BAB 47:- JARAK

Romance Series 82127

"Adriana, adriana,...aku tak sangka kau sebodoh ni. Kau ingat aku boleh biarkan kau pergi macam tu saja selagi aku tak dapatkan Adam kau jangan nak mimpi boleh lepas dari pandangan aku. Kalau tak habislah Adam tahu semua rancangan aku. Kau perlu bertangungjawab atas pilihan kau"..kelibat Adriana yang semakin jauh dari pandangan mata dipandang bersama senyuman yang sukar untuk ditafsirkan. Natasha mula memikirkan rencana bagaimana untuk dia menundukkan gadis bernama Adriana agar tetap biasa mengikuti segala kemahuannya.

Dian memandang keadaan sekeliling janggal. Setelah bergelar isteri kepada Adam Haiqal , ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Kawasan kerja suaminya itu. Kenangan lama mula bermain difikiran membuatkan Dian termenung jauh buat seketika.

“Sayang stay dekat sini sekejap, abang ada meeting dengan papa pagi ni. Kalau sayang nak apa-apa just call Amira ok?”. Tiada respon yang diterima dari siterinya itu membuatkan Adam Haiqal mula menoleh memandang ke arah Dian Sofea
“Sayang?, are u ok?..Di…”.
“owh ya. Abang cakap dengan Di ka?”. Dian menarik nafas dalam sebelum mula menghembusnya perlahan. Sepertinya dia masih dihantui oleh kenangan lalu. Adakah kebahagian yang sedang dirasakannya saat ini hanya mimpi semata. Bila ianya akan berakhir dan Kembali pada sediakala?. Dengan hanya memikirkan semua itu sudah cukup membuatkan kebimbangan yang dirasakannya saat ini adalah nyata. Dian yang kini sedang duduk berhadapan Adam Haiqal hanya menundukkan kepalanya tidak mahu bertentangan mata. Suasana menjadi sunyi buat seketika. Setelah itu Dian merasakan ada tangan yang sedang mengengam lembut jari jemarinya lantas dia mendongak memandang wajah Adam Haiqal yand sedang tersenyum kearahnya.

“Abang akan cuba Bahagiakan Dian. Walaupun permulaan kita tak seindah pasangan lain tapi abang akan cuba jadikan pengakhiran kita yang terindah sepanjang hidup sayang. Itu janji abang pada Dian. Abang harap Dian sudi tolong abang kukuhkan hubungan kita. Penceraian bukanlah penyelesaian dari semua masaalah, abang takkan benarkan perkara itu berlaku but Dian perlu jujur dengan abang. Luahkan segala kebimbangan yang sayang rasa baru abang akan faham. Dian sudikan tolong abang?”..
Kepala diangukkan perlahan sebelum mula menyeka air mata yang mula mengalir dipipi. Kata-kata Adam Haiqal membuatkan Dian Sadar akan sesuatu. Kini dia tidak bersendirian.

“Di rasa Di tak layak untuk abang. Di rasa semua yang jadi sekarang tidak nyata. Di takut semua ini akan hilang. Hati Di sakit sebab Di terlalu sayangkan Abang. Apa yang patut Di buat sekarang Di tak tahu..”
“Hey sayang abang ada dekat sini dengan sayang. Percaya dengan perancangan Allah just follow the flow insyaa allah semuanya baik-baik saja”. Dian mula tersenyum mengerti, Adam Haiqal yang sedari tadi memandang terus ke arahnya mula menapak mendekati lalu tubuh kecil milik Dian dirangkulnya erat bersama satu kucupan hangat singah pada dahi siterinya itu.
“Abang sayang Dian kali ini sungguh kerana allah. Abang akan cuba bahagiakan sayang”.

Knok! knok!

“Maaf mengganggu En Adam. Dato Arshad mintak En Adam ke bilik dia sekarang”. Wajah Amira yang kelihatan gembira itu dipandangnya sekilas.
“ Baik. Tahanks Amira and tolong jaga kan Puan untuk saya. Abang pergi dulu sayang anything just call me atau Amira ok?” Dian hanya mengangukkan kepalanya perlahan sebelum mula mencapai tangan milik Adam Haiqal lalu dikucupnya perlahan. Tindakan isterinya itu membuatkan Adam Haiqal mula tersenyum senang.
“Assalammualikum abang”….
……….

“Aunty Ari tahu Ari dah banyak buat salah but kalau Am tak kahwin dengan perempuan tu semua ni takkan jadi”..Datin Safyah merenung wajah itu tajam sebelum memulakan bicara.

“how could you say that?, selama ni aunty percayakan Ari tapi apa yang Ari dah buat?. Sekarang baru aunty faham kenapa Am cuba lambatkan perkahwinan kamu berdua. Am dari awal dah tahu kamu ada hubungan dengan lelaki lain dekat belakang dia. Ari jangan ingat aunty akan berdiam diri Sahaja. Jangan jadikan perkahwinan Adam sebagai alsan untuk kamu ada scandal dengan lelaki lain”.

“Aunty Ari mintak maaf. Ari mengaku memang salah Ari dari mula. Tapi Am tak pernah pandang Ari what choice do I have so please aunty jangan beri tahu papa Ari pasal semua ni. Ari mohon”..
“Jangan pernah dekati Adam Lagi. I warned you. Kalau Ari cuba ganggu Am Aunty takkan teragak-agak untuk beri tahu your dad about all this thing. Aunty sayangkan Ari macam anak aunty sendiri now aunty hilang Ari yang aunty pernah kenal dulu”.
Adriana mula tergamam tatkala mendengar kata-kata terakhir yang keluar dari mulit Datin Safyah itu bagaikan ada pisau yang menghiris hatinya tika ini. Tanpa dia sedari air mata mula mengalir deras di pipi tanpa dipaksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience