Bab 13:- PERMULAAN SEBUAH KEHIDUPAN

Romance Series 82127

Dian memandang wajah si kecil sekilas sebelum mula mengalihkan pandangan ke arah makanan yang sudah siap terhidang di atas meja. Fikiranya mula merewang memikirkan masa hadapan.
'Dapat ka aku jumpa kawan-kawan yang macam ini lagi ya?'. Persoalan demi persoalan mula bermain difikiran membuatkan Dian mula berasa sedih. Perpisahan sudah semakin hampir dengan hanya memikirkan perkara tersebut membuatkan Dian berasa berat hati. Tanpa dia sedari ada keluhan kecil terbit dibibirnya itu.

"Jom kita semua bergambar buat kenang-kenangan sebelum kita berpisah dan buat haluan masing-masing. "
"Jom!". seperti yang diarahkan mereka semua mula menapak menuju ke kawasan lapang yang terletak di tengah-tengah kedai makan tersebut namun ada seorang rakan mereka yang masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya.
"Dian". Thiya memandang Dian sambil mengelengkan kepala. pangilanya langsung tidak dihiraukan. Parah mengelemun budak ni. Kakinya menapak laju mendapatkan Dian yang masih kaku disitu.
"Dian! kau buat apa termenung lagi kita nak bergambar ni". Thiya mepuk lembut bahu Dian sebelum mula menarik lengan kecil itu agar segera mengikutinya.
" Eh kita nak pergi mana ni?".
"Semua orang dah tunggu tu . Tulah kau mengelamun jauh sangat". Dian hanya mengikuti langkah Thiya tanpa banyak tanya risau dimarahi pulak.
"Ha tu pun korang. Cepat masuk sekali".. Dian dengan segera mendapatkan tempat disisi Thiya tanpa memandang rakan sekelasnya yang lain kerana malu lantas lensa camera dipandang setelah kiraan satu hingga tiga dimulakan.
" Ok senyum semua. Nice . Lagi sekali senyum". Sedang dia tersenyum memandang camera terasa bahunya di paut oleh seseorang
"Ok nice guys . One more time, free style". Dian sempat menoleh seketika sebelum mula mendapatkan sikecil yang menghulurkan tangan ke arahnya minta di dukung. Adam Haiqal hanya membiarkan perbuatan adik bongsunya itu kerana dia sendiri tidak menyangka sikecil akan berbuat demikian.
" Baby buat mcm ni. Peace". Dian menunjukan jarinya agar sikecil dapat mengikuti cara posing tersebut setelah itu camera dipandang untuk yang terakhir kalinya gambar mereka dirakam sebagai moment terindah sebelum semuanya mula bersurai untuk pulang.

Berberapa tahun Kemudian...

"Di, Cepat sikit siap tu along dah lambat ni". Dian yang sedang membaiki tudungnya dibilik mula terkocoh-kocoh setelah mendengar pekikan tersebut . Tanpa menunggu dengan lebih lama bag tangan dicapai lantas langakah kakinya di atur menuju ke arah pintu utama rumah.
" Dah along. Maaf lambat". Daniel Faliq memandang wajah adiknya lama seakan terpegun.
"Ni nak pergi kerja ka nak pergi dating?". Dahi Dian mula berkerut mendengar pertanyaa abang sulungnya itu. Kenapa terlalu menyerlah ka pakaian aku ni?.
" Apa along merepek ni. Kata tadi dah lambat kan. Jom gerak sekarang , karang Jem pulak jalan". Daniel Faliq hanya tersenyum mendengar kata-kata adiknya itu sebelum sama-sama menapak menuju ke arah kereta.

"Dian! dekat sini kamu rupanya. Penat akak cari kamu dekat office". Dian yang baru sahaja ingin menyambung lakaranya mula terbantut dek kehadiran rakan sepejabatnya itu.
"Ada apa ya akk cari saya?".
"Tadi boss ada pesan pada akak yang dia nak jumpa Dian masa lunch nanti". Dian menarik nafas berat sebelum mula menyambung bicara..
"Dia ada cakap tak sebab apa dia nak jumpa saya?". kak Nor mengelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
"Baiklah akak. Terima kasih"..
"Akak pergi dulu tau. Jumpa dekat office nanti". Dian hanya mengangukkan kepalanya perlahan sambil tersenyum nipis. Kelibat Kak Nor yang semakin jauh dari penglihantannya dipandang kosong.
" Apa pulak masaalahnya kali ini.Mesti ada saja yang tak kena". Dian memegang kepalanya kejap cuba untuk berfikir apa yang patut dia lakukan lantas barang-baranya dikemas untuk segera pulang ke pejabat.

"Along esok Di kena ikut boss pergi jumpa client". Daniel Faliq yang sedari tadi sedang fokus melihat berita mula menoleh.
"Kenapa nak kena ikut boss adik pulak?. Kamu bukan assistant dia kan?". Ada keluhan berat dilepaskan membuat Daniel Faliq berminat untuk tahu.
"Boss nak adik ikut sekali sebab Client baru ni cerewet . Dia nak adik buat details lakaran untuk projek pembangunan dia nanti".
"Hum yelah tapi berapa lama?". Dian menunjukan angka satu menggunakan jari telunjuknya
" Satu hari ok lah tu. Tapi dekat mana?". Dian mengelengkan kepalanya perlahan sebelum mula bersuara.
"Bukan sehari along. Tapi seminggu dekat Pahang".
"What?. why lama sangat?. No along tak izinkan adik pergi. Di bukanya assistant dia sampai nak kena berlama-lama dekat sana". Dian sudah menyangka apa yang bakal berlaku . Abangnya itu pasti berkeras tidak mengizinkan dia pergi.
"Di pun ikutkan tak nak m Tapi boss kata client ni penting . Macam mana Di nak tolak along. Di sendiri pun dalam dilema ni tau tak". Dian mula mencebikan bibirnya cuba untuk meraih simpati.
" Di rasa seronok ka kerja dekat situ?.". Air mukanya mula berubah setelah mendengar pertanyaa itu. Jarinya jemarinya dipandaang kosong sepertinya cuba untuk memproses jawapan yang sesuai.
" Seronok tu seronok tapi tulah semua orang sibuk. Adik tak tahu nak berbual dengan diorang macam mana". Daniel Faliq mula mengeluh perlahan mendengar kata-kata Dian.
" Kalau along ajak Di kerja dekat tempat along Di nak tak?"..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience