Bab 6:- PERISTIWA SEMALAM

Romance Series 82127

" Dian!!!".. Tubuh Dian yang sudah terkulai diampu muhaimin.
" Kau tengok apa kau dah buat!. Pergi panggil cikgu sekarang!".
" Yang lain tolong balik ke kelas masing- masing". Adriana masih berdiri kaku disitu masih tidak mahu berganjak sehingga guru yang bertugas hadir mendapatkan Dian.
" Adriana sila ikut saya sekarang."..

Setelah mendapat panggilan telefon dari pihak sekolah Mak Yam dan Pak Kassim terus bergegas keluar dari rumah untuk melihat keadaan anak mereka. Sepanjang perjalanan Mak Yam tidak putus berdoa agar tiada apa yang buruk berlaku pada anaknya itu.

"Min ,Dian macam mana?. apa yang berlaku sebenarnya?". Muhaimin yang baru sahaja tiba ke kelas mula dikerumuni oleh rakan-rakanya
"Mak dengan ayah dia datang tadi. Aku dah dengar semuanya tentang Dian dan apa yang menyebab kan dia jadi macam tu.. Baru aku faham sekarang kenapa dia jauhkan diri dari kita semua". Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Berat juga masaalah yang dihadapi rakan sekelas mereka itu . Dari luaran nampak tenang namun disebalik ketenangan itu ada seribu satu masaalah yang dipendam.
" Aku tak tahu nak cerita macam mana tapi apa yang pasti dulu Dian pernah jadi mangsa fitnah . mAsa tu semua orang salahkan dia . kawan-kawan dia sendiri pun tak percaya kan dia sampaikan kejadian yang sama macam hari ni berlaku. Rupanya ini bukan pertama kali. Mak dengan ayah Dian kata hampir setiap kali bila dia ingin bergaul dengan orang lain perkara yang sama akan terjadi. So Dian ambil keputusan untuk jauhkan diri dari semua orang supaya keluarganya tidak risau. Apa yang kita nampak selama ni sebenarnya bukan diri dia yang sebenar".. Pelajar lain mula rasa simpati dengan apa yang berlaku kepada Dian. Rasa bersalah mula hadir dalam diri mereka lalu mereka mengambil keputusan untuk membantu Dian untuk pulih.
"Mula dari hari ni kita sama-sama bantu Dian. Jangan cerita atau tanya dia apa yang terjadi ok?. Cerita sini habis sini. Mungkin dia perlukan rehat so aku tak pasti bila dia akan masuk kelas"..Semua pelajar mula mengangukkan kepala mereka tanda faham dengan apa yang disampai kan oleh muhaimin setelah itu mereka mula beredar ke tempat duduk masing.

"Weh kau tengok tak tadi. Budak kelas lima arif gaduh?". Adam Haiqal yang baru pulang dari bilik guru mula memaling kan wajahnya saat mendengar kata-kata pelajar perempuan tersebut lalu tanpa menunggu lebih lama dia mengatur langkah laju menuju ke kelasnya. Setibanya dia di kelas, suasana pada tika itu kelihatan biasa saja tiada apa yang berlaku namun jelas kelihatan riak kerisauan diwajah mereka. Ketibaan Adam Haiqal disambut tegang oleh semua rakan kelasnya bersama pandangan mata yang tajam.
"Kau pergi mana Adam?"..
"Saya baru balik dari bilik guru. Cikgu Malik panggil tadi. Kenapa Min?"..Belum sempat Muhaimin bertanya dengan lebih lanjut berdirinya seorang pelajar perempuan mula mengajukan soalan..
"Siapa Adriana?. Kenapa dia cari kau?"..Adam Haiqal mula memalingkan mukanya memandang pelajar tersebut.
"Adriana?.. Adriana datang sini?..Min apa yang dah jadi?".Wajah muhaimin dipandang mintak penjelasan. Pasti Adriana membuat onar lagi. Pantang nampak pelajar perempuan dekat denganya pasti akan ada masaalah yang timbul.
"Dian kena serang dengan dia. Aku mintak tolong dengan kau ni. Pesan dekat Adriana lepas ini jangan cuba apa-apa kan Dian dan tolong jauhkn diri dari dia. Sebab apa yang dia dah buat hari ni punca keadaan Dian bertambah teruk".
Adam Haiqal mula meraup mukanya tanda kesal. Apa yang dah jadi sebenarya?..
"Kau jangan tanya aku apa yang dah jadi. Mungkin Adriana boleh ceritakan balik". Tanpa menunggu dengan lebih lama Adam Haiqal berlalu pergi dari situ..

Hampir seminggu Dian tidak hadir ke sekolah. sepanjang tempoh itu juga dia hanya mengurungkan dirinya dalam bilik tidak mahu berbual atau berjumpa dengan sesiapa. Kejadian tempoh hari membuatkan dia merasa malu. Tidak kuat untuk berhadapan dengan orang di sekelilingnya. Dia juga beranggapan pasti rakan sekelasnya mula berkata sesuatu tentang kejadian itu..Langit nan biru direnung kosong. Air mata yang mengalir disapu perlahan lalu matanya dipejam cuba untuk menenangkan diri.. Sedang dia cuba untuk berfikir positif kedengaran bunyi suara seseorang orang memberi salam. Setelah itu susana rumahnya mula riuh dengan pelbagai suara. Siapakah yang datang?..

"Maaf menganggu makcik. Kami semua datang ni nak jenguk Dian. Dian ok ka makcik?"..Muhaimin selaku wakil rakan sekelasnya memulakan bicara.
"Alhmdulillah. Bertambah baik dari yang sebelum ini. Marilah masuk. Makcik siapkan air dekat dapur sekejap. Mari semua jangan malu-malu".. Mak Yam merasa gembira melihat kehadiran rakan sekelas Dian yang datang ingin memberikan sokongan kepadanya .. Sejak dari peristiwa yang menghantui anaknya itu tidak ada seorang pun rakan sekolahnya pernah datang kerumah mereka membuatkan Mak Yam berasa bimbang tentang keadaan Dian..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience