"Cik nak tambah air?". Dian mula tersedar dari lamunan saat dirinya disapa mesra oleh pelayan tetamu disitu.
"Sokay. Thanks".Dian yang sedang duduk berseorangan diri dimeja makan bulat tersebut mula berasa tidak selesa saat merasakan banyak mata yang memandang ke arahnya. Tanpa menunggu dengak lebih lama Dian mula bangun untuk segera beredar peri dari situ namun belum sempat dia melangkah tubuhnya telah pun disirami air. Pakaiannya yang mula basah dipandang tidak tahu untuk berbuat apa.
"Opss sorry i tak sengaja". Dian memandang wajah wanita dihadapannya itu tajam. Semua mata tetamu yang hadir mula tertumpu ke arah mereka. Kau bukan tak sengaja kan, kau memang saja nak malukan aku. Dian mencapai tisu yang terletak diatas meja cuba untuk menghilangkan kesan kotoran pada bajunya namun kotoran tersebut masih jelas kelihatan. Daniel Faliq yang sedari tadi sedang berbual rancak mula menapak laju ke arah Dian setelah melihat apa yang berlaku pada adiknya itu.
"Di kenapa ni?. Di ok tak?". Daniel Faliq dengan segera memegang bahu Dian kejap. Angukkan dari Dian membuatkan Daniel Faliq lega, dia bimbang emosi adiknya itu terganggu kerana banyak mata sedang memandang ke arah mereka.
"Along Di nak balik. Habis kotor baju Di". Dian merengek perlahan ditelinga Daniel Faliq namun didengari oleh Athirah yang turut berada disitu. Tanpa sempat Daniel Falig membalas Athirah terlebih dahulu menyampuk.
"Jom Dian ikut saya. Kita pergi tukar baju. Awal lagi lah nak balik lagipun majlis tak selesai lagi". Daniel Faliq yang berada disisi dipandang minta kepastian.
" Jangan risau baju saya ada. So jom?". Daniel Faliq hanya megangukkan kepala ke arah Dian tanda membenarkannya.
"Siapa perempuan tadi tu?. cik Athirah kenal ka?".Athirah mengelengkan kepalanya perlahan tanda tidak pasti.
"Saya rasa Niel mungkin kenal." Dian mula membulatkan matanya seakan tidak percaya.
"Along Dian tu popular tau. Ramai perempuan suka dekat dia. Tapi semua dia tolak. Saya pun tak tahu kenapa mungkin dia dah berpunya kot". Dian yang mendengar kata-kata tersebut pantas menepis andaian tidak tepat itu.
"Tak. Along saya single lagi. Cik Athirah dah berpunya ka?". Athirah memandang Dian sambil mengelengkan kepalanya perlahan.
"Seriously?. Cik Athirah cantik apa mana mungkin tidak berpunya"..
"Cantik tak semestinya dah berpunya. Saya tak rasa diri saya cantik. Mungkin saya terlalu fokus dengan kerja sampai tak ada masa nak fikir soal itu tapi Saya percaya dengan setiap perancangan allah so just wait and see".. Dian menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata yang baru sahaja diungkapkan oleh Athirah. Tanpa dia sedari mereka telah pun sampai dihadapan sebuah bilik yang terletak agak jauh dari dewan. Mata Dian sekali lagi terpaku saat melihat keindahan seni bina di kawasan bilik tersebut.
"Dian masuk dulu Saya pergi ambilkan baju , Kalau nak mandi pun boleh pakai saja barang yang ada dalam bilik air tu ya". Dian menganggukkan kepalanya tanda mengerti lalu dengan perlahan kakinya mula menapak masuk . Bilik tersebut kelihatan seperti apartment kecil yang mewah. Susun atur setiap perabot di dalamnya sangat rapi. Kombinasi warna setiap barang juga menaikkan lagi imej bilik tersebut. Kaki Dian mula menapak laju menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
"Sorry sayang kepala i pening i nak rehat ok". Adriana memandang wajah Adam Haiqal risau.
"Jom i bawak you pergi klinik. I tak boleh nak tinggal you macam ni. Kita pergi klinik dulu ok".
"Sokay. Karang i makan ubat migraine dia ok lah. I nak lelap sekejap".
"Kalau macam tu i keluar belikan bubur untuk you, nak makan ubatkan? perut mana boleh kosong". Adriana mula menapak keluar dari pejabat Adam Haiqal menuju ke pintu utama
Share this novel