"Apa aku nak buat ni. Now yang aku perlukan adalah charger, ada charger masalaah settle. Mungkin boleh mintak tolong pekerja dekat sini".Dian mula memandang ke arah kaunter bayaran mencari kelibat pekerja yang bertugas pada ketika itu lalu dengan perlahan kakinya mula manapak memasuki perkarangan restaurant
"Ada buat reservation ka puan?". Dian menghela nafas lega saat dirinya disapa oleh salah seorang pekerja wanita disitu
"Tiada . Sebenarnya saya nak mintak tolong sikit".
"Ada apa yang boleh saya bantu?".
"Saya rasa saya dah tersalah restaurant dan fon saya habis battery so awak ada charger tak?".
"Fon jenis apa ya?".
"Android and type c". Dian menanti dengan penuh harapan . Setelah beberapa minit menunggu pekerja wanita tersebut medekati Dian bersama dengan gelengan hampa.
" Owh sokay. Kalau macam tu boleh saya pinjam henfon awak?. Saya nak call abang saya". Tanpa ragu-ragu pekerja wanita itu menghulurkan telefon bimbit miliknya kepada Dian. Melihat peluang yang ada Dian cuba untuk menghubungi Daniel Faliq namun satu Keluhan hampa keluar dari bibirnya setelah panggilan yang dibuat tidak berjawab. Dian memulangkan kembali telefon tersebut kepada tuan empunya badan.
"Terima kasih ya". Dian menghulurkan wang kertas duapuluh ringgit kepada wanita tersebut tanda memulangkan kembali kredit yang telah dia gunakan beserta tanda terima kasih atas bantuan yang diberi namun pemberiannya ditolak membuatkan Dian berasa segan.
"Terima kasih lagi sekali ya". Dian mula mengatur langkah menuju ke pintu utama restaurant.
"Fokus sangat tengok maps kan dah tak ingat jalan balik. Arghhhh!"..Dian mula mengetuk kepalanya perlahan tanda kesal.
"Wow look who's here, i tak sangka jumpa you lagi". Dian mula mengetap bibir menahan rasa saat melihat seraut wajah itu.
"Hye. Um tak sangkakan. Awak buat apa dekat sini?". Natasha mula tertawa sinis setelah mendengar soalan yang keluar dari mulut Dian
"You rasa i datang sini buat apa?". Dian memandang wajah Natasha penuh tanda tanya membuatkan gadis tersebut bertambah geram.
"Dian.. Dian. perempuan yang bernama Dian ni dari dulu sampai sekarang sama sahaja ya?. Lembap..". Mata Dian mula membulat saat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Natasha. Tanpa dia sedari jari jemarinya yang halus digengam kuat cuba untuk menahan sabar.
" Sorry, Saya balik hotel dulu ya. Enjoy your dinner". Belum sempat Dian melangkah pergi terasa ada tubuh yang menghalang laluanya. Langkahnya mula terhenti.
"Hye beb sorry I'm late". Dian yang sedari tadi kaku mula mendongak memandang wajah yang berada dihadapannya kini.
"Hye Dian. It's been a while hasn't it". Adriana marissa. Nama dan wajah yang tidak akan pernah dia lupakan. Kejadian dulu mula bermain difikirannya membuatkan Dian berasa gementar.
"Hey kenapa tengok i macam tu. Sorry i tak ada niat nak buat you takut but ya maafkan apa yang i dah buat pada you dulu ok?". Tiada kata yang dapat diungkapkan oleh Dian pada tika ini lalu kepalanya ditunduk cuba untuk tidak bertentangan mata.
"Why not kita dinner sekali kebetulan you pun ada dekat sini".
"Thanks but no thanks".
"Sayangnya. I baru nak update status Hashtags Reunion. Betul ni you tak nak join?". Ajakan Adriana yang dirasakan sedikit memaksa membuatkan Dian berasa semakin tidak selesa
"Sayang kenapa tak masuk lagi ni?". Adriana Marissa mula tersenyum manja saat melihat seraut wajah itu. Dian yang sedari tadi hanya menundukkan kepalanya mula mendongak.
"I tunggu you lah. Sayang you ingat tak Dian?. Ex classmates you dulu". En Haiqal?. Dian mengerutkan dahinya tanda tidak percaya. Dia buat apa dekat sini?..Merepek apa minah ni. Aku mana ada classmates macam En Haiqal ni.
"Ya. I rush datang pahang sebab meeting dengan En hanif boss Dian. What a surprise to see you here after all this time.". Adam Haiqal menanggal kan kaca mata hitam yang dipakainya sambil tersenyum memandang ke arah Dian.
"Why you tak inform i. Jahat tau you ni". Adriana melentokkan tubuhnya pada Adam Haiqal membuatkan mata Dian membulat seakan tidak percaya. Perkara yang sama pernah berlaku pada satu ketika dulu namun yang membezaknnya adalah layanan Adam Haiqal terhadap Adriana Marissa . Mereka kelihatan mesra tidak sama seperti dulu.
"Owh ya Dian i punya weeding jangan lupa datang tau. Sayang nanti jangan lupa beri kad kawin kita pada Dian". Adam Haiqal dan Adriana Marissa bakal naik pelamin?.. um sama cantik sama padan. Dian mula tersenyum seorang diri membuatkan mereka yang berada disitu mula terdiam.
"Okay jangan lupa send i invitation card. Congratulations, both of you!".Dian cuba untuk tersenyum seikhlasnya sebelum mula menapak pergi dari situ meninggalkan mereka yang masih kaku tidak bersuara.
Share this novel