Bab 4:- PERTEMUAN

Romance Series 82127

" Apa yang bising sangat pagi- pagi ni"..Dian yang sedari tadi sedang lena diulit mimpi kini terjaga setelah mendengar bunyi bising suara orang berbual seakan ada majlis kenduri dirumahnya lalu dengan keadaan yang separuh sedar dia menapak keluar dari bilik menuju ke arah dapur.
"Apa yang riuh sangat tadi ibu?".. Mak yam yang sedang membasuh pinggan mula menoleh saat mendengar suara Dian lalu wajah anaknya itu dipandang sekilas.
" Jiran baru kita datang singah tadi. Baik keluarganya tidak sombong mereka datang sebab nak tanya pasal sekolah anak mereka. ha tak lama lagi Dian dapat kawan barulah dekat sekolah".. Dian yang berdiri disebelah Mak Yam hanya mengangukkan kepalanya tanda faham.

'Ingat kan ada buat makan- makan tadi, baik sambung tidur saja'.
Dian mula menapak menuju ke arah bilik namun belum sempat dia meneruskan niatnya itu Mak Yam terlebih dahulu menghalang.

" Di. Dah jam berapa ni tak mandi-mandi lagi?. Tak molek anak dara mandi lambat. Pergi mandi sekarang. Ibu nak Di teman ibu keluar sekejap lagi".. Dian hanya menuruti arahan Mak Yam sebelum mula menukar arah menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Setelah hampir dua jam berada di pasaraya tersebut akhirnya mereka selesai berbelanja . Dian yang sedari tadi sedang menolak troli yang berisi barang- barang keperluan mereka tiba-tiba terhenti saat terpandangkan sesuatu. Kelihatan seorang ayah yang sedang melayan karenah anaknya yang ingin digendong lalu diangkat ke udara. Lagak sikecil sepertinya dia sedang terbang lalu mereka berdua tertawa senang tanpa menghiraukan orang sekeliling. Dian yang melihat turut tersenyum. ' Comel sangat haih'...Saat diamati wajah itu dia mula merasa hairan seperti pernah ku lihat wajah itu tapi dimana ya?. Adam Haiqal?.. adik dia kah itu?.. Dian mengarukan kepalanya penuh tanda tanya lalu tanpa menunggu lama dia bergegas menuju ke arah kereta untuk pulang.


"Di nanty kalau jumpa anak jiran baru kita tu kirim salam pada dia ya. Cakap ibu kirim salam"..
"Macam mana Di nak tahu dia yang mana satu. Muka dia pun Di tak pernah tengok."..
" Ibu pun tak pernah tengok mukanya. Tapi Datin tu ada sebut namanya klau tak silap ibu lah Adriana . Kalau Di dah kenal nanti ajak-ajak lah kerumah ya"..

" owh ok ibu. Di pergi sekolah dulu ya. Assalammualaikum". Tangan Mak Yam dikucup lembut sebelum mula melangkah menuju ke sekolah..

Mata Dian mula tertumpu pada seorang pelajar perempuan yang sedang berdiri dihadapan pintu pagar sekolah mereka lalu diamati nama yang tertera pada nametage pelajar tersebut.
'Adriana marissa'..hum betul lah ni jiran baru aku. Sambil tersenyum dia mengatur langkah mendekati..

"Assalammualaikum.. awak Adriana kan?"..wajah yang tadinya tenang mula berubah saat melihat kehadiran Dian situ.

" Ya aku Adriana. Kau siapa ya?". dengan nada sinis Adriana bertanya lalu dia memalingkan wajahnya ke arah lain tidak senang dengan kehadiran Dian disitu.
" Saya jiran baru awak. Awak yang pindah masuk rumah besar tu kan?. Ibu saya kirim salam pada awak .". Adriana sepertinya tidak menghiraukan kata-kata Dian namun dengan tiba-tiba riak diwajahnya mula bertukar ceria saat melihat seseorang.

"Am!"..Adriana melambaikan tanganya ke arah Adam Haiqal yang sedang berjalan mendekati mereka. Dian turut menoleh.

" Ari buat apa dekat sini?". Lengan Adam Haiqal dipeluknya mesra seakan ada pertalian antara mereka. Mata Dian mula membulat saat melihat tindakan berani Adriana itu.

" I tunggu you lah".. Sekali lagi Dian terkejut melihat perubahan Adriana saat bersama dengan Adam Haiqal. Sangat manja. Adam Haiqal mula perasan perubahan pada riak diwajah Dian dengan segera menarik lengannya dari terus dipelukan Adriana.

" Sorry, Am nak masuk kelas". Adam Haiqal cuba untuk beredar dari situ namun Adriana tidak mengizinkannya. Dian yang melihat telatah mereka berdua hanya mencebikkan bibirnya tanda tidak selesa. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi Adam Haiqal terlebih dahulu menghalang.
" Dian projek kimia tu Team kita tak siap lagi kan?. Madam chai mintak kita pergi makmal dia pagi ni. Awak nak kesana sekarang ka?".. Apa yang dia merepek ni?. Wajah Adam Haiqal direnungnya mintak penjelasan namun dari riak wajah pemuda itu jelas kelihatan dia sedang memintak bantuan darinya..Dian mengangukkan kepalanya tanda faham ..
"Owh Betul tu. Saya nak ke sana sekarang. Madam nak buat taklimat penting pagi ni so saya perlu pergi dulu lah."...Adriana memandang wajah Dian menyampah. Kalau dia tahu akan jadi begini dari tadi lagi dia sudah menyuruh Dian pergi dari situ. Dia yakin Dian hanya ingin memikat Adam Haiqal .

" Saya ikut. sorry Ari Am kena pergi sekarang. Jumpa nanti ok?. Jom Dian". Adam Haiqal mula melangkah mendahuluinya. Dian sempat menoleh memandang Adriana yang sedang berdiri kaku disitu tanda marah sebelum mula mengikuti langakAh Adam Haiqal menuju ke kelas mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience