Bab 19:- KENANGAN

Romance Series 82127

Dian menapak lemah memasuki lobi hotel. Sesampai sahaja dia disitu kelihatan semua mata mula tertumpu kearahnya.. Wajah Daniel Faliq yang cemas dipandang pelik.
" Along...".Daniel faliq yang sedari tadi sedang duduk mula bangun saat mendengar suara itu.
"Di!. Ya allah Di pergi mana?. Kenapa along call tak dapat?"..Dian mengeluarkam telefon bimbit miliknya lalu ditunjukkan kepada Daniel Faliq. Butang kuasa ditekan lama namun telefon tersebut gagal untuk berfungsi. Daniel


"Awak ok ka Dian. Kami semua risau kan awak, maaf saya salah pin location". Hazwan mula mendekati Dian yang kaku tidak bersuara.
"Alhamdulillah dia balik dengan selamat. Kalau tak mesti abangnya dah buat report polis". bisikan-bisikan halus itu berjaya sampai ke pendengaran Dian lalu wajah abangnya dipandang kosong. Entah mengapa hatinya berasa sakit. Segala kenangan lalu mula muncul satu persatu difikiran membuatkan air mata Dian gugur tanpa dapat ditahan.
"Along Di nak balik Kl". Sayu hatinya melihat airmata yang jatuh dipipi Dian. Entah apa yang berlaku kepada adiknya itu sehingga dia jadi sedih seperti ini.
"Ok kita balik Kl malam ni jugak. Nanti along cakap dengan boss Di ya?".Dian menganggukkan kepalanya lemah. Air mata yang cuba ditahan sedari tadi akhirnya gugur jua setelah akalnya mula memproses apa yang baru sahaja dilihat. Perasaan yang dahulunya disimpan kemas kini harus dia buang jauh tanpa harus ada sedikit pun rasa yang tersisa.

"Di.. cuba cerita pada along apa yang dah jadi sebenarnya. Along risau tengok adik along macam ni". Dian masih diam membisu tanpa kata. Lampu jalan dikira perlahan tidak mahu memikirkan perkara yang sudah terjadi bimbang dirinya tidak mampu mengawal perasaanya sendri.
"Tak apa kalau Di tak nak cerita sekarang. Along beri Di masa. Kalau tak Along call mak". Dian yang sedari tadi merenung keluar tingkap kereta mula menoleh memandang wajah Daniel Faliq.
"Ha.. boleh pun pandang along. Nak kena ugut dulu baru boleh cerita ya?". Dian mengerutkan dahi tanda protes.
"cepat share dengan along. Dari awal sampai habis".
"Nantilah Di cerita. Orang tak ada mood ni". Daniel Faliq mula tersenyum tanda mengerti

Setibanya mereka di rumah, Dian keluar dari kereta lalu menapak laju menuju ke biliknya. Dengan hati yang berat dia melangkah masuk kedalam bilik lalu pintu dikunci dari arah dalam. Tubuhnya disandar pada pintu buat seketika sebelum mula menapak mendekati sebuah almari kaca yang terletak disisi katil. Pintu almari kaca tersebut dibuka perlahan setelah itu album lama yang disimpan kemas selama ini dikeluarkan. Entah mengapa hatinya terpanggil untuk melihatnya kembali. Satu demi satu halaman dibuka , Dian tidak dapat menahan rasa tatkala melihat gambar-gambar tersebut. Setiap gambar yang dirakam adalah kenangan yang tidak akan pernah dia lupakan. Sedang dia meneliti satu persatu wajah yang berada di dalam album tersebut , mata Dian mula tertumpu pada seraut wajah yang pernah membuat hatinya berbunga pada suatu ketika dahulu. Tanpa dapat ditahan air matanya gugur kembali namun ada Senyuman yang terukir diwajah sepertinya cuba untuk memujuk hati yang sedang kecewa. Perasaan ini hanya sementara, satu saat ianya pasti akan hilang bersama waktu.
"Bye mr. crush. Walaupun aku tak faham dengan perasaan aku sendiri tapi aku gembira untuk kau. Apa yang kau dah buat pada aku sampai aku selalu ingat pada kau ha?. Sokay mula dari hari ini, saat ini aku akan cuba lupakan kau". Air mata yang masih bersisa disapu perlahan. Album yang berada ditangannya ditutup lalu diletakkan kembali ketempat asal Tanpa menunggu dengan lebih lama dia mula merebahkan tubuhnya ke atas katil untuk merehatkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience