"Eee lepas lah!". Natasha merentap lengannya kasar. Pergelangan tangannya diusap perlahan kerana mula merasa sakit akibat daripada gengaman Thiya sebentar tadi.
" Kau siapa nak masuk campur hal aku". Kelihatan ramai pelajar sudah berkumpul menyaksikan kejadian tersebut membuatkan Thiya merasa bimbang akan keadaan Dian lalu wajah itu dipandangnya sekilas..
"Kalau aku report hal ni pada cikgu ramai yang boleh jadi saksi dengan apa yang engkau dah buat pada dia. Jangan ingat kali ni kau akan terlepas". Natasha seakan terlupa dimana dia berada. Keadaan sekeliling dipandangnya kejap.
" Kau dengar sini Dian . Kau jangan ingat kau selamat ya , urusan kau dengan aku belum selesai."..
"woo main ugut nampak?. Sebelum kau apa-apa kan dia mari jumpa kami dulu. Kita settle satu-satu apa macam?". Muhaimin bersama beberapa pelajar lelaki kelasnya mula ikut campur membuatkan Natasha terdiam tidak berani untuk meneruska niatnya tatkala melihat kehadiran mereka disitu.
" Kau cari pasal dengan dia sama mcam kau cari pasal dengan kami. Ada faham?".. Natasha menggenggam tangannya cuba menahan sabar lalu tanpa menunggu dengan lebih lama dia mula melangkah pergi dari situ tanpa sepatah kata.
"Tau pun takut . Awak semua boleh lah bersurai ya. Maaf atas segala kesulitan amatlah kami kesali". Muhaimin hanya mengelengkan kepala melihat telatah rakannya seorang itu. Tidak pernah nak serius dalam apa jua keadaan.
"Kau ok tak Dian?". mata mereka semua mula tertumpu pada Dian yang sedari tadi hanya diam membisu tanpa kata. Thiya mengusap bahu gadis itu lembut seakan memujuk , mereka tahu Dian sedang berusaha untuk melawan traumanya sendiri kerana itulah mereka datang membantu dan tanpa mereka sedari kehadiran mereka disitu membuatkan Dian merasakan bahawa dia tidak keseorangan.
" saya ok. Terima kasih semua". Melihat senyuman yang terukir diwajah Dian membuatkan mereka merasa lega lalu mata Dian mula tertumpu pada seseorang. Melihat wajah yang turut tersenyum memandangnya membuatkan hati Dian kembali tidak keruan .
'kenapa dia ada dekat sini?'. Dian mula memalingkan wajahnya bimbang akan bertentangan mata. Thiya yang menyedari perubahan riak diwajah Dian mula tersenyum seakan memyedari sesuatu.
" Malu ya?". Dian mengelengkan kepala laju menidakkan kata-kata Thiya itu lalu mereka berdua sama-sama tertawa membuatkan yang lain merasa hairan.
" Jom pergi kantin. Kau tak makan lagi kan?. Masa rehat ada setengah jam lagi jangan risau yang lain boleh bersurailah balik kelas ya".
"Baik . Kita jumpa dekat kelas nanti ok. Jom gerak ". Muhaimin mula menapak pergi dari situ bersama rakan sekelasnya yang lain . Dian mula mencuri pandang Adam Haiqal yang semakin jauh dari pandangannya sebelum mula menapak mengikuti Thiya menuju ke arah kantin.
Adam Haiqal mula termenung seorang diri di balkoni biliknya . Suasana sepi pada malam itu membuatkan fikirannya mula melayang memikirkan sesuatu.
"Kenapa dia macam mengelak dari aku?". Adam Haiqal menyedari perubahan Dian terhadapnya selepas kejadian yang melibatkan Adriana tempoh hari. Dian seakan cuba menjauhakn diri daripadanya lalu kejadian yang berlaku pada pagi tadi mula bermain difikiran..
Adam Haiqal yang sedang duduk bersama sekumpulan pelajar lelaki kelasnya hanya menjadi pendengar perbualan antara mereka. Tidak tahu apa yang ingin dibualkan lalu dia mula memalingkan wajah memandang keadaan sekeliling. Kelihatan begitu ramai pelajar yang sedang berjalan menuju ke arah kantin, ada juga yang sedang menikmati makanan mereka pada tika itu lalu matanya mula tertumpu pada sekumpulan pelajar perempaun yang sedang menapak menuju ke arahnya.
'Dian Sofea'.
Selepas kejadian yang berlaku tempoh hari , dia masih tidak berkesempatan untuk berhadapan dengan gadis itu. Ucapan maaf darinya masih lagi tidak didengari oleh Dian namun setiap kali dia cuba untuk mendekati gadis itu , Dian akan melarikan diri daripadanya..
"Adam. Kau menung apa tu?". Adam Haiqal dengan segera memalingkan wajahnya memandang tuan empunya suara.
" tak ada apa". Alif mula tersenyum nakal setelah memandang wajah Adam Haiqal sepertinya ada sesuatu yang sedang difikirkannya.
"Kau usha awek mana tu. Share-share lah dengan kami info. Mana tau kami boleh temuramah dia ka, berkenal-kenalan ka".. Adam Haiqal mula tertawa mendengar kata-kata alif itu lalu kepalanya digeleng laju menidakkan telahan pemuda tersebut
" Mana boleh kenalkan pada awak. Bahaya". Alif membuat riak wajah sedih setelah mendengar kata-kata Adam Haiqal itu membuatkan mereka semua tertawa melihatnya. Adam Haiqal mencuri pandang ke arah Dian Sofea namun kelihatan gadis itu mula menapak pergi entah kemana membuatkan dirinya merasa hampa.
Bunyi deringan telefon membuatkan Adam Haiqal kembali tersedar dari lamunan lalu telefonnya dicapai ingin melihat siapakah gerangan si pemanggil tersebut.
"Adriana?"..panggilan tersebut hanya dibiarkan tidak berjawab malas hendak melayan karenah gadis itu. Jam di dinding sudah menunjukkan angka 10. Jika panggilan tersebut dijawab pasti gadis itu menganggu waktu tidurnya, Dengan perlahan dia mula menapak menuju ke arah katil dan tidak berapa lama kemudian akhirnya dia terlena tidak sadarkan diri..
Share this novel