lama.
"Hey kenapan ni?. you ada masaalah ka?". Natasha menarik kerusi dihadapan Adriana lalu duduk.
"Sejak balik dari Pahang Adam langsung tak ada masa untuk i, nak ajak breakfast sama pun susah!.".Natasha mengerutkan dahi tanda pelik.
"No wonder lah you ajak i breakfast sekali pagi ni. You berduakan tak lama lagi nak naik pelamin so mestilah dia busy settle semua kerja sebelum bercuti. Owh ya Adam ada cakap apa-apa tak pasal Dian?".. Adriana mula memandang wajah Natasha penuh tanda tanya. Kenapa perlu Adam bertanyakan wanita itu?. Ada apa-apakah yang dia tidak tahu ?.
"Why?. You ada terserempak dengan diorang dekat mana-mana ka?". Jelas riak cemburu diwajah Adriana tatkala mendengar sebaris nama itu. Natsha yang melihatnya mula tertawa berpuas hati.
"Tak adalah. You tahukan dulu masa sekolah Adam dengan Dian macam mana?. So i just ingatkan you sahaja sebab she's back. Mana tahu satu hari nanti dia rampas Adam dari you".
"No. Hanya i yang akan jadi wife Adam Haiqal. Dia hanya ada i seorang sahaja . Tak ada sesiapa yang boleh rampas dia dari I. Termasuk you". Adriana mula berang setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Natasha.
"Hey relax. I cuma ingatkan you sahaja. I nak rampas Adam dari you?. common Adriana, you kawan i mana mungkin i buat macam tu pada you. I cuma nak you tahu yang i akan selalu ada untuk you because I'm on your side".
"Thanks ingatkan i. Owh ya lepas ni jom teman i shopping. Adam busy so you free kan?".
"Ya".. Natasha mula tersenyum saat melihat perubahan sikap gadis itu. Begitu mudah baginya untuk mendapatkan kepercayaan gadis itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience