"Hmm..". Dian hanya mengiakan kata-kata Athirah namun dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hubungan mereka hanyalah sementara walaupun hatinya kuat menyatakan cinta terhadap lelaki itu, hubungan mereka pasti akan berakhir kerana hati Adam Haiqal bukan lah miliknya. Biarlah perasaan ini di simpan kemas dan satu saat dia pasti akan pergi meninggalkan cinta pertamanya itu agar si dia dapat bersama dengan orang yang dia cintai. Sungguhpun begitu Dian tetap akan menghargai setiap saat bersama keluarga Adam Haiqal sebelum semuanya kembali seperti sediakala.
"Ok kita dah sampai". Dian yang sadari tadi termenung jauh mula mengalih pandang ke arah luar tingkap saat Kereta yang dinaikinya meluncur laju memasuki perkarangan rumah agam milik keluarga Adam Haiqal. Jelas riak keterujaan diwajah Dian Saat melihat persekitaran rumah tersebut. Sangatlah rapi dan indah. Kelihatan banyak jenis bunga yang ditanam membuatkan persekitaran rumah tersebut kelihatan bewarna warni.
"Jom masuk ". Athirah yang sudah pun keluar dari dalam perut kereta mula menapak menuju ke arah pintu utama rumah. Dian hanya membuntuti setiap langkah Athirah tanpa sepatah kata.
"Dian nervous ka?. Jangan risau mama dengan papa ok".
"Assalamualaikum. Papa, mama I'm home". Dato' Arsyad dan Datin Safyah yang sedang duduk diruang tamu mula mengalih pandang ke arah pintu utama rumah saat mendengar suara milik anak perempuan mereka itu.
"waalaikumussalam. sampai dah pun".Athirah terlebih dahulu melangkah mendapatkan kedua orang tuanya. Dato Arsyad mula tersenyum saat menyadari kehadiran Dian disitu.
"Dian Sehat?". Dian yang sadari tadi hanya diam membisu mula menapak mendekati Dato Arsyad dan Datin Safiyah untuk bersalaman.
"Alhamdulillah. Dato dengan Datin sehat?". Tangan bapa mertuanya itu disambut lalu dikucupnya lembut. Belum sempat Dian menyuakan tangan ke arah ibu mertuanya, Datin Safyah terlebih dahulu bangun menuju ke arah dapur membuatkan Dian tersentak.
'Macam sengaja. Tapi mungkin kebetulan juga'. Dian kelihatan kaku buat seketika kerana cuba untuk memikirkan punca.
"Dato?. hey dah jadi menantu kenalah panggil papa. Lepas ni no more Dato but papa . Jangan segan-segan".
"Ha kan akak dah cakap. Ati dah pesan pada dia papa. Segan lagi lah tu. Tak usah segan lah kita dah jadi family pun".
"Ya Dian betul tu. Malam ni kita dinner sekali . Papa dah suruh kak Sarimah masak menu specials untuk menantu papa ni". Dian yang mendengarnya mula berasa segan dengan layanan yang diberikan. Kehadiran dirinya ke dalam keluarga besar itu tidaklah diundang namun mereka masih dapat menerima hakikat serta kewujudan dirinya sebagai orang luar didalam keluarga mereka..
"Terima kasih"..Athirah sadar akan perubahan riak diwajah Dian lalu dengan perlahan lengan Dian ditarik agar mengikutinya.
"Malam ni Dian tidur sini ya. Am outstation seminggu kan?".
" Eh tak apa akak. Dian malam ni balik rumah along. Nanti akak tolong hantarkan Dian boleh?".
"Why tak tidur sini ?. Daniel busy banyak jumpa client hari ni. Akak dah inform dia Dian jangan risau lagipun akak tak puas lagi nak berbual dengan Dian". Wajah Dato Arsyad dan Athirah dipandang silih berganti lalu dengan perlahan kepala diangguk tanda menyerah. Tidak bisa menepis pandangan penuh pengharapan dari kakak iparnya itu. Dato Arsyad yang melihatnya hanya tersenyum sambil mengelengkan kepala melihat telatah satu-satunya anak perempuannya itu.
"Ok jom kita naik atas. Dian rehat dulu nanti dinner turun tau?". Athirah menarik lengan kecil itu agar segera mengekorinya. Wajah Dati Safyah yang berlalu melepasinya dipandang penuh tanda tanya. Adakah ianya hanya mainan perasaan atau telahan yang dibuat semuanya benar belaka?.
Share this novel