Dian yang baru Sahaja tersedar dari lena mula memandang ke arah jam yang berada disisi katil..
‘Jam sepuluh pagi?’ mata Dian mula membulat kaget. Belum sempat dia bangun dari pembaringan terasa ada tangan yang sedang memeluk erat tubuhnya membuatkan Dian tidak bisa untuk berganjak.
“Awak saya nak bangun ni, dah jam sepuluh mesti awak laparkan?”. Wajah Adam Haiqal ditatapnya lama menanti jawapan namun tiada respon yang diterima, Sepertinya suaminya itu masih lena diulit mimpi tanpa menunggu dengan lebih lama tangan Adam Haiqal dialihkan perlahan bagi membolehkan dia untuk bergerak.
“No”. Pelukan semakin dieratkan Dian yang melihat perbuatan Adam Haiqal mula membulatkan matanya tanda tidak menyangka dengan Tindakan suaminya itu.
“Apa awak buat ni Adam. Awak dah bangun rupanya tak baik tipu tau”. Adam Haiqal sempat tersenyum namun matanya masih terpejam rapat kerana rasa mengantuk yang masih tersisa membuatkan dia separa sedar.
“Awak? Siapa awak tu?”. Bibir Dian mula menguntum senyum saat mendengar soalan tersebut lantas wajahnya dirapatkan pada telinga Adam Haiqal.
“A-B-A-N-G. Abang..Di nak bangun ni”. mata Adam Haiqal mula membulat Setelah mendengar suara lunak milik isterinya itu.
“Sayang please jangan goda abang”. Dian kaku buat seketika. Renungan mata milik Adam Haiqal benar-benar mengetarkan jiwa wanitanya. Renungan penuh kasih sayang membuatkan dia tidak menyadari bahawa jarak antara mereka hanya sejengkal..
“Sayang izinkan abang….”.. Jari Dian pantas menghalang Adam Haiqal dari terus mengatakan perkara tersebut. Wajah adam Haiqal yang kelihatan hampa ditatap lama sebelum mula berkata perlahan namun jelas pada pendengaran suaminya itu.
‘waalaikummussalam’….
Tanpa menunggu dengan lebih lama tubuh kecil itu ditarik rapat agar mendekatinya.
“Abang akan cuba bahagiakan Dian. Walaupun sayang bukan yang pertama tapi abang janji sayang yang terakhir untuk abang”. Air mata Dian mula mengalirperlahan tanpa di sedari. Kata yang telah lama dia nantikan. Segala apa yang terjadi kini terasa bagaikan mimpi. Mimpi yang tidak pernah disangka akan menjadi kenyataan.
“Abang mintak maaf dengan apa yang abang dah buat pada Di sebelum ni. Please jangan menangis sayang abang tahu besar kesalahan abang pada sayang”. Mata Dian mula terpejam rapat saat merasakan usapan lembut pada wajahnya. Setelah itu renungan redup milik Adam haiqal dipandang penuh kasih.
“Di sayangkan abang. Tolong janji dengan Di yang abang takkan hancurkan kepercayaan Di pada abang”. Adam Haiqal mula merangkul erat tubuh kecil itu dalam dakapannya. Keadaan sunyi buat seketika sebelum Dian mula merasa ada kucupan hangat singah pada wajahnya…
“Assalammualikum sayang”…..
“Takkan you nak biarkan saja perempuan tu rampas Adam dari you?”. Wajah Adriana yang bersahaja dipandangnya sekilas.
“You nak I buat apa lagi?. Macam-macam cara yang you suruh I dah buat but still not working and segala bukti yang I dah curang ada pada tangan Am”
“You tak rasa ka Dian yang buat semua tu?”. Adriana mengerutkan dahi kejap cuba untuk memproses kebarangkalian dari kata-kata Natasha.
“Perempuan macam tu licik tau. Mungkin dia dah spy you dari awal lagi and now adalah masa yang sesuai untuk dia reveal you punya scandal?”.
“Perempuan kampung tu spy i?. I don’t think so”. Bibir mula diketap perlahan tanda tidak berpuas hati dengan respon yang diterima lalu satu keluhan dilepaskan sebelum meneruskan bicara.
“So apa yang you akan buat sekarang?”.
“I have to clear my name first. Kalau semua gambar-gambar I sampai pada tangan papa habislah i.” Jam pada tangan dikerling sekilas sebelum mula menyisip air kopi yang masih tersisa.
“I have a perfect plan for her. Mybe dia masih tak kenal siapa Natasha yang sebenarnya and I akan buat dia menyesal sebab pernah Malukan I dulu”. Wajah Natasha yang menyimpan seribu satu dendam dipandang bimbang oleh Adriana. Apa yang bakal dia lakukan kali ini?. Dia sedia maklum dengan perilaku wanita itu semenjak sekolah lagi namun disebabkan mereka memiliki musuh yang sama Adriana bersetuju untuk berteman dengan Natasha demi menjatuh kan wanita yang bernama Dian Sofea.
“you know what, you boleh buat apa Sahaja yang you nak but please jangan babitkan I coz this time im quit’
Share this novel