"Sayang are you okay?". Dian mengelengkan kepalanya lemah. Adam Haiqal Yang melihat keadaan Dian itu mula berasa bimbang.
"Kita pergi klinik dulu then baru balik". Wajah pucat isterinya itu diusapnya perlahan. Mata Dian yang tadinya segar kini mula mengecil saat merasakan usapan lembut pada wajahnya lalu tidak berapa lama kemudian akhirnya dia terlena.
"Sayang bangun . Abang bawakkan bubur ni. Makan dulu sikit lepastu makan ubat"..Dian mengelengkan kepala tanda menolak. Tekaknya mula berasa loya tatkala melihat makanan dihadapan mata.
"Tekak Di rasa tak sedap..kalau tak nak makan ubat boleh tak?".
"Macam mana nak sehat kalau tak makan ubat. Please makan sikit biar perut tu tak kosong". Wajah Dian yang lemah direnungnya lama cuba untuk memujuk. Dalam keterpaksaan Dian mula mencapai bubur yang telah dibawa oleh Adam Haiqal sebentar tadi. sambil matanya terpejam rapat dia cuba untuk menghadam makanan yang telah dimasukkan kedalam mulutnya.
"Ok dah".
"Dua suap ja?. Makanlah siki lagi". Dian mengelengkan kepalanya laju menolak.
"Tak nak. Di rasa nak muntah dah"..
"Ok kalau macam tu sayang makan ubat ni pulak. Lepas tu sayang boleh rest"..kepala dianguk perlahan tanda mengerti..
Adam Haiqal yang baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu isyak mula menoleh memandang Dian yang sedang lena di atas katil. Wajah isterinya yang kelihatan tenang itu direnungnya lama. Dia tidak menyangka bahawa kejadian petang tadi telah memberi kesan kepada kesihatan isterinya itu. Rambut yang menutupi sebahagian dahi Dian dikemaskan lalu tangannya mula melekap pada dahi tersebut cuba untuk memeriksa perubahan suhu badan isterinya setelah beberapa jam berlalu...
"Grab your key and drive your car
All the way to Damansara, Come on and seize the night, Have some cookies and coffee.. Masa muda jangan pernah sia-siakan...". Suasana sepi pada pagi itu membuatkan Kak siti berasa tenang untuk melakukan kerjanya tanpa sebarang gangguan. Lagu yang terpasang pada telefon bimbit dinyanyikan bersama angukkan dikepala sepertinya mengikut rentak irama lagu.
"Amboih akak bukan main bermasa muda. Tengah teringat zaman muda remaja ka tu?". Kak siti yang mendengar teguran Shafiq mula menoleh bersama senyuman yang tidak lekang diwajah.
"Kenapa tak boleh ka?. Walaupun akak ni dah nak masuk era empat puluhan tapi jiwa mesti mau muda . Baru muka tu sentiasa berseri tak nampak tua ha gitew". Shafiq hanya menganggukkan kepalanya mengiayakan kata-kata kak Siti sebelum mula menapak meninggalkan kawasan tersebut.
"Siti. Kamu ada nampak Dian tak?". Wajah Kak Nor yang kelihatan penuh tanda tanya dipandang sekilas sebelum mula menoleh memandang ke arah meja kerja milik Dian.
"Saya tak perasan pulak. Rasanya dia tak sampai lagi kak. Kenapa akak cari Dian?".
"Akak baru nak ajak dia breakfast, kamu dah breakfast belum?"..
"Belum lagi. Kalau akak nak saya teman jomlah. Boleh saya tapau sekali makan tengahari".
"Boleh jugak. Akak bukan apa, tak biasa makan sorang-sorang selalunya Dian yang rajin ikut akak".
"Kita gerak sekarang lah. Ada sejam lagi ni kalau nak makan pun".
"Ha yelah". Tanpa menunggu lama mereka berdua mula menapak beriringan menuju ke arah lif pejabat untuk turun.
"Hello. Amira hari ni saya tak masuk office. Yes. Please email pada i documents yang papa send pada you.. Yup now ok bye"..setelah talian dimatikan, Adam Haiqal mula menapak mendekati Dian yang kelihatan masih lena dia atas katil. Wajah itu ditatap lama sebelum mula merebahkan tubuh bersebalah Dian lalul tubuh kecil milik isterinya itu dirangkul erat, mata yang tadinya segar kini kian mengecil
"Eeeeeeee mana dia ni. Call tak berangkat".. Nombor telefon milik Adam Haiqal cuba dihubunginya beberapa kali namun satu pun tidak berjawab. Tanpa menghiraukan mata yang memerhati dia mula menapak laju memasuki bangunan pejabat milik Adam Haiqal.
"Amira Am mana?. why i call dia tak dapat? i nak jumpa dia". Wajah setiausaha Adam Haiqal yang berada dihadapannya kini direnung lama menanti jawapan.
"Maaf cik Adriana En Adam tak masuk pejabat hari ni".
"Whats?. You jangan cuba tipu i . i tahu dia ada dekat dalam. Am! keluar please we need to talk". Tanpa menghiraukan kata-kata Amira, Adriana bertindak merempuh tubuh kecil itu memasuki bilik pejabat milik Adam Haiqal
"Cik Adriana please cikAdriana boleh dikira menceroboh tanpa kebenaran".
'Kosong?. Tidak mungkin Adam Haiqal tak masuk pejabat'. Adriana mula mengetap bibirnya tanda tidak puas hati.
" See? saya dah cakap boss tak masuk pejabat hari ni. Apa kata cik Adriana balik saja". Wajah Amira dipandang penuh geram sebelum mula mendengus kasar.
"I'll come back tomorrow.". Satu jelingan tajam dihadiahkan buat Amira sebelum mula berlalu menuju ke pintu utama bangunan.
Share this novel