Bab 11:- TANDA TANYA

Romance Series 82127

Dian yang sedang duduk seorang diri di buaiyan tidak jauh dari rumahnya hanya memandang kosong ke arah langit yang cerah. Suasana redup pada pagi itu membuatkan dia merasa nyaman dan tenang. Sejak dari kecil lagi kawasan itu menjadi tempat kegemarannya apabila dia mempunyai masaalah, dengan hanya duduk sambil menghirup udara yang segar membuatkan fikirannya kosong buat seketika. Sedang dia memerhati keadaan sekeliling, kelihatan sebuah kerete mewah berada di perkarangan rumahnya membuatkan Dian merasa hairan , siapakah gerangan tetamu yang datang bertandang ke rumahnya pada pagi itu?. 'kalau tak kawan ayah mesti kawan ibu'. Dian hanya mencebikan mulut tidak berminat. Tiada apa yang menarik jika mendengar perbualan antara orang mereka. Setiap kali rakan kedua ibu bapanya bertandang kerumah pasti akan ada pelbagai soalan yang diajukan kepadanya dan adakala mereka akan memuji anak mereka sendiri membuatkan Dian merasa tidak selesa berada disitu.
"Hye duduk seorang saja ka?".
Dian yang sedari tadi menundukkan kepalanya mula mendongak memandang tuan empunya suara. Riak wajahnya mula berubah saat terpandangkan insan yang berada dihadapannya kini.
"Along!". Dian meluru ke arah Daniel Faliq lantas tubuh itu dipeluknya erat.
"Kenapa along lama tak balik?.". Daniel Faliq membalas pelukan adiknya itu sebelum mula bersuara.
"Bukan along tak nak balik. Kerja along dekat pejabat banyak. Along kena settle kan semua barulah tak susah hati nak balik kampung". pelukan dileraikan lalu Dian memandang wajah itu lama sepertinya melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Walaupun jarak umur mereka agak jauh namun hubungan mereka sangat akrab. Sejak kecil lagi Dian akan mengikuti kemana sahaja Daniel Faliq pergi , jika tidak dibawa bersama pasti dia akan menangis tanpa henti. Setelah umur mereka sudah meningkat dewasa Dian banyak meluahkan segala masaalah yang dia hadapai kepada abangnya itu membuatkan Daniel Faliq sedia maklum mengetahui masaalah yang dihadapinya. Daniel Faliq merupakan keluarga dan rakan bagi Dian kerana sifatnya yang memahami dan penyayang membuatkan Dian merasa selesa untuk berkongsi.
" Along ambil cuti berapa lama ni?".
"Hum.. dua minggu?". Dian mengerutkan dahinya tanda tidak berpuas hati. Kenapa sekejap sangat?
" Kenapa buat muka macam tu?. sebab along stay lama sangat ya?. Ok kalau macam tu seminggu je lepas tu along balik". Tangan Dian mula menepuk kuat lengan Daniel Faliq membuatkan abangnya terjerit kecil akibat pukulan itu.
"Along baru saja sampai dah kena dengan Di. Along balik lah macam ni".
"Mengada lah dia ni. Kenapa tak sebulan ja cuti . Dua minggu tu sekejap sangatlah along" Daniel Faliq merenung wajah adiknya itu lama
lalu dia mula tersenyum melihat telatah Dian Sofea yang tidak pernah berubah. Walaupun umurnya kini sudah tujuh belas tahun namun dimatanya Dian tetap anak kecil . Beberapa hari lepas Mak yah ada menghubunginya memaklumkan keadaan Dian dan menceritakan tentang apa yang terjadi kepada adiknya itu membuatkan Daniel Faliq merasa risau dan ingin segera pulang.
" Along dah jumpa ibu dengan ayah belum?".
Daniel Faliq mengelengkan kepalanya perlahan sebelum mula menoleh ke arah rumah mereka.
"Siapa yang datang tu?". Dian turut menoleh ke arah yang sama. Kereta mewah yang dilihatnya sebentar tadi mula keluar dari perkarangan rumahnya bergerak melalui kawasan mereka. Dian merenung kereta itu lama sepertinya cuba untuk melihat siapakah gerangan orang yang berada di dalamnya namun hampa.
"Jom lah balik. Mesti ibu dengan ayah terkejut tengok along". Daniel Faliq hanya menuruti kata-kata adiknya itu sebelum mula melangkah mendapatkan keretanya untuk bergerak pulang.

Adam Haiqal sempat melihat wajah Dian sofea yang penuh dengan tanda tanya namun siapakah gerangan pemuda yang berada bersamanya sebentar tadi?. Adam Hiqal mula termenung memikirkannya membuatkan Datin Safyah tersenyum.
" Yang mama nampak tadi tu kawan Am ka?". Adam Haiqal hanya mengangukkan kepalanya tidak mahu bersuara.
" Jadi itulah Dian?". Adam Haiqal mula menoleh setelah mendengar sebaris nama itu.
"mana mama tahu?"..
"Mama tahu lah sebab mama dah tengok gambarnya. Cantik dan sedap mata memandang mama suka. Am suka Dian?". Adam Haiqal mengelengkan kepalanya laju sebelum mula bersuara
" Am tak habis sekolah lagi mama. Tak sempat nak fikir semua tu. Now Am nak fokus study dulu untuk bercinta belum lagi".
" Betul ni?". Adam Haiqal hanya mengangukkan kepalanya tidak mahu memanjangkan soalan Datin Safyah itu. sepanjang perjalanan pulang dia hanya mendiam kan diri, masih tidak dapat melupakan apa yang dilihatnya sebentar tadi. fikirannya penuh dengan persoalan yang tidak mungkin ada jawapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience