Bab 16:- GELISAH

Romance Series 82127

Dian memandang keadaan sekeliling sambil tersenyum. Terasa aman dan damai
"Suasana sangatlah memainkan peranan dan idea yang banyak juga tidak boleh disia-siakan". Tanpa membuang masa Komputer riba miliknya dibuka. Jari halus itu mula rancak menekan papan kekunci menambah sedikit maklumat yang dirasakan masih tidak lengkap ke dalam slide yang bakal dibentangkannya sebentar lagi.
" Akhirnya siap jugak alhamdulilah". Setelah berpuas hti dengan hasil kerja yang dilakukan Dian mula bersandar menghela nafas lega lalu jam ditangan dikerlingnya sekilas.

'Aku yang awal sangat sampai atau mereka yang lambat nih ?'
Dian mengaru kepalanya perlahan sepertinya tidak tahu untuk berbuat apa lantas kejadian sebentar tadi mula bermain difikiran

"Natasha. Awak buat apa dekat sini?". Dian memandang keadaan sekeliling sepertinya tidak selesa dengan kehadiran wanita itu.
"Memang betullah you. I ingatkan dah tersilap orang tadi. I ada event dekat sini so kebetulan kan kita jumpa?". Dian hanya tersenyum nipis sebelum mula mengeluarkan telefon bimbitnya seakan melihat sesuatu.
"Owh sorry i got to go now, by the way nice to meet you ". Natasha mengangukkan kepalanya tanda mengerti. Riaksi wanita itu benar-benar mengingatkanya kembali akan zaman persekolahan mereka. Masih ada yang belum selesai. Sambil tersenyum sinis dia juga turut mengorak langkah beredar dari situ..

"Hye termenung jauh nampak". Dian yang sedari tadi membuang pandang ke arah luar lobi hotel dengan segera menoleh ke arah tuan empunya suara .
"Eh, En wan. Mana ada termenung. Dah lama ka sampai?".
"Baru sahaja". Mata Dian mula memandang keadaan sekeliling cuba mencari kelibat seseorang .
"En Hanif baru sampai so dia pergi chek in dulu.". Dian mula mengangukkan kepalanya perlahan tanda faham. Belum sempat dia menanyakan soalan tersebut jawapan telah pun diterima sepertinya apa yang sedang difikirkan Dian boleh dibaca oleh ketuanya itu. Tidak sampai sepuluh minit dari kejauhan kelihatan kelibat En Haniff bersama dengan seorang yang tidak mereka kenali.
"Hye guys sorry i terlewat sikit".
"It's okay boss. kami pun baru sampai". Dian menganggukkan kepala mengiayakan kata-kata Hazwan itu lalu pandangan matanya mula terarah pada jejaka berkaca mata hitam yang sedang berdiri disisi En Hanif. Siapa dia? Tanpa menghiraukan mereka Dian dengan segera menyiakan bahan-bahan yang bakal dibentangkan sebentar lagi.
"Good so i perkanal kan ini En Haiqal, kita punya clients". Mereka mula berjabat tangan tanda salam perkenalan
"Hazwan, boleh panggil wan". Dian yang sedang menyibukkan diri tidak menyadari bahawa dirinya sedang diperhatikan.
"...And who is she?"..mata mereka mula beralih ke arah yang dimaksudkan.
" Dian. Dian Sofea".


"Nice proposal and good idea". Dian memandang Hazwan sambil tersenyum tanda gembira sepertinya pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja yang mereka lakukan.
"Alhamdulillah kalau begitu, so for now pihak kami akan menunggu maklum balas dari pihak tuan dan Kami berharap kita dapat berkerjasa sama untik projek kali ini.
"En Hanif i will give you a call and Thank you for your cooperation". mereka saling berjabat tangan tanda perbincangan selesai.

Setelah hampir dua jam perbincangan dilakukan akhirnya mereka menuju kata sepakat. Dian yang sudah berasa tidak sabar untuk pulang ke biliknya mula mengemas segala bahan yang mereka bawa sebentar tadi
" Dian jangan lupa dinner kita malam ini and Wan please bawak dia sekali kalau dia lupa please reminde her". Hazwan hanya menganggukkan kepalanya perlahan tanda faham sebelum mula menoleh ke arah Dian yang kelihatan sibuk .
"Dian malam ni wajib hadirkan diri. No more excuses"..Dian yang mendengarnya mula mengerutkan dahi tanda protes.
"Kalau tak pergi tak boleh ka En Wan?. Saya ada kerja yang perlu disiapkan"..
"Dinner malam ni penting sebab itu boss wajibkan kita berdua join so please come". Dian mengunggkan kepalanya lemah walaupun tidak rela. Dengan perasaan malas dia menapak menuju ke bilik hotel untuk merehatkan tubuhnya yang sudah tidak bermaya.

"Dah lah tak bawak baju cantik ....eeeeee sebelum ni lepas kenapa kali ni sangkut plak"..Dian terduduk merenung pakaian yang dikluarkan dari bag sepertinya tidak tahu untuk berbuat apa. Hendak keluar membeli pkaian baharu kenderana pula tiada. Wajahnya diraup perlahan cuba untuk berfikir .

Ring! Ring! Ring!

"Siapa pulak yang call ni".Matanya mencari kelibat telefon bimbit miliknya itu lalu Dengan keadaan yang malas dia menapak perlahan menuju ke arah meja solek.

"Along?. kenapa dia call?". Tanpa menunggu dengan lebih lama butang terima panggilan ditekan.

"Assalamualaikum. Ya along ada apa tu?. Tak makan lagi. Ok saja along jangan risau. Owh ya malam ni Di ada dinner dengan boss tau. Ya bukan Di berdua dengan dia sahaja . Yes. What?!. Ok Di turun sekarang".

"Amira tolong batalkan semua appointment saya minggu ni. Yup next week baru i masuk office. Tolong inform pada papa i sekali ok. Thanks". Talian dimatika lalu belum sempat Adam Haiqal menapak pergi dari situ matanya mula tertumpu pada seseorang. Wajah itu sepertinya pernah dilihat sebelum ini namun lupa dimana. Tidak berapa lama kemudian kelihatan kelibat Dian Sofea menapak mendekati pemuda tersebut.


"Along!!..Along Buat apa dekat sini?. Ya allah along adalah orang yang dikirim oleh tuhan untuk menyelamatkan Di". Tanpa mempedulikan mata yang memandang Dian Sofea mula memeluk erat tubuh sasa milik Daniel Faliq sepertinya lega dengan kehadiran abangnya disitu.
"Hey kenapa ni?. Di ada masaalah ka?". Daniel Faliq mengusap tubuh kecil itu perlahan sebelum mula menyuruh Dian Sofea untuk duduk.
"Along tahukan Di tak suka pergi dinner company. So Di tak adalah bawak baju cantik. Eh malam ni wajib hadirkan diri pulak. Di mana ada baju. Nak keluar bandar dia jauh lah. Di tak tahu nak buat apa. Alhamdulillah along Di yang ganteng ni datang jom teman Di bli baju". Daniel Faliq mula tertawa mendengar kata-kata adiknya itu.
"Along ingatkan masaalah besar sangat. Jom along teman kan".

"Hye Dian". mereka yang baru sahaja ingin beredar dari situ mula menoleh ke arah tuan empunya suara .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience