Bab 21:- TEMPAT BARU

Romance Series 82127

"Laparnya nak makan apa ni". Dian yang baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib mula menapak keluar dari bilik menuju ke ruang bawah .Niat dihati ingin mengisi perut yang kosong mula terbantut saat pintu kabinet dapur dibuka. Semuanya kosong tiada berisi.
"Owh lupa barang dapur dah habis". Haluannya diubah menuju ke ruang tamu . Suis 'tv' dihidupkan lalu alat kawalan jauh dicapai. Satu persatu siaran dibuka namun tiada satu pun rancangan yang berjaya menarik minatnya.

"Baik aku order makan..". Telefon bimbit dicapai setelah itu aplikasi grab dibuka.Sedang dia ralit meneliti menu makanan dalam talian , telefon bimbitnya mula berdering menandakan ada panggilan masuk .

'Along?'
" Hello assalamualaikum..Ya along. Ha Adik ada dirumah kenapa tu?. Baju haritu ada..Ha ok.. Pergi makan dekat mana?. Okay along sekarang jugak Di siap. Baik along!". Yahuu tak payah susah-susah order grab. Tanpa menunggu dengan lebih lama Dian bangun dari pembaringan menuju ke bilik untuk bersiap.

"Along nak bawak adik makan dekat mana ni?. Wah cantiknya bangunan dekat sini". Dia sepertinya terpukau dengan kecantikan seni bina di dalam kawasan tersebut. Daniel Faliq mula berasa lega tatkala melihat senyuman yang menghiasi wajah Dian kini. Setelah hampir Setengah jam perjalanan akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju. Dian memandang muka Daniel Faliq masih menunggu jawapan.

"Along tak jawab lagi soalan Di.Sekarang ini kita dekat mana?. Along kata nak bawak di pergi makan". Daniel Faliq mematikan enjin kereta lalu dia menyuruh Dian untuk turun.
"Kita buat apa dekat sini along. Di dah lapar ni. Kalau along nak jumpa orang, along hantar Di ke kedai makan dulu boleh ?".
"Turun dulu baru along cerita". Dian hanya menurut kata abangnya itu lantas lengan Daniel Faliq dipeluk erat.
"Seriously Di".Dian mula tersenyum tatkala melihat riaksi wajah abangnya
"Ya. Kalau Di sesat macam mana?.". Daniel Faliq menghela nafas perlahan tanda mengalah lantas dia mula menapak memasuki perkarangan bangunan diikuti oleh Dian dari arah belakang.

Mata Dian mula meliar memandang keadaan dipersekitarannya, kesemua barangan disitu kelihatan mewah dan eksklusif. Siapa agaknya pemilik bangunan ini. Daniel Faliq mula menghampiri sekumpulan lelaki separuh abad yang sedang rancak berbual dihadapan sebuah dewan. Dian mula memandang wajah abangnya itu kejap.
'Along kenal ka mereka ini?'.
"Daniel!... Great to see you after so long!". Daniel Haiqal mula berjabat tangan dengan lelaki separuh abad itu, Dian yang berada disebelah hanya mampu tersenyum tanda menyapa.
"Ya Dato' It’s been a while. Congratulations on your latest success".
"Thanks Daniel...".
"Papa.". Mata Dian mela terpaku saat melihat seraut wajah yang sedang berada dihadapannya kini. Kecantikan yang tiada tandingan , penampilanya juga sedap mata memandang. Wajah abangnya dikerling sekilas. Daniel Faliq kelihatanya sedang memalingkan muka seakan segan dengan kehadiran wanita tersebut. Bibir Dian mula menguntum senyum.

Setelah selesai mengisi perut yang kosong, Dian mula memandang keadaan sekelilingnya kejap. Dari apa yang diberitahu oleh Daniel Faliq jamuan pada malam itu merupaka jamuan rasmi syarikat tempat dia bekerja. Kebanyakan tetamu yang hadir adalah terdiri daripada usahawan serta golongan berpangkat tinggi. Dian memerhati setiap cara pemakiaan serta tingkah laku tetamu disitu sepertinya cuba membezakan kedudukan antara mereka. Dari satu sudut Dian melihat Daniel Faliq sedang rancak berbual dengan seseorang wanita. Jika diamati wajah itu Sepertinya wanita tersebut baru sahaja dia kenali. Bibir Dian mula memguntum senyum lalu kejadian sebentar tadi mula bermain difikiran.

"Sampai pun awak. Ingatkan tak datang tadi". Wanita yang berada dihadapan mereka mula menyapa Daniel Faliq dengan mesra. Dian yang berada disebelah hanya menjadi permerhati.
"Maaf terlambat sedikit Cik Athirah".
"Siapa ni?. Taknak kenalkan pada saya ka?". Dian memandang wajah Daniel Faliq sambil tersenyum namun disebalik senyuman itu ada seribu satu persoalan yang bakal dikemukan kepada abangnya saat mereka pulang nanti.
"owh perkenalkan Dian Sofea my little sister and Dian perkenalkan Athirah Suraya boss along.".
"Eh pembetulan. Saya bukan boss awak tapi officemate ye. ". Dian menghulurkan tangan untuk bersalaman namun tubuh kecilnya itu dirangkul erat oleh Athirah membuatkan Dian terpaku buat seketika.
"Niel banyak cerita pasal awak dekat saya. Finally hari ini kita jumpa jugak". pelukan dileraikan Dian memandang wajah itu lama masih kagum dengan kecantikan wanita tersebut. Pasti tuan empunya badan sudah berpunya lantas pandangan matanya mula beralih kepada Daniel Faliq.
"Along tak pernah cerita pun pada adik pasal Cik Athirah"..Daniel Faliq hanya tersenyum tidak tahu untuk berkata apa. Dian yang melihat riaksi cemas abangnya itu mula tertawa membuatkan Daniel Faliq mengelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati. Athirah yang melihat kemesraan dua bradik itu turut tersenyum lalu mereka bertiga mula menapak masuk ke dalam dewan untuk menjamu juadah yang telah siap dihidang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience