Gambar pada akhir jamuan perpisahan mereka dipegang kejap oleh Dian. Kelihatan wajah-wajah yang amat dia rindui namun hatinya mula berasa hiba saat terpandangkan wajah milik Adam Haiqal yang sedang tersenyum ceria memandang ke arah lensa camera. Adakah dia dapat melihat senyuman seperti itu lagi?. Sudikah Adam Haiqal memandang dirinya?. Dian menghela nafas perlahan sebelum mula menapak menuju ke arah katil. Dengan perlahan Selimut ditarik menutupi separuh tubuhnya lalu mata cuba untuk dipejam. Tidak berapa lama kemudian akhirnya dia terlena..
"Ari beritahu saya macam tu abang. Saya pun tak rasa Dian tu budak baik". Dato Arsyad mula mengelengkan kepala setelah mendengar cerita yang disampaikan oleh isterinya mengenai menantu mereka itu.
"astaghfirullahalazim. Sebab tu awak berkelakuan macam tu depan menantu awak tadi? Awak sedar tak apa yang awak buat yah?". Datin safyah hanya mendiamkan diri tidak tahu untuk berkata apa
"Awak sepatutnya kenal dulu dia macam mana baru awak boleh menilai. Bukan terus menilai orang tu dari luaran . Dalaman pun penting. Saya tak nampak apa yang pelik dekat budak tu".
"Memanglah takkan dia nak tunjuk pulak. Nanti dia dah rosakkan anak kita baru abang nak menyesal".
"Dian rosakkan Am?. hye saya tak rasa Dian mampu buat macam tu. Kalau Adriana mybe".
"Tak baik abang cakap macam tu. Saya dah angap Ari macam anak saya sendiri tau".
"Saya bukan nak menangkan menantu kita tapi sebagai orang tua awak sepatutnya mendoakan kebahagian anak-anak.
awak. Kalau memang jodoh Am dengan Ari tu kuat insyaa allah takkan kemana. Sekarang ni jom tido esok saya kena gerak awal ada meeting". Datin Safyah mula mencebikkan bibir tanda protes namun dia terpaksa akur dengan kata-kata suaminya itu. Sebagai seorang ibu dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Setiap hari dia berdoa semoga allah beri kebahgian kepada mereka sekeluarga dan jauhkan mereka dari hasat dengki manusia dan semoga yang baik-baik sahaja hadir dalam hidup mereka.
Adam Haiqal yang baru sahaja pulang mula menutup pintu biliknya perlahan. Mata yang sudah semakin layu diusap cuba untuk bertahan. Setiap kali apabila pulang lewat dia pasti akan membersihkan diri terlebih dahulu sebelum merebahkan diri ke atas katil bimbang tidurnya terganggu. Langkah kaki segera diatur menuju ke bilik mandi . Tidak berapa lama kemudian dia menapak keluar menuju ke arah katil. Tanpa menunggu dengan lebih lama tubuh direbah ke atas katil, mata yang semakin memberat dibiarkan terpejam bantal yang berada disebelahnya dipeluk erat, nyaman sekali suasana tidurnya pada malam itu berlaiann dengan malam-malam yang sebelumnya.
Sayup kedengaran bunyi azan subuh berkumandang membuatkan mata yang tadinya terpejam rapat mula celik. Terasa ada sesuatu yang melingkar dipingangnya membuatkan Adam Haiqal cuba untuk bergerak namun lenganya juga mula berasa lenguh. Alangkah terkejutnya dia pada tika itu saat terpandangkan wajah nyenyak milik Dian yang kini berada dipelukannya. Sejak bila dia ada disini?. Wajah Dian sedang lena dipandang sejenak. Jika dikejutkan wanita itu pada saat ini pasti tuan empunya badan akan menjerit ketakutan .Tangan Dian yang melingkar pada tubuhnya dialihkan perlahan setelah itu tangan yang berada dibawah kepala Dian ditarik dengan berhati-hati bimbang tuan empunya badan tersadar dari lena. Jika perkara itu berlaku pasti seisi rumah bangun melihat mereka berdua. Adam Haiqal mengelengkan kepalanya laju tidak mahu itu semua terjadi. Belum sempat tangannya ditarik Dian terlebih dahulu mengubah posisi tidurnya. lengannya yang berasa lenguh diusap kejap lalu langkah kaki segera diatur menuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.
Athirah yang sudah siap memakai telekung mula menapak laju keluar dari biliknya . Niat di hati ingin menemui Dian namun langkahnya kakinya mula terhenti saat melihat kelibat Adam Haiqal keluar dari bilik tersebut membuatkan Athirah terlupa akan sesuatu...
Share this novel