Suasana yang tadinya tegang telah berubah menjadi tenang setelah ketiadaan Natasha. Adam Haiqal yang masih berdiri disebelahnya dipandang sekilas. Kenapa lelaki itu berubah sikap terhadap dirinya?. Mengapa baru sekarang Adam Haiqal melakukan hal sedemikian setelah dia hampir melupakan suaminya itu. Tidakkah dia memikirkan apa yang bakal terjadi jika perkara ini sampai ke pengetahuan Adriana?. Pelbagai persoalan mula bermain difikiran Dian Sofea pada tika ini.
"Dian?. Are you ok?". Dian yang sedari tadi hanya mendiamkan diri dipandang penuh bimbang.
"We need to talk"..suasana restaurant yang mula bingit dengan suara rakan sekelas mereka dipandang kejap oleh Adam Haiqal sebelum mula menapak mengikuti langkah Dian yang semakin jauh menuju ke luar restaurant.
"Apa yang awak cuba buat sebenarnya Adam . Apa yang saya nak beritahu dengan diorang lepas kita dah berpisah nanti?".
"Sorry Dian i takkan lepas kan you. Kita masih boleh sama-sama perbaiki hubungan ni so Please don't say like that".
"Macam mana dengan Adriana?. Saya taknak jadi penghalang hubungan awak berdua. Awak cintakan dia Adam saya bukan siapa-siapa dalam hati awak so please lepaskan saya".
"Please don't push me Dian. Beri saya peluang untuk kenal awak and bahagiakan awak".
"Peluang untuk awak dah lama tertutup Adam. Saya tahu saya tak layak untuk dapatkan cinta dan perhatian daripada awak. Sembilan tahun saya simpam perasaan ni sekarang dah tiba masanya, untuk saya lupakan awak.". Air mata yang sedang ditahan akhirnya gugur jua. Adam Haiqal yang mendengar pengakuan Dian mula terdiam. Sungguh dia tidak menyangka bahawa isterinya itu pernah menyimpan perasaan terhadap dirinya.
"No!. I tak benarkan you buat macam tu please Dian".Air mata yang masih mengalir diseka perlahan. Dian yang baru sahaja ingin melangkah pergi dari situ mula terpaku saat melihat banyak mata yang tertumpu ke arah mereka.
"Come with me". Tangan Dian ditarik lembut oleh Adam Haiqal agar segera mengikutinya. Mindanya saat ini kosong tidak tahu apa yang patut dia lakukan
"Hello Dian. Eh awalnya kau balik?. apa-apa inform aku ok?. Baik. Waalaikumussalam". Setelah talian dimatikan, Thiya mula menyambung menikmati makan malam yang telah disediakan. Muhaimin yang berada dihadapannya sedari tadi mula memandang wajah itu penuh tanda tanya..
"You nak apa sebenarnya?. Sampai maca tu sekali pandang i? ". Muhaimin mula tersenyum dengan riaksi yang dipamer oleh Thiya lalu keadaan sekelilin dipandang kejap.
"Nothing. Saya cuma nak cakap yang awak cantik malam ni. Sopan sedap mata memandang.". Kata-kata muhaimin itu membuatkan bibir Thiya mula menguntum senyum namun dia tidak membiarkan dirinya terbuai oleh kata-kata lelaki itu.
"So sebelum-sebelum ni i tak cantiklah?".
"Eh of course lah cantik but now semakin cantik".
"You nak apa sebenarnya ni?. Baik cakap cepat". Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Wajah Thiya yang ayu direnung untuk yang kesekian kalinya lantas dengan perlahan dia membisikkan sesuatu pada wanita itu.
'Hujung bulan ni saya hantar rombongan meminag. I Hope you don't mind'.
"Seriously?". Muhaimin mula mengangukkan kepalanya sambil tersenyum bahagia. Akhirnya dia dapat menyatakan hasrat yang telah lama terpendam. Kini dia hanya perlu menunggu masa itu tiba...
Dian mula menapak laju mamasuki rumah tanpa menghiraukan Adam Haiqal yang berada dibelakangnya. Hati Dian mula berbelah bahagi dengan keputusan yang telah di buat kerana perkara itu dia tidak bisa untuk berhadapan dengan suaminya pada tika ini namun belum sempat dia memanjat anak tangga terasa tanganya di capai lembut oleh seseorang.
"Dian please janga macam ni. Beri saya peluang untuk perbaiki hubungan kita".
" Sudah tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi. Saya penat awak, saya nak rehat"..
"Saya cintakan awak Dian"..Dian mula menoleh lalu wajah Adam Haiqal direnungnya tajam.
"Awak tak perlu paksa diri awak Adam. Please beri saya ruang". Tanpa menghiraukan kata-kata Dian itu , dengan perlahan Adam Haiqal mula menapak merapatinya.
"No. Saya akan buktikan pada awak yang saya benar-benar cintakan awak Dian"..
"Apa yang awak cuba buat....". Tanpa sempat Dian menghabiskan kata-katanya Adam Haiqal terlebih dahulu mengucup bibir itu lembut.
"Saya takkan lepaskan awak Dian. Dan saya takkan duakan awak". Air mata Dian mula mengalir perlahan ke pipi. Kata-kata Adam Haiqal itu telah pun menyentuh perasaanya namun adakah perasaan suaminya itu benar atau hanya kerana simpati?. Hanya memikirkan perkara tersebut dirinya mula berasa bimbang.
"i know you love me Dian. Saya janji saya akan bahagiakan awak"... Air mata Dian yang semakin deras mengalir diseka perlahan oleh Adam lalu jari jemari halus milik Dian digengamnya erat cuba untuk meyakinkan wanita itu.
"Saya takut Adam. Beritahu saya bagaimana cara untuk saya percayakan awak. Apa jaminan awak untuk saya? Please jangan seksa hati saya macam ni". Tubuh Dian dirangkulnya erat sepertinya tidak mahu dilepaskan.
"Izinkan saya Dian...". Kata - kata tersebut cukup membuatkan hati perempuannya lemah lalu tanpa dipaksa dia hanya merelakan...
Share this novel
update please