'Apa hubungan Adam dengan Adriana?. Kenapa Adam macam nak lari dari perempuan tu?'. Dian cuba untuk memproses kejadian pagi tadi ada kebarangkalianya mereka adalah kekasih?..Dian mengelengkan kepalanya cuba untuk menidakkan telahannya itu.
'Kalau diorang ada hubungan kenapa Adam macam tak selesa dengan Adriana?'.. Tanpa sedar ada senyuman terukir dibibirnya. Kejadian selepas mereka berjaya meninggalkan Adriana mula bermain difikiran.
"Awak kita dah jauh ni.."..Adam Haiqal mula menoleh kiri dan kanan mencari kelibat Adriana masih bimbang.
" Adriana tak ikut awak pun. Jangan risau"..Adam Haiqal mula menarik nafas tanda lega.
" Terima kasih tolong saya tadi"..Adam Haiqal berkata sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya membuatkan Dian terpaku. Terasa ada debaran didadanya saat melihat senyuman itu membuatkan dia merasa tidak selesa .
" Hm. Sama-sama. Saya pergi dulu ya. Assalammualaikum."..Adam Haiqal menganggukkan kepalanya perlahan lalu dia pun melangkah pergi dari situ menuju ke kelas..
"Min cuba kau tengok tu". Muhaimin menoleh ke arah yang dimaksudkan rakan sekelasnya. Kelihatan Dian sedang tersenyum seorang diri sambil termenung jauh.
"Dia memang selalu macam tu. Tapi apa yang paling aku hairan, dulu dia ramai kawan . Aku dengan dia dulu satu sekolah rendah . Pendek kata lah dia seorang yang peramah. Masuk sekolah menengah dia mula berubah suka menyendiri tak bercampur dengan orang .Aku pun tak tahu pasal apa"..mereka yang mendengar kata-kata Muhaimin itu turut merasa hairan. Dari perwatakan gadis itu dia bukanlah seorang yang sukar untuk didekati. Jika mereka amati wajah itu Dian boleh dikatan antara gadis- gadis yang tercantik dalam sekolah mereka namun tiada seorang pun pelajar yang berani mendekatinya. Mungkin disebabkan khabar angin yang menyatakan dia ada masaalah kesihatan dan sebagainya.
" Cuba kau tegur dia". Mereka semua ingin melihat apa reaksi Dian setelah melihat Muhaimin didepannya. Muhaimin mula bangun menuju ke arah Dian lalu meja Dian diketuk perlahan..
"Assalammualaikum Dian. Awak masih disini ka?".. Masih tiada respon dari gadis itu . Muhaimin mula tertawa kecil setelah melihat riaksi teman-temanya yang lain seakan tidak percaya dengan apa yang baru mereka lihat. Parah sangat ni termenungnya.
" Dian.. Helloooo"..Tanganya ditepuk kuat membuatkan bahu Dian terhinjut akibat terkejut.
" Ya allah min. Awak buat apa ni. terkejut saya tau tak".
" Awak ok tak ni Dian?. saya tengok dari tadi awak termenung bukan main jauh sampai saya panggil pun awak tak sedar"..Dian mengarukan kepalanya tanda segan
"Mana adalah. Tak ada apa pun cuma tengah fikir pasal kerja kursus"..
"Kau ok tak Dian?. Ada orang ganggu kau ka?. Kalau ada cakap dengan kami biar kami ajar budak tu". Dian menoleh ke arah tuan empunya suara. Kelihatan banyak mata sedang tertumpu kearahnya.
" Eh tak ada apa. Saya ok saja..maaf buat korang risau"..
"Ha. Kalau awak ada apa-apa masaalah beri tahu kami. Jangan diam saja. Tu diorang semua nak bantu awak.". Dian mula tersenyum saat mendengar kata-kata muhaimin itu. Dia seakan tidak percaya ada lagi rakan- rakan yang mahu menghulurkan bantuan kepadanya . Kenangan lama yang masih menghantui dirinya membuatkan Dian merasa takut untuk mendekati orang di sekelilingnya namun kini dia akan cuba untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik.
" Perghh ada awek baru lah".. Mata mereka semua tertumpu pada pintu kelas.
"Adriana?".. muhaimin turut menoleh ingin melihat siapakah gerangan tuan empunya nama . Adriana mula menjengah ke dalam kelas Lima Arif sepertinya mencari kelibat seseorang tanpa menghiraukan mata- mata yang memandangnya.
' Mana dia ni pergi'. Adriana mula merasa geram kerana tidak dapat bertemu dengan Adam Haiqal namun belum sempat dia beredar matanya terpandangkan seseorang yang baru sahaja dia kenal .Tanpa menunggu dengan lebih lama dia terus menapak menuju ke arah gadis itu.
"Adam pergi mana?"..Muhaimin memandang wajah Dian mintak penjelasan..
" Saya tak tahu".
" Kau buat apa dekat sini?. Nak stalk Adam kan?. lebih baik kau balik kelas kau sekarang".. Banyak mata yang memerhati membuatkan Dian merasa dirinya dipersalahkan. Tangannya mula mengigil ketakutan.
"Apa yang kau duduk lagi . Pergi dari sini sekarang".. Tindakan Dian mendiamkan diri membuatkan Adriana merasa marah lantas lengan Dian direntapnya kasar. Muhaimin yang melihat perubahan pada wajah Dian mula membantu.
" Dian Awak ok tak ni." .. Wajah Dian yang berubah pucat membuatkan rakan sekelasnya panik.
" kau jangan masuk campur ini urusan aku dengan dia".. Lengan Dian ditarik kasar memaksa gadis itu untuk mengikutinya.
"Awak tolong lepaskan saya. Saya tak salah".. Adriana masih berkeras ingin Dian mengikutinya.
"Kau siapa?. Kau nak bawak dia pergi mana. Baik kau lepaskan dia sekarang sebelum tangan aku hingap kat muka kau"..Dian mula memegang dadanya yang terasa sakit.
"Weh tengok Dian. Kenapa dia macam tu".. semua Mata mula tertumpu pada Dian Yang sedang menepuk dadanya seakan menahan rasa sakit yang teramat. Adriana masih tidak menghiraukan kata-kata mereka dia beranggapan Dian hanya berlakon untuk mendapatkan perhatian.
"Min.. tolong saya..."..Dian merasa duninya sekaan berputar belum sempat dia menghabiskan kata-katanya di rebah tidak sadarkan diri..
Share this novel