Dian memandang kelasnya kosong sebelum mula merenung papan tanda yang penuh dengan kata-kata perpisahan. Terasa sungguh cepat masa berlalu , hari ini merupakan hari terakhir mereka bersekolah dan bakal membawa haluan masing-masing. Satu fasa baru dalam hidup mereka bakal bermula, Dian mula tersenyum seorang diri bila terkenangkan wajah rakan sekelasnya yang lain. Terlalu banyak kenangan yang bermain difikiran membuatkan Dian tersenyum seorang diri .
"Assalammualaikum. Kau kenapa ketawa sorang-sorang ni?". Dian menoleh memandang Thiya yang sedang menapak menghampirinya..
" waalaikummussalam, Saya teringatkan Awak dengan yang lain. Rasa macam tak sangka kita dah nak berpisah.". Thiya mula menarik nafas berat.
" Aduh buat ayat sedih pulak kau ni. Bukan tak boleh jumpa lepas habis sekolah kan?. Kau jangan tukar number pulak, kalau nak tukar inform dalam group kelas kita". Dian menganggukkan kepalanya laju sambil tersenyum memandang Thiya lantas dengan kesempatan yang ada Thiya merakamkan gambar gadis itu sebagai kenang-kenangan.
" Owh ambil gambar curi ya. Tak baik tau".mereka sama-sama tertawa sebelum mula menapak keluar dari situ menuju ke dewan sekolah untuk berkumpul.
"Ha sampai pun korang jom cepat kita ambil gambar". Dian dan Thiya menapak laju mendapatkan Muhaimin dan rakan -rakannya yang lain. Mereka sudah pun berdiri di posisi masing -masing setelah itu camera dipandang tanda sudah bersedia.
" Weh tak balance kedududukan ni , sebelah kiri terlebih sorang. Tolong balance kan sebelah kanan , ha kamu pergi sebelah kanan sana. Ok cantek sedia semua. Senyum!".. Satu kenangan yang tidak akan pernah dia lupakan. Dian masih tersenyum memandang ke arah camera sepertinya tidak mahu berganjak dari situ. Keadaan sekelilingnya dipandang sayu. Buat yang terakhir kalinya momen indah itu diimbas dan disimpan dalam memori sebagai satu kenangan . Sedang dia ralit memandang keadaan sekeliling kelihatan sebuah camera terarah kepadanya dengan spontan dia tersenyum sebelum mula melangkah pergi dari situ.
Dian yang baru sahaja selesai membersihkan diri memandang telefon bimbitnya lama sebelum mula bersiap untuk keluar.
"Assalammualaikum".
"Waalaikummussalam". Pak kassim yang sedang menonton television mula menoleh ke arah muka pintu utama rumah.
"Pakcik saya Thiya kawan Dian. Dian dah siap ka?".
" Owh Thiya. Mari masuk. Tunggu sekejap ya". Mak Yah bergegas menuju ke muka pintu menyambut kedatangan rakan anaknya itu .
"Thiya duduk dulu ya, nanti makcik panggilkan dia". Thiya mula mengangukkan kepalanya perlahan lantas mendapatkan tempat di meja makan untuk duduk.
"Di , kawan Di dah sampai ni. Dah siap ke belum tu?". Belum sempat Mak Yah memulas tombol pintu bilik tersebut, Dian terlebih dahulu membukanya.
"Siap dah. Di pergi dulu ya ibu". Mak yah mengangukkan kepalanya lantas menapak pergi mendapatkan Pak kassim yang sedang duduk di ruang tamu.
"Jangan balik lewat sangat. Ibu tunggu kamu balik, Hati-hati keluar tu dah sampai beri tahu ibu. Thiya tolong tengok-tengokkan anak makcik ni ya Bukan apa ini baru pertama kali dia keluar dengan kawan-kawan dia. Makcik risau sikit".Thiya yang mendengar permintaan Mak Yah itu hanya tersenyum sambil kepalanya dianguk tanda faham .
" Makcik jangan risau sebelum jam sepuluh kami balik. Mak saya pun tak izinkan balik lambat".
"Bagus lah kalau macam tu. Apa- apa pun dah sampai beri tahu ya."
"Baik ibu . Di pergi dulu ya. Assalammualaikum. Ayah adik pergi dulu". Tangan Mak Yah dicapai lalu dikucupnya lembut. Pak kassim yang sedang ralit menonton berita hanya melambaikan tangannya dari jauh. Tanpa menunggu dengan lebih lama mereka menapak keluar dari rumah Dian menuju ke arah kereta milik Thiya.
Susana kedai makan yang agak bising dengan suara pengunjung yang datang membuatkan Dian tidak berapa dengar perbualan rakan-rakannya yang lain. Matanya mula leka memerhati karenah pengunjung yang berada disekelilingnya membuatkan Dian tersenyum seorang diri.
"Okay guys. Semua dah sampai ka?". Muhaimin mula mengira jumlah kedatangan rakan-rakan sekelasnya sebelum memulakan majlis.
"Adam tak sampai lagi". Muhaimin melihat jam ditanganya seakan mengira waktu setelah itu dia mengeluarkan telefon bimbitnya berkira-kira untuk menelefon Adam Haiqal.
"Aku dah Whatsapp dia tadi. Lambat sikit katanya sebab adik dia menangis hendak ikut."..Belum sempat Muhaimin menelefon tuan empunya diri, kelihatan Adam Haiqal menapak masuk menuju ke arah mereka bersama seseorang.
"AKhirnya sampai jugak kau". Mata mereka semua terarah pada Adam Haiqal membuatkan sikecil memalingkan wajah kerana malu.
"Maaf semua . Saya terpaksa bawak dia sekali kalau tak memang tak boleh keluar dari rumah"..
"Awww comelnya dia. Siapa nama ni". Sikecil hanya mendiakan diri tidak mahu bersuara .
Share this novel