Bab 2:- SALAM PERKENALAN

Romance Series 82127

' Ok hari ni nak study apa'..segala Buku rujukan serta buku teks dikeluarkan. Matanya tajam memandang kesemua buku tersebut masih memikirkan subjek apa yang perlu dikaji. humm matanya dipejam lantas buku -buku di atas mejanya diubah sekaan bermain daun trop. Lalu dengan mata yang terpejam tangannya mula bergerak memilih buku hasil rombakannya sebentar tadi.

" Ok buku ni". Hum subjek ini ya.. Mathematics.. Tanpa membuang masa buku nota dikeluarkan. Fokusnya kini hanya pada subjek tersebut..

"Attention.. attention please".. Semua mata pelajar di dalam bilik tersebut mula tertumpu pada seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri dihadapan bilik darjah mereka. Apa agaknya perkara yang ingin disampai kan itu?
" Ok hari ni ramai cikgu tak dapat masuk klas so mereka ada tinggalkan latihan. Sebelum balik pastikan semua latihan yang diberikan selesai ya" .. Suasana bilik tersebut mula riuh dengan sorakkan dari pelajar lelaki seakan meraikan ketiadaan guru mereka.
" Kalau kami tak siapkan jugak macam mana tu min?. Ada tak cikgu cakap apa-apa?"..
" Ada. Kalau tak siapkan latihan tu markah kerja kursus setiap subjek akan ditolak. Faham kan apa maksudnya?"..terasa ingin pecah tawanya melihat perubahan air muka rakan-rakanya itu. Owh tadik bukan main korang bersorak ya. Ha bersorak lah lagi. Tanpa menunggu lebih lama latihan yang diberikan oleh guru mereka sebentar tadi mula diedarkan.

"Lagi satu sebelum aku terlupa. Hari ni ada budak baru masuk kelas kita". wah budak baru?

"Lelaki ka perempuan?".. salah seorang daripada mereka mula bertanya seakan teruja..
" Apa punya soalan lah tu. Dah semestinya...". Dengan hanya Melihat senyuman nakal diwajah rakannya itu sudah menjawab segala persoalan yang bermain difikiran mereka .

" Yas perempuan!.. ada awek baru masuk kelas kita.. horay!!".. sekali lagi pelajar lelaki mula bersorak riang seolah- olah meraikan kehadiran pelajar tersebut..

" Eh semestinya lelaki lah.. perempuan buat apa.. Karang jadi pelik macam tu". semua mata tertumpu pada Dian yang sedang membuat halnya sendiri tanpa menghiraukan orang sekeliling.. semua pelajar lelaki mula menepuk dahi tanda setuju..
"Mana dia min?.. Kenapa tak masuk lagi?". Kali ini pelajar perempuan pula mula bersuara . Rasa tidak sabar untuk melihat wajah pelajar baru tersebut. Harap-harap tidak terikut dengan perangai gila pelajar lelaki kelas mereka.
"Owh sebentar lagi dia masuk. Ada urusan yang perlu dia selesaikan"..
" Assalammualaikum , ini kelas lima arif ka?."..suasana kelas yang tadinya riuh dengan suara pelajar mula sunyi tatkala terpandangkan tuan empunya suara yang sedang berdiri dihadapan pintu kelas mereka. Betapa indahnya ciptaan tuhan Sesiapa yang memandang wajah itu pasti akan jatuh cinta. Begitulah yang terjadi kepada kesemua pelajar perempuan di dalam kelas tersebut. Mata mereka masih terpaku pada ketampanan yang dimiliki oleh pelajar lelaki tersebut.
"Waalaikummussalam. Ya sila masuk . Budak baru kan?". Adam haikal mula menapak perlahan menuju ke arah muhaimin..
" Ya saya.. hye semua". Pelajar perempuan mula bersorak riang tatkala mendengar suara Adam Haikal seakan menegur mereka.
"Hye awakkk". Suara- suara nakal dari pelajar perempuan mula kedengaran membuatkan muhaimin mengelengkan kepalanya seakan tidak percaya.
" Amboi bukan main seronok lagi kamu semua ya. Panjang umur kau .. nama siapa?".
" Adam Haikal. Boleh panggil Adam atau Am"..
" Ok Adam selamat datang ke kelas lima arif". semua pelajar menepuk tangan meraikan kehadiran sahabat baru mereka itu lalu Muhaimin menyuruh Adam untuk duduk dibangkunya.
" Pastikan semua siapkan latihan. Jangan malukan kelas kita. Nah ni latihan yang cikgu kasi. Hari ni kita self study ok". Adam mencapai kertas latihan yang dihulurkan oleh rakannya itu sambil mengangukkan kepalanya tanda faham.

bunyi deringan loceng menandakan waktu rehat telah bermula membuatkan semua pelajar merasa tidak sabar untuk mengisi perut mereka yang sedang lapar. Ruang legar yang tadinya kosong kini dipenuhi dengan puluhann pelajar yang ingin menuju ke kantin sekolah . Dian yang sedari tadi hanya jadi pemerhati mula menapak meninggalkan kawasan kantin menuju ke arah padang sekolahnya. Mata Dian mula tertumpu pada pondok yang terletak tidak jauh dari situ lalu kepalanya mula menoleh kiri dan kanan seakan mencari sesuatu. Tidak kelihatan seorang pun pelajar yang melalui kawasan pondok tersebut. senyumannya mula melebar tanda lega lantas tanpa menunggu dengan lebih lama Dian mendapatkan tempat dibawah pondok tersebut.
" Nasik goreng ibu tidak pernah mengecewakan.". Sambil tersenyum bekal makanan tersebut dibuka lalu doa makan dibaca sebelum perutnya diisi sehingga kenyang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience