Bab 8:- KEKERASAN

Romance Series 82127

"Dian jom rehat sekali"..Thiya menghampiri Dian yang sedang menyiapkan nota pemberian guru mereka sebentar tadi.
" Saya tak siap salin lagi nota ni. Awak pergi dulu lah dengan diorang".
"Alah jangan macam tu jom lah, jangan risau aku dah siap salin nota tu balik nanti aku kasi kau pinjam buku aku ya. Dah jom karang habis pulak makanan ". Dian hanya mengangukkan kepala sambil mengemas buku serta alat tulisnya lalu dimasukkan ke dalam bag. Tanpa membuang masa Dian mula melangkah mengikuti Thiya serta rakan sekelasnya menuju ke kantin sekolah..

Dari kejauhan Dian melihat kelibat Adam Haiqal yang sedang duduk bersama sekumpulan pelajar lelaki kelasnya membuatkan Dian ingin menyembunyikan diri tidak mahu kewujudannya disedari. Thiya yang berada disebelahnya turut melihat perubahan riak diwajah Dian.
"Kau ok tak ni?. ". wajah Dian dipandang pelik.
"Um .. ok. Awak kalau kita jalan ikut sebelah sana boleh tak?"..
"Uish jauh sangat jalan tu. Jalan sini paling dekat"..
"Saya nak pergi toilet sekejap. ". Thiya yang mendengarnya mula mengangukkan kepala lalu mereka mula berjalan berlainan arah menuju ke tempat yang ingin mereka tuju..

Dian merenung wajahnya lama di cermin , cuba mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan masaalah yang dihadapinya lalu wajah Adam Haiqal mula bermain difikiran. Entah mengapa hatinya mula berdebar saat terpandangkan wajah itu namun dalam masa yang sama dia takut untuk berhadapan dengan tuan empunya diri. Tanpa dia sedari dia mula mengukirkan senyuman..

'Ok Dian lepas ni kau buat biasa sahaja kalau nampak dia. Kau buat cool macam tiada apa-apa jadi. Ok relax Dian relax'. Dian mula menarik nafas dalam lalu dihembusnya perlahan sebelum mula menapak keluar dari tandas sekolahnya.


"Eh Dian. Baru hari ni aku nampak kau. Macam mana dah sehat ka?"..Dian memandang wajah itu lama sebelum mula memalingkan wajahnya kerana tidak ingin bertentangan mata. meluat
"Kesian kau ya. Semua orang dah tahu kau sakit. Kecoh jugak pasal kau kena serang hari tu". Dian masih diam membisu tanpa kata. Malas untuk membalas kerana dia bimbang dirinya bertindak kurang sopan.
"Kenapa diam?. kau takut Adriana cari kau lagi ka?..Um aku ada jumpa dia haritu sebab nak cakap thanks. Tak payah susah-susah aku suruh orang lain kerjakan kau dan apa yang dia buat hari tu baru sikit".Natasha mula tersenyum puas melihat perubahan riak wajah Dian. Hatinya masih sakit bila teringatkan kata-kata Dian terhadapnya tempoh hari. Belum pernah ada pelajar perempuan yang menolak permintaanya sebelum ini.
"Awak nak buat apa pulak pada saya?. Apa salah saya pada awak?. Awak dengar sini baik-baik Natasha. Awak boleh ugut saya tapi untuk buli saya awak memang silap besar. Ya saya ada kelemahan tapi itu tak bermaksud saya mudah dibuli dari orang macam awak"..Natasha merasakan dirinya dicabar lalu tanpa sedar tanganya mula dihayun ingin menampar wajah yang berada dihadapannya itu namun terlebih dahulu dihalang oleh seseorang.
"Wow main kasar nampak". Natasha cuba untuk menarik lengannya dari terus dipegang oleh Thiya. Dian yang masih berdiri disitu dipandangnya geram. Sedikit pun dia tidak berganjak sepertinya Dian tidak bimbang dengan tindakannya sebentar tadi.
" Apa yang kau tak puas hati sangat dengan dia?.".Thiya merenung tajam wajah itu penuh geram. Jika dia tidak datang mencari Dian sudah tentu Dian bakal menjadi mangsa kekerasan Natasha. Mereka sedia maklum dengan sifat sebenar wanita itu ,suka menindas orang yang lemah menggunakan kekerasan namun tiada tindakan yang dikenakan terhadap gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience