Bab 36:- MEMERLUKAN

Romance Series 82127

Ting! Ting!
Mata Dian mula celik saat mendengar bunyi notifikasi yang baru sahaja diterima lalu dalam keadaam mamai telefon bimbit yang berada disisi katil dicapai.
'baru jam 3 pagi. Awal lagi nak bangun ni'. Tangan Dian mula menekup mulut yang sedang menguap menandakan badannya masih memerlukan rehat lalu selimut yang sadari tadi menutupi sebahagian kakinya ditarik sehingga ke paras dada. Entah mengapa suhu di dalam bilik tersebut pada malam itu terasa sejuk sekali tidak sama seperti malam-malam yang sebelumnya membuatkan mata Dian mula memberat...

Pang!

Belum sempat Dirinya lena di buai mimpi mata yang tadinya terpejam rapat kini terbuka luas setelah mendengar bunyi deraian kaca dihadapan pintu biliknya. Tanpa menunggu dengan lebih lama dia bergegas menuju ke arah pintu bilik tersebut. Alangkah terkejutnya Dian Saat melihat wajah insan yang berada dihadapannya kini setelah pintu biliknya dibuka.
" Awak?. Awak buat apa ni?". Adam yang kelihatan sedang mengutip serpihan kaca dilantai diam tidak bersuara. Dian yang melihat perilaku Adam itu mula berasa hairan.
"Adam?. Awak ok tak ni?". Masih diam tidak bersuara.
"Awak jangan kutip dengan tangan serpihan tu. Bahaya. Awak bangun dulu Adam tinggal sahaja karang saya sapu". Adam sepertinya mendengar kata-kata Dian itu namun tubuhnya terasa begitu lemah untuk melangkah membuatkan dirinya kelihatan kaku tidak berganjak.
"Adam?. Hey awak ok tak ni?".dengan perlahan lengan Adam Haiqal dipegangnya kejap.
Panas?
"Ya allah. Panasnya badan awak Adam awak demam ni. Jom saya bawa awak pergi klinik". Adam Haiqal mengelengkan kepalanya pantas menolak cadangan Dian
" lepas makan panadol nanti panas ni redalah.".
"No. Awak teruk macam ni mana boleh makan panadol saja. Awak bangun dulu"..
"Kepala saya sakit sangat. Tak boleh nak bangun". Dari nada suara Adam Haiqal jelas mengambarkan kesakitan yang sedang dialami oleh pemuda itu membuatkan Dian mula berasa simpati..
"Perlahan-lahan bangun jangan risau saya pegang
awak ". Adam Haiqal mencapai tangan Dian lalu dengan perlahan - lahan dia bangun dari duduknya.
"Ok kita ke bilik awak ya". Adam Haiqal sepertinya sudah kehabisan tenaga. Biliknya terletak jauh dari bilik yang didiami Dian kini namun dia tidak tahu bagaimana untuk menyatakan bahawa dia sudah tiada kudrat untuk melangkah.
"Awak larat ka nak jalan? Bilik awak jauh dekat sana". Adam Haiqal mengelengkan kepalanya lemah..
"Sokay, malam ni awak rehat dalam bilik saya ". Adam Haiqal hanya menurut tanpa sepatah kata. Setelah tubuh direbahkan ke atas katil, dia cuba membuka mata untuk melihat wajah wanita yang berada dihadapannya kini namun disebabkan kesakitan yang sedang dialami penglihatannya jadi terbatas. wajah wanita tersebut kelihatan samar pada pandangannya lalu tidak berapa lama kemudian kelibat wanita itu mula menjauh pergi meninggalkan Adam Haiqal bersendirian di dalam bilik tersebut.

Adam Haiqal yang sedari tadi cuba untuk lena mula membuka mata perlahan saat merasakan ada sesuatu yang menempel pada dahinya.
" Alhamdulillah saya ada spare cool fever. Harap boleh kurangkan panas awak. Saya tengah tunggu bubur masak. Lepas makan bubur baru awak makan ubat ya". Adam Haiqal cuba untuk menatap wajah itu lama namun keadaanya saat ini tidak mengizinkan lalu kepalanya dianggukan perlahan sepertinya mengikuti setiap kata-kata wanita itu.
"Awak cuba bertahan ya. Saya ke dapur sekejap".. Suasana bilik tersebut terasa begitu asing . Haruman yang menjengah kehidungnya membuatkan Adam Haiqal berasa tenang lalu dengan perlahan matanya mula memberat dan akhirnya dia terlena.

Dulang yang berisi makanan berserta segelas air putih diletak perlahan disis katil. Wajah Adam Haiqal yang sedang lena ditatap lama. Hatinya mula berubah menjadi sayu tatkala melihat wajah pucat milik Adam Haiqal itu.
"Awak...Awak.. Bubur dah siap. Bangun sekejap makan. Lepastu makan ubat". Adam Haiqal yang masih menahan sakit dengan perlahan-lahan cuba untuk bersandar. Dian yang melihat Adam Haiqal yang sudah bersedia pada posisinya mula mencapai mangkuk yang berisi bubur lalu disuakan ke arah Adam Haiqal.
"Tolong suapkan saya makan boleh?. Tangan saya rasa tak larat nak pegang mangkuk tu".
"Owh. Okay". Tanpa menunggu dengan lebih lama satu demi satu suapan diberikan pada Adam Haiqal sehingga tuan empunya badan berasa sudah tidak mampu untuk menelannya lagi baru Dian akan berhenti lalu ubat serta segelas air masak pula dihulurkan kepada Adam Haiqal setelah itu pemudah tersebut kembali ke pembaringannya.
"Awak pening kepala lagi ka?"..
"Sikit".
"Nak saya tolong urutkan?".
"thanks. Sorry dah susahkan awak".
"Sokay. Awak tak sehatkan, sekejap saya ambil minyak angin".
kesakitan yang dirasakan olehnya sebentar tadi terasa semakin berkurang mungkin disebabkan kesan ubat yang dimakan olehnya sebentar tadi? tambahan pula dia menerima urutan pada bahagian kepala membuatkan semua kesakitannya dengan perlahan hilang serta merta.
Mata yang tadinya segar kini kembali memberat dek kerana urutan yang diterima. Dalam hanya beberapa saat akhirnya dia terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience