"Assalammualaikum along. um Di tunggu". Talian dimatikan. Dian yang sadari tadi sedang berbaring mula duduk menyandar dikepala katil. Tidak sadar berapa lama dia terlena akibat kesan ubat yang dimakan sebentar tadi. Kepalanya yang masih terasa berat dipegang kejap. Rambutnya yang lurus dipegang pelik. 'Tudung?. Siapa yang taggalkan tudung aku?'. Dian mula mengelabah. Tidak tahu tudungnya diletakkan dimana. Matanya mula memandang persekitaran bilik rehat tersebut cuba untuk mencari keberadaan tudung yang menutup kepalanya.
Tok! Tok! Tok!
"Siapa tu?!". Sunyi tiada berjawab. Dian mula risau jikalau anak majikannya itu masuk ke dalam bilik tersebut dalam keadaan auratnya yang terdedah. Tidak boleh sama sekali. Lagipula lelaki dan perempuan berdua-duan dalam bilik tersebut sangatlah tidak manis. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Dian mula mengelengkan kepala laju bimbang dengan andaian sendiri.
"Kak siti?. Akak ka tu?.". Masih Diam tanpa suara membuatkan Dian mula berasa takut. Tombol pintu kelihatan dipulas dari arah luar.
"siapa tu?!. Jangan masuk!". Perasaan takut mula menyelubungi diri. Kain selimut yang menutupi separuh badannya ditarik cuba bersembunyi . Benarkah apa yang diceritakan oleh rakan sepejabatnya sebelum ini mengenai ganguan-ganguan mistik yang berlaku dipejabat mereka baru-baru ini. Kedengaran pintu dibuka dan ditutup perlahan namun Dian tidak dapat melihat siapakah gerangan makhluk yang memasuki bilik tersebut. Belum sempat dia menilik dari celahan selimut tersebut terasa lengannya dipegang.
"Arghhh!!. Lepaskan Aku hantu tak guna!".Dian mula meronta ketakutan membuatkan kain selimut yang menutupi tubuhnya terjatuh. Mata yang masih terpejam dibukanya perlahan , jeritannya mula terhenti tatkala melihat wajah manusia yang berada dihadapannya kini. Adam Haiqal?
"Encik Adam?. Encik buat apa dekat sini?". lengan Dian yang digengam dilepaskan perlahan.
"Macam mana keadaan awak? dah ok ka ?". Dian mula berasa hairan setelah melihat perlakuan pelik Adam Haiqal dihadapannya. Tersangatlah berbeza dari dirinya yang sebenar. Adam Haiqal pula sepertinya terpaku melihat keadaan wanita yang berada dihadapannya . Indah . Cukup indah, hanya satu perkataan dapat memberi gambaran apa yang telah dilihatnya kini. Dian yang menyadari situasi tersebut mula menarik selimut untuk menutupi bahagian rambutnya yang terdedah.
"Saya ok. Encik jangan risau". Adam Haiqal mula tersenyum saat melihat tindakan pantas wanita itu.
"Tak berdosa kalau seorang suami melihat aurat isterinya melainkan aurat itu dipertonto kepada yang bukan mahram". Dian sepertinya terlupa akan sesuatu.
"Maaf Saya dah terbiasa. Macam mana awak boleh tahu saya dekat sini?".
"Along". Dian mengerutkan dahi seakan tidak percaya.
"Ada orang nampak tak awak datang sini?". Dian mula merasa bimbang jika status hubungan antara dia dan Adam Haiqal terbongkar, rancangan mereka untuk berpisah pasti akan menjadi rumit.
"En Hanif.".Mata Dian mula membulat saat mendengar nama itu.
Tuk! Tuk! Tuk!
Dian dan Adam Haiqal saling berpandangan sebelum mula memandang ke arah pintu bilik menunggu siapakah gerangan yang berada disebalik pintu tersebut.
"Dian. You ok ka?". Haziq? . Wajah Adam Haiqal dipandanya cemas.
"En Haziq. saya ok jangan risau". Jarinya diletakkn dibibir memberi isyarat menyuruh Adam Haiqal untuk tidak bersuara.
"Boleh I masuk?".
"No!.. Maaf En Haziq saya tak pakai tudung ni. Saya dah ok. En Haziq tak perlu risau". Tombol pintu yang tadinya dipulas dilepas perlahan.
"Are you sure?".
Share this novel