Bab 3:- SIAPA DIA?

Romance Series 82127

Dian yang sedang leka memandang sekumpulan pelajar lelaki bermain bole sepak di padang sekolah didatangi oleh beberapa orang pelajar perempuan yang tidak dikenalinya. Belum sempat Dian beredar mereka terlebih dahulu menghalang.

"Hye Dian".. Dian mengangukkan kepalanya membalas sapaan itu. Wajahnya kelihatan penuh tanda tanya.

" Awak siapa ya?". Wajah pelajar perempuan yang sedang berdiri di hadapanya itu ditenung lama menunggu jawapan.

" Kau tak kenal aku ka?. Satu sekolah kenal aku kut". semakin berkerut dahi Dian meneliti wajah itu. Siapa ya?. Kenapa dia tidak tahu ada pelajar perempuan yang terkenal dalam sekolah ni?.
" Maaf saya tak kenal awak. Ada apa cari saya ni?"..sambil tersenyum pelajar perempuan yang dikenali sebagai Tasha itu memegang bahu Dian sepertinya ada sesuatu yang dia mahukan .
"Aku dengar ada budak baru masuk kelas kau hari ni. Aku nak kau minta nombor telefon dia untuk aku boleh?".. Mendengar kata-kata Tasha itu membuatkan Dian tertawa kecil.
" Kenapa kau ketawa?. Apa yang kelakar?".. Budak ni tak betul ka?. Kabar angin yang mereka dengar sebelum ini tidak pernah mereka hiraukan. Bila berhadapan dengan tuan empunya diri baru mereka faham. Mungkin ada betulnya kata-kata mereka tentang Dian. Seorang pelajar yang suka menyendiri dan kurang bergaul dengan pelajar lain. Dia seolah- olah berada dalam dunianya sendiri. Mungkin jugak dia ni ada masaalah mental kesian .
" Saya rasa awak silap orang ni . Siapa budak baru? dalam Kelas saya?. Mana ada lah. Awak Silap kelas kut". Tasha memandang Dian seakan tidak percaya.

" Kau bukan satu kelas dengan min ka?."..

" Muhaimin ka yang cakap ?.. Saya tak tau pun ada budak baru masuk hari ni"..
" Aduh macam mana kau boleh tak tahu dah heboh satu sekolah kut?. Betul lah orang cakap kau ni pelik. Kau balik ke kelas kau nanti cuba kau lihat satu- persatu muka budak dalam tu. Ada tak muka yang kau tak pernah nampak. Kalau ada tu maksudnya memang ada budak baru masuk lah. Kau ni takkan tu pun aku nak kena ajar". Tasha mendengus geram melihat wajah blur Dian.
" Ha balik nanti saya buat macam awak cakap tu ya. Tapi kan apa kata awak dengan kawan-kawan awak ja yang pergi kelas saya cari budak baru tu. Saya sibuk lah awak. Tak ada masa nak buat semua tu .".

" Kau memang tak kenal aku siapa?". Dian tersenyum lalu menepuk bahu Tasha lembut .
" Kalau saya tahu sekali pun. Awak tak boleh paksa saya buat apa yang awak nak. Saya ada hak untuk menolak. Cari orang lain saja ya".. Tasha mengetap bibirnya cuba menahan marah. Wajah Dian yang bersahaja sebelum berlalu pergi dari situ menambahkan lagi rasa tidak puas hatinya terhadap gadis itu..


"Ada aku kesah. Sikit pun aku tak takut dengan kau. Dia siapa nak paksa- paksa orang ikut cakap dia. Eee geram betulah."..Dian mula mengomel seorang diri melepaskan geramnya tanpa menghiraukan mata-mata yang memerhati. Semua pelajar yang berselisih dengannya mula berbisik sesama mereka.

"woi kau kenapa cakap sorang-sorang?". Dian mula tersentak tatkala mendengar teguran itu. Saat dia menoleh kelihatan banyak mata yang tertumpu ke arahnya.

" Saya cakap dengan diri saya sendiri kenapa?. Tak boleh ka?"..
" Kau ni ada masaalah mental ya. Aku saran kan baik kau pergi hospital ambil ubat. Karang makin teruk pulak".. setelah mendengar kata- kata pelajar lelaki tersebut semua pelajar yang berada disitu mula mentertawakannya .
' Sabar Dian sabar. Ingat ibu dengan ayah dekat rumah. Fuh!'. Dadanya diusap cuba untuk bertenang.
" Eh sekejap. Apa yang saya tahu lah. Orang yang mental ni dia tak boleh tengok orang lain senang. Ada ja yang tak kena dimata dia. Sedangkan orang tak ganggu dia pun. Macam awak. So saya sarankan awak yang pergi Hospital bahagia ambil ubat. sebelum makin teruk dan ambil sekali ubat hati. Awak bukan sekadar ada masaalah mental tapi ada penyakit hati sekali"..Senyuman paling manis dihadiahkan buat pelajar lelaki tersebut sebelum dia mula menapak pergi meninggalkan mereka yang masih kaku disitu seakan tidak percaya dengan apa yang baru mereka lihat sebentar tadi.

"woi. ini firstime aku tengok dia depan-depan cantik doh. Tulah kau mulut tak makan saman lagi kan dah malu balik"..Bagaikan dipukau pelajar tersebut terdiam seribu bahasa setelah melihat sisi lain yang ada pada gadis itu lalu ada senyuman yang terukir diwajahnya lantas mereka semua mula beredar meninggalkan ruang legar tersebut menuju ke kelas masing-masing.

Dian menapak laju menuju ke kelas untuk bertemu dengan seseorang. Ada perkara yang ingin ditanyakan.
"Min!".. muhaimin yang baru sahaja ingin menapak masuk ke dalam kelas mula menoleh saat namanya diseru..
" Ya Dian ada apa cari saya?"..
" Sorry ganggu awak saya nak tanya betulkah kita ada kawan baru?".. Muhaimin mula mengerutkan dahi cuba untuk memahami soalan yang ditujukan kepadanya.
" Kawan baru? maksudnya macam mana tu?" ..
" Um budak baru. Sebab tadi ada orang tanya saya dia cakap awak beri tahu dia yang kelas kita ada student baru masuk".. Owh ok sudah faham. Muhaimin mengangukkan kepalanya mengiakan kata-kata Dian itu.
"Mesti Tasha cari awak kan?. Ya memang kita ada student baru masuk pagi tadi. Awak ja yang sibuk buat hal sendiri."..Dian mengaru kepalanya tanda kesal.
"Owh Tasha tu siapa ya?"..
"Entah dia cakap nama dia Tasha. Saya pun tak kenal dia"..owh .Dian menganggukkan kepalanya tanda faham lalu belum sempat dia beredar dari situ
"Adam. panjang pun umur kau. Ha Dian tu lah ' kawan baru' yang awak tanya tadi. Adam Haiqal namanya ".. Adam Haiqal?.. macam pernah dengar nama tu. Dian menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh rakan sekelasnya itu lalu matanya mula membulat seakan tidak percaya. Apa yang mamat ni buat dekat sini?. Alamak dia satu kelas dengan aku ka?. Adam Haiqal yang tadinya berada jauh dari mereka mula melangkah mendekati setelah namanya dipanggil. Dian yang tadinya kaku Melihat wajah itu ingin segera beredar. Mana nak sorok muka kalau macam ni.

"Eh nak pergi mana tu.?. Kenal-kenal lah dulu."... Dian mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Muhaimin yang melihatnya hanya tertawa geli hati .

" Ya min ada apa tu"..
" Ni ha ada orang tanya pasal kau. Dian ini lah dia Adam Haiqal. Awak tanya lah dia apa- apa yang awak nak tanya. saya masuk dulu ya."..
" Ada apa ya?". Dian yang sedari tadi memalingkan wajahnya mula menoleh memandang tuan empunya suara.
" Bukan saya yang tanya pasal awak tapi orang lain. Sorry . saya masuk kelas dulu "..
"Sekejap. Awak Dian kan?.". Kakinya yang baru sahaja ingin melangkah tiba-tiba terhenti . Dian memalingkan wajah nya memandang Adam Haiqal.
"Ya saya".
" Saya nak mintak maaf pasal...". belum sempat Adam Haiqal menghabiskan kata-katanya Dian terlebih dahulu menghalang.
"pasal haritu ya?. Tak ada apa-apa lah awak. Lagipun awak ada tolong saya jugak kan ? jadi kita seri"..Adam Haiqal hanya tersenyum setelah mendengar kata-kata Dian lalu mereka mula melangkah masuk ke dalam kelas sebelum sesi pembelajaran bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience