Bab 35:- SEMANGAT

Romance Series 82127

"Termenung jauh sangat tu. Di along rasa kita boleh gerak dah ni. Cakap dengan boss Di jumpa dekat sana". Kepala diangguk perlahan sepertinya setuju dengan cadangan Daniel Faliq lalu telefon bimbit miliknya dikeluarkan dari poket seluar.
"Hello assalammualaikum En Haziq. Kita jumpa dekat site ya. Sokay ada staff nak ke sana. Baiklah. Waalaikumussalam".
" Ha jom lah. Lepas ni kita pergi makan ya along. Di lapar gila ni". Kepala Dian digosoknya kasar membuat tuan empunya badan segera menepis.
"Ee apa ni along. Rosak tudung orang". Dian mencebikkan bibir tanda tidak puas hati. Habis lah imejnya nanti hanya disebabkan tudung yang dipakai tidak 'on point'. Biasalah wanita kekemasan tudung adalah segala-galanya. Jika tudung tidak memberi kerjasama pada hari tersebut maka rosaklah mood sepanjang hari jawabnya.
"Makan ja kerjanya. Geram along tengok. Tak usah nak muncung sangat meh along tolong betulkan".. Belum sempat Daniel Faliq mendekati Dian terlebih dahulu menjauhi.
"No!.. Along tipu. Nanti habis dia rosakkan balik. Duduk situ diam-diam".
"Mana adalah meh sini along tolong. Betul - betul ni meh cepat."..
"Tudung Di ok dah. Thankss". Kaki Dian mula. Melangkah laju meninggalkan Daniel Faliq dibelakang bimbang dikerjakan oleh abanya itu namun Daniel Faliq yang berada jauh dibelakangnya mula berlari-lari anak mendekati membuatkan gadis itu mula berlari menuju ke arah tempat parking kereta.

"Thanks En Adam sudi luangkan masa dengan kami. Apa-apa update terbaru kami akan segera maklumkan pada pihak En Adam". Seperti. Biasa dengan kaca mata hitam serta pakaian casual Adam Haiqal kelihatan memukau. Tiada wanita yang biasa menidakkan ketampanan jejaka tersebut namun Adam Haiqal yang dulu lagi memukau dimata Dian. Adam Haiqal yang kini bukan lah Adam Haiqal yang dikenalnya dahulu hanya disebabkan mereka terputus hubung dan sudah lama tidak bersua perubahan yang ada pada jejaka itu sedikit sebanyak menyadarkan Dian bahawa waktu boleh merubah segalanya..
"Dian jom pergi lunch?". Dian yang baru sahaja ingin melangkah pergi terlebih dahulu disapa oleh Haziq membuatkan dia menoleh memandang tuan empunya suara.
"Sorry En Haziq. Kawan saya ajak lunch sama hari ni so saya gerak dulu ya?".
"Dian please. Tadikan saya dah cakap kita lunch sama-sama. Kalau macam tu I join you lunch?."
"Um...".. Aduh mamat ni dah kenapa. Tak faham ka aku tolak dia.
"Why not kita lunch sama En Haziq? Kebetulan ada hal yang I nak discuss dengan En Haziq about your new project. Itu pun Kalau En Haziq tidak keberatan". Kemunculan Adam Haiqal disitu membuatkan Dian berasa lega kerana dia sendiri sudah mati akal serta sudah kekeringan idea untuk menolak ajakkan tersebut.
" Ya allah kebetulan sangat tu En Haziq. Kalau Macam tu En Haziq saya gerak dulu ya. Jumpa dekat office nanti. Thanks En Adam sebab sudi teman kan boss saya lunch". Senyuman paling manis dipamerkan oleh Dian membuatkan kedua-dua jejaka dihadapannya menjadi kaku buat seketika.
'Senyuman yang telah lama hilang'

"Along malam ni Di balik rumah along boleh?". Dian yang sadari tadi sedang ralit membelek telefon bimbit miliknya mula bersuara lantas wajah abangnya itu direnung lama menantikan jawapan.
"Di balik rumah Adam lah ya. Along bukan tak kasi kamu duduk rumah along tapi kali ni lain Di. Adik along kan dah ada suami. Nanti Adam balik Di tak ada dekat rumah siapa nak Layan dia? ."
"Adam selalu outstation along. Mesti malam ni dia tak balik lagi. Di bosan lah duduk dalam rumah besar tu sorang-sorang. Boleh lah along.. Yaa.. Boleh yaa"..
"Mana Di tahu Adam tak balik malam ni?. Tak apa di balik dulu kalau di bosan along beri tahu kak athirah ok?". Dian mula mencebikkan bibirnya tanda protes.
"Benci!"..
"Eh dia mula dah buat perangai. Awak tu dah umur berapa bawak-bawaklah berubah. Perangai kalah baby tau. ." Dian mula menjelirkan lidah ke arah Daniel Faliq malas untuk membalas kata-kata abangnya itu kerana dia pasti tidak akan menang. Masa terasa begitu pantas berlalu tanpa mereka sadari mereka telahpun hampir tiba ke destinasi yang hendak dituju.

"Assalammualaikum". Dian mula menapak perlahan memasuki rumah tersebut. Dengan malas dia menapak menuju ke tingkat satu rumah menuju ke biliknya. Sunyi. Satu kata yang terlintas di dalam mindanya kini. Suasana rumah tersebut kilihatan suram tiada seri. Belum sempat dia melangkah memasuki biliknya Dian menoleh memandang keadaan sekeliling kejap
"mungkin esok kita boleh cuba buat perubahan?". Sambil tersenyum dia mengatur langkah memasuki biliknya untuk beristirehat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience