Dian berasa sangat tidak selesa bila berhadapan dengan anak majikannya itu apatah lagi duduk berdua-duaan di dalam kereta seperti ini namun apakan daya dia tidak mampu untuk berkata tidak kerana atas tuntutan kerja dia terpaksa akur. Sepanjang perjalan pergi Dian hanya mendiamkan diri tanpa dia sedari Satu keluhan dilepaskan. Haziq yang sadari tadi sedang fokus pada pemanduan mula menoleh ke arah Dian sambil tersenyum.
"Apa yang dikeluhkan tu?. Awak tak sehat ka?". Dian masih diam tidak bersuara.
"Dian?"..masih kaku . Tindakan Haziq menepuk lembut bahu Dian membuatkan tuan empunya badan terkejut.
"Ya En Haziq?. Ada apa ?".
"Awak ok tak?. Dari tadi diam saja. Kalau awak rasa tak sehat saya boleh bawa awak ke klinik".
"Tak... Saya ok.. sorry. Kita lambat lagi ka nak sampai?".
"Lagi sepuluh minit. Why?"
"Discussion En Haziq sekejap sahaja kan?".
"maybe but lepas discussion kita pergi tengok site then lunch and baru balik office. Why Dian?"
"Saya nak settle kan document untuk esok. Banyak lagi yang pending. Kalau boleh sampai office awal lagi baik".
"No worries Dian. Saya dah mintak papa hold dulu meeting selagi awak tak submit document so relax ok". Dian memandang wajah itu lama seakan tidak percaya dengan apa yang baru di dengarnya.
"Kenapa sampai macam tu En Haziq?. Saya tak selesa lah macam ni. Please next time tanya pendapat saya dulu. Apa budak-budak office fikir nanti kalau diorang tahu perkara ni.".
" Sokay Dian. Awak jangan risau satu office dah tau yang saya sukakan awak. So diorang takkaan berani burukan awak". Dian yang mendengarnya mula tersentak.
"Please En Haziq. Jangan macam ni. Saya tak boleh nak balas perasaan En Haziq pada saya. Maaf dan terima kasih sebab jujur but saya taknak orang lain fikir yang saya ambil kesempatan hanya disebabkan En Haziq ada perasaan pada saya."
" Why Dian?. Saya Sanggup tunggu awak . Saya sanggup berubah demi you please give me a chance".
"Saya tak boleh En Haziq Maaf". Dian hanya menundukkan kepala bimbang untuk bertentangan mata. Tidak berapa lama kemudian mereka sampai ke destinasi yang dituju membuatkan Dia mula menarik nafas lega.
Segala urusan berjalan dengan lancar namun ada satu perkara yang membuatkan Dian tidak senang duduk. Kehadiran Adam Haiqal sepanjang perbincangan mereka mebuatkan Dian berasa bimbang kerana apa yang berlaku antara Adam Haiqal dan Haziq tempoh hari masih lagi segar diingatannya namun sikap professional yang diterapkan dalam kehidupan mereka sebagai ahli perniagaan membuatkan perbincangan tersebut selesai dengan jayanya.
"Dian termenung jauh nampak?". Dian mula menoleh memandang tuan empunya suara.
"Along!. Along buat apa dekat sini?". Kehadiran Daniel Faliq disitu telah menyelesaikan semua masaalah yang sedang dihadapi oleh Dian pada tika ini. Sedari tadi Dia buntu tidak tahu bagaimana hendak mencari alasan untuk pulang sendiri ke pejabatnya namun dengan Kehadiran Daniel Faliq disitu sangatlah membantu.
"Kebetulan along ada kerja dekat sini. Di pula buat apa dekat sini?". Dian menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang sulungnya itu lalu matanya mula memandang keaadaan sekeliling sepertinya cuba mencari sesuatu.
"Di tunggu boss Di. Tadi dia cakap nak jumpa kawan sekejap. Along lama lagi ka dekat sini?. Tolong hantarkan Di balik office lepas ni boleh?". Suasana diruang menunggu pada ketika itu kelihatan sibuk. Kelibat Haziq masih lagi tidak kelihatan membuatkan Dian mengeluh perlahan.
" Sokay Along boleh tunggu Di. So why tak gerak sekarang ja? ".
" Owh Di kena pergi site ni. Tunggu En Haziq tapi mana pulak dia ni pergi".
"Eh along pun nak ke sana juga ni. Jomlah naik dengan along sekali".
"Along nak buat apa dekat sana?. Bukan along department lain ka?".
"Yup but ada document yang along perlu pas pada your husband". Dahi dikerutkan sepertinya cuba untuk memproses kata-kata Daniel Faliq itu. Husband aku? Siapa?. Tidak lama kemudian matanya mula membulat saat menyadari hakikat disebalik kata abangnya itu lalu mulut Daniel Faliq ditekupnya perlahan.
"Along jangan lah cakap kuat-kuat. Kalau kantoi macam mana?"..
"Lah along tak mention pun nama dia. Di relax ok".. Betul juga ya kenapa aku yang gabra lebih ni.
"Um.. Bukan husband selamanya pun".
"Kenapa Di cakap macam tu?. Jangan buat perkara gila ya. Sebelum buat apa-apa fikir dulu jangan ikut kata hati".. Dian hanya mendiamkan diri tidak membalas namun dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Kata-kata yang tidak terluah
'Hati Adam bukan milik Di along. Bila tiba waktunya Di pasti akan pergi'.
Share this novel