Bab 24:-BERBEZA

Romance Series 82127

Setelah selesai membersihkan diri Dian menapak menuju ke arah katil untuk beristirehat. Perut yang terasa lapar dibiarkan tidak berisi. Sudah seminggu dirinya bergelar isteri kepada Adam Haiqal namun dirinya masih merasakan semu itu tidak nyata. Cincin yang tersarung dijari manisnya dipandang lama sebelum mula mengalih pandang ke arah syiling bilik memikirkan nasib yang menimpa diri. Perjanjian antara dia dan Adam Haiqal mula bermain difikiran ...

Sehari sebelum Majlis akad nikah....

"Dian saya akan bersihkan nama awak. Saya tahu awak takkan kahwin dengan lelaki yang awak tak cinta. Masih ada cara lain untuk kita selesaikan perkara ni". Dian memandang Adam Haiqal lama lalu nafas ditarik perlahan sebelum memulakan bicara.
"Saya risaukan ibu dengan Abah dekat kampung. Saya tak tahu macam mana kalau diorang dapat tahu tentang perkara ni. Saya taknak jatuhkan air muka keluarga saya". Adam Haiqal mula tersenyum sinis setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Dian.
"Macam mana dengan keluarga saya pulak?. Satu company dah heboh pasal kita awak rasa mana keluarga saya nak letak muka?. kalau awak tak masuk dalam bilik tu semua ini takkan jadi". Dian memandang wajah Adam Haiqal lama tidak menyangka dirinya yang dipersalahkan. Timbul rasa sedih dihati membuatkan Dian memalingkan wajah cuba untuk menahan tangis.

"Saya tak ada kuasa untuk meramal apa yang bakal berlaku Adam . Kalau diberi pilihan saya tidak akan masuk ke bilik itu. ". Dian menahan sebak tatkala menyuarakan isi hatinya membuatkan Adam Haiqal terdiam. Dia cuba untuk bertenang dan memikirkan apa yang patut mereka lakukan
"Dian hidup kita tak akan bahagian kalau kita teruskan perkahwinan ini . Please think about it"
"Saya lebih rela hidup menderita daripada menjatuhkan air muka keluarga saya dan semua yang berlaku ini sudah pun tertulis. Saya hanya minta awak untuk halalkan saya . Saya janji saya tidak akan mengharapkan apa-apa dari awak".
"Saya buntu Dian. macam mana saya nak berhadapan dengan Adriana?. Dia tunang saya awak pun tahu itu".
" Selepas kita disatukan saya sedia untuk dilepaskan. Demi keluarga , saya sanggup lakukan apa sahaja". Dalam keterpaksaan Dian cuba untuk meyakinkan Adam Haiqal bahawa perkahwinan mereke hanyalah sementara. Bila sampai waktunya mereka akan berpisah jua. Perkahwinan tanpa cinta umpama rumah kosong tanpa penghuni dari luar nampak indah namun di dalam sunyi tiada seri.

"Perkahwinan bukan satu permainan Dian. Kita ada agama. Saya tidak akan terima pencerian dengan mudah. Jika awak setuju dengan cadangan papa awak perlu bersedia untuk hidup bermadu"..
" Waktu yang akan menentukan segalanya. Saya mohon awak rahsiakan perkara ini dari pengetahuan ibu dan abah saya. Kali ini sahaja saya mohon". Adam Haiqal sepertinya tidak bisa menolak permintaan Dian setelah melihat seraut wajah kebimbangan milik wanita itu. Timbul rasa belas kasihan dalam dirinya membuatkan Adam Haiqal akur dengan permintaan gadis yang berada dihadapannya kini.
"Selepas majlis esok awak bebas untuk buat apa yang awak nak . Saya izinkan".

Ring! Ring!

Bunyi deringan Telefon bimbit miliknya membuatkan Dian tersedar dari lamunan lalu tangan Dian mula mencapai telefon yang terletak disisi katil

'Kak Ati?'
"Assalamualaikum akak. Di tak lapar . What?. Dah lama ka akak sampai?. Ok Di turun sekejap". Dian meletakkan telefon disisi katil sebelum mula bergegas turun ke tingkat satu menuju ke pintu utama rumah Saat pintu dibuka kelihatan Athirah sedang berdiri di luar pagar banglo milik Adam Haiqal dan dibawanya bersama sebuah bag yang berisi makanan. Rumah yang didiaminya kini terletak berhampiran dengan kediaman keluarga Adam Haiqal namun Dian tidak berpeluang lagi untuk berkunjung kesana.
"Assalamualaikum sister. Jom makan?". Pintu pagar automatik itu terbuka saat Dian menekan suis yang teletak disisi pintu utama rumah. Athirah mula menapak masuk mendapatkan Dian yang masih terpinga-pinga melihat kehadirannya disitu..
"Papa risau Di tak makan lagi sebab papa tahu rumah Am tak ada barang dekat dapur. Am jarang-jarang balik ke sini so jom?". Athirah mencapai lengan Dian lalu ditariknya bersama menapak masuk ke dalam rumah.
"Duduk". Bagaikan anak kecil Dian hanya menuruti setiap arahan yang diberikan sambil memerhati setiap gerak geri Athirah. Pinggan yang sudah pun tersedia di atas meja makan digunakan untuk mengisi juadah yang dibawa.
"Makan lah". Athirah menarik kerusi berhadapan Dian untuk duduk lalu wajah itu direnungnya lama seakan menunggu tindakan Dian yang seterusnya.
"Akak tak makan sekali?". Athirah dengan segera mengelengkan kepala tanda menolak
"Akak dah makan dengan papa dekat rumah tadi. Malam ni akak teman Dian tidur ok?. Am outstation seminggu kalau Dian nak pergi mana-mana atau nak mintak tolong apa-apa beri ja tahu akak tau". Dian mengangukkan kepalanya perlahan tanda mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience