Bab 37:- KECEWA

Romance Series 82127

Adam Haiqal mula terjaga dari lena saat mendengar alunan merdu surah dibaca. Lalu jam yang berada disisi katil dipandang sekilas.
"Enam suku dah?". Wajahnya diraup perlahan sebelum mula melangkah turun dari katil. Belum sempat langkah kaki diatur mata Adam Haiqal tertumpu pada sosok tubuh yang berpakaian serba putih duduk dipenjuru bilik. Jika diamati wajah itu dia adalah wanita yang baru sahaja dinikahinya. Dian Sofea. Sebaris nama yang sudah tidak asing lagi dalam keluarga Adam Haiqal. Wajah yang kelihatan suci murni tanpa sebarang makeup sedang mengalunkan ayat suci al-quran membuatkan dia terpaku buat seketika
"Awak dah bangun? . Kepala awak pening lagi tak?". Seperti anak kecil Adam Haiqal menjawab pertanyaan Dian bersama gelengan.
"Alhamdulillah. Saya turun dulu nak siapakan breakfast..". Telekung yang disarung ditanggal lalu dilipat kemas. Tanpa menghiraukan pandanga mata Adam haiqal, Dian dengan segera menapak pergi dari bilik tersebut menuju ke tingkat satu rumah. Terasa seperti tiada ruang udara antara mereka apabila dia dan Adam Haiqal berdua-duan di dalam bilik tersebut.
Adam Haiqal yang sadari tadi berdiri kaku di hadapan katil mula menapak keluar menuju ke biliknya untuk membersihkan diri lalu menunaikan solat fardhu subuh.

Hati Dian mula berbunga tatkala memikirkan kejadian semalam, menjaga Adam Haiqal ketika sakit adalah satu pengalaman baru buat dirinya. Dia perlu sentiasa peka dengan keadaan suaminya itu agar kesakitan Adam Haiqal dapat segera diubati. . Gitu.. Sedang dia ralit mengoreng nasik di dalam kuali, telinganya mula menangkap bunyi loceng pintu,
sepertinya mereka didatangi oleh tetamu pada pagi itu. Jam yang tergantung pada dinding dipandang sekilas.
"Hye tujuh suku lagi dah ada orang datang?. Tahulah hari ini hari minggu". Api dapur dipadam sebelum mula menapak laju menuju ke arah pintu utama rumah. Setelah itu langsir yang menutupi sebahagian tingkap diselak sedikit bagi membolehkan Dian melihat siapakah gerangan yang hadir ke rumahnya seawal pagi itu.
"Mama?!"...tudung yang tersangkut pada dinding dicapai lalu disarungkan Ke kepala. Tanpa menunggu dengan lebih lama suis pintu pagar ditekan bagi membolehkan ibu mertuanya itu masuk ke perkarangan rumah.
"Mama. Dah lama ka sampai?". Langkah kaki Dian mula terhenti tatkala melihat wajah wanita yang sedang berdiri dibelakang ibu mertuanya kini.
"Apa yang lambat sangat bukak pintu nya. Am mana?"..
"Am ada dekat dalam. Jemput masuk dulu mama . Kebetulan Dian ada buat nasik goreng boleh lah kita makan sama-sama". Datin Safyah mula tersenyum sinis tatkala mendengar ajakan menantunya itu lalu dia menoleh memandang Adriana.
"Nasik goreng sahaja?. Pandai ka you masak?. Panggil Am kluar sekarang. I Nak jumpa dia". Dian memandang wajah Adriana kosong sepertinya tidak tahu untuk membalas kata-kata wanita itu, tambahan pula dengan kehadiran ibu mertuanya disitu sangatlah tidak sesuai. Air muka kedua ibu dan bapanya perlu dijaga lagi-lagi dihadapan kedua mertuanya.
"Mama? Ad?. Ada apa datang pagi-pagi ni?. Kenapa tak masuk? ". Senyuman Adriana mula melebar saat melihat kelibat Adam Haiqal dibalik pintu utama rumah.
"Sayang!. Morning, jom breakfast sama?. I ajak mama keluar sekali hari ni sebab tu i datang nak jemput you". Lengan Adam Haiqal dipeluk manja, Datin Safyah yang sedang berdiri dihadapan mereka hanya tersenyum saat melihat telatah Adriana . Kewujudan Dian disitu langsung tidak dihiraukan.
'ingat aku kesah ha?. Kau ingat aku cemburu?. Makan nasik lebih baik'. Malas untuk melayan karenah mereka pagi-pagi hari ni lebih baik dia blah. Sebelum dia melangkah memasuki rumah mereka Dian sempat melemparkan senyuman buat Adam Haiqal membuatkan jejaka itu jadi hairan. Tidakkah dia cemburu?.
"Sayang you dengar tak ni?. Jom kita. Keluar?".
"Jom Am. Mama dah lama tak keluar dengan kamu. Nanti kita lunch dekat rumah mama ya?".
"Ok Am siap sekejap".
"I tunggu dalam kereta ok". Kepala diangukkan perlahan tanda mengerti lalu langkah kaki segera diatur menuju ke bilik untuk bersiap.

"Kau ingat ini zaman apa?, nak bersedih sebab mak mertua tak terima kau?. Sikit pun sis tak heran. Sokay Dian sabar semuanya akan tamat tak lama lagi. "..dalam dia cuba untuk menenangkan hati yang sedang marah tanpa sadar air matanya mula mengalir perlahan. Jauh disudut hati dia berasa begitu sakit. Sakit apabila mengingati hakikat sebenar bahawa cinta dia buat Adam Haiqal hanya bertepuk sebelah tangan. Segalanya jelas bahawa kehadirannya disitu tidak membawa erti apa-apa, hanya sebuah perjanjian yang ada tempoh waktunya seperti jam pasir. Jiwanya perlu kental apabila saat itu tiba.
"Awak". Dian tidak menoleh saat mendengar suara lembut milik Adam Haiqal memaggilnya bimbang jejaka itu melihat wajahnya kini.
Dian masih meneruskan kerjanya. Adam Haiqal yang sedang berdiri dibelakang langsung tidak dihiraukan.
"Terima kasih".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience