Bab 17:- GELISAH 2

Romance Series 82127

"En Haziq?. Encik Haziq buat apa dekat sini?"..
"Papa i ajak i teman dia keluar and Kebetulan pula jumpa awak dekat sini. Siapa ni?".Dian menoleh memandang abangnya sekilas.
" Umm...ni Abang saya.. along perkenalkan ini En Haziq anak boss Di".
"hye. Daniel Faliq abang Dian.". mereka berdua mula berjabat tangan.
'Macam mana pulak lah dia ni boleh ada dekat sini'. Dian mula mengetap bibir tanda tidak selesa dengan renungan pemuda tersebut.

"Aa..along. Along kita dah lambat ni kan. Tengok jam dah pukul berapa nanti tak sempat nak bersiap jom kita pergi sekarang. Sorry En Haziq kami ada hal sikit so Kami gerak dulu ya". Lengan Daniel Faliq ditarik agar abangnya itu segera mengikutinya..
"Awak nak pergi mana?.Nak saya hantarkan ka?"..
"Sokay En Haziq abang saya boleh hantarkan".Daniel Faliq yang sedari tadi hanya diam membisu cuba untuk memproses situasi sebenar mula tersenyum melihat gelagat adiknya itu. Kalau sudah tidak suka tu jelas benar
nampaknya.
" Why not kita keluar sekali".
"Tapi En Haziq...
"Papa!"..Haziq mula melambaikan tangan ke arah En Hanif untuk memberi tahu keberadaannya disitu.
'Aduh masak aku macam ini'.

"Patutlah papa cari kamu dibilik tidak berjumpa disini kamu rupanya. Dian pun ada". Dian hanya tersenyum nipis sebelum mula mencebikkan bibirnya setelah memandang wajah anak majikannya itu.
"Papa nak gerak sekarang ka?".
"Ya now karang lama pulak kawan-kwan papa tunggu". Dian memandang wajah Daniel Faliq sedih cuba untuk meraih simpati

'Along tolong lah Di'...
"Jom Dian". Haziq menunggu Dian penuh harapan namun kelihatan gadis itu masih tidak berganjak.
"Sorry En Haziq hari ini saya dah janji nak bawak Dian keluar so mybe next time ok. kami minta diri dulu Assalamualaikum"..
"Owh okay. Take care Dian walaikumussalam.". Wajah hampa itu dipandanya sekilas sebelum mula menapak pergi dari situ menuju ke tempat letak kereta.


"Along nampak Haziq tu suka pada Di ". wajah Daniel Faliq yang bersahaja itu dipandang lama .
"Apa yang along merepek ni. Di tak sukalah". Dian mengerutkan dahi tanda tidak selesa dengan kata-kata tersebut.
"Di tak perasan ka dia punya effort nak ajak Di keluar. Along yang lelaki ni pun boleh nampak apatah lagi tuan empunya badan atau Di saja buat-buat tak nampak".Dian melepaskan keluhan berat sambil membuang pandang ke luar tingkap kereta. Tidak tahu untuk menyusun ayat agar abangnya itu faham apa yang sedang terbuku dihatinya.
"Kalau Di ada cerita nak share degan along, along sedia jadi pendengar. Kalau bukan sekarang it's okay bila -bila sahaja Di ready call along ok?". Dian menganggukkan kepalanya tanda mengerti.


"Along Di tak biasalah pakai macam ni. Along tengok Di ok tak?". Daniel Faliq meneliti penampilan adiknya itu dari atas hingga bawah. segalanya sempurna dan yang paling penting menutup aurat.
"Sedap mata memandang. Cantik adik along malam ni. Tak usah risau semuanya perfect". Senyuman dibibirnya mula melebar setelah mendapat pujian dari abang tercinta.
"Di gerak dulu ya but along ok ka duduk seorang-seorang dekat sini?"..
"Along okay. Along tunggu Di dekat sini tau. Habis dinner call along". Dian menganggukkan kepalanya tanda setuju sebelum mula menapak pergi dari lobi hotel meninggalkan Daniel Faliq berseorangan disitu..

Jam ditangan tepat menunjukkan jam lapan malam. Setibanya Dian di restoran yang dinyatakan oleh Hazwan , mata Dian mula melilau mencari keberadaan rakan sepejabatnya itu namun tidak kelihatan.
"Aku yang sampai awal atau mereka yang lambat ni?". Dian mengeluarkan telefon bimbit miliknya lalu aplikasi whatsap dibuka.
"Betul ka dekat sini atau aku yang salah baca..umm. Mana pulak nama restoran ni..Eh!". Skrin telefon bimbitnya mula bertukar gelap.
"Ya allah macam mana aku boleh lupa caj fon!". Dian menepuk dahinya kuat tanda kesal lalu bibirnya diketap cuba untuk berfikir apa yang patut dia lakukan sekarang.

"Hazwan dah lama kah sampai?". Hazwan yang sedari tadi sedang duduk sambil bermain dengan telefon bimbitnya mula menoleh ke arah tuan empunya suara.
"Eh boss. boleh lah tak lama sangat"
"Dian mana?". Haziq mula berasa hairan kerana kelibat Dian tidak kelihatan.
"Saya dah send dia location sekejap lagi mungkin dia sampai ". Haziq hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti sebelum mula medapatkan tempat disi En Hanif. Majlis berlangsung seperti yang dirancang. Pelbagai acara dan persembahan diadakan menambahkan lagi kemeriahan pada malam itu. Hazwan melihat jam ditangan kejap lalu keadaan sekeliling dipandang hairan.
'Kenapa tak sampai-sampai lagi budak ni'. Hazwan mula bimbang akan sesuatu lalu telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar.
"Sudah cuba call Dian tanya kenapa dia lambat?..Dia sesat kah?". En hanif yang perasan akan kerisauan Hazwan cuba memberikan cadangan.
"Tulah boss. Risau pulak saya. Saya cuba call tapi tak dapat pulak, masuk voicemail". Matanya masih melilau memandang keadaan sekeliling mencari kelibat Dian. Haziq yang mendengarnya turut merasa bimbang.
"Chek balik you send lecation mana pada Dian". Hazwan mula membuka aplikasi Whatsapp untuk menyemak kembali chat terakhir mereka.
"Boss saya salah pin location. Aduh patutlah dia tak sampai-sampai". Hazwan mengerutkan dahi tanda kesal.
"Call Dian sekarang"..Nombor Dian di dail berulang kali namun masih tidak berjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience